INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20140627

Berakit Sungai Pahang Mei 2014 Temerloh-Chenor


 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12
 13
14

Kawan Atas Kawan

20 CERITA-CERITA LAMA

Berikut adalah 20 cerita-cerita lama yang dikutip terus dari orang-orang tua.

Tugas Kita

20140620

Burung Tukang Bertukang di Galeri Rajawali

Burung tukang dikatakan memilik banyak pengetahuan tentang ilmu hikmat. Bulu di badannya akan bertukar putih apabila terkena sebarang jenis racun. Apabila tuan yang memeliharanya jatuh sakit, bulu di badan burung ini akan berubah warna hijau.
 Seorang pekebun sedang memeriksa tanaman-tanamannya pada suatu hari. Dia ternampak seekor burung tukang yang cedera pada sayapnya di bawah sebatang pokok betik. Pekebun itu membawa burung tersebut pulang untuk dirawatnya. Burung itu ditempatkan di dalam sebuah sangkar besar diberi makan dan minum secukupnya.
 Bahagian kepak burung tukang yang cedera itu dibalutnya setelah dibubuh ubat yang diramu daripada akar-akar dan daun kayu. Bulu di badan burung tukang itu bertukar menjadi putih tidak lama kemudian.
 Pekebun itu pun menukar ubat yang dibubuhnya pada awal tadi dengan ramuan ubat akar dan daun kayu yang lain. Tidak lama kemudian, bulunya kembali seperti asalnya.
 Pada suatu pagi, pekebun itu berasa tidak sihat dan dia tidak pergi berkebun. Namun begitu, dia tetap juga merawat burung yang sakit itu sebaik-baiknya. Warna buu burung tukang itu pula telah berubah mejadi hijau. Perasaan pelik hatinya melihat warna burung itu tidak dia hiraukan.
Dia terus menukar ubat pada luka burung itu dan menyediakan makanan dan minuman untuk burung yang sudah mula berbunyi setelah kembali bertenaga.

Setiap kali terpandang wajah burung tukang itu, hatinya berasa belas. Pekebun itu seolah-olah sedar bahawa burung tukang itu hendak menyatakan ucapan terima kasih atas bantuannya.

Setelah itu, petani itu duduk berehat di rumah sepanjang hari dan mengambil air ubat rebusan akar-akar kayu. Petani itu kembali sihat dan segar beberapa hari kemudian dan pada suatu pagi dia hendak kembali bekerja di kebunnya. 

SUMBER CERITA:
http://manafyasir.blogspot.com/2011/12/cerita-burung-tukang.html

Seperti biasa, dia hendak merawat luka burung itu sebelum dia bertolak pergi ke kebunnya. Dia mendapati burung itu sungguh lincah dan bising pada pagi itu. Bulu di badan burung itu sungguh cantik dan berkilau-kilau serta paruhnya yang berwarna kuning itu sngguh menarik oada pandangan pekebun itu.

Setelah dia mendekati burung itu, dia mendapati bahawa luka di badan burung itu sudah cukup sembuh. Dan apabila dibuka sangkar untuk membiarkan burung itu terbang pergi, burung itu berjalan ke luar dari sangkar itu dengan mengeluarkan bunyi yang sungguh kuat.

“Baguslah engkau sudah sembuh. Bolehlah engkau pulang dan berjumpa semula dengan keluargamu!” Pekebun itu menyediakan buah betik yang sudah dibelahnya untuk dimakan burung tukang itu. Burung itu makan sambil paruhnya bising seakan-akan berkata-kata kepada pekebun itu. Pekebun itu hanya tersenyum.

Tidak lama sesudah itu, burung tukang itu terbang pergi meninggalkan pekebun itu. Pekebun itu lalu menutup pintu rumahnya dan berjalan menuju ke kebunnya.

Sejak hari itu, pekebun itu mendapati semua hasil tanamannya di kebunnya itu menjadi subur. Sekali-sekala, dia terpandang burung tukang di dalam kebunnya. Kehadiran burung tukang itu menghiburkan hatinya. Kepenatan bekerja di ladangnya tidak dia rasai.

20140615

rajawaliartgallery - Osman Limat

Saudara Osman Limat telah mempunyai balai melukis di Balai No. 5 Balai-balai Seni Lukis Negeri Pahang yang berada di Perkampungan Cenderawasih. Lokasi Balai-balai Seni Lukis Negeri Pahang ini adalah di Lereng Rimba Akasia bersebelahan Sekolah Cenderawasih.

 Bagi Osman Limat, beliau adalah Pelukis Burung Walit - Dimana Ada Rezeki - Disitulah beliau Terselit. Inilah kehidupan sebenar diri beliau setelah lama melukis. Dan Osman Limat tidak malu untuk mengakuinya. Tetapi dalam hati mungkin masih berharap untuk menjadi kaya dengan melukis. Beliau tidak mahu ada ibubapa yang akan menentang keras cita-cita dan minat anak-anak mereka untuk menjadikan pelukis sebagai
 "Osman Limat pelukis miskin.." kata Mr Jeffery,Konsultan Hospital Besar Kuantan. Osman dikatakan miskin, dalam konteks ini, diisbatkan kepada 'rumah murahnya',kereta kancilnya' dan murahnya harga karya beliau.

Osman Limat adalah pelukis yang paling mudah untuk kita berurusan. Jika karya beliau berharga RM500 dan kita minta kurangkan harganya kepada RM200. Berbincang lebih kurang dengan beliau dan Osman Limat akan jual dengan harga RM200. Ini kerana Osman Limat adalah pelukis produktif. Osman Limat boleh menghasilkan bepuluh karya dalam masa sebulan.Tetapi menuduh beliau pelukis miskin adalah satu kenyataan yang terpaksa dihadapi dengan reda oleh beliau.
 Pelukis boleh menjadi bodoh sombong apabila hanya berharap untuk pembeli datang berjumpa tanpa ada usaha untuk berjumpa dengan pelanggan bagi memasarkan diri. Osman Limat adalah pelukis unit yang jarang ditemui kerana Osman Limat boleh melukis dengan kedua-dua tangan dalam masa yang sama.
 Mungkin 'rumah murah','kereta kancil' dan murah karyanya menjadi sebab untuk dilabelkan Osman Limat pelukis miskin. Apa itu kaya dan apa itu miskin adalah subjektif. Dengan tinggal dirumah murah dan memandu kereta kancil tanpa sebarang hutang. Bercerai dengan isteri Indonnya telah menamatkan tugas beliau balik ke kampung isteri Indon di Indonesia pada setiap bulan.

Mungkin kepada sesetengah orang, rumah dan kereta besar pula adalah kejayaan dalam kerjaya,lalu tidak adil bagi siapa pun menuduh mereka yang tidak memiliki apa yang kita miliki sebagai miskin.

Bukan membela Osman tetapi nada 'osman limat pelukis miskin' saya lihat sebagai satu bentuk "pukulan padu' kepada semua pelukis yang seperti beliau. Kata-kata ini boleh 'dilihat' dan 'dirasakan' oleh siapa sahaja yang panjang usaha. 
Osman Limat juga boleh melukis dengan kaki kiri sambil berstokin. Walau bagaimana pun, beliau tidak boleh melukis dengan kaki kanan dengan berstokin atau tanpa stokin. Osman Limat juga boleh melukis menggunakan mulut.

TV3 pernah membeli lukisan kecil beliau dengan harga RM15,000.

20140613

Osman Limat; Pelukis dan Pelumba Basikal yang terselit

Atlit negara pada Sukan SEA Singapura pada 1972 yang kini berusia 66 tahun dan menghabiskan masanya setiap hari di Galeri Rajawali yang terletak di Taman Cenderawasih, Kuantan.

Ditanya bagaimana beliau boleh merangkul gelaran Raja Bukit sedangkan kedua tangannya tidak sempurna, Osman Limat berkata: "Nak naik bukit bukan perlukan tangan, tetapi kita perlu ada akal fikiran dan kaki yang kuat."

Kali terakhir Osman Limat menyumbang bakti kepada negara adalah ketika menjadi pembantu jurulatih pasukan berbasikal pada Sukan SEA Indonesia 2011.

Osman Limat pernah mendapat gelaran Raja Bukit pada tahun 70an. Walaupun Osman Limat anak kelahiran Muar Johor tetapi usianya banyak habis di negeri Pahang tersayang. Osman Limat yang lebih mesra dengan panggilan Pak Man. Osman Limat menganggap dengan perhatian kerajaan, akan lahir lebih ramai Osman Limat di negara ini pada masa depan.
 Bekas pembantu jurulatih dan jaguh lumba basikal negara, Osman Limat berharap kerajaan dapat merangka perancangan rapi untuk pembantu dan jurulatih separuh masa di peringkat negeri dan kebangsaan supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.

Ketika berkunjung ke galeri itu, Osman Limat sibuk menyiapkan lukisan bertemakan alam yang memaparkan suasana nyaman dan tenang di Hutan Royal Belum, Perak di teratak yang dibina menggunakan kayu terpakai.
 "Jangan jadi macam saya, dulu masa jadi atlit dan jurulatih nak tukar tayar basikal pun tak mampu sampaikan kena berhutang dengan ceti. Nasib baik ada bakat melukis, jadi kalau poket kosong boleh jual lukisan untuk tampung belanja keluarga ketika sesak dan sampai sekarang hasil lukisan juga yang banyak membantu saya meneruskan hidup.
 "Malahan, basikal yang saya guna ketika menang gelaran Raja Bukit pun saya terpaksa jual kira-kira 15 tahun lalu," katanya yang meninggalkan dunia sukan berbasikal atas faktor usia dan menumpukan perhatian dengan menghasilkan karya seni lukisan.
 Osman Limat memperoleh sijil kejurulatihan lumba basikal di Bangkok dan Majlis Sukan Negara (MSN) menganggap personalitinya yang sentiasa 'happy go lucky' membolehkan beliau meneruskan hidup walaupun ramai yang sudah melupakan sumbangannya kepada arena sukan lumba basikal di peringkat Pahang dan negara.
 Osman Limat kini mahu dikenali sebagai pelukis burung walit, dimana ada rezeki di situ Osman Limat terselit untuk meneruskan hidup.
 Osman Limat telah lama menetap di Kuantan, Osman Limat terkilan kerana pengorbanannya ketika zaman muda untuk kecemerlangan sukan negara berakhir dengan memori pahit. Kini Osman Limat hanya bergantung kepada wang pencen RM800 sebulan hasil bertugas sebagai pegawai landskap di Kementerian Kesihatan selain hasil jualan lukisannya.
 "Memang dah beribu-ribu lukisan saya hasilkan tapi yang ada sekarang hanya kira-kira 80 sahaja, lainnya dijual terutama bila sesak. Apa pun saya bersyukur kerana memiliki keluarga dan rakan yang memahami diri saya, walaupun tidak hidup senang tetapi saya tidak merempat.
 Sokongan isteri Jamilah Jais selalu memberi semangat untuk Osman Limat berkarya walaupun di galeri yang dibina menggunakan kayu terpakai. Anak-anak tiri seramai tujuh orang turut menjadi pendorong untuk Osman Limat terus menjadi pelukis setia di Galeri Rajawali Cenderawasih.
 "Galeri ini belum siap sepenuhnya sebab tak cukup duit, jadi cara terbaik untuk mendapat bekalan kayu adalah  dengan menukarkan kayu terpakai dengan lukisan saya, macam sistem tukar barang.
"Kalau ada yang masih mengingati sumbangan saya, jenguklah galeri tidak seberapa ini," katanya yang pernah menjadi pembantu jurulatih untuk pelumba basikal negara, M Kumaresan.

"Memang sebelum ini ada beberapa pihak berjanji nak bantu, tapi janji hanya tinggal janji, lagi pun saya dah tua dan tak aktif bersukan lagi," katanya yang lahir dengan hanya memiliki empat daripada 10 jari di kedua-dua tangannya.

Rujukan:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/05/27/osman-limat/

20140612

Kiasan Mat Kilau

Dalam Terang
Ada Cahaya
Dalam Cahaya
Ada Kilat
Dalam Kilat
Ada Kilau


Dalam Kilau ada

Hubungan Waris Pahang Terengganu melalui Tengku Ali (1914-1946)

Sultan Ali Shah ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1942 - 1945)
(24.1. 1914 hingga 17.5.1996)

 Pada 26 Sepember 1942 dilantik sebagai 'Pemangku Sultan' oleh  pihak Jepun (Syuchokan). Pada 30 September 1942 dapat menggunakan gelaran Sultan Terengganu atas persetujuan pihak Jepun Syuchokan dan Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun di Malaya. Setelah dilantik seseorang sebagai Sultan Terengganu maka  diserahkan Terengganu kepada Thailand pada 18 Oktober 1943. Pihak Jepun dan Thailand menerima Sultan Ali Shah ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sebagai Sultan Terengganu.

Setelah Jepun kalah dan British kembali, British amat anti dan tidak mahu berurusan dengan mereka yang menyokong Jepun secara terang  atau berlindung. Sultan Ali dianggap memberikan sokongan secara berlindung dan perlu dikeluarkan dari istana.

Pada 16 Disember 1945 di Istana Maziah, Sultan Ali diistiharkan tidak lagi menjadi Sultan Terengganu. Nama yang terlibat dalam perisytiharan tersebut adalah
1. Umar Mahmud,
2. Tengku Hitam,
3. AbdulRahman,
4. Muhammad Saleh Ahmad,
5. Abu Bakar Mustafa,
6. Tengku Embung,
7. Abdullah,
8. Abdul Kadir,
9. Abdullah Yunus,
10. Wan Muda Wan Ali,
11. Tengku Hitam Hussein,
12. Muhammad Hashim dan
13. Tengku Wok.

Tengku Ismail telah diangkat sebagai Sultan Terengganu yang baru dengan gelaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin. Tindakan 13 orang ini sudan tentu mendapat dorongan pihak British. Mungkin juga British amat terdesak untuk menjayakan percaturan mereka di Asia Tenggara.

Sultan Ali Shah ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah terpaksa menjadi rakyat biasa dan melakukan pelbagai perkerjaan antaranya pemandu kereta sewa dan tukang wayang bergerak.

Isteri Tengku Ali (1914-1946)
1. 1933 (bercerai) Cik Fatima binti Ismail
2. 1936, Y.M. Tuan Nik Sharifa Amina binti Sayyid ‘Abdu’llah
3. 1943 (bercerai 1947), Y.A.M. Tengku Putri Hajjah Ainul Jamal binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin al-Muazzam Shah, Tengku Sri Nila Utama (kemudiannya berkahwin kali kedua  dengan Y.M. Datuk Raja ‘Abdu’l Jalil Shah bin Raja Haji Shahar Shah)
4. Y.M. Tengku Roqaiya binti Tengku Su

5 Anak Lelaki  Tengku Ali (1914-1946)
1. Y.M. Tengku Abdul Halim bin Tengku Ali. (anak Cik Fatima)
2. Y.M. Tengku Cik Besar Badlishah bin Tengku Ali (anak Sharifa 
Amina).
3. Y.M. Tengku Ja’afar bin Tengku Ali (anak Sharifa Amina).
4. Y.M. Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali, Dato’ Setia Pahlawan Pahang. (anak Tengku Ainul Jamal)
5. Y.M. Tengku Muhammad Muhiuddin bin Tengku ‘Ali (anak Sharifa Amina).

4 Anak Perempuan  Tengku Ali (1914-1946)
1. Y.M. Tengku Putri Habiba binti Tengku ‘Ali (anak Sharifa Amina)
2. Y.M. Tengku Hasma Fatima binti Tengku ‘Ali (anak Sharifa Amina).
3. Y.M. Tengku Besar Aisha binti Tengku Ali. (anak Tengku Ain ul-Jamal).
4. Y.M. Tengku Afzam [Hizan] binti Tengku Ali (anak Tengku Ain ul-Jamal)
5. Y.M. Tengku Kechik Maliha binti Tengku ‘Ali. (anak Sharifa Amina).
6. Y.M. Tengku Khadija Noraini binti Tengku ‘Ali (anak Sharifa Amina).

PAHANG
Y.M. Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali, Dato’ Setia Pahlawan Pahang. (anak Tengku Ainul Jamal) Berkahwin dengan Datin Hajjah Mariam binti Haji Jusoh, Tok Puan  Setia. Mendapat anak:
1. Tengku Razman Shah bin Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar.
2. Tengku Ahmad Amieruddin Shah bin Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar

PAHANG
Y.M. Tengku Afzam [Hizan] binti Tengku Ali (anak Tengku Ain ul-Jamal) berkahwin dengan Tengku Dato’ Ahmad Zazu’llah bin Tengku Besar Haji ‘Abdu’l Jalil bin Tengku Besar Sulaiman. Pernah menjadi ADC Sultan Pahang.

CUCU TENGKU ALI (1914-1946)
1.  Tengku Sulaiman bin Tengku ‘Abdu’l-Halim
2.  Tengku Saleh ud-din bin Tengku ‘Abdu’l-Halim
3.  Tengku Ahmad Kamal Ar-Riffin bin Tengku ‘Abdu’l-Halim
4.  Tengku Muhammad Nor bin Tengku ‘Abdu’l-Halim
5.  Tengku Asma Mazila binti Tengku ‘Abdu’l-Halim
6.  Tengku Zahra binti binti Tengku ‘Abdu’l-Halim
7.  Tengku Jamila Roslina binti Tengku ‘Abdu’l-Halim
8.  Tengku Nur Afia binti Tengku ‘Abdu’l-Halim
9.  Tengku Alila binti Tengku ‘Abdu’l-Halim
10. Tengku Norisha binti Tengku ‘Abdu’l-Halim
11. Tengku Fazura Idayu binti Tengku Ja’afar
12. Tengku Razman Shah bin Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar
13. Tengku Ahmad Amier ud-din Shah bin Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar
14. Tengku Putra Ahmad Hisham bin Tengku Ismail.
15. Tengku Putra Ahmad Nizam bin Tengku Ismail.
16. Putra Rafdifaiz al-Shahirin bin Othman.
17. Putra Rasdifaiz ul-Shahrom bin Othman
18. Putra Isfahan Shah bin Othman
19. Puteri Malihasma Nurul Afida binti Othman
20. Puteri Emmy Zainiswaty binti Othman
21. Putri Hawa Nur ul-Huda binti Othman
22. Putri Rabiatul Aadawiyah binti Othman
23. Putri Nur Saudah binti Othman
24. Putri Nur Zalikha binti Othman

SULTAN TERENGGANU (anak lelaki Sultan Zainal Abidin)
1881 - 1918 Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad:
Anak Lelaki
1. Tengku Endut (Cik Amina)  Meninggal 1888
2. Tengku Cik Muda Muhammad (Cik Kulsum) Sultan Terengganu 1918 - 1920
3. Tengku 'Abdu'llah (Cik Amina) Meninggal 1892
4. Tengku Ahmad (Cik Amina) Meninggal 1912
5. Tengku Sulaiman (Cik Aisha) Sultan Terengganu 1920 – 1942
6. Tengku Ismail (Cik Maimuna) Sultan Terengganu 1945 - 1979
7. Tengku Ahmad (Cik Zainab) 1985
8. Tengku Besar Mahmud (Tengku Aisha Mandak) 1989

RUJUKAN
1. puisikabur.blogspot.com/2011/01/buku-pengakuan-tengku-ali-mengapa-saya.html
2. wzwh.blogspot.com/2012/09/mb-yang-berpengaruh-boleh-menjatuhkan.html
3. tengkusyah.blogspot.com/2009/12/tengku-ali-pernah-tak-anda-semua-kenal.html
4. tahamas.blogspot.com/2013/04/monarch-profile-sultan-ali-shah-of.html
5. royalark.net/Malaysia/treng12.htm

20140610

Sajak: Naga dan Bunian

Sajak: Naga dan Bunian
(oleh humairaadawiyah)

NAGA

Dan tentang naga...
dalam mimpi itu,

aku tenggelam di dalam tasik atau laut,
yang dekat dasar laut itu ada naga,
naga yang telah lama berehat.

Dia sedang berlingkar tidur dekat situ

Naga tersebut
menyapa aku,
katanya

"bukankah aku telah memperingati kamu,
kamu akan cedera jika bergaul dengan mereka"

Badan aku lemah,

jadi aku hanya berdiam
dan tidak dapat bergerak,

arus laut itu membawa
aku mendekati ular naga laut,
tapi tiada rasa takut,
macam sudah kenal lama.

BUNIAN

Bunian sahabat moyang aku tu,
bunian itu seperti manusia biasa,
bukan kecil, lelaki dan perempuan.

Cuma pergerakkan mereka
sedikit berbeza.
Sekelip mata dihadapan kita,
kemudiannya tiba2
mereka ada dihujung
ditempat yang lain pula.

Ada yang harimau,
tapi
moyang sudah beritahu mereka,
katanya
cukuplah setakat dia,
bukan pada anak cucu.

Tapi mungkin
mereka ada melawat juga
cuma tak sedar.

Dulu ada jin yang ikut aku
waktu sekolah menengah

20140606

Hamdan Salleh Melukis Gambar Keluarga bersaiz 5x5

Ini adalah karya terbaru Encik Hamdan Salleh. Beliau menerima tempahan lukisan ini dan berjaya menyiapkan dalam tempoh yang singkat.
 Karya ini berharga RM10,000. Kepada sesiapa berminat bolehlah emailkan kepada lamanpahang yntuk maklumat. Encik Hamdan adalah Pelukis 'Public Phone. Jika perlukan telefon beliau akan mencari 'Public Phone'.
Kini lukisan ini telah siap 90 peratus. Kata Encik Hamdan Salleh, ada masanya terasa sayang pada lukisan ini, rasa tak sanggup nak jual, bila mengenangkan betapa susahnya menyiapkan karya bersaiz 5'x5' ini.

20140604

Adakah bercerai HARAM?

Soalan
Saya berhasrat untuk memfailkan perceraian fasakh di mahkamah kerana suami saya tidak bersetuju untuk menceraikan saya. Adakah terdapat pilihan lain selain daripada perceraian Fasakh?

Jawapan
Barangkali itulah tuntutan yang paling melekat di minda wanita yang mahu mendapat perceraian di mahkamah syariah. Mungkin mereka hanya tahu fasakh sahaja. Sedangkan di mahkamah syariah, banyak lagi pilihan perceraian yang jauh lebih efektif, efisien dan menjimatkan masa serta kos guaman.

Perceraian sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak, mestilah berlaku dalam sebaik-baik keadaan dan tidak mendatangkan dharar kepada mana-mana pihak.
  
Maka, perceraian di bawah Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) adalah kaedah perceraian yang paling efektif dan dapat memelihara aib kedua belah pihak (suami dan isteri).

Dari segi prosedur, permohonan perceraian di bawah seksyen ini tidak melibatkan surat cara yang banyak mahupun saksi. Sebaik sahaja saman berjaya disampaikan kepada suami dan suami bersetuju untuk bercerai, maka mahkamah syariah akan mengarahkan suami melafazkan cerai di dalam mahkamah setelah mendapati perkahwinan tersebut pecah-belah. Mudah, cepat dan efisien jika kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik.

SUMBER:
http://www.sinarharian.com.my/rencana/apa-pilihan-suami-enggan-cerai-1.284617

Mari kita fikir.
Kenapa Allah swt berikan hak dalam perkara ini kepada suami?
Apa amaran Allah swt, apabila ada isteri meminta perkara ini?
Allah swt berikan isteri, harta dan anak-anak untuk apa?