INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20131218

Persediaan Banjir 2014

Nasihat Hujan Lebat/Ribut Petir
(Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada: 03:47pm pada 18 Disember 2013

SEKSYEN A: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)Dikemaskini pada: 9:10am pada 18 Disember 2013
Gelombang kedua hujan lebat monsun yang boleh mengakibatkan banjir dijangka berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman), Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Segamat dan Mersing) mulai Jumaat, 20 Disember 2013 sehingga Isnin, 23 Disember 2013.
Agensi-agensi pengurusan bencana yang terlibat dengan operasi banjir diminta untuk mengambil tindakan siap siaga yang sewajarnya.

SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT
Dikeluarkan pada: 3:47pm pada 18 Disember 2013
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar) dan Sandakan (Daerah Kinabatangan); dan Sarawak : Bahagian Limbang, Miri (Daerah Miri), Bintulu, Mukah (Daerah Mukah dan Dalat), Sibu (Daerah Selangau), Samarahan (Daerah Samarahan dan Serian) dan Kuching dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu 18 Disember 2013.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu), Pantai Barat (Daerah Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang) dan Sandakan (Daerah Beluran dan Sandakan); dan Sarawak : Bahagian Miri (Daerah Marudi) dan Samarahan (Daerah Asa Jaya dan Simunjan).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

No comments: