-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20140910

Sajak: Ya Allah Selamatkan Kami

Sajak: Ya Allah Selamatkan Kami
(oleh humairaadawiyah)

Sebenarnya jika jalan
ini yang kamu pilih,
banyak pengorbanan
yang perlu kamu lakukan
wahai anakku.

DUNIA INI PASTI
DIPENUHI MANUSIA
YANG TIDAK MAHU LAGI PUNYAI TUHAN,
ITU PASTI...

PANDANG SEKELILING WAHAI ANAKKU,
PANDANG DENGAN MATA HATIMU,
MEREKA HANYA PURA-PURA
MENGAKUI KEWUJUDAN TUHAN...

mungkin kerana budaya sekeliling
yang mengakui adanya Tuhan...
walaupun lidah mengatakan
percaya kewujudan Tuhan...
 tapi hatinya lain...
inilah realiti dunia hari ini...
 tidak percaya kata percaya... munafik?
hanya Allah yang mengetahui... (allahu a'lam)"

hanya sebuah renungan...
untuk difikirkan,
mana tahu diri hina ini,
adalah salah seorang dari mereka...
ya Allah selamatkan kami...