INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20141026

Perpindahan orang-orang Rao dan Minang

1. Kita harap tidak terlambat untuk menyumbang sama ada maklumat @ kisah2 lama yang termampu dalam blog tuan.

2. Apalah sudi kiranya (jika ada) dikongsi maklumat mengenai perpindahan orang-orang Rao @ Minang akibat tentangan dari pihak kolonial Inggeris.

Di Gombak dan Setapak terdapat ramai yang mana keturunan2 dahulu bermaustautin setelah melarikan diri dari Pahang akibat peperangan.

3. Kami juga masih mempunyai keluarga di Raub @ Gali @ Ulu Dong.

Ikhlas Zul Tahir
   
oleh gorilla
10/26/14

20141019

"Mencari Imam Mahadi"

Imam mahadi@imam mahdi,,,
dalam al quran dan al hadis dah dikemukakan dengan jelas dan perkara ini telah dikupas dan di perincikan oleh ulamak-ulamak dalam kitab-kitab fekah/tauhid/tasawuf(bagi alam islam) dalam kitab agama dan bangsa lain juga ada membincangkannya dengan jelas

Tetapi ada ke kefahaman itu sampai kepada mereka yang mempelajari atau membacanya?

Faham ilmu dan tahu ilmu adalah satu perkara macam bumi dengan langit. keduanya mesti ada dalam diri.

tugas umat islam @manusia adalah bersedia dengan penuh yakin aturan yang sejak azali yang tertulis. kalau betul jalan mencarinya,,, tak ada masalah ...kalau salah jalan pencariannya jadi songsang ilmunya(jadi ajaran sesat)

Mereka yang tahu dan faham akan perkara yang tersebut, selalunya tidak akan berbingcang atas perkataan "mencari imam mahadi" .

Kena mengadap guru-guru pondok atau guru yang mengajar tasawuf untuk mendalami urusan "mencari imam mahadi" 

Perkara hanya sesuai di bincangkan dengan orang yang telah bersedia dengan ilmu "ini".

20141010

Sajak: Di Sepertiga Malam

Sajak: Di Sepertiga Malam
(oleh humairaadawiyah)

bijak pandai itu,
bercakap-cakap mengenai peperangan...
panjang sekali bicaranya...
aku tidak mengerti kenapa...
aku lihat berkobar-kobar
semangat jihad dalam dirinya...

mata ini hanya mampu menangis,
baru aku tahu hinanya diri ini...
di pandangan Allah... 
syukur sekali
aku ditemukan dengan manusia itu,
selepas aku bersungguh-sungguh
munajat pada Allah tiada henti
di sepertiga malam hari
dan berbakti pada ibu bapaku

doaku:
(dalam buku Fath Rabbani karya Syeikh Qadir Jilani)

“Ya Tuhanku... Tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau. Iaitu, orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau, yang memberi minum kepadaku dengan minuman Engkau, memberi celak mata kedekatanku dengan cahaya kedekatan Engkau, dan memberitahukan kepadaku akan sesuatu yang sudah  dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan”...

dan yakinlah,
dengan jawapan dari TuhanMu,
apa yang kau pinta itulah yang Dia beri...
yang terbaik buat hambanya,
yang ikhlas
ingin mengenali TuhanNya...