INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20140228

D17: Pemerintahan sunan wali sogo di jawa, brunai, makasar, Filipina dan kepulauan.


TANAH JAWA dan naungannya (majapahit), pada  masa yang sama kerajaan kecil naungan telah melepaskan diri dan memerintah dengan sendiri diatas kebangkitan islam yang dipelopori oleh sunan wali sogo. Kesemua tampuk pemerintahan telah dipegang oleh waris dari keturunan sunan yang tersebut kerana mereka bersemenda kepada:

raja ditanah jawa,
raja ditanah brunai,
raja ditanah makasar,
raja ditanah Filipina dan
raja ditanah kepulauan.

Sunan wali sogo ini asal nya mereka datang berdakwah,untuk mengembangkan islam . dikatakan mereka (kumpulan pertama dan kedua) berasal dari champa (kerabat raja champa yang keluar menjadi pendakwah dan mengembangkan islam). Waris mereka lah yang bergelar sunan/dan disebut wali sogo. Semasa campurtangan belanda waris-waris ini telah terpecah dan meninggalkan tanah air mereka kerana dihalau dan ada yang di buang negeri oleh belanda.

Ada diantara waris ini menyelamatkan diri dan bermukim ditanah melayu, mereka menyembunyikan diri dari diketahui orang dan waris ini juga(yang bermukim di tanah melayu) tidak ada gelaran untuk mengesahkan mereka (mereka membuang gelaran dan darjat).

20140224

Pertemuan Waris Pagar Ruyung Raub dengan Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara. (3) Lembing Patah Tengku Muda

Pada  16 hb. Julai 2003 bersamaan 16 hb Jamadil Awal 1424 Hijrah,  pertemuan bersejarah yang menghimpunkan waris keturunan Raja Alam Pagar Ruyung, Sumatera Barat yang berada di Malaysia dan Indonesia diadakan di Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang, Malaysia.

Berikut adalah petikan ucapan Dato’Tengku Haji Mustapha bin Tengku Haji Seti di Dalam Majlis Pertemuan Waris Pagar Ruyung Raub dengan Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara.

Sebenarnya saya semenjak dari tahun 80-an telah mendapat silsilah daripada sebelah ibu dan ayah, dan saya dapat tahu mereka ini berasal dari tanah Rao, sebelah bapa dikatakan dari Padang Unang dan sebelah ibu Tanjung Alai Rao Mapat Tunggul.

Justeru itu, hasrat hendak menjejaki waris-waris di sana begitu mendalam. Jadi oleh kerana itu dengan mengumpul silsilah dan keterangan-keterangan yang diperlukan, tetapi timbul persoalan kalau pergi ke Rao ke mana hendak dituju?

Saya dengan Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Manaf menghantar Nasution bin Bahrudin, salah seorang yang berasal dari Mandailing yang bermastautin di sini. Selepas beliau berkahwin di sini balik ke kampungnya untuk bertemu keluarganya, kami mintalah kepada dia “kalau boleh Nasution bila awak (engkau) balik kampung tolonglah pergi ke Rao, selidik keturunan saya di sana”.

Jadi Nasution bila balik ke sana dia pergi ke Rao, secara kebetulan ada saudara sepupunya yang bermastautin di Rao, maka mudahlah dia menjalankan tugasnya.

Alhamdulillah dia balik ke mari bercerita yang sudah jumpa dengan waris dari pihak ibu saya, tetapi sebelah bapa di Padang Unang tidak dapat dikesan, mengikut yang menjaga Rumah Adat di situ iaitu Bapak Asran, katanya orang ini tidak ada di sini, sekarang dia sedang bertugas di Jakarta dan tidak disebut pula namanya.

Selepas itu saya dengan Tuan Haji Abdul Jalil pergi ke Rao pada bulan Oktober 1992. Dapatlah berjumpa di sana dengan waris dari sebelah ibu saya di Tanjung Alai, tetapi di sebelah bapa saya di Padang Unang memang tidak tahu. Pada masa itu kami tidur di Rumah Tuan Haji Ilyas di Pasar Rao, dan pada masa itu Tuan Haji Ilyas pun dia tidak bercerita yang beliau menjawat Yang Dipertuan Padang Unang, beliau melihat silsilah yang saya bawa hanya diam sahaja tidak ada komentar apa-apa.

Selama lima hari di sana baru pulang semula ke sini, walau bagaimana pun saya tidak berputus asa sentiasa mendoakan mudah-mudahan dapat bertemu. Alhamdulillah sekarang ini sudah menjadi kenyataan, pertemuan ini sudah dikabulkan oleh Allah SWT.

Nasab keturunan yang datang ke mari berpunca daripada Tengku Umbak dan Tengku Khairul Alam. Tengku Khairul Alam ini mula datang ke Negeri Sembilan ( mengikut setengah riwayat tahun1773 Masihi ) cerita yang saya dapat dari orang-orang tua, ketika itu di ( Sri Menanti ) Negeri Sembilan adalah permulaan hendak ditabalkan Raja Melewar ibnu al-Marhum Sultan Abdul Djalil (Minangkabau) menjadi Yamtuan Sri Menanti.

Kemudian disusuli oleh saudara pupunya Tengku Umbak bin Tengku Tialam menurut jejak Tengku Khairul Alam ini datang ke Malaya pada masa itu. Jadi Tengku Khairul Alam yang tersebut namanya di sini dengan “Tengku Muda”.

Beliau telah meninggalkan Negeri Sembilan oleh kerana di dalam satu permainan melambung lembing, maka lembing yang dilambung ( Tengku Muda ) itu telah patah matanya, jadi beliau mendapat firasat tidak sesuai duduk ( tinggal ) di Negeri Sembilan. Justeru itu beliau terus merantau ke Raub, dan kemudian disusuli oleh Tengku Umbak. ( Lembing patah Tengku Muda tersebut masih utuh sampai ke hari ini, disimpan dengan dibalut kain kuning oleh salah seorang ahli waris beliau ).

Dengan takdirNya kedua beradik sepupu ini sampai ke Daerah Raub dan menetap di sini, dan telah berkahwin dengan dua orang adik beradik, iaitu Siti Zaleha@Cik Jeleha binti Lebai Diman berkahwin dengan Tengku Khairul Alam dan Siti Hajar@ Cik Hajar binti Lebai Diman berkahwin dengan Tengku Umbak.

Perkahwinan Tengku Khairul Alam dengan Siti Zaleha binti Lebai Diman telah mendapat seorang Putera bernama “TENGKU ABDUL SAMAD” Perkahwinan Tengku Umbak dengan Siti Hajar telah mendapat tiga orang puteri iaitu : Tengku Rotiah, Tengku Fatimah@Tengku Teh dan Tengku Puteri.

Perkahwinan Tengku Abdul Samad bin Tengku Khairul Alam dengan Tengku Rotiah binti Tengku Umbak mendapat dua orang putera dan seorang puteri iaitu :
Tengku Haji Daud datuk saya
Tengku Kudin datuk Tengku Kamaruzzaman dan
Tengku Empuk@Tengku Tijah (nenek) Tengku Razlan ( moyang Tengku Perang dan Tengku Paris ).
Sebelah Tengku Fatimah@Tengku Teh dan Tengku Umbak ini zuriatnya ada di Semenyih Selangor dan juga di Negeri Sembilan, tetapi saya tidak dapat menyelidiki kerana saya ini malang, ibarat kata pepatah “JALAN SUDAH SIAP, KAKI PUN MANTAS” artinya tak boleh hendak berjalan.

Tujuan saya selepas bersara ada masa untuk menumpukan penyelidikan ini, tetapi oleh kerana keuzuran tidak berupayalah saya untuk membuatnya, tinggal lagi di peringkat asas ada dalam simpanan saya mengikut yang saya dapat dari bapa saudara saya To’ Muda Tengku Zohri bin Tengku Haji Daud JP. yang telah meninggal dunia pada tahun lapan puluhan.

SUMBER:
http://suprizaltanjung.wordpress.com
OLEH
SUPRIZAL TANJUNG

20140221

D16: Perpecahan Pagar Ruyung kerana perang antara Rawa (agama) dan Minang (adat)


TANAH PAGAR RUYUNG pada asalnya tempat bersemayamnya waris bungsu maharaja bukit seguntang, yang kemudiannya dijagai oleh seorang raja yang bernama RAO atau nama lainnya {  ?  } (keturunannya digelar kaum rawa). 

Kaum rawa (kaum agama)ini telah dikalahkan oleh kerabat mereka dari kaum adat dalam perlawanan lawan kerbau (laga), menurut perjanjian mereka, sesiapa yang kalah, mesti meninggalkan istana dan yang menang akan memerintah (sebagai pemegang amanah) bagi seluruh jajahan takluk. (cerita laga kerbau itu tidak akan diceritakan kerana, kita semua pernah mendengar kisah yang tersebut). 

Kaum adat itulah yang menggelar diri mereka sebagai kaum minangkabau. Dan tanah pagar ruyung telah ditukar nama kepada tanah minangkabau. Yang tinggal hanya lah istana pagar ruyung atau istana tujuh lapis.

Ini adalah kali pertama pagar ruyung berpecah dan kali kedua pepecahan berlaku pada masa (yang disebut perang adat), diantara kaum ulamak dengan kaum adat (minangkabau terpecah dua). Dengan bantuan belanda, kaum adat telah mengalahkan kaum ulamak dan menghalau mereka keluar dari tanah minangkabau. 

Kaum ulamak ini manggelar diri mereka sebagai kaum rao, mereka ini membuang diri dari kaum minangkabau.

Pada masa perang adat ini lah istana tujuh lapis dapat di tembusi dan dibolosi, kerana penkianatan dalaman.

Kaum rawa setelah kekalahan dalam pertaruhan laga kerbau itu telah meninggalkan istana pagar ruyung (keseluruhan waris pemerintah dan bala tentera yang setia)dan berpindah ke semenanjung tanah melayu . Mereka bermukim di merata tempat dan membuang gelaran-gelaran mereka termasuklah dari kalangan waris berketurunan ahli bait.

Mereka inilah yang dicari kerana ilmunya.

Kaum rao atau kaum ulamak yang dihalau itu pula telah menyusul kerabat mereka , dengan berpindah ketanah melayu  dan bergabung dengan kaum rawa. Mereka bermukim dimerata tempat. Diantara kedua kaum ini tiada perbezaannya dan hanya cerita mitos dan susunan keturunan kerabat (sanad wali) yang dapat membezakan diantara keduanya.

Disini lah, ke pentingnya cerita mitos, sumpah, sejarah, hikayat dan sanad wali diambil tahu dan disusun semula dengan sejelas-jelasnya.

20140220

Tok Pandak dan Panglima Pandok Pulau Tawar

Kubur Tok Pandak @ Panglima Pandok Pulau Tawar, Jerantut...
berada di Kg Telok Sentang
bersama
200 kubur tenteranya
 (yang telah disodok rata)

Tok Pandak
cucu kepada Malim Yunus
dan
anak sedara sepupu
kepada Mat Kilau.

Susunan susur keturunannya (warisnya sekarang)
1. Tun Razak bin Husain bin Taib bin Pandak.[ikut susur bini pertama taib]
2 .Hj Kadir bin Awang Long bin Taib bin Pandak [ikut susur bini kedua taib]

20140219

Sulaiman Tambusai dan Habibah Tambusai.

Assalamualaikum w.b.t,

Saya juga ingin mencari
susur galur keturunan sy.
Semakin dicari,
semakin banyak fakta yg menyerupai.

Cuma inginkan kepastian.
Ibu kpd moyang sy bernama
Halimah Tambusai,
lari ke sini
setelah perang padri,

datang ke sini
bersama pengasuhnya.
Ibu dan ayah berasingan dari nya.

Cuma fakta yg sy perolehi
mengenai keluarga Tambusai
ialah Tuanku Tambusai
yang mempunyai
seorang anak lelaki
bernama Sulaiman Tambusai
dan Habibah Tambusai.

Keturunan nenek sy dr
sebelah bukit tinggi dan
sebelah atuk dari pagaruyung.

Keturunan kami dirahsiakan
sehingga kami yg muda ini
tidak tahu dari mana kami berasal.

Jika orang yg bijak pandai,
dia akan tahu tentang
siapa kami walaupun
baru pertama kali berjumpa.

Pernah terjadi dulu,
emak sy mengidap sakit yg agak lama,
bila berubat cara tradisional,
emak diminta menyediakan
set kamar persis Raja2 dulu.

Diminta sediakan emas
ukiran tangan sendiri,
panjangnya dari
hujung rambut hingga
hujung kaki.

Kami juga tidak boleh ...
   
oleh izzati
2/19/14

20140218

Asal Usul penduduk Kampung Gua, Kuala Lipis, Pahang

Assalamualaikum
Tuan

Mohon jasa baik pihak tuan sekira nya tuan tahu maklumat berkenaan
Imam Muda
Bin
Imam Rahmad
Bin
Imam Dahari
Bin
Imam Lali
yang menetap di Kampung Gua, Kuala Lipis.

Kerjasama tuan amatlah di hargai
Sekian Terima Kasih

-------------------------------
Harap sesiapa yang ada maklumat disini, sama-sama kita berkongsi info.

20140217

Pertemuan Waris Pagar Ruyung Raub dengan Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara. (2)

Pertemuan Keluarga Keturunan Raja Alam Pagar Ruyung, telah diadakan pada 16 hb. Julai 2003 bersamaan 16 hb Jamadil Awal 1424 Hijrah. Majlis diadakan di rumah kediaman Dato’ Tengku Haji Mustapha b Tengku Haji Seti. Dihadiri tetamu yang terdiri dari kaum kerabat di Malaysia terutama di daerah Raub dan Kuala Lipis serta wakil keluarga dari Negeri Sembilan dan rombongan dari Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara.

Senarai ahli rombongan lkeluarga Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung:

1. (Dato’) Haji Soetan Muhammad Taufiq Thaib, SH
Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung(memangku)

2. Hajjah Putri Reno Dismah
Yang Dipertuan Gadis Gadang Pagar Ruyung

3. Hajjah Putri Reno Fatimah Zaharah
Yang Dipertuan Gadis Ketek Pagar Ruyung

4. Hajjah Putri Rahmah binti Soetan Oesman
isteri Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung

5. Ir. Reno Putri Reno Raudha Thaib, MSC
Kakanda Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung

6. Dra. Putri Reno Soraya Thaib
kakanda Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung

7. Abas Husen Datuk Majo Indo
Tuan Indomo Saruaso

8. Hajjah Meriamin bt. Zainal Yakin
ibu mertua Bupati Tanah Datar

9. Soetan Mulyadi
Tuan Machudum Syah Sumanik

10. Nasrul Syam Khatib
Tuan Kadi Padang Ganting

11. Nirwan Jamal, Datuk Pamuncak Alam Sati
Tuan Gadang Batipuah

12. Haji Samsir Alam Syah – Raja luhak 50 Kota
Datuk Maharajo Indo Nan Mamangun

13. Jasni Samsir
Isteri Haji Samsir Alam Syah

14. Tuanku Bustami
Yang Dipertuan Padang Unang Rao Mapattunggul

15. Hami Yasmi
Isteri Tuanku Bustami

16. A. Datuk Bandaro Kayo
Langgam Nan Tujuah Tampuak Tangkai Koto Piliang

17. Datuk Rajo Aceh
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung

18. Drs. Irwandi Datuk Rajo Malano
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung

19. Drs. Rajo Lelo
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung

20. M. Datuk Puti
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung

21. Drs. Syahni Datuk Bijayo
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung

22. Cuanan Datuk Simarajo
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung

23. Tasaruddin Datuk Manggunuang
Datuak Istano Silinduang Bulan

24. Basir Datuk Bungsu
Datuak Istano Silinduang Bulan

25. Yohanes Suleman Datuk Bndaro
Datuak Istano Silinduang Bulan

26. Ali basa Rajo Bandaro
Datuak Istano Silinduang Bulan
27. Mulhandri Eka Putra S.
Hulubalang Istano Silinduang Bulan

28. Merizal Gunung Ameh
Hulubalang Istano Silinduang Bulan

29. Drs. Ahmad Hafiz
Hulubalang Istano Silinduang Bulan

30. Siswanti
Ajudan Yang Dipertuan Gadis Pagar Ruyung

31. Hajjah Bamia
Ketua Bundo Kandung Tanah Datar

32. Haji Jamilis ,SH.
Kepala Dinas Parawisata Tanah Datar

33. Drs. Arfinus, MA
Majlis Ulamak Indonesia, Tanah Datar

34. Ir. Erman Mares Datuk Manti
Sekretaris LKAM Tanah Datar

35. Haji Edrial Datuk Paduka Alam
Pucuak Adat Nagari Limbukan Anak Nan Balimo

36. Raja Luhak 50

BERSAMBUNG

SUMBER:
suprizaltanjung.wordpress.com

OLEH:
SUPRIZAL TANJUNG

20140214

D15: Tertipu dengan aliran


Bermula dari aliran samawi(ugama nabi-nabi dahulukala dari iskandar zulkalnai)telah meresap aliran hindu, buddaha dan adat semata- mata (-----), kemudiannya bertukar kepada (islam)aliran ahli bait dan meresap pula aliran wahdatu ujud oleh(dikatakan dari ahli sufi) dan selepas dari itu diperbetulkan oleh aliran ahli sunnah waljamaah sehinggalah sekarang. 

Sebab itu lah aliran samawi , aliran ahli bait dan aliran wahdatu ujud tidak berapa kedengaran buat masa sekarang, walaupun aliran-aliran ini masih ada, tetapi tidak berapa kerat dikalangan mereka yang beramal dengan nya kerana mereka yang betul-betul ahli sahaja yang memegangnya dan tidak tersebar atau tidak diumumkan, kerana dibimbangi, mereka yang ingin berlajar aliran yang tersebut, tersalah pembawaannya dan boleh menyebabkan mereka terkeluar dari landasan agama islam atau murtad.

Orang yang mengambil aliran (ilmu) yang tersebut dengan cara segera (jalan pintas dan belajar separuh jalan ,tidak habis) dan sewenang-wenangnya lah (untuk kegunaan dunia semata-mata) yang selalunya menjadi kan diri mereka termasuk kedalam ajaran salah atau ajaran songsang sekarang ini(bukan ilmu atau ajaran yang salah tetapi tuan diri yang  atau pengamal yang menyalah gunakan ilmu yang tersebut) untuk tujuan dunia semata-mata.

Tuan dan puan ahli waris sekalian, dalam islam tidak kira aliran apa sekalipun asas pokoknya tetap sama tetapi ke taasuban dan kegilaan orang untuk mendapatkan ilmu dan mertabat tinggi dengan cara segera yang menyebabkan mereka melanggar tatacara  pembelajaran agama islam dan menjadi terpesong akidah mereka. Yang sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan diperalatkan oleh iblis yang dilaknat oleh ALLAH (mereka lebih kepada dunia semata-mata).

20140213

Tok Mat Jahat - Aki Tunggal Samad

Assalamualaikum,
Saya Adnan berasal dari Sungkai Perak
yang letaknya hanya di pisahkan oleh banjara TitiWangsa.

Pertanyaan
Saya adakah berlaku penghijrahan atau apa bentuk migrasi
Orang-orang Pahang ke Sungkai?
sebab
dari lengguk perbualan
dan loghat hampir
sama dengan orang-orang di Sungkai ini..

gelaran seperti Aki dan sebagainya masih digunakan di sini.

Soalan seterusnya

adakah nama Tok Mat Jahat terselit dimana mana?

Di Pahang umpamanya...
nama ini pernah di sebut dan 'soreh" oleh arwah bapak saya Aki Tunggal Samad.
terima kasih saya ucapkan ..

BIDAN KEPET - BIDAN TEKAH @ BIDAN HITAM.

Asslammualaikum.. saya juga sedang mencari susur galur keluarga.
Harap tuan dapat memeberikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan susur galur saya (sekiranya tahu).

Kalau di Jeratut (PEDAH)nyet2 perempuan saya adalah
seorang bidan yg bernama BIDAN KEPET

dan telah berkahwin dgn

saudagar (PANGLIMA ANDEK @ ANDAK)@ (NAKHODA LAMAT @ NAMAT)
dari seberang yg berdagang ke Pahang.

Setelah berkahwin mereka telah menetap di Pulau Tawar.
Setelah perang saudara berlaku mereka telah berpindah ke Chenor dan
seorang lagi keluarga terdekat telah pindah ke Pekan.

Di Chenor lahirlah seorang lagi bidan iaitu BIDAN TEKAH @ BIDAN HITAM..

TERIMA KASIH DIATAS SETIAP MAKLUMAT YG AKAN DIBERIKAN.

012-9518416 - YUSRI

20140210

Sajak: Tiba-tiba Saja Aku Terbaring

Sajak: Tiba-tiba Saja Aku Terbaring
(oleh humairaadawiyah)

ia mengingatkan aku...
tentang sesuatu yang telah lama
aku lupakan...

memori yang terkunci
sesuatu yang
aku cari selama ini
suasana di sini bening,
tenteram dan
penuh dengan ketakjuban...

ia tidak panas
dengan
cahaya matahari petang
cahaya matahari putih
dan ia bukan kawasan pasir
yang berbukit-bukau

amat luas sekali
saujana mata memandang,
dihiasi dengan langit biru.

Pemandangan yang paling cantik
yang pernah aku lihat.

Lagi sekali
 jantung aku bagai disentap...

Tiba-tiba saja aku terbaring.
Semua haiwan tadi hilang
dan hanya tinggal langit biru.

Amat mengejutkan
terdapat anjing di sebelah kiri aku,
anjing hitam.

Pertemuan Waris Pagar Ruyung Raub dengan Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara. (1)

Sember gambar: royalark.net

Mengimbas kembali wujudnya waris diraja Pagar Ruyung di Raub, ia berlaku sekitar akhir abad ke-18 ketika bantuan tentera yang diberikan oleh Yang Dipertuan Padang Unang, Sumatera iaitu Tengku Khairul Alam kepada Pahang sewaktu negeri itu berperang dengan Perak.

SEMBER GAMBAR: royalark.net

Katanya, Padang Unang ketika itu bernaung di bawah kekuasaan Raja Pagar Ruyung dan permintaan Pahang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan itu telah diperkenankan oleh baginda.

Menurutnya, dengan bantuan Tengku Khairul Alam, Pahang memenangi peperangan itu dan sebagai membalas jasa, Sultan Pahang telah mengurniakan kawasan di Raub bermula di Gesing, Sengkla, Semantan dan Kampung Pintu Padang bagi membuka penempatan baru.

Jelasnya, peranan waris diraja Pagar Ruyung di dalam politik Pahang tidak berakhir begitu sahaja sebaliknya Sultan Pahang telah melantik cucu Tengku Khairul Alam iaitu Tengku Kudin sebagai Tengku Lela Pahang yang pertama.

Pada  16 hb. Julai 2003 bersamaan 16 hb Jamadil Awal 1424 Hijrah,  pertemuan bersejarah yang menghimpunkan waris keturunan Raja Alam Pagar Ruyung, Sumatera Barat yang berada di Malaysia dan Indonesia diadakan di Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang baru-baru ini.

Majlis diadakan di rumah Datuk Tengku Mustapha Tengku Seti, dengan dihadiri waris keturunan dari Indonesia seramai 37 orang diketuai oleh Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Sultan Muhammad Taufiq Thaib.

Pertemuan itu juga sempena sambutan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang juga berasal dari keturunan yang sama.

Datuk Tengku Mustapha Tengku Seti, 65, merasakan pertemuan itu merupakan yang pertama kali diadakan secara rasmi sejak keturunan Raja Alam Pagar Ruyung berhijrah dan menetap di daerah Raub lebih 200 tahun lalu.

Pertemuan ini adalah yang paling bersejarah kerana dapat berkenalan lebih rapat dan mengetahui lebih lanjut perkembangan keturunan asal Raja Alam Pagar Ruyung di Indonesia yang merupakan generasi ke lima keturunan Pagar Ruyung.

Waris keturunan Pagar Ruyung yang tinggal di sekitar Raub, kini telah sampai kepada  generasi ketujuh dan telah disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia pada tahun 2001.

Pertemuan dua hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sebelum rombongan bertolak ke Seremban bagi meraikan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Antara aktiviti sepanjang dua hari itu ialah majlis suai kenal, tahlil dan menziarahi makam-makam yang dikenal pasti sebagai makam-makam anak raja Pagar Ruyung yang terdapat di sekitar Raub dan Kuala Lipis.

Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Sultan Muhammad Taufiq Thaib dari generasi ke 33 turut melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu waris keturunan Pagar Ruyung di Malaysia yang sebelum ini hanya didengar melalui khabar dari mulut ke mulut sahaja.

Pertemuan itu telah mengesahkan anggapan mereka sebelum ini bahawa keturunan Raja Alam Pagar Ruyung berada dan menetap di beberapa negeri di Malaysia termasuk di Pahang.

Ini adalah pertemuan yang paling lengkap berbanding beberapa pertemuan kecil sebelum ini dan kali terakhir Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Sultan Muhammad Taufiq Thaib datang ke Malaysia ialah pada Januari 2013. Kini ternyata keturunan Raja Alam Pagar Ruyung  berada di serata tempat.

Melalui pertemuan seperti itu, hubungan zuriat daripada keturunan yang sama yang terputus sejak sekian lama akan dapat bersambung kembali dan menjadi lebih rapat walaupun terpisah oleh dua negara yang mempunyai sistem pemerintahan berbeza.

Sejarah ketibaan keluarga diraja Pagar Ruyung di Malaysia berlaku pada tahun 1773 apabila seorang putera raja bernama Raja Mahmud diutuskan ke Negeri Sembilan untuk menjadi Yang Dipertuan Besar.

SUMBER GAMBAR:  royalark.net

Pelantikan Raja Mahmud ini adalah atas permintaan Datuk Undang Berempat. Bagi menguruskan upacara pertabalan Raja Mahmud, seorang pembesar bernama Raja Khatib dihantar ke Negeri Sembilan. Setibanya di Negeri Sembilan, Raja Khatib telah belot dan megaku dia yang perlu dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar.

Pembelotan ini mengakibatkan tercetusnya perang antara Raja Mahmud dan Raja Khatib sementara Raja Pagar Ruyung yang tidak yakin Raja Khatib dapat dikalahkan telah menghantar Yang Dipertuan Padang Unang, Tengku Khairul Alam bersama 40 hulubalangnya membantu Raja Mahmud.

Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja Tengku Khairul Alam tiba di Negeri Sembilan, didapati Raja Khatib telah berjaya dibunuh oleh Raja Mahmud.

Sejak itu, Tengku Khairul Alam tidak pulang ke Sumatera sebaliknya terus menetap di Seri Menanti sebelum beliau terlibat membantu Pahang berperang dengan Perak.

Penglibatan Tengku Khairul Alam dalam peperangan Pahang dengan Perak inilah yang menjadi permulaan kepada wujudnya keluarga diraja Pagar Ruyung di Pahang khususnya di daerah Raub.

BERSAMBUNG

SUMBER ASAL:
utusan.com.my

OLEH:
Mohd. Romzi Samsudin

20140208

Muhamat Yunus bin Sutan Muhamad Yusuf.

Assalam wrb

saya dari kalimantan barat ,
saya nak sedikit mencari informasi ,
tentang kerajaan pagaruyung ,
soalnya saya masih mencari silsilah saya,
karena orang tua saya sering bercerita tentang bukittinggi,
dan belio sering berkat bahwa kakek saya masih keturunan langsung dari kerajaan bukittinggi,
kakek saya bernam .H.muhamat yunus bin sutan muhamad yusuf.

dan adiknya bernama ,Zainal Abidin pemain bola tempo doeloe yang cukup kesohor di era tahun 1930-an itu menurut bapak saya.

namun kadang saya sendiri juga tidak tahu menurut info yang saya dapat selam mencari silsila dari keturunan kami bahwa saya ada kaitan dengan Sultan Alam Bagagarsyah.

anehnya ketika saya mebaca artikel ini keberadaan meraka ada di samping saya.

mohon sekiranya saudara bisa membatu saya untuk menyambung silahturahim yang terputus   

dari TAUFIK HIDAYAT
8/2/14

Tengku Hasan

Hasan atau Tengku Hasan

telah membuang gelaran tengku.

RUJUK
Keluarga Wan Ahmad
atau
Sultan Ahmad 1 Pahang

BERKAITAN
http://lamanpahang.blogspot.com/2012/01/rawa-di-pahang.html?

20140207

D14: tiga kumpulan kemasukan ke nusantara


Ada tiga tahap kedatangan  waris ahli bait kenusatara ini

1. Kumpulan yang berdakwah dan menyelamatkan diri 
dan berhijrah kesebelah Negara china dan yunnan dan dari sana mereka berundur  ke kawasan Indochina (champa atau kepayat Negara). Dari situ mereka, ahli waris ini bertebaran ke kawasan dimerata tempat.

2. Kumpulan yang berdakwah dan menyelamatkan diri 
dan berhijrah kesebelah Negara india dan dari sana mereka berdagang dan berdakwah di champa dan kawasan kepulauan nusatara.

3. Kumpulan yang didatangankan khas dari  tanah arab, 
apabila raja dipasai telah memohon daripada khalifah Islam pada masa itu (-----) supaya dihantar ulamak kesebelah nusatara dan permohonan dari kerajaan acheh bagi tujuan membendung dan memperbetulkan  aliran wahdatu ujud (martabat tujuh) yang diguna pakai oleh orang dinusatara kerana ramai yang telah menyimpang dari ajaran sebenar. Ini adalah permulaan nya kedatangan dan berkembangnya aliran ahli sunnah waljamaah di nusatara.