INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140528

Jemputan Menyertai Himpunan Waris Berhala Gantang 2014

Dengan segala hormatnya JKKK Kg. Berhala Gantang Menjemput Seluruh Kaum Keluaga, Waris-waris dan Pelajar pondok 'Madrasah Al-Wosto" tahun 50an,60an,70an,80an dan 90an ke Himpunan Waris Berhala Gantang.

Program: Hari Keluarga Waris Berhala Gantang
Tarikh: 31.5.2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Kolam Tahfiz Kg. Berhala Gantang

Semoga Dapat luangkan masa untuk bersama.

Sekian dimaklumkan


SUMBER:
https://www.facebook.com/pages/JKKK-Kg-Berhala-Gantang/131283670349075

sumber gambar:
http://masjidalhassan.blogspot.com/2009/08/peta-lokasi-kampung.html

Peta Kg Berhala Gantang


SEJARAH KAMPUNG BERHALA GANTANG MENITI ZAMAN

Berhala Gantang adalah sebuah kampung kecil dalam Mukim Sanggang yang letaknya sebelah kanan mudik sungai Pahang. Lebih kurang 6 km dari Bandar Temerloh.

Kampung ini dipercayai di asaskan pada tahun 1176H/1729M oleh seorang yang bernama Shahibudin Bin Zainal Abidin Bin Suji Bilang. Pada masa tersebut Negeri Pahang mengalami perebutan kuasa di antara waris Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.

Perebuatan ini tidak menjejaskan kedudukan sosial dan ekonomi penduduk setempat. Ini kerana jalan keluar membawa hasil mahsul adalah melalui Penarikan di Ulu Muar, kebanyakan di kawasan hulu sungai Pahang dikuasai oleh orang-orang Melayu Minangkabau, Rawa dan Mendailing. Mereka mengadakan perhubungan perdagangan dengan orang-orang Belanda di Melaka.

Kampung Berhala Gantang bukanlah sebuah Kampung yang tertua di dalam Negeri Pahang, malah ia merupakan sebuah perkampungan baru jika dibandingkan dengan kampung-kampung lain seperti Chenor, Bera, Mengkarak, Pulau Tawar, Badok, Kg. Mengkasar, Sungai Ma’ Dulang dan Bangau.

Asal usul Tuk Shahibudin adalah dari Minangkabau kemudian berpindah ke Negeri Sembilan. Dari sana, Tuk Shahibudin masuk ke Pahang dan menetap di Chenor. Di Chenor Tuk Shahibudin berkahwin dengan penduduk tempatan dan di beri kuasa lalu Tuk Shahibudin membuka penempatan di Mengkarak.

Dari Mengkarak, Tuk Suji Bilang pergi membuka perkampungan di Tanjung Keramat, Bangau. Di situlah Tuk Shahibudin membesar dan belajar. Setelah dewasa dan berkahwin maka menurut adat Minangkabau anak lelaki pantang duduk di rumah, maka beliau pergi berdakwah ke merata Negeri Pahang hinggalah diputuskan oleh Allah membuka kampung di Berhala Gantang.

Kampung ini di bina dengan hanya satu tujuan untuk dijadikan pusat pengajian Islam bagi negeri ini. Pusat pengajian yang hanya berasakan Al Quran dan Al Sunnah menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ini kerana pada masa itu Negeri Pahang di kuasai oleh aliran Panthisne Hamzah Fansuri iaitu Fahaman Mertabat Tujuh dan bermacam-macam aliran lain lagi yang kebanyakannya cenderung kepada Sufisisme. Ajaran ini merupakan ikutan kepada fahaman Wihdatul Wujud yang diasaskan oleh Ibn Arabi Al Sufi. Di samping itu juga ajaran Islam di negeri ini bercampur dengan khurafat dan bidaah yang melampau – lampau.

Antara lain matlamat Tuk Shahibudin ialah untuk mengislamkan penduduk tempatan yang terdiri dari orang Asli. Orang Asli pada masa itu terkenal dengan kebolehan mereka di dalam bidang ilmu sihir dan perbomohan, apabila mereka memeluk Islam amalan ini masih di teruskan.

Tuk Shahibudin berjaya di dalam usahanya yang pertama iaitu membina sebuah penempatan dan mendirikan sebuah Sekolah Agama yang sistematik. Beliau juga berjaya menjadikan kampung ini sebuah estet menanam pokok kelapa dan padi.

Beliau juga berjaya membangunkan sebuah penempatan yang tersusun dan menarik orang ramai untuk tinggal di kampung ini, dalam masa yang singkat Kampung Berhala Gantang sudah menjadi satu kawasan penempatan yang maju serta ramai penduduk.

Ketegasan Tuk Shahibudin dan kebolehan beliau di dalam pelbagai ilmu persilatan menyebabkan nama beliau terkenal di Negeri Pahang ketika itu, Tuk Shahibudin tidak bertolak ansur di dalam soal aqidah dan amalan Islam, hampir 90% penduduk Islam di Pahang mengamalkan ajaran Suluk Hamzah Fansuri sebaliknya Tuk Shahibudin mengikut fahaman Insaniyah Nuruddin Al Raniri dan mengikut Tarekat Al Hadad dari Yaman.

Ini berlainan dengan tarekat-tarekat tempatan ketika itu yang cenderung kepada Naqsabandi. Tuk Shahibudin pernah berperang dengan suku Rawa di kawasan Jerantut kerana membenteras ajaran sesat dan karut marut.

Perjuangan beliau disambung oleh anak cucu beliau yang semuanya alim-alim belaka seperti Teh Mohd Hassan yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Teh Keramat yang makamnya terdapat hingga ke hari ini di Kampung Berhala Gantang. Makam Tuan Teh Keramat pernah dijadikan oleh orang-orang jahil sebagai tempat bernazar.

Semasa Tuan Teh, Kampung Berhala Gantang telah diiktiraf sebagai sebuah jajahan, Tuan Teh telah dilantik sebagai Mufti dan Qadi bagi daerah Temerloh oleh Bendahara Tun Abdul Majid. Dan sebagai leluhur dari Orang Kaya Indera Segaradi kawasan Jempol, Rembau dan Triang, Tuan Teh diberi memegang kekuasaan dari Sungai Lebak hingga ke Gunung Senyum terus ke Bukit Segumpal.

Selepas kematian Tuan Teh, kampung ini terus menjadi pusat pengajian yang terkenal, ini kerana anak Tuk Shahibudin yang dilantik menjadi Qadi adalah tiga orang iaitu
Qadi Nong dan
Qadi Abu Bakar Sanggang selain
Tuan Teh sendiri.

Imam Syam yang dilantik mengantikan Tuan Teh berjaya meneruskan usaha datuk neneknya menjadikan kampung ini pusat pendidikan agama yang tinggi.

Kampung ini menjadi tempat orang dari seluruh Negari Pahang mendapat pendidikan samada untuk dunia dan akhirat. Ramai juga pembesar-pembesar mencari jodoh untuk anak gadis mereka daripada penduduk kampung ini. Oleh sebab itu salsilah anak cucu Tuk Shahibudin berkembang ke hilir seperti di
Lebak,
Tengguh,
Guai hingga ke
Mentiga dan ke hulu seperti
Sanggang,
Loyang,
Lipat Kajang,
Pualu Pasir Mandi hingga ke
Kuala Lipis.

Semasa pemerintahan Bendahara Ali, Negeri Pahang menjadi aman makmur dan penduduknya menikmati taraf kehidupan yang tinggi, salah satu sebabnya ialah kerana kekuatan kehidupan beragama di kalangan anak negeri.

Dari suasana politik yang tidak ketentuan pada masa Bendahara Sultan Abdul Jalil bertukar menjadi stabil. Keadaan ini amat jelas menunjukkan kejayaan Tuk Shahibudin dan anaknya Tuan Teh mengembangkan agama Islam di negeri ini dan menyatukan mereka di bawah satu payung kesatuan ummah yang padu.

Dalam sekitar tahun 1870 hingga 1900, Kampung Berhala Gantang mempunyai sebilangan ulama yang terkenal seperti
Qadi Besar Pahang ,
Qadi Ibrahim bin Abu Hurairah,
Imam besar Mohammad,
Tuan Haji Ali bin Sham,
Tuan Haji Ahmad bin Abdullah

Kampung Berhala Gantang ini tidak putus-putus selama 150 tahun melahirkan guru agama yang berjuang secara sukarela bagi kepentingan agama dan bangsa. Mereka juga dipanggil oleh penduduk sesuatu kawasan datang tinggal di tempat mereka dan menetap di sana seperti di kawasan kiri kanan sungai Semantan hingga ke Kuala Kaung dan Jambu Rias masih terdapat jalur keturunan Tuk Shahibudin.

Anak cucu beliau memberi sumbangan yang besar di dalam memaju dan membuka perkampungan baru.

Selepas kemasukan British ke Pahang, kedudukan kampung ini terus stabil, penduduk kampung ini oleh kerana tradisi kekuatan beragama, bersolat jemaah, bergotong-royong, mempastikan anak-anak boleh membaca Al Quran dan berbahasa Arab mereka terus dihormati oleh British, sehingga jawatan Qadi Daerah Temerloh ini menjadi jawatan “Qadi Berhala Gantang” yakni secara turun temurun di pegang kuasanya oleh orang Kampung Berhala Gantang sejak dari zaman
Tuan Teh,
Qadi Nong,
Qadi Abu Bakar,
Qadi Ismail,
Qadi Ibrahim,
Qadi Ahmad sehingga ke zaman sebelum darurat.

Kampung Berhala Gantang juga terkenal sebagai kawasan perniagaan dan pertukangan. Awal 1900 mereka menguasai pasar di Temerloh, contohnya pekan sehari Ahad pada masa dulu hanya dua golongan besar saja yang terlibat menjual barangan di situ iaitu orang Kampung Berhala Gantang dan Orang Kampar Batu Satu.

Orang Berhala Gantang juga pandai mencari bijih timah dan emas,  sebelum kemasukan British dan dikuatkuasa oleh Kerajaan Pahang ketika itu. Orang Kampung Berhala Gantang juga mahir di dalam bidang pertukangan, sehingga mereka dijemput mendirikan masjid di sekitar Daerah Temerloh, contohnya masjid Songsang.

Pada masa kedatangan Jepun, penduduk kampung ini masih bersemangat untuk menghidupkan sekolah agama walaupun di dalam keadaan tidak tenteram dan sukar untuk mendapatkan peralatan.

Abdullah Yaakub bin Awang Naib (Ketua Kampung), Tuan Haji Zakaria bin Hj Ibrahim, Khatib Dollah bin Janal, Ismail bin Janal, Cikgu Yaakub bin Simat, Bilal Omar bin Kia, Tuan Haji Sham bin Yusuf, En Md Noor bin Sitam, Tuan Hj Taib bin Nong Tahir, En Mustaffa bin Arshad telah berusaha mengumpulkan wang untuk membeli tanah dari En Idris bin Hassan bagi dijadikan tapak sekolah.

Maka akhirnya lahirlah Madrasah Al Wosto di atas sebidang tanah seluas satu ekar dan pondok di atas tanah seluas hampir lima ekar.

Pada masa kebangkitan semangat kemerdekaan, penduduk kampung ini tidak lepas dari sama-sama bangun menentu British keluar dari Tanah Melayu. Sebahagian dari mereka telah memasuki
API,
AWAS,
INSAF,
KMM dan
Hizbul Muslimin,

Penduduk kampung ini sama sekali tidak menyokong British sebab itu mereka tiada A/C, sebaliknya mereka ditohmah sebagai tali barut komunis.

Sehingga Ketua Kampung pada masa itu hendak dibunuh oleh komunis barulah pihak Inggeris percaya bahawa penduduik kampung ini tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.

Selepas kemerdekaan, kampung ini telah menjadi sebuah pusat pengajian yang paling besar di Negeri Pahang, dengan murid yang hampir 300 orang dan dapat mengadakan kelas hingga tingkatan lapan, sama setanding dengan sebuah universiti di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Hasanuddin Bin Muhammad, Madrasah Al Wosto juga telah berjaya mengasah bakat murid-murid di dalam aktiviti Ko Kurikulum.

Pelajar – pelajar ini dapat menjuarai beberapa kategori pertandingan peringkat daerah dan negeri seperti di dalam kategori bola sepak dan musabaqah Al Quran. Sekolah ini begitu maju sehingga perbelanjaan tahunannya menjangkau RM 13,572 setahun (nilai pada masa itu)

Dalam akhir tahun 70an dan awal 80an merupakan zaman kemelesetan ekonomi dan berlaku banjir besar sebanyak dua kali, ini menjadikan ekonomi penduduk kampung agak sukar.

Namun usaha untuk mencapai kemajuaan tidak pernah lekang dari lubuk hati mereka, dengan wujudnya universiti dan pusat pengajian tinggi tempatan, maka mulalah penduduk kampung ini menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti, sehingga kini hampir 100 orang anak-anak kampung ini berjaya menjejakkan kaki ke Universiti.

Pada tahun 1982, dengan sebab keuzuran Tuan Guru Haji Hasanuddin telah menyerahkan kuasa pentadbiran sekolah Al Wosto kepada Jabatan Agama Islam Pahang, sekali lagi penduduk kampung  Berhala Gantang dengan sukarela mewakafkan tanah bagi tapak sekolah.

Era 90an, kampung ini telah melangkah setapak lagi denagn mendirikan Maahad Tahfiz Al Quran, dalam usaha menjadikan penduduk kampung ini mengambil berat tentang pendidikan Al Quran, semoga Intitusi ini menjadi sebuah Jamiaah atau kolej yang dapat melahirkan para ulama yang berketerampilan di dalam soal-soal keagamaan, ini tergantung kepada setakat mana kesungguhan anak cucu Tuk Shahibudin merealisasikan impian datuk nenek mereka di masa lampau, sejauh mana meraka sanggup berkorban wang ringgit dan tenaga mereka bagi agama.

Pada masa sekarang , Kampung Berhala Gantang telah menikmati pelbagai kemajuaan dan menerima pelbagai peruntukan yang lebih baik dari kampung-kampung di sekitarnya.

Semoga Allah memelihara kita dan menjayakan hasrat, cita – cita dan niat kita bersama.

SUMBER:
http://masjidalhassan.blogspot.com/2009/08/sejarah-ringkas-kg-berhala-gantang.html

1 comment:

joe said...

Asalamualaikum,
Ingin saya berkongsi maklumat. Nama saya Hj Noor Halim warga Brunei yang menetap di Kuala Lumpur. Saya ada menyedia kan dan memberi khidmat pakej melancong ke Brunei ( Islamic Tour)
Pakej ini termasuk hotel 2 malam twin sharing, makan tengahari dan transport. Saya telah pun banyak mengendali kan tour tersebut yang mana antara rombongan yang saya buat ada lah dari pusat pusat tahfiz di Malaysia, MARA dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan banyak lagi. Saya boleh mengendali kan lawatan bercuti atau pun lawatan rasmi.
Saya boleh di hubungi di talian 012 6472424 atau pun di email noorhalimabunaim@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Terima kasih
HN Halim
012 6472424