INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140110

D09: Apakah maksud bercabang 3?


Maharaja bukit seguntang ini mempunyai tiga orang anak laki-laki yang didalam pembayang ‘gunung daik bercabang tiga’, membawa maksud,yang mana mereka ini tiga saudara dari satu keturunan, seorang maharaja yang besar kerajaannya dan dipesakakan kepada mereka bertiga akan kerajaan yang besar ini dan segala jajahan takloknya. 

(rujuk kitab-kitab sejarah berkenaan maharaja bukit seguntang,wan empok dan wan malini dan juga demang lebar daun)

Dari satu pesaka telah dibahagikan menjadi tiga pecahan dan setiap seorang menjaga satu kawasan  milik yang dipusakainya, ini adalah yang dikatakan susur keturunan dari adat (susur keturunan adat). Perkara ini adalah sebelum  arab(islam)(disemenda oleh ahli bait) bersemenda menyerap kedalam waris ini.dan dalam gelaran susur adat mereka dipanggil dengan nama tok buaya, tok gajah dan tok kijang@kancil dan apabila kemasukan islam menyerap dalam waris, susur ini talah bertukar mengikut susunan atau turutan islam itulah digelar susur keturunan agama dan mereka dipanggil dengan nama:

tok buaya putih, 
tok gajah putih dan 
tok kijang@kancil putih

Ianya membawa maksud mereka semuanya sudah menjadi islam dan disatukan semula dengan islam menjadi ikatan pengikat.

Yang dikatakan atau dimaksudkan melayu itu adalah setelah islam menggabungkan tiga suku puak yang berketurunan dari satu mahajara ini didalam satu perjanjian, satu peristiharan yang terjadi, muafakat dan persetujuan sebutan melayu (diistihar bangsa melayu)untuk digunakan keatas ketiga-tiga suku puak dan orang yang bersemenda kepada suku-suku ini dan turut menjadi ahli waris,dilakukan di kedah tua semasa kerajaan kedah tua dan menukar gelaran maharaja kepada gelaran sultan dan mengikut adat dan garis-garis (perundangan) Islam. 

(rujuk kepada cerita  peristiharan islam, kedah dan permulaan islam ditanah melayu dan hikayat merong mahawangsa dan cerita raja bersiong).

No comments: