INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140331

Hamdan Salleh Pelukis Malaysia

Saudara Hamdan Salleh mula menjual lukisan ketika bersekolah darjah tiga.Pada ketika itu terdapat seorang pelajar yang suka meminta Saudara Hamdan Salleh untuk melukis pelbagai lukisan. Antara lukisan yang diminati adalah gambar kereta. Pada masa itu Saudara Hamdan Salleh menjual lukisan tersebut dengan harga 20 sen.

Setelah lebih 20 tahun menceburi dunia lukisan dengan mencari makan melalui melukis maka lukisan Saudara Hamdan Salleh kini telah mencecah melebihi 20 ribu sekeping. Jika dibandingkan dengan pencapaian rakan-rakan dan otai-otai pelukis, pencapaian Saudara Hamdan Salleh masih belum mencapai tingkat yang diharapkan.

Saudara Hamdan tahu bahawa untuk mencapai tahap tersebut kita kena banyak memberi dan mengajar orang lain. Barulah ilmu kita berkembang dan kita akan mendapat yang lebih baik. Maka beliau berbesar hati jika ada mereka yang benar-benar ingin belajar melukis.
Saudara Hamdan Salleh sedany menyiapkan lukisan keluarga saiz sebenar.

Saudara Handan Salleh boleh di temui di Galeri Kecil di Hentian Bas Bandar Kerayong Bera. Mini Galeri Hamda Salleh sering menjadi perhatian penumpang bas dan teksi kerana lokasi berhampiran dengan kawasan tyersebut.

Saudara hamdan juga menyimpan pelbagai koleksi tumbuhan herba dan pelbagai kitab-kitab untuk 'mengenal diri' Apabila bercerita pasa ke'lukisan dan ketuhanan, ianya susah untuk ditulis dengan kata-kata. Kerana tulisan itu tidak boleh menjawab jika orang tersalah tafsir niat untuk kata tersebut.

No comments: