INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140420

Burung2 Taman Negara Pahang - helang, berkek, hujan dan takau

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Ada juga burung yang bernama berkek antara mereka ini adalah Burung Berkek, Burung Berkek Besar, Burung Berkek Bintik, Burung Berkek Ekor Kipas ,Burung Berkek Malam dan Burung Berkek Tirok
2.Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia.

Jenis-jenis burung helang adalah:
Burung Helang,  Burung Helang Alap Jambul (accipiter Trivigartus),  Burung Helang Baza, Burung Helang Berjambul,  Burung Helang Hitam, Burung Helang Kangok, Burung Helang Kembara Hitam,   Burung Helang Kepala Kelabu,  Burung Helang Kinabalu, Burung Helang Lebah, Burung Helang Malam,  Burung Helang Merah,  Burung Helang Pipit, Burung Helang Putih, Burung Helang Selat dan  Burung Helang Tiram
3.Burung Hupo Tunggal adalah burung pengembara yang kebiasaannya terdapat di Sumatera dan Kalimantan utara. Aktif di kawasan terbuka dan lembab, mencari makan dengan menusuk-nusukan paruh yang panjang ke permukaan tanah. Jambulnya akan menegak bila merasa ada bahaya dan bila akan hinggap. Mungkinkah ada harapan untuk burung hup tunggal ini mengembara sampai ke Taman negara Pahang.
4.Burung Hujan-hujan juga dikenali sebagai burung Takau Ekor Panjang atau Psarisomus dalhousiae. Burung Hujan-hujan adalah burung hutan yang makan serangga. Burung Hujan-hujan hidup berkumpulan dan terbang dalam kawanan yang besar dan bising kecuali semasa musim mengawan. Di Malaysia Burung Hujan-hujan merupakan spesies burung yang dilindungi sepenuhnya.

No comments: