-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20140110

Sajak: Seperti Seekor Kuda Belang

Sajak: Seperti Seekor Kuda Belang
(oleh humairaadawiyah)

Seorang bijak pandai
berkata padaku:

Wahai anakku
kemana kamu ingin pergi?
kemudian dia
bacakan aku surah Al-Asr.

“Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran”

tahulah aku,
aku inilah  manusia
yang dikatakan ALLAH  berada dalam kerugian...

aku tidak pernah menyangka
aku tergolong dalam orang-orang yang rugi...
tidak pernah...
buat pertama kalinya
aku tersedar dari mimpi,
betapa hinanya aku

Wahai anakku,
kamu katakan
kamu ingin tegakkan agama Allah
di bumi ini,
menjadi golongan  arif...
tapi berapa helai
mushaf Allah Al-Quran
telah berada di dalam hatimu...

bertambah hinanya aku,
yang selama ini berbangga-bangga,
kononnya aku a’lim,
aku hebat,
banyak ilmu agama
yang aku ketahui

Wahai anakku,
kamu tidak boleh bercakap
sesuka hati
tentang sesuatu ilmu
yang kamu tidak a’rif,
ilmu itu perlu kamu dalami
dahulu dengan teliti.

Wahai anakku,
dalami dahulu kitab
Ihya Ulumuddin
dan amalkannya...

Wahai anakku,
aku kasihan melihat kamu...
kamu beramal,
tapi amalmu sia-sia...
kamu puasa,
 tapi puasamu sia-sia,
kamu makan,
tapi makanmu sia-sia....
kamu tidak tahu yang sebenarnya,
makananmu itu berkata-kata pada kamu...
dia juga makhluk Allah

Terasa diri ini
bertambah-tambah lagi hina,
di hadapan manusia bijak pandai itu,
entah mengapa terasa
seperti seekor kuda belang
di kelompok kuda-kuda putih
yang cantik lagi gagah,

walaupun puasaku tidak henti-henti,
zikirku juga begitu...
tapi keikhlasan tiada,
kerana aku selalu berasa diri ini hebat
berbanding makhluk Allah yang lain...
walaupun aku tahu tidak boleh berbangga
dan merasa diri hebat...

tapi hati yang berjiwa mazmumah ini kotor,
sifat mazmumah akan tetap datang,
kecuali kamu telah diselamatkan Allah
lalu disucikan hatimu,
menjadilah kamu insanul kamil
berjiwa muthmainnah

4 comments:

Anonymous said...

salam...tuan@puan,,,

keyakinan kepada syriat,,,itu lah rukun islam lima perkara.

keyakinan kepada hakikat,,,itu lah rukun iman enam perkara.

kefahaman kepada tharikat,,,itu lah keyakinan kepada al quran,sunnah @ hadis nabi dan sahabatsahabat/tabii/tabi-tabii/fukahah/ulamak-ulamak yang muktabar(kitab-kitab yang dihuraikan bersandar kepada al quran/sunnah@hadis nabi serta riwayat para sahabat nabi)...salam.

Anonymous said...

salam...tuan@puan,,,

SOLAT @ SEMBAHYANG FARDU LIMA WAKTU tu ibarat,,,anugerah dan hadiah daripada raja kepada rakyatnya,,, ayah kepada anaknya...
anugerah @ hadiah itu akan ditatang,dijaga, digilap dengan rapi dan baik sekali supaya ia dihargai pemberian itu dan di pegang dengan berhati-hati sekali agar tidak rosak atau calar.
KALAU DAH anugerah dan hadiah dari raja dan ayah di tatang,diterima dengan baik serta berhati-hati, kenapa pulak solat fardu lima waktu diabai-abaikan.
solat itu anugerah ALLAH kepada muhammad rasulullah saw dan hadiah dari muhammad rasulullah saw kepada seluruh umatnya manusia.
(didalam solat itu ada syariatnya dan hakikatnya dan juga ada tarikatnya)@(keyakinan dan kefahaman)...salam.

. said...

Terima kasih Tuan NG atas jawapan ini.

Harap ada yang dapat menambah.

Anonymous said...

salam... tuan@puan,,,

dalam solat itu ada syariat,ada hakikat dan ada tharikat.
ketiga-tiganya di gerakkan serentak tiada tertinggal dan ditinggalkan...

1.syariat dalam solat,,,ia adalah peraturan-peraturan solat itu sendiri
mengankat tadbir,berdiri tegak, rukuk, sujud (rukun solat)

2.hakikat dalam solat,,,ia adalah semasa berniat solat,perlu yakin kerana ALLAH semata dan samasa tahiyat,mengucap dua kalimah syahadah.

3.tarikat dalam solat,,, ia adalah bacaan dalam solat itu sendiri(membaca dengan faham apa yang hendak disebutkan dan tidak boleh dibaca dalam bahasa selain bahasa arab@bahasa alquran itu sendiri)

salam.