INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20131213

D05: Puak Darat dan Puak Laut


Iskandar zulkainai melalui siti qaturah, keturunan ini yang bertempat dari kawasan pegunungan Himalaya antara india dan china telah menurun keturunan ini mencari penempatan yang baru. Membuka penempatan sehingga dihujung tanjung dan kepulauan. (sekarang disebut semenanggung tanah melayu dan kepulauan melayu) dan pada masa itu tidak ujud, yang dikatakan orang asli, kerana orang asli hanya diistihar oleh orang putih sahaja dan kita orang melayu menjadi pak turut sahaja.

Pada masa itu hanya ada dua puak sahaja , iaitu orang darat dan orang laut (deli darat dan deli laut). Walau dimana sahaja mereka berada ditanah besar disemenanjung atau dipulau, itu sahaja yang digelar.

Orang darat adalah orang yang tinggal bermukim atau berkampung dikawasan daratan ditengah hutan  dan orang laut adalah orang yang tinggal bermukim di persisir tepi laut dan mereka ini hidup berpuak-puak dalam suku-suku kecil dan mereka ini yang sebenarnya bertamadun dan bukannya orang nomad. Tamadun mereka tidak diiktiraf oleh orang lain kerana mereka ini suka melarikan diri dan mengelak dari perubahan terutamanya dari agama. Sebab itulah sesetengah dari mereka  disingkir dan diburu.

Berlainan sedikit dengan orang laut, mereka kerap kali dikunjungi oleh orang dari tempat lain dan ada diantara mereka ini bergerak diantara tanah daratan  kepulau dan dari pulau kepulau. Jadi mereka dengan segera berubah disebabkan pertembungan atau campuran atau kacukan  dengan suku dan puak yang lain dan mereka ini lah menjadi puak yang besar dan berpemerintah.

Pada asalnya mereka ini membawa agama semawi tetapi disebabkan perubahan masa, agama menjadi luput dari diri mereka kerana sikap memencilkan diri dan merasa terbiasa dengan kebebasan bersama hidupan hutan belantara dan yang tertinggal sedikit itulah yang mereka anggap dan dijadikan adat, bersangka-sangka yang mengikut kepercayaan datuk nenek mereka kerana mereka telah hilang punca yang sebenar.

Seperti juga ditanah besar china dan benua kerling, semasa itu dalam proses penyatuan puak dan tamadun. Jadi yang sebenarnya tamadun di asia, dichina dan diindia adalah berjalan serentak tetapi ditiga kawasan yang berlainan (tamadun ditanah nabi-nabi, hanya akan disentuh kemudian). Ini kerana ketiga- tiga kawasan mengalami krisis puncaknya pada masa yang hampir-hampir serentak.

Lihat sahaja peperangan diantara maharaja dari benua kerling@sri langka dengan maharaja diasia dan peperangan diantara maharaja dari tanah besar china dengan maharaja indo china asia (yunan). Dan peperangan diantara maharaja benua kerling dengan maharaja tanah besar china yang berebutkan pergunungan Himalaya.(rujuk kisah perang-perang  raja dari benua india kuno dengan raja langkasuka atau hikayat merong mahawangsa)

Ini menunjukkan kekuatan mereka-mereka  adalah sama, ada masa menang dan ada masa kalah. Kedudukan ini adalah sebelum hadirnya islam disebelah sini asia dan bangsa melayu masih belum dibentuk dan belum diistiharkan.

No comments: