INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140307

D18: champa, yunnan, ketemasek, singapura)


TANAH MELAYU(dari champa/Yunnan hingga lah ketemasek@singapura), pergolakan diantara waris menjadi amat menyedihkan. Siam islam dan pattani telah dikuasai oleh  kaum thai .champa dan kepayat Negara telah dikuasai oleh kaum Buddha. Yunnan pula dikuasai oleh china komunis dan yang tinggal hanyalah semenanjung tanah melayu, yang dikatakan asalnya istana maharaja bukit seguntang.

Semasa itu cermen jedah, langkasuka(kedah tua), johor tua, Terengganu tua,Pahang tua dan negeri Sembilan tua dan beberapa lagi negeri tua lama yang tidak dapat dikesan lagi. Keadaan mereka sentiasa bergolak dan berperang dengan kaum thai dan berkrisis sesama waris kerabat.

Apabila muncul Melaka, semuanya digabungkan dibawah naongan sultan malaka semasa kemuncak pemerintahan nya. Asal nya Melaka ini, telah ditubuhkan oleh perameswara (dikatakan raja  akhir dari Palembang dari keturunan kijang putih) dan dikatakan telah memeluk islam dan menggunakan nama muhammad shah. 

Raja kedua atau sultan Melaka kedua telah disandang oleh cucunya (menantu kepada perameswara menjadi wakil sementara, beliau adalah syeh yang mengislamkan parameswara)kerana parameswara tiada anak laki-laki.

Waris ini memerintah sehingga sultan mansor shah dan selepas itu telah digantikan dengan anak tirinya (raja Husain atau sultan alauddin riwayat shah@raja darah putih).

Pemilihan ini dibuat oleh tun perak (bendahara Melaka pada masa itu)diatas sebab krisis kematian anaknya tun besar, yang menyebabkan waris sultan mansor shah, raja Muhammad dan raja ahmad tercampak kepahang (anak dengan puteri sri wanang*wazir siam Pahang).waris mansor shah yang lain juga diketepikan dan tidak membantah kerana , tun perak itu adalah bapa saudara mereka.

Sultan alauddin shah inilah yang dipanggil raja darah putih dan keturunan raja darah putihlah yang menyambung memerintah Melaka dan disambung oleh sultan Mahmud yang berkhawin dengan tun teja anak raja Muhammad  (bapa saudaranya,mengikut sebelah ibu) sehingga lah kepada sultan Mahmud mangkat dijulang yang ditikam oleh laksamana bentan atau nama lainnya tun abd samad , waris keturunan dari tun perak.

Perlu diingatkan yang isteri sultan muhammad shah(parameswara) dan isteri  tun gajah mada ,tun pepatih putih( datuk atau ayah tun perak) adalah adik-beradik dari anak raja dipattani.

Jadinya sultan dan bendahara Melaka adalah beripar-duai.

No comments: