INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140103

D08: Apa maksud gunung daik?


Gunung daik bercabang tiga

Apa maksud daik kepada gunung?
Apa maksud gunung kepada bercabang tiga?

Daik bukan membawa maksud kepada kerajaan Negara daik yang tuan dan puan baca dari sejarah itu. Ianya (daik membawa maksud kait@berkait) dimaksudkan kepada maharaja yang mendirikan kerajaan istana dikelilingi kehijauan hutan yang letaknya didataran pulau dan dikelilingi oleh lautan dan gunung bercabang tiga dimaksud kepada , mempunyai  tiga zuriat (anak) yang juga ketiga-tiganya menjadi kerajaan yang besar dan terkenal disebelah sini.

Dari ketiga-tiga mereka itu maka menurunlah kerajaan kecil-kecil dari Burma, siam, champa , pattani, semenanjung tanah melayu dan gugusan pulau-pulau melayu.

Maksud prosa pantun dua kerat itu ditujukan kepada salah satu istana  kerajaan pagar ruyung yang nama sebelumnya  adalah didalam pembayang ‘pulau pandan’, yang mana ia diduduki oleh maharaja bukit seguntang atau dia dengan nama lain-lainnya. 

Kerana ianya adalah istana kerajaannya yang terakhir didirikan. Dia banyak mendirikan istana kerajaan dimerata tempat tetapi berkemukinan telah musnah dalam banyak peperangan sebelumnya dan inilah istana yang masih kekal walaupun sebahagian darinya ada yang rosak dalam perebutan oleh waris keturunannya.

No comments: