INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140117

D10: Apakah maksud pembayangnya?


Kisah-kisah dari keturunan ketiga-tiga anak maharaja inilah yang mewarnai cerita dan pengkisahan sejarah purbakala dan sehingga kepada hari ini. 

Kisah kebaikan,
kisah pahit, 
kisah peperangan, 
kisah fitnah, 
kisah kepahlawanan, 
kisah pengislaman, 
kisah pendakwahan, 
kisah perhijrahan, 
kisah pembelotan, 
kisah pelarian 
dan berbagai kisah berkenaan mereka yang dibawa dengan lisan oleh orang tua-tua. Sebab itulah bait prosa ketiga dan keempat dari pantun ini berbunyi:

Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.

Tuan dan puan ahli waris sekalian  berpada-pada dengan kisah yang ada pada tuan. Buat lah ianya  sebagai sempadan jika ianya kisah yang tidak baik dan jadikanlah ianya satu pengajaran bagi kita sebagai anak waris keturunan untuk tujuan mengelak dari berpecah-belah, kerana telah sekian lama pepecahan ini terjadi.

Mana dia penyatuannya?.

Kalau bukan kita sendiri yang menjadi penyatunya. Jangan hanya berbangga dengan cerita dan kisah tok nenek moyang yang kita sendiri tidak mampu dan tidak berani untuk menjalankan tugas-tugas kebaikan yang seperti mereka lakukan. Lihat dalam diri kita, melayu kah kita, islam kah kita, berilmukah kita dan pahlawan kah kita ini sebagai mana diri tok nenek moyang kita sebelum ini. 

Atau kita hanya bertengek( tumpang semangkok) atas nama dan kemasyuran mereka sahaja.

No comments: