INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140620

Burung Tukang Bertukang di Galeri Rajawali

Burung tukang dikatakan memilik banyak pengetahuan tentang ilmu hikmat. Bulu di badannya akan bertukar putih apabila terkena sebarang jenis racun. Apabila tuan yang memeliharanya jatuh sakit, bulu di badan burung ini akan berubah warna hijau.
 Seorang pekebun sedang memeriksa tanaman-tanamannya pada suatu hari. Dia ternampak seekor burung tukang yang cedera pada sayapnya di bawah sebatang pokok betik. Pekebun itu membawa burung tersebut pulang untuk dirawatnya. Burung itu ditempatkan di dalam sebuah sangkar besar diberi makan dan minum secukupnya.
 Bahagian kepak burung tukang yang cedera itu dibalutnya setelah dibubuh ubat yang diramu daripada akar-akar dan daun kayu. Bulu di badan burung tukang itu bertukar menjadi putih tidak lama kemudian.
 Pekebun itu pun menukar ubat yang dibubuhnya pada awal tadi dengan ramuan ubat akar dan daun kayu yang lain. Tidak lama kemudian, bulunya kembali seperti asalnya.
 Pada suatu pagi, pekebun itu berasa tidak sihat dan dia tidak pergi berkebun. Namun begitu, dia tetap juga merawat burung yang sakit itu sebaik-baiknya. Warna buu burung tukang itu pula telah berubah mejadi hijau. Perasaan pelik hatinya melihat warna burung itu tidak dia hiraukan.
Dia terus menukar ubat pada luka burung itu dan menyediakan makanan dan minuman untuk burung yang sudah mula berbunyi setelah kembali bertenaga.

Setiap kali terpandang wajah burung tukang itu, hatinya berasa belas. Pekebun itu seolah-olah sedar bahawa burung tukang itu hendak menyatakan ucapan terima kasih atas bantuannya.

Setelah itu, petani itu duduk berehat di rumah sepanjang hari dan mengambil air ubat rebusan akar-akar kayu. Petani itu kembali sihat dan segar beberapa hari kemudian dan pada suatu pagi dia hendak kembali bekerja di kebunnya. 

SUMBER CERITA:
http://manafyasir.blogspot.com/2011/12/cerita-burung-tukang.html

Seperti biasa, dia hendak merawat luka burung itu sebelum dia bertolak pergi ke kebunnya. Dia mendapati burung itu sungguh lincah dan bising pada pagi itu. Bulu di badan burung itu sungguh cantik dan berkilau-kilau serta paruhnya yang berwarna kuning itu sngguh menarik oada pandangan pekebun itu.

Setelah dia mendekati burung itu, dia mendapati bahawa luka di badan burung itu sudah cukup sembuh. Dan apabila dibuka sangkar untuk membiarkan burung itu terbang pergi, burung itu berjalan ke luar dari sangkar itu dengan mengeluarkan bunyi yang sungguh kuat.

“Baguslah engkau sudah sembuh. Bolehlah engkau pulang dan berjumpa semula dengan keluargamu!” Pekebun itu menyediakan buah betik yang sudah dibelahnya untuk dimakan burung tukang itu. Burung itu makan sambil paruhnya bising seakan-akan berkata-kata kepada pekebun itu. Pekebun itu hanya tersenyum.

Tidak lama sesudah itu, burung tukang itu terbang pergi meninggalkan pekebun itu. Pekebun itu lalu menutup pintu rumahnya dan berjalan menuju ke kebunnya.

Sejak hari itu, pekebun itu mendapati semua hasil tanamannya di kebunnya itu menjadi subur. Sekali-sekala, dia terpandang burung tukang di dalam kebunnya. Kehadiran burung tukang itu menghiburkan hatinya. Kepenatan bekerja di ladangnya tidak dia rasai.

No comments: