-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20140528

Jemputan Menyertai Himpunan Waris Berhala Gantang 2014

Dengan segala hormatnya JKKK Kg. Berhala Gantang Menjemput Seluruh Kaum Keluaga, Waris-waris dan Pelajar pondok 'Madrasah Al-Wosto" tahun 50an,60an,70an,80an dan 90an ke Himpunan Waris Berhala Gantang.

Program: Hari Keluarga Waris Berhala Gantang
Tarikh: 31.5.2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Kolam Tahfiz Kg. Berhala Gantang

Semoga Dapat luangkan masa untuk bersama.

Sekian dimaklumkan


SUMBER:
https://www.facebook.com/pages/JKKK-Kg-Berhala-Gantang/131283670349075

sumber gambar:
http://masjidalhassan.blogspot.com/2009/08/peta-lokasi-kampung.html

Peta Kg Berhala Gantang


SEJARAH KAMPUNG BERHALA GANTANG MENITI ZAMAN

Berhala Gantang adalah sebuah kampung kecil dalam Mukim Sanggang yang letaknya sebelah kanan mudik sungai Pahang. Lebih kurang 6 km dari Bandar Temerloh.

Kampung ini dipercayai di asaskan pada tahun 1176H/1729M oleh seorang yang bernama Shahibudin Bin Zainal Abidin Bin Suji Bilang. Pada masa tersebut Negeri Pahang mengalami perebutan kuasa di antara waris Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.

Perebuatan ini tidak menjejaskan kedudukan sosial dan ekonomi penduduk setempat. Ini kerana jalan keluar membawa hasil mahsul adalah melalui Penarikan di Ulu Muar, kebanyakan di kawasan hulu sungai Pahang dikuasai oleh orang-orang Melayu Minangkabau, Rawa dan Mendailing. Mereka mengadakan perhubungan perdagangan dengan orang-orang Belanda di Melaka.

Kampung Berhala Gantang bukanlah sebuah Kampung yang tertua di dalam Negeri Pahang, malah ia merupakan sebuah perkampungan baru jika dibandingkan dengan kampung-kampung lain seperti Chenor, Bera, Mengkarak, Pulau Tawar, Badok, Kg. Mengkasar, Sungai Ma’ Dulang dan Bangau.

Asal usul Tuk Shahibudin adalah dari Minangkabau kemudian berpindah ke Negeri Sembilan. Dari sana, Tuk Shahibudin masuk ke Pahang dan menetap di Chenor. Di Chenor Tuk Shahibudin berkahwin dengan penduduk tempatan dan di beri kuasa lalu Tuk Shahibudin membuka penempatan di Mengkarak.

Dari Mengkarak, Tuk Suji Bilang pergi membuka perkampungan di Tanjung Keramat, Bangau. Di situlah Tuk Shahibudin membesar dan belajar. Setelah dewasa dan berkahwin maka menurut adat Minangkabau anak lelaki pantang duduk di rumah, maka beliau pergi berdakwah ke merata Negeri Pahang hinggalah diputuskan oleh Allah membuka kampung di Berhala Gantang.

Kampung ini di bina dengan hanya satu tujuan untuk dijadikan pusat pengajian Islam bagi negeri ini. Pusat pengajian yang hanya berasakan Al Quran dan Al Sunnah menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ini kerana pada masa itu Negeri Pahang di kuasai oleh aliran Panthisne Hamzah Fansuri iaitu Fahaman Mertabat Tujuh dan bermacam-macam aliran lain lagi yang kebanyakannya cenderung kepada Sufisisme. Ajaran ini merupakan ikutan kepada fahaman Wihdatul Wujud yang diasaskan oleh Ibn Arabi Al Sufi. Di samping itu juga ajaran Islam di negeri ini bercampur dengan khurafat dan bidaah yang melampau – lampau.

Antara lain matlamat Tuk Shahibudin ialah untuk mengislamkan penduduk tempatan yang terdiri dari orang Asli. Orang Asli pada masa itu terkenal dengan kebolehan mereka di dalam bidang ilmu sihir dan perbomohan, apabila mereka memeluk Islam amalan ini masih di teruskan.

Tuk Shahibudin berjaya di dalam usahanya yang pertama iaitu membina sebuah penempatan dan mendirikan sebuah Sekolah Agama yang sistematik. Beliau juga berjaya menjadikan kampung ini sebuah estet menanam pokok kelapa dan padi.

Beliau juga berjaya membangunkan sebuah penempatan yang tersusun dan menarik orang ramai untuk tinggal di kampung ini, dalam masa yang singkat Kampung Berhala Gantang sudah menjadi satu kawasan penempatan yang maju serta ramai penduduk.

Ketegasan Tuk Shahibudin dan kebolehan beliau di dalam pelbagai ilmu persilatan menyebabkan nama beliau terkenal di Negeri Pahang ketika itu, Tuk Shahibudin tidak bertolak ansur di dalam soal aqidah dan amalan Islam, hampir 90% penduduk Islam di Pahang mengamalkan ajaran Suluk Hamzah Fansuri sebaliknya Tuk Shahibudin mengikut fahaman Insaniyah Nuruddin Al Raniri dan mengikut Tarekat Al Hadad dari Yaman.

Ini berlainan dengan tarekat-tarekat tempatan ketika itu yang cenderung kepada Naqsabandi. Tuk Shahibudin pernah berperang dengan suku Rawa di kawasan Jerantut kerana membenteras ajaran sesat dan karut marut.

Perjuangan beliau disambung oleh anak cucu beliau yang semuanya alim-alim belaka seperti Teh Mohd Hassan yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Teh Keramat yang makamnya terdapat hingga ke hari ini di Kampung Berhala Gantang. Makam Tuan Teh Keramat pernah dijadikan oleh orang-orang jahil sebagai tempat bernazar.

Semasa Tuan Teh, Kampung Berhala Gantang telah diiktiraf sebagai sebuah jajahan, Tuan Teh telah dilantik sebagai Mufti dan Qadi bagi daerah Temerloh oleh Bendahara Tun Abdul Majid. Dan sebagai leluhur dari Orang Kaya Indera Segaradi kawasan Jempol, Rembau dan Triang, Tuan Teh diberi memegang kekuasaan dari Sungai Lebak hingga ke Gunung Senyum terus ke Bukit Segumpal.

Selepas kematian Tuan Teh, kampung ini terus menjadi pusat pengajian yang terkenal, ini kerana anak Tuk Shahibudin yang dilantik menjadi Qadi adalah tiga orang iaitu
Qadi Nong dan
Qadi Abu Bakar Sanggang selain
Tuan Teh sendiri.

Imam Syam yang dilantik mengantikan Tuan Teh berjaya meneruskan usaha datuk neneknya menjadikan kampung ini pusat pendidikan agama yang tinggi.

Kampung ini menjadi tempat orang dari seluruh Negari Pahang mendapat pendidikan samada untuk dunia dan akhirat. Ramai juga pembesar-pembesar mencari jodoh untuk anak gadis mereka daripada penduduk kampung ini. Oleh sebab itu salsilah anak cucu Tuk Shahibudin berkembang ke hilir seperti di
Lebak,
Tengguh,
Guai hingga ke
Mentiga dan ke hulu seperti
Sanggang,
Loyang,
Lipat Kajang,
Pualu Pasir Mandi hingga ke
Kuala Lipis.

Semasa pemerintahan Bendahara Ali, Negeri Pahang menjadi aman makmur dan penduduknya menikmati taraf kehidupan yang tinggi, salah satu sebabnya ialah kerana kekuatan kehidupan beragama di kalangan anak negeri.

Dari suasana politik yang tidak ketentuan pada masa Bendahara Sultan Abdul Jalil bertukar menjadi stabil. Keadaan ini amat jelas menunjukkan kejayaan Tuk Shahibudin dan anaknya Tuan Teh mengembangkan agama Islam di negeri ini dan menyatukan mereka di bawah satu payung kesatuan ummah yang padu.

Dalam sekitar tahun 1870 hingga 1900, Kampung Berhala Gantang mempunyai sebilangan ulama yang terkenal seperti
Qadi Besar Pahang ,
Qadi Ibrahim bin Abu Hurairah,
Imam besar Mohammad,
Tuan Haji Ali bin Sham,
Tuan Haji Ahmad bin Abdullah

Kampung Berhala Gantang ini tidak putus-putus selama 150 tahun melahirkan guru agama yang berjuang secara sukarela bagi kepentingan agama dan bangsa. Mereka juga dipanggil oleh penduduk sesuatu kawasan datang tinggal di tempat mereka dan menetap di sana seperti di kawasan kiri kanan sungai Semantan hingga ke Kuala Kaung dan Jambu Rias masih terdapat jalur keturunan Tuk Shahibudin.

Anak cucu beliau memberi sumbangan yang besar di dalam memaju dan membuka perkampungan baru.

Selepas kemasukan British ke Pahang, kedudukan kampung ini terus stabil, penduduk kampung ini oleh kerana tradisi kekuatan beragama, bersolat jemaah, bergotong-royong, mempastikan anak-anak boleh membaca Al Quran dan berbahasa Arab mereka terus dihormati oleh British, sehingga jawatan Qadi Daerah Temerloh ini menjadi jawatan “Qadi Berhala Gantang” yakni secara turun temurun di pegang kuasanya oleh orang Kampung Berhala Gantang sejak dari zaman
Tuan Teh,
Qadi Nong,
Qadi Abu Bakar,
Qadi Ismail,
Qadi Ibrahim,
Qadi Ahmad sehingga ke zaman sebelum darurat.

Kampung Berhala Gantang juga terkenal sebagai kawasan perniagaan dan pertukangan. Awal 1900 mereka menguasai pasar di Temerloh, contohnya pekan sehari Ahad pada masa dulu hanya dua golongan besar saja yang terlibat menjual barangan di situ iaitu orang Kampung Berhala Gantang dan Orang Kampar Batu Satu.

Orang Berhala Gantang juga pandai mencari bijih timah dan emas,  sebelum kemasukan British dan dikuatkuasa oleh Kerajaan Pahang ketika itu. Orang Kampung Berhala Gantang juga mahir di dalam bidang pertukangan, sehingga mereka dijemput mendirikan masjid di sekitar Daerah Temerloh, contohnya masjid Songsang.

Pada masa kedatangan Jepun, penduduk kampung ini masih bersemangat untuk menghidupkan sekolah agama walaupun di dalam keadaan tidak tenteram dan sukar untuk mendapatkan peralatan.

Abdullah Yaakub bin Awang Naib (Ketua Kampung), Tuan Haji Zakaria bin Hj Ibrahim, Khatib Dollah bin Janal, Ismail bin Janal, Cikgu Yaakub bin Simat, Bilal Omar bin Kia, Tuan Haji Sham bin Yusuf, En Md Noor bin Sitam, Tuan Hj Taib bin Nong Tahir, En Mustaffa bin Arshad telah berusaha mengumpulkan wang untuk membeli tanah dari En Idris bin Hassan bagi dijadikan tapak sekolah.

Maka akhirnya lahirlah Madrasah Al Wosto di atas sebidang tanah seluas satu ekar dan pondok di atas tanah seluas hampir lima ekar.

Pada masa kebangkitan semangat kemerdekaan, penduduk kampung ini tidak lepas dari sama-sama bangun menentu British keluar dari Tanah Melayu. Sebahagian dari mereka telah memasuki
API,
AWAS,
INSAF,
KMM dan
Hizbul Muslimin,

Penduduk kampung ini sama sekali tidak menyokong British sebab itu mereka tiada A/C, sebaliknya mereka ditohmah sebagai tali barut komunis.

Sehingga Ketua Kampung pada masa itu hendak dibunuh oleh komunis barulah pihak Inggeris percaya bahawa penduduik kampung ini tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.

Selepas kemerdekaan, kampung ini telah menjadi sebuah pusat pengajian yang paling besar di Negeri Pahang, dengan murid yang hampir 300 orang dan dapat mengadakan kelas hingga tingkatan lapan, sama setanding dengan sebuah universiti di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Hasanuddin Bin Muhammad, Madrasah Al Wosto juga telah berjaya mengasah bakat murid-murid di dalam aktiviti Ko Kurikulum.

Pelajar – pelajar ini dapat menjuarai beberapa kategori pertandingan peringkat daerah dan negeri seperti di dalam kategori bola sepak dan musabaqah Al Quran. Sekolah ini begitu maju sehingga perbelanjaan tahunannya menjangkau RM 13,572 setahun (nilai pada masa itu)

Dalam akhir tahun 70an dan awal 80an merupakan zaman kemelesetan ekonomi dan berlaku banjir besar sebanyak dua kali, ini menjadikan ekonomi penduduk kampung agak sukar.

Namun usaha untuk mencapai kemajuaan tidak pernah lekang dari lubuk hati mereka, dengan wujudnya universiti dan pusat pengajian tinggi tempatan, maka mulalah penduduk kampung ini menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti, sehingga kini hampir 100 orang anak-anak kampung ini berjaya menjejakkan kaki ke Universiti.

Pada tahun 1982, dengan sebab keuzuran Tuan Guru Haji Hasanuddin telah menyerahkan kuasa pentadbiran sekolah Al Wosto kepada Jabatan Agama Islam Pahang, sekali lagi penduduk kampung  Berhala Gantang dengan sukarela mewakafkan tanah bagi tapak sekolah.

Era 90an, kampung ini telah melangkah setapak lagi denagn mendirikan Maahad Tahfiz Al Quran, dalam usaha menjadikan penduduk kampung ini mengambil berat tentang pendidikan Al Quran, semoga Intitusi ini menjadi sebuah Jamiaah atau kolej yang dapat melahirkan para ulama yang berketerampilan di dalam soal-soal keagamaan, ini tergantung kepada setakat mana kesungguhan anak cucu Tuk Shahibudin merealisasikan impian datuk nenek mereka di masa lampau, sejauh mana meraka sanggup berkorban wang ringgit dan tenaga mereka bagi agama.

Pada masa sekarang , Kampung Berhala Gantang telah menikmati pelbagai kemajuaan dan menerima pelbagai peruntukan yang lebih baik dari kampung-kampung di sekitarnya.

Semoga Allah memelihara kita dan menjayakan hasrat, cita – cita dan niat kita bersama.

SUMBER:
http://masjidalhassan.blogspot.com/2009/08/sejarah-ringkas-kg-berhala-gantang.html

Popular Posts 28.5.2014

  1. Racik adalah peralatan tradisional yang digolongkan sebagai alat memburu atau lebih jelas lagi menangkap ayam dan burung. Racik dihasilkan d...
  2. Berikut adalah serba ringkas catatan oleh Neguai tentang Rawa di Pahang. RAO [RAWA]{diPAHANG} DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI ...
  3. Bukit Gambang Water Park mungkin jauh lebih baik dari Berhala Gantang Water Park (Kolam Tahfiz Temerloh) ini. Tetapi bagi sesetangan orang, ...
  4. Berikut adalah nama-nama yang dipetik dari mozaikminang.wordpress.com. Pihak kami telah menyenaraikan nama-nama yang ada dalam salasilah ter...
  5. Tun Teja puteri Seri Amar Diraja, Bendahara Pahang abad ke-15. Tun Teja telah diculik dari Pahang untuk dijadikan permaisuri kepada Sultan M...
  6. Sempurna Resort Kuantan , dibina pada tahun 2009. Tempat untuk kita nikmatilah percutian bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang k...
  7. Susur dari keturunan Minang dan Bugis dan juga keturunan yang lain akan turut dipaparkan bersama-sama bagi mendapatkan kebenaran yang mungki...
  8. Ada banyak nama-nama yang mempunyai kaitan dengan nama Mat Kilau. Senarai ini masil belum sempurna dan banyak yang akan diperbetulkan setela...
  9. Pucuk paku di dalam perahu, Perahunya datang dari seberang, Carilah AKU di dalam AKU, AKU ada di dalam terang... BISMILLAH itu mula dis...
  10. SENARAI NAMA PENGHULU PAHANG 1856 HINGGA 1886 Sumber: bendaharazamineran.blogspot.com 1) Penghulu Panglima Kakap Hussin Bin Mohd Salleh (...

20140519

Bermulanya Sultan Di Negeri Pahang 1470-1641 (Sultan Muhammad Shah - Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah)


Tahukah anda sebenarnya kesultanan Pahang bermula sekitar tahun 1470 lagi apabila Raja Muhammad dirajakan di Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah oleh Ayahandanya Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah. Sebenarnya Raja Muhammad dihantar ke Pahang sebagai hukuman buang negeri oleh Paduka Ayahandanya yang begitu murka terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh Tun Besar, anak kepada Bendahara Melaka, Bendahara Paduka Raja. Kisahnya bermula apabila Raja Muhammad pergi ke Kampung Bendahara paduka Raja dan pada waktu itu Tun Besar sedang bermain sepak raga (takraw) bersama kawan-kawannya. Dengan tidak sengaja bola yang disepak oleh Tun Besar terkena dastar (tanjak) Raja Muhammad lalu jatuh. Raja Muhammad begitu murka dengan kejadian ini lalu ditikamnya Tun Besar dibahagian rusuk terus kehatinya. Tun Besar meninggal dunia ditempat kejadian.

Sultan Muhammad Shah hanya memerintah Pahang selama lima tahun sahaja dan dimakamkan di Dusun Pinang, Pahang Tua.

Adidanda baginda Raja Ahmad ibni Sultan Mansur Shah menggantikan baginda dengan gelaran Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang ke-2. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan satu peristiwa dimana laksamana Khoja Hasan telah berjaya melarikan gajah kenaikan baginda sebagai simbolik menunjukkan bahawa orang Melaka lebih bijak daripada orang Pahang. Baginda merasa malu dan terhina dengan peristiwa ini lalu turun daripada tahta.

Raja Abdul Jamil ibni Sultan Muhammad Shah, putera Sultan Pahang 1, dilantik menjadi Sultan Pahang ke-3 menggantikan Sultan Ahmad Shah. Dalam masa yang sama, Sultan Ahmad Shah telah merajakan putera baginda Raja Mansur Shah sebagai Sultan Pahang ke-3 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1. Walau bagaimanapun disebabkan oleh faktor usia yang masih muda akhirnya Raja Mansur Shah terpaksa mengalah.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamil, Raja Mansur Shah ibni Sultan Ahmad Shah dilantik semula sebagai Sultan Pahang ke-4 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1. Sultan Mansur Shah 1 mangkat pada tahun 1519.

Selepas kemangkatan Sultan Mansur Shah 1, Raja Mahmud ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang 1) dilantik sebagai Sultan Pahang ke-5 dengan gelaran Sultan Mahmud. Baginda mangkat pada 1530.

Selepas kemangkatan Sultan Mahmud, baginda digantikan oleh puteranya Raja Muzaffar ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah, Sultan Pahang ke-6.

Sultan Muzaffar Shah digantikan oleh adindanya Raja Zainal ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Zainal Abidin, Sultan Pahang ke-7. Baginda mangkat sekira 1555.

Raja Mansur ibni Sultan Muzaffar Shah dilantik menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-8 dengan gelaran Sultan Mansur Shah II. Baginda mangkat sekitar 1560.

Baginda dilgantikan oleh adinda baginda Raja Jamal ibni Almarhum Sultan Muzafar Shah sebagai Sultan Pahang ke-9 dengan gelaran Sultan Abdul Jamal Shah.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamal, baginda digantikan oleh saudara sepupu putera Sultan Zainal, Raja Abdul Kadir dengan gelaran Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-10. baginda mangkat pada tahun 1590.

Baginda digantikan oleh putera baginda, Raja Ahmad ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-11 dengan gelaran Sultan Ahmad. Walau bagaimnapun baginda memerintah hanya satu tahun sahaja kerana dikatakan terlalu muda untuk menjadi Sultan.

Baginda digantikan oleh kekandanya, Raja Abdul Ghafur ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-12 dengan gelaran Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah, Putera kedua baginda yang tidak dicatatkan namanya telah membunuh baginda dan Raja Muda Abdullah. Dengan pembunuhan ini berakhirlah pemerintahan bersultan di Pahang dari keturunan Sultan Melaka pada tahun 1614.

Tn. admin... masih wujud lg ker jurai putera kedua Sultan Ghafur di Pahang?

sumber: http://lamanpahang.blogspot.com/2013/04/j36-waris-dari-susur-melaka-di-pahang.html

20140515

rajawaliartgallery - Nazri Chot

Kini Nazri Chot telah sama-sama bernaung di balai seni lukis pelikis pahang di Lereng Rimba Akasia di Perkampungan Cenderawasih hasil usaha Galeri Rajawali (rajawali art gallery)
 Nazri Chot bermula sebagai pelukis potret dan walau pun masih melukis potret. Nazri Chot  kini mula melangkah kearah membina nama sebagai salah seorang pelukis realis yang menampakkan daya maju dan tidak takut untuk bersaing.
 Malah boleh dikatakan Nazri Chot antara pelukis realis yang amat berjaya dan sangat 'fokus' jika melihat gaya beliau memegang puntung rokok.
 Karya-karya Nazri Chot banyak menghiasi kulit novel keluaran Creative Enterprise. Nazri Chot memilih ayam serama sebagai subjek , ini bukan menghairankan jika kita melihat siapa guru Nazri Chot. Guru Nazri Chot  tidak lain dan tidak bukan adalah pelukis 'hutan' yang terkenal di Malaya iaitu pelukis Jaafar Taib.
 Keputusan untuk berkarya sepenuh masa lebih kurang tiga tahun sudah adalah satu keputusan yang paling benar yang pernah diambil oleh Nazri Chot. Tambahan pula beliau memang seorang artis yang prolifik. Sama-sama kita sokong bila Nazri Chot sudah membuat keputusan ini.
Kepada peminat seni Nazri Chot, anda boleh berkunjung ke Balai Seni Lukis Negeri Pahang di Perkampungan Cenderawasih dan bersebelahan dengan Sekolah Cenderawasih.

Rujuk:
http://abdullahjones.blogspot.com/2011/03/dan-rimba-pong-bersalam-lah.html

20140510

Sajak: Orang Akan Tahu Rahsia Kita

Sajak: Orang Akan Tahu Rahsia Kita
(oleh humairaadawiyah)

Sejak dari itu
banyak mimpiku
berkisar mengenai haiwan purba,
tapi tiada langsung ketenangan,
hanya mainan,
seperti lapras,
naga cahaya biru,
kuda laut purba,
ular laut purba

seperti bentuk naga bertukar menjadi batu,
kecil dapat dipegang dengan tangan,

buah catur yang unik.

Kelakarnya...
dan aku berasa amat letih
dengan mimpi-mimpi itu,
tidak seperti mimpi aku yang tenang sebelum ini.

bila cerita tentang mimpi,
anjing hitam..
cinta dunia,
yang tak pernah habis

20140505

Senjata Melayu di Karnival Warisan Sejarah dan Budaya Pahang 2014 (Benta, Lipis, Pahang)

03hb Mei 2014 (SABTU)
10.00 pagi     Karnival bermula
2.00 petang     Ketibaan para tetamu,media dan masyarakat kampong
2.30 petang     Ketibaan tetamu VIP dan para jemputan
2.45 petang     Ketibaan Perasmi- Ahli Parlimen Lipis YB Dato' Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamed
3.00 petang     Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
3.10 petang     Ucapan Pengarah Program IEncik Mohd Rushdi Bin Abdul Ghani
3.20 petang     Ucapan Perasmian oleh Ahli Parlimen Lipis YB Dato' Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamad
3.40 petang     Gimmik Perasmian
3.45 petang     Persembahan Silat
4.00 petang     Menjemput perasmi  melawat tapak karnival
4.30 petang     Minum Petang
 4.45 petang     Persembahan Tarian Tradisional
5.00 petang     Persembahan Muzik Tradisional Persembahan Permainan Tradisional
6.00 petang     Karnival Rehat
 8.30 malam     Persembahan Dato’ Ariffin Said
9.00 malam     Persembahan Puisi
9.30 malam     Tayangan Wayang Pacak
11.00 malam     Karnival Rehat
 Hulu keris pula, dalam ianya diukir indah dengan hiasan pendokok dan kadang-kadang dihiasi pula dengan batu permata sebenarnya menyimpan rahsia tempur. Hulu keris Melayu selalunya diperbuat dari jenis-jenis kayu yang mempunyai nilai perubatan seperti kemuning. Hulu kerdas Bugis bukan sahaja amat selesa digenggam, bahkan mampu digunakan sebagai senjata. Jika musuh memegang tangan bersenjatakan keris, maka jambul atau paruh hulu kerdas boleh mematuk tangan dan ketika itu musuh terdorong ke hadapan bagi memberi laluan kepada mata untuk menyampaikan maksudnya dibahagian leher.
SUMBER: http://khalifahgayong.wordpress.com/2010/02/11/rahsia-keris-aring-dan-hulu/

Nama hulu Keris:
hulu ayam teleng akar baha
hulu tajung kemuning hitam
hulu patah tiga berukir separuh kemuning emas
tajung gerahang gajah
hulu burung kakak tua
hulu tajung gading gajah
hulu makara
hulu jawa demam perak
hulu pekaka gading gajah
SUMBER:
http://kemuningwarisan.blogspot.com/2009/12/hulu-keris.html
 Alat senjata pusaka boleh dianggap sebagai lambang sahaja bahawa keluarga dan keturunan tersebut pernah menjalankan tugas sedemikian pada zaman-zaman dahulu. Sekarang tidak lagi.
 Kita tidak perlu susah payah menuntuk sesuatu yang sudah terlepas. Sampai masa nanti giliran tersebut akan kembali semula. Tapi, bolehkan kita tidak lalai seperti tok-tok moyang kita dahulu-dahulu. Tugas tidak dijalankan tetapi amanah dipegang akhirnya semua kerja tak siap. Maka kita terus jadi begini. Percaya kepada hak yang ada pada keris dan senjata lama tetapi lupa hak yang ada pada Allah.
 keris sakti boleh membunuh musuhnya hanya dengan menikam bekas tapak kaki MUSUH.  Kemudiannya keris juga dipercayai boleh memindahkan api dari sebuah rumah yang sedang terbakar kepada tempat lain dengan mengarahkan ujung keris di tempat rumah terbakar itu ke tempat yang lain. Dan banyaklah cerita-cerita yang tentang kesaktian sebilah keris.
sumber: http://warisansenipurba.blogspot.com/2012/04/jenis-jenis-keris-dikenalpasti-jenis.html
 Ini adalah contoh keris hiasan untuk dijual. Keris pusaka biasanya tidak dijual dan perlu disimpan oleh pihak tertentu. Kadang-kadang ada tukan simpan keris yang bukan pemilik keris. Dia hanya sebagai tukang simpan atau Tukang Pegang bagi pihak orang lain. Bila sampai kepada anak cucu, mereka merasakan keris tersebut adalah hak keturunan mereka. Keris dikatakan keris Sultan Mansor Melaka, bila ada pada keluarga dia, maka dia pula dikatakan pewarisnya.
 Ketika Darurat menyelubungi Tanah Melayu dari 1948 hingga 1960, masyarakat Banjar menyatukan bangsa Melayu di Sungai Manik, Perak menentang ancaman Komunis. Kebangkitan di Sungai Manik adalah contoh peperangan gerila dan penggunaan Lading begitu menonjol dalam kempen yang digelar Perang Sabil, atau Perang Sungai Manik.
SUMBER:http://warisanhanafiusj.blogspot.com/2008/07/huraian-parang-lading.html
Keris dan senjata Melayu kita ini sering menjadi rebutan antara semasa kita. Kadang-kadang lebih parah jika terjadi rebutan antara Pak Sedara da Anak Sedara yang berpunca dari sebilah keris. Masing-masing mahu hak ketuanan keris tersebut menjadi milik mereka untuk dikuasi dan ditunjukkan kepada orang lain.

Persengketaan sesama keluarga kerana keri bole berlarutan sampai baranak cucu. Dan seterusnya perselisihan terus di sambung oleh genari mereka seterusnya. Bila bercerita tentang keakraban sesama keluarga kita tidak nampak persengketaan dalam keluarga. Masing-masing dengan bangga bercerita pasal keturunan Tok Gajah, Tok Harimau, Tok Buaya dan macam-macam tok. Bila disebut keris...terus bermasam muka.

20140502

Karnival Warisan Sejarah dan Budaya Pahang 2014 (Benta, Lipis, Pahang)

Warisan Sejarah dan Budaya membentuk jati diri bangsa

Tarikh: 3hb -4hb Mei 2014 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Kampong Budu, Benta Pahang Darul Makmur

AKTIVITI-AKTIVITI KARNIVAL

Karnival  Warisan Sejarah dan Budaya ini akan berlangsung selama 2 hari bermula pada hari Sabtu 3hb Mei 2014 dan berakhir pada petang Ahad 4hb Mei 2014.

PAMERAN

    Pameran Sejarah Mukim Budu
    Pameran Sejarah Negeri Pahang
    Pameran Pahlawan Melayu
    Pameran Ulama’ Melayu
    Pameran Senjata Melayu
    Pameran Permainan Melayu
    Pameran Pakaian Melayu
    Pameran Agensi – agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Rejimen Askar Melayu Diraja, Pameran Kementerian Kesihatan, Pameran Majlis Amanah Raya, dan sebagainya

PERSEMBAHAN

    Persembahan Tarian Tradisional
    Persembahan Silat
    Persembahan Nyanyian Lagu – lagu Rakyat
    Persembahan Muzik Tradisional
    Persembahan Pentarama Jabatan Penyiaran Malaysia

PERTANDINGAN

    Pertandingan Permainan Tradisional
    Pertandingan Memasak Makanan Tradisional
    Sukaneka


BOOTH JUALAN

    Makanan
    Produk IKS Kampong
    Perkhidmatan
    Buku-buku
    Lain-lain

ITINERARI PROGRAM
   
03hb Mei 2014 (SABTU)
   
10.00 pagi     Karnival bermula
2.00 petang     Ketibaan para tetamu,media dan masyarakat kampong
2.30 petang     Ketibaan tetamu VIP dan para jemputan
2.45 petang     Ketibaan Perasmi- Ahli Parlimen Lipis
    YB Dato' Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamed
3.00 petang     Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
3.10 petang     Ucapan Pengarah Program I
    Encik Mohd Rushdi Bin Abdul Ghani
3.20 petang     Ucapan Perasmian oleh Ahli Parlimen Lipis
    YB Dato' Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamad
3.40 petang     Gimmik Perasmian
3.45 petang     Persembahan Silat
4.00 petang     Menjemput perasmi  melawat tapak karnival
4.30 petang     Minum Petang
4.45 petang     Persembahan Tarian Tradisional
5.00 petang     Persembahan Muzik Tradisional
    Persembahan Permainan Tradisional
6.00 petang     Karnival Rehat
8.30 malam     Persembahan Dato’ Ariffin Said
9.00 malam     Persembahan Puisi
9.30 malam     Tayangan Wayang Pacak
11.00 malam     Karnival Rehat
   
4hb Mei 2014 (AHAD)
   
7.45 pagi     Sarapan pagi
8.00 pagi     Perasmian oleh YB ADUN Benta
    YB Dato' Ir. Hj Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak
8.30 pagi     Flag-Off oleh ADUN Benta
    YB Dato' Ir. Hj Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak
10.30 pagi     Peserta pertama di jangka tiba di garisan penamat
11.00 pagi     Ketibaan Perasmi
11.15 pagi     Menjemput perasmi  melawat tapak karnival
11.30 pagi     Peserta terakhir dijangka tiba di garisan penamat
11.45 pagi     Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
11.50 pagi     Ucapan Pengarah Program I
    Encik Mohd Rushdi Bin Abdul Ghani
12.00 t/hari     Ucapan Perasmian
12.30 t/hari     Pengumuman pemenang setiap kategori
    Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
12.45 t/hari     Perasmi, VVIP, VIP, Pengarah Program dan tetamu
    jemputan bergerak ke Pusat Pembangunan Modal Insan
    (PPMI) untuk makan tengahari
4.00 petang     Acara Karnival Warisan Sejarah & Budaya tamat

--------------------------------------------
Karnival  Warisan Sejarah dan Budaya adalah sebuah karnival  yang mengambil  pendekatan sejarah dan budaya sebagai elemen penyampai kepada pelawat. Karnival yang julung-julung kalinya dianjurkan di dalam sebuah kampong ini akan membuka lembaran sejarah baru negeri Pahang dimana pertama kali ianya  di anjurkan di dalam sebuah kampong.

Seperti yang tercatat didalam sejarah kewujudan negara segalanya bermula dengan pembentukan sebuah kampong.  Kampong-kampong akan membentuk sebuah mukim dan dari himpunan mukim-mukim  pula membentuk sebuah  daerah dan dari himpunan daerah-daerah membentuk sebuah negeri dan himpunan negeri-negeri pula membentuk sebuah negara. Justeru, kewujudan kampong memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah negara.

Setiap kampong pula mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri dan sejarahnya merangkumi elemen budaya dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat di dalam sesebuah kampong.
Mengambil signifikan ini, maka lahirlah idea untuk menganjurkan sebuah karnival  di dalam kampong dan ianya bukanlah satu perkara mudah kerana lumrahnya sesuatu karnival di adakan di tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan masyarakat ataupun dalam lingkungan kawasan yang sering menerima kunjungan pelawat.

Namun menganjurkan sesebuah karnival di dalam sebuah kampong merupakan  satu perkara yang tidak pernah  di lakukan oleh sesiapa. Melalui karnival ini apa yang cuba di sampaikan adalah mesej kepada masyarakat luar bahawa tamadun, peradaban, sejarah dan budaya sesuatu bangsa dan negara itu sebenarnya bermula dari sebuah kampong maka amatlah penting sekali warisan ini dijaga, dipupuk dan diamalkan agar ia tidak hilang dan pupus di telan oleh arus kemodenan.

OBJEKTIF

    Meletakkan peranan kampong sebagai pusat perkembangan  warisan sejarah dan budaya
    Mengangkat kampong menjadi sebagai salah satu daya tarikan dan alternatif  kepada industri pelancongan
    Memperkenalkan Kampong Budu dan kampong sekitarnya sebagai lokasi sejarah dan perlancongan
    Mempromosi produk keluaran masyarakat kampong kepada luar
    Menbuka persepsi masyarakat akan peri pentingnya peranan kampong kepada perkembangan bangsa dan negara

Rujuk:
http://matkilaumtb.blogspot.com/p/karnival-warisan.html

Sayid Ali-Tuan Mandak-Panglima Mandak

Tumpang bertanya mengenai Sayid Ali - Tuan Mandak..
Menurut saudara mara dari sebelah pihak saya berasal dari keturunan sayid ali yang digelar Panglima Mandak..
Adakah kedua2 ini orang yang sama..
Harap dapat mengetahui serba sedikit mengenai susur galur keturunan..