INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140612

Kiasan Mat Kilau

Dalam Terang
Ada Cahaya
Dalam Cahaya
Ada Kilat
Dalam Kilat
Ada Kilau


Dalam Kilau ada

6 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,


Boleh Tuan kongsi jawapan tersebut?

Terima kasih....

Anonymous said...

Bayangan. Pembayang kilat, kilat pembayang cahaya, cahaya pembayang cahaya.

Sebab tu mat kilau asik lepas dari kepungan, pandangan tertumpu pada bayangan, bukan empunya pembayang.

agaknyalaaaaaaah..

Anonymous said...

Dalam kilau...ada apa,Tuan?

lp said...

Kena cuba jawab ikut ilmu masing-masing.

Ada ramai yang
dah tau tapi tak perasan
atau
dah perasan tapi tak tau

Ada ramai yang
dah belajar tapi tak ingat
dah ingat tapi tak belajar

Ada ramai yang
dah jumpa tapi tak jelas
dah jelas tapi tak jumpa.

Jika perbincangan kita ikhlas, moga Allah swt akan bukakan jawapannya.

Kepada yang dah tau, dah perasan, dah belajar, dah ingat, dah jumpa dan dah jelas.

Moga akan bertambah ilmu-ilmu tersebut dengan izin Allah swt.

Anonymous said...

Ayat ke-35 Surah An-Nur

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

jebat2070 said...

Dalam kilau ada kelibat
Dalam kelibat ada muslihat


p.s: jawapan ter koi ternampok ande orang tulih kat fb...