-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20140613

Osman Limat; Pelukis dan Pelumba Basikal yang terselit

Atlit negara pada Sukan SEA Singapura pada 1972 yang kini berusia 66 tahun dan menghabiskan masanya setiap hari di Galeri Rajawali yang terletak di Taman Cenderawasih, Kuantan.

Ditanya bagaimana beliau boleh merangkul gelaran Raja Bukit sedangkan kedua tangannya tidak sempurna, Osman Limat berkata: "Nak naik bukit bukan perlukan tangan, tetapi kita perlu ada akal fikiran dan kaki yang kuat."

Kali terakhir Osman Limat menyumbang bakti kepada negara adalah ketika menjadi pembantu jurulatih pasukan berbasikal pada Sukan SEA Indonesia 2011.

Osman Limat pernah mendapat gelaran Raja Bukit pada tahun 70an. Walaupun Osman Limat anak kelahiran Muar Johor tetapi usianya banyak habis di negeri Pahang tersayang. Osman Limat yang lebih mesra dengan panggilan Pak Man. Osman Limat menganggap dengan perhatian kerajaan, akan lahir lebih ramai Osman Limat di negara ini pada masa depan.
 Bekas pembantu jurulatih dan jaguh lumba basikal negara, Osman Limat berharap kerajaan dapat merangka perancangan rapi untuk pembantu dan jurulatih separuh masa di peringkat negeri dan kebangsaan supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.

Ketika berkunjung ke galeri itu, Osman Limat sibuk menyiapkan lukisan bertemakan alam yang memaparkan suasana nyaman dan tenang di Hutan Royal Belum, Perak di teratak yang dibina menggunakan kayu terpakai.
 "Jangan jadi macam saya, dulu masa jadi atlit dan jurulatih nak tukar tayar basikal pun tak mampu sampaikan kena berhutang dengan ceti. Nasib baik ada bakat melukis, jadi kalau poket kosong boleh jual lukisan untuk tampung belanja keluarga ketika sesak dan sampai sekarang hasil lukisan juga yang banyak membantu saya meneruskan hidup.
 "Malahan, basikal yang saya guna ketika menang gelaran Raja Bukit pun saya terpaksa jual kira-kira 15 tahun lalu," katanya yang meninggalkan dunia sukan berbasikal atas faktor usia dan menumpukan perhatian dengan menghasilkan karya seni lukisan.
 Osman Limat memperoleh sijil kejurulatihan lumba basikal di Bangkok dan Majlis Sukan Negara (MSN) menganggap personalitinya yang sentiasa 'happy go lucky' membolehkan beliau meneruskan hidup walaupun ramai yang sudah melupakan sumbangannya kepada arena sukan lumba basikal di peringkat Pahang dan negara.
 Osman Limat kini mahu dikenali sebagai pelukis burung walit, dimana ada rezeki di situ Osman Limat terselit untuk meneruskan hidup.
 Osman Limat telah lama menetap di Kuantan, Osman Limat terkilan kerana pengorbanannya ketika zaman muda untuk kecemerlangan sukan negara berakhir dengan memori pahit. Kini Osman Limat hanya bergantung kepada wang pencen RM800 sebulan hasil bertugas sebagai pegawai landskap di Kementerian Kesihatan selain hasil jualan lukisannya.
 "Memang dah beribu-ribu lukisan saya hasilkan tapi yang ada sekarang hanya kira-kira 80 sahaja, lainnya dijual terutama bila sesak. Apa pun saya bersyukur kerana memiliki keluarga dan rakan yang memahami diri saya, walaupun tidak hidup senang tetapi saya tidak merempat.
 Sokongan isteri Jamilah Jais selalu memberi semangat untuk Osman Limat berkarya walaupun di galeri yang dibina menggunakan kayu terpakai. Anak-anak tiri seramai tujuh orang turut menjadi pendorong untuk Osman Limat terus menjadi pelukis setia di Galeri Rajawali Cenderawasih.
 "Galeri ini belum siap sepenuhnya sebab tak cukup duit, jadi cara terbaik untuk mendapat bekalan kayu adalah  dengan menukarkan kayu terpakai dengan lukisan saya, macam sistem tukar barang.
"Kalau ada yang masih mengingati sumbangan saya, jenguklah galeri tidak seberapa ini," katanya yang pernah menjadi pembantu jurulatih untuk pelumba basikal negara, M Kumaresan.

"Memang sebelum ini ada beberapa pihak berjanji nak bantu, tapi janji hanya tinggal janji, lagi pun saya dah tua dan tak aktif bersukan lagi," katanya yang lahir dengan hanya memiliki empat daripada 10 jari di kedua-dua tangannya.

Rujukan:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/05/27/osman-limat/

No comments: