INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140711

Hamdan Salleh pelukis 'Public Phone'

Saudara Hamdan Salleh adalah pelukis yang melukis dalam harga RM250 hingga RM25,000. Tetapi wang tersebut tidak berjaya memikat hati Saudara Hamdan Salleh untuk memiliki telefon. Setelah kembali dari menjadi 'Pelukis Hotel' kini beliau menetap di Daerah Bera supaua berhampiran dengan Felda Kepayang. Semenjak dari itu Saudara Hamdan Salleh susah untuk menjadikan handphone sebahagian dari hidupnya. Handphone yang dimiliki tidak kekal ditangan.


Mungkin kita biasa tengok, orang yang berjaya dalam bidang masing-masing tetapi memiliki telefon yang sudah ketinggalan zaman. Banyak orang berlumba-lumba untuk memiliki telefon yang terbaru. Tetapi ada juga mereka yang 'antik' dan suka memiliki telefon yang sudah ketinggalan zaman.

Tetapi Saudara Hamdan Salleh suka kembali kepada zaman belum ada handphone. Zaman itu kita menganggap 'Public phone' adalah kemudahan yang canggih. Tetapi bagi Saudara Hamdan Salleh 'Public Phone' bukan sesuatu yang canggih tetapi sesuatu yang masih sesuai dengan dirinya.

Kalau nak buat tempahan, terpaksalah datang ke Galeri Hentian Bas Bera untuk berjumpa dengan Saudara Hamdan Salleh. Mungkinkan Saudara Hamdan Salleh sebenarnya menyorok di Bera?

1 comment:

MF Ajif Art Store said...

adoi ko...ko tepon pun xde ke Dan? aku ingat ak usorang je yg pakai phone cabuk ko lg hebat tepon pun xde! hahahah camne nak contact ko ni daa?