INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20131227

D07: Kaitan antara Pulau Pandan dan Pagar Ruyung (istana tujuh lapis)


Pagar ruyung  atau istana pagar ruyung ini telah ujud untuk sekian lama,(yang sebelumnya berdiri ditanah melayu dan dan telah dipindahkan ke sana dan bertukar tangan diantara waris-waris yang memerintah yang bertanggungjawab memegang amanah, menjadi tempat rujukan dan juga sebagai pusat timbangtara diantara raja-raja waris keturunan  dan menjadi tempat tersimpannya ( gedung) segala rahsia raja-raja asia @ nusatara. Ianya juga dipanggil istana tujuh lapis.

Tidak dapat tidak, apapun yang raja –raja melayu di asia ini pertikaikan, mestilah dirujuk kepada timbangtara istana pagar ruyung bagi mendapatkan kata pemutusnya. Tetapi , mereka sekarang ini tidak lagi merujuk kepada  pemegang amanah ini dan hanya berkiblatkan dan bernaungkan inggeris dan belanda dan sepanyol (orang putih kristian lah mudah kata), yang mereka sangka orang putih itu lebih tamadunnya.

Tuan dan puan boleh Tanya mereka , berapa banyak bahan rujukan rekod yang telah dibawa lari dan disuruk oleh orang putih. Dan dikatakan oleh mereka, kapal yang membawa bahah rujukan itu, membawa barang dagangan dan kebanyakannya karam ditengah laut. Penipuan ini dibuat oleh mereka diseluruh dunia. Dengan bahan rujukan itulah mereka mengawal dan menjadikan satu ugutan atas kita.

Dimana duduknya catatan rekod Negara, pelayaran, perjalanan orang arab, orang india, orang cina dan lain-lain bangsa. Tidak masuk diakal jika dikatakan  kerajaan yang besar-besar zaman purba kala tidak merekodkan perjalanan takbir Negara mereka, kerana mushaf, zabur, taurat,injil dan al-quran ada direkodkan (dicatatan), walaupun ada diantaranya telah diselewengkan. 

Kerana ilmu mengenal itu telah ujud sejak manusia pertama lagi iaitu nabi adam as. Adakah tuan dan puan hendak menipu diri sendiri?.

Baiklah, jika tiada rekod atau catatan orang kerajaan purba kala. Kenapa pula ada pihak yang dok mencari dan menyelidik sejarah yang pada sekian lamanya telah hilang dan membuat andaian-andaian mengenai perkara itu dan untuk apa?. 

Untuk tesis ijazah, untuk nama atau untuk kegunaan orang disebalik tabir bagi memusnahkan dan menghilangkan zuriat dikalangan orang yang diburu kerana ketakutan mereka dan catatan toknenek mereka memang ada menyebut akan peri hal yang mereka takutkan itu seperti yang dilakukan oleh padri yahudi  dan padri kristian (ketua-ketua mereka).

Setiap keturunan dan bangsa yang berpegang kepada tali tauhid akan diuji oleh ALLAH, sama ada mereka teguh diatas pegangan mereka. Perkara ini akan berulang-ulang sehingga kiamat.

No comments: