INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20131129

D02: Persoalan yang cuba dihuraikan


Selawat serta salam atas nabi, rasul sekelian alam, keluarganya, sahabatnya ahli bait seluruhnya dan tabi’i, tabi’in-tabi’in dan ahli waris nusatara dan semua pengamanah. Al fatihah…

Maka dengan ini saya mulakan riwayat yang tersimpan untuk sekian lama buat tatapan tuan dan puan waris-waris sekalian.

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Ini adalah pantun melayu lama dan ianya adalah kesenian orang tua zaman dahulu tetapi apa yang saya nak ketengahkan bukanlah berpantun sebaliknya sejarah dan cerita yang ada  disebaliknya. Kerana ia adalah pembayang yang tidak dirungkaikan oleh orang yang mengetahuinya.

Apa yang dimaksudkan pandan kepada pulau?
Apa yang dimaksudkan pulau kepada jauh ketengah?

Apa yang dimaksudkan daik kepada gunung?
Apa yang dimaksudkan gunung kepada bercabang tiga?

Daik dalam ertikata lain dan bukan dimaksud kepada kerajaan daik. Kerana maksud perkataan daik itu sendiri  adalah besar maknanya kepada keturunan dan waris-warisnya.

Dalam bahagian seterusnya , saya akan cuba ;’inshaallah’ dengan izin allah ta’ala. Akan merungkai dan perincikan berperingkat-peringkat dan satu-satu.

20131122

D01: Antara pantun dan sejarah

PULAU PANDAN
JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK
BERCABANG TIGA

Sejarah yang hilang (dilindungi)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.

Seterusnya akan diterbitkan maksud pantun tersebut berdasarkan panduan yang diterima.

20131115

D04: Sudahkan anda bersedia membacanya


Saya merasa bimbang 
yang tuan dan puan 
tidak sanggup menerimanya 
kerana ini adalah satu huraian 
yang dianggap gila 
dan tidak masuk akal. 

Secara logikanya, 
ya!

Tetapi dengan nalurinya 
secara perlahan 
dan halus, 
tuan akan dapat merasakannya, 
jika  tuan 
dan puan 
adalah salah seorang 
daripada waris keturunan yang tersebut.

C14 dongeng tetaplah dongeng


Mana yang dongeng tetaplah dongeng. 
Tetapi timbulnya dongeng adalah kerana ada suatu kenyataan, 
yang kelaknya mendorong nya untuk menjadi dongeng. 

Maka diselidiki lah dengan segenap usaha yang bersifat ilmiyah 
sehingga terbukti lah akan kenyataannya 
dan jangan sampai tertipu dengan bayang-bayang…

Inshaallh ta’ala…wallallahualam…
yang baik dan benar datangnya dari Allah 
dan yang berkesilapan itu dari diri koi.

Moga kita sama-sama mengisafi 
akan salah silap 
dan bermohon diperbetulkan dengan izin Allah…inshaallah
…assalamualaikum.

20131108

C13 Sultan keturunan arab


Sultan berketurunan dari tanah arab [antaranya]

1. Acheh; sultan badrul alam sharif hashim jamaludddin [raja acheh pertama berketurunan arab]. Dan penggantinya, sultan perkasa alam sharif lamtui bin sharif Ibrahim

2. Sultan siak seri inderapura dari keluarga ba’alawi bin shahab

3. Sultan-sultan di Pontianak dari keturunan ba’alawi; al-qadri

4. Raja-raja perlis dari keturunan ba’alawi; jamalu’llail

20131101

C12 Tiga kumpulan tiga pasukan

Tiga kumpulan itu pula ada tiga kelompok pasukan  yang setiap satu mesti ada:

1. Pemegang amanah: yang telah selesai tugas mereka. Dan amanah itu mesti diserahkan kepada pertugas.

2. Pertugas: yang mengambil alih serta menjalankan tugas dari pemegang sebelumnya. Dan menyerahkan amanah itu pula kepada pelapis. Dimana tuan-puan berada dan kenapa masih tidak mahu menerima dan menjalankan tugas amanah yang disediakan kepada tuan-puan. Dunia mana yang melalaikan dan menutup mata-telinga tuan-puan. Tuan-puan masih bermain-main dan bermimpi dengan anugerah pemberian Allah Ta’ala kepada tuan-puan dan masih mengadap negeri dunia dan bukan negeri akhirat.

3. Pelapis: yang akan menggantikan dan mengambil alih dari pertugas dimasa depan.mereka ini perlukan bimbingan dan tunjuk ajar bagi melicinkan perjalanan tugasnya.