INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140224

Pertemuan Waris Pagar Ruyung Raub dengan Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara. (3) Lembing Patah Tengku Muda

Pada  16 hb. Julai 2003 bersamaan 16 hb Jamadil Awal 1424 Hijrah,  pertemuan bersejarah yang menghimpunkan waris keturunan Raja Alam Pagar Ruyung, Sumatera Barat yang berada di Malaysia dan Indonesia diadakan di Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang, Malaysia.

Berikut adalah petikan ucapan Dato’Tengku Haji Mustapha bin Tengku Haji Seti di Dalam Majlis Pertemuan Waris Pagar Ruyung Raub dengan Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara.

Sebenarnya saya semenjak dari tahun 80-an telah mendapat silsilah daripada sebelah ibu dan ayah, dan saya dapat tahu mereka ini berasal dari tanah Rao, sebelah bapa dikatakan dari Padang Unang dan sebelah ibu Tanjung Alai Rao Mapat Tunggul.

Justeru itu, hasrat hendak menjejaki waris-waris di sana begitu mendalam. Jadi oleh kerana itu dengan mengumpul silsilah dan keterangan-keterangan yang diperlukan, tetapi timbul persoalan kalau pergi ke Rao ke mana hendak dituju?

Saya dengan Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Manaf menghantar Nasution bin Bahrudin, salah seorang yang berasal dari Mandailing yang bermastautin di sini. Selepas beliau berkahwin di sini balik ke kampungnya untuk bertemu keluarganya, kami mintalah kepada dia “kalau boleh Nasution bila awak (engkau) balik kampung tolonglah pergi ke Rao, selidik keturunan saya di sana”.

Jadi Nasution bila balik ke sana dia pergi ke Rao, secara kebetulan ada saudara sepupunya yang bermastautin di Rao, maka mudahlah dia menjalankan tugasnya.

Alhamdulillah dia balik ke mari bercerita yang sudah jumpa dengan waris dari pihak ibu saya, tetapi sebelah bapa di Padang Unang tidak dapat dikesan, mengikut yang menjaga Rumah Adat di situ iaitu Bapak Asran, katanya orang ini tidak ada di sini, sekarang dia sedang bertugas di Jakarta dan tidak disebut pula namanya.

Selepas itu saya dengan Tuan Haji Abdul Jalil pergi ke Rao pada bulan Oktober 1992. Dapatlah berjumpa di sana dengan waris dari sebelah ibu saya di Tanjung Alai, tetapi di sebelah bapa saya di Padang Unang memang tidak tahu. Pada masa itu kami tidur di Rumah Tuan Haji Ilyas di Pasar Rao, dan pada masa itu Tuan Haji Ilyas pun dia tidak bercerita yang beliau menjawat Yang Dipertuan Padang Unang, beliau melihat silsilah yang saya bawa hanya diam sahaja tidak ada komentar apa-apa.

Selama lima hari di sana baru pulang semula ke sini, walau bagaimana pun saya tidak berputus asa sentiasa mendoakan mudah-mudahan dapat bertemu. Alhamdulillah sekarang ini sudah menjadi kenyataan, pertemuan ini sudah dikabulkan oleh Allah SWT.

Nasab keturunan yang datang ke mari berpunca daripada Tengku Umbak dan Tengku Khairul Alam. Tengku Khairul Alam ini mula datang ke Negeri Sembilan ( mengikut setengah riwayat tahun1773 Masihi ) cerita yang saya dapat dari orang-orang tua, ketika itu di ( Sri Menanti ) Negeri Sembilan adalah permulaan hendak ditabalkan Raja Melewar ibnu al-Marhum Sultan Abdul Djalil (Minangkabau) menjadi Yamtuan Sri Menanti.

Kemudian disusuli oleh saudara pupunya Tengku Umbak bin Tengku Tialam menurut jejak Tengku Khairul Alam ini datang ke Malaya pada masa itu. Jadi Tengku Khairul Alam yang tersebut namanya di sini dengan “Tengku Muda”.

Beliau telah meninggalkan Negeri Sembilan oleh kerana di dalam satu permainan melambung lembing, maka lembing yang dilambung ( Tengku Muda ) itu telah patah matanya, jadi beliau mendapat firasat tidak sesuai duduk ( tinggal ) di Negeri Sembilan. Justeru itu beliau terus merantau ke Raub, dan kemudian disusuli oleh Tengku Umbak. ( Lembing patah Tengku Muda tersebut masih utuh sampai ke hari ini, disimpan dengan dibalut kain kuning oleh salah seorang ahli waris beliau ).

Dengan takdirNya kedua beradik sepupu ini sampai ke Daerah Raub dan menetap di sini, dan telah berkahwin dengan dua orang adik beradik, iaitu Siti Zaleha@Cik Jeleha binti Lebai Diman berkahwin dengan Tengku Khairul Alam dan Siti Hajar@ Cik Hajar binti Lebai Diman berkahwin dengan Tengku Umbak.

Perkahwinan Tengku Khairul Alam dengan Siti Zaleha binti Lebai Diman telah mendapat seorang Putera bernama “TENGKU ABDUL SAMAD” Perkahwinan Tengku Umbak dengan Siti Hajar telah mendapat tiga orang puteri iaitu : Tengku Rotiah, Tengku Fatimah@Tengku Teh dan Tengku Puteri.

Perkahwinan Tengku Abdul Samad bin Tengku Khairul Alam dengan Tengku Rotiah binti Tengku Umbak mendapat dua orang putera dan seorang puteri iaitu :
Tengku Haji Daud datuk saya
Tengku Kudin datuk Tengku Kamaruzzaman dan
Tengku Empuk@Tengku Tijah (nenek) Tengku Razlan ( moyang Tengku Perang dan Tengku Paris ).
Sebelah Tengku Fatimah@Tengku Teh dan Tengku Umbak ini zuriatnya ada di Semenyih Selangor dan juga di Negeri Sembilan, tetapi saya tidak dapat menyelidiki kerana saya ini malang, ibarat kata pepatah “JALAN SUDAH SIAP, KAKI PUN MANTAS” artinya tak boleh hendak berjalan.

Tujuan saya selepas bersara ada masa untuk menumpukan penyelidikan ini, tetapi oleh kerana keuzuran tidak berupayalah saya untuk membuatnya, tinggal lagi di peringkat asas ada dalam simpanan saya mengikut yang saya dapat dari bapa saudara saya To’ Muda Tengku Zohri bin Tengku Haji Daud JP. yang telah meninggal dunia pada tahun lapan puluhan.

SUMBER:
http://suprizaltanjung.wordpress.com
OLEH
SUPRIZAL TANJUNG

2 comments:

Anonymous said...

salam tuan@puan...

tengku rokiah binti tengku umbak,
ada empat orang adik-beradik dari ibu berlainan.
tengku umbak ini beristeri tiga.

1.tengku rokiah...dengan ibu[pertama] daerah raub.
[dia guna gelaran asalnya *tengku]
2.{.....}seoranglelaki...dengan ibu[ke2] daerah bera.
[dia guna gelaran *tok]
3.{.....}dua lelaki dan seorang perempuan...dengan ibu [ke3] daerah temerloh.
[dia guna gelaran *tok**nama yang lain pula]

anak cucunya yang didaerah selain raub ,tidak menggunakan sebarang gelaran(pakai nama orang kebanyakan)...salam...inshaallah.

khairul said...

salam admin dan para tetua LP.....
hamba budak hingusan mohon pertanyaan.....
adakah ada kaitan tengku hamda bt tengku ismail bin tengku ahmad...
tengku hamda ade 3 beadik tengku hamda,temgku mustapa,tengku meriam,
manakala tengku ismail ade 3 beradik,tengku ismail,tengku yaman,tangku had,tengku ismail berkahwin dgn wan@tok lembut
antara maklumat yang saya dapat,dan dikatakan juga tengku hamda ni sepupu kepada tengku kudin,adakah tengku kudin oarang yg sama dalam post diatas.....
mohon pencerahan semua..