-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20150131

Sang Kancil di Zoo Teruntum Kuantan, Pahang, Malaysia.

Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat Malaysia. Dengan saiznya yang sangat kecil, Kancil merupakan binatang herbivor yang makan rumput, daun-daun, buah-buahan yang jatuh di tanah, kulit pisang, betik, dan ubi.
 Kancil adalah simbol kepada kecerdikan/tipu muslihat, lalu dikiaskan  oleh orang dulu-dulu "akal kancil"  yang penuh tipu muslihat yang licin dan cerdik.


Binatang ini mempunyai masa bunting selama 137-155 hari.  Terdapat enam spesies kancil iaitu:
a)Tragulus javanicus (Java Mouse-deer)- Banyak di Jawa Indonesia
b)Tragulus kanchil (Lesser Mouse-deer)- Banyak borneo, Thailand)
c)Tragulus napu (Greater Mouse-deer)- Banyak di Borneo, Indonesia, Malaysia
d)Tragulus nigricans (Philippine Mouse-deer)- Banyak di Filipina
e)Tragulus versicolor (Vietnam Mouse-deer)- Bbanyak di Vietnam
f)Tragulus williamsoni (Williamson’s Mouse-deer)- Banyak di Thailand

Apabila hendak menceraikan isteri-isteri

Wahai Nabi!

Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.

Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya.

Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).

Oleh:
zulkefli ahmad razali

20150130

Kanak-kanak bermain dengan ular Sawa

Ramai juga dikalangan kita yang menjadi peminat haiwan eksotik ular dan iguana. Kalau berminat dengan ular sawa, ianya ada beberapa jenis.
1. Ular Sawa Ball Python, sesuai dipelihara oleh bagi yang baru nak belajar jinak jinak dengan ular. Ball Python mudah jinak dan kadar pembesarannya agak perlahan berbanding jenis ular sawa yang lain. Harga seekor Ball Python adalah lebih kurang RM300-5000 mengikut jenis.

2. Ular Sawa Burmese Python adalah sawa jenis yang mudah dipelihara. Tetapi Burmese Python sedikit aktif berbanding ball python. Namun begitu Burmese Python mudah mesra dan manja terutama masa kenyang. Semua jenis ular akan agresif apabila sangat lapar. pastikan tuannya beri makanan ikut masa.
 3. Ular Sawa Boa Constrictor mempunyai warna yg kusam. Kepala boa lebih bersegi berbanding. Boa kurang aktif tetapi memerlukan belaian bagi membuatkan dia mesra dengan tuannya. Boa berharga RM1500 dan ke atas.

4. Ular Sawa African Rock Python adalah jenis yang sangat agresif. biasanya dipelihara oleh 'orang advance' sahaja. Rock python susah naj mesra dengan tuannya. Kena berhati-hati.
5. Ular Sawa Reticulated Python adalah dari asia tenggara yang sangat agresif dan payah nak mesra dgn tuan, Biasanya dibela oleh orang hanya pemelihara yang berpengalaman sahaja mampu bermain dengan Reticulated Python.

20150129

bek yah itu anak bidan besar

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

bek yah itu adalah
anak bidan besar
@maharim+malim kuning,
bini ke 2 bahaman,
ibu kepada panglima perang weeh
@yaakob.
[pupu bahaman]

20150126

Chicken Chop RM5 Teluk Cempedak (TC) Hutan Bandar Bistro


Antara makanan barat yang popular di Teluk Cempedak (TC) Kuantan adalah Chicken Chop RM5 Hutan Bandar Bistro TC. Ramai penduduk kauantan dan luar Kuantan menganggap chicken chop RM TC ini sebagai salah satu makanan yang popular di Teluk Cempedak (TC). Dipanggil begini kerana harganya RM5. Ada tiga keping ayam, kentang goreng, salad dan sos black paper.
 Bagi yang suka makanan barat, rasanya memang sedap. Jauh lebih sedap jika dibandingkan dengan chicken chop RM di pasar malam. Orang berumur biasanya amat kenyang dengan sepinggan chicken chop RM5TC ni. Tetapi bagi orang muda yang aktif dalam aktiviti lasak, makan dua pinggan chicken chop RM5 TC baru kenyang dan puas.
 Dalam satu pinggan chicken chop RM5 ini ada tiga keping ayan dan kentang yang disiram dengan sos black peper. Boleh dimakan disini atau dibungkus untuk dibawa balik atau makan ditepi pantai. Jika mahu dibungkus, kita dikenakan bayaran 50 sen untuk bungkus. Kalau taknak bayar 50 sen, bawa bekas sendiri.

 Chicken chop RM5 ini boleh dimakan dengan air jus buah seperti jus epal hijau atau jus buah naga atau jus epal hijau campur susu.Bagi kanak-kanak dan orang tua yang takut pedas, boleh minta asingkan sosnya.
Sedapnya chicken chop RM5 TC ini dapat digambarkan apabila peminat chicken chop RM5 TC sanggup berbaris panjang sampai keluar kedai. Kebiasaannya pelanggan perlu berbaris sampai setengan jam baru sampai giliran membuat pesanan.

Perlu diingatkan, kena berbaris dua kali. Pertama berbaris untuk membuat pesanan makanan dan kedua berbaris untuk mendapat minuman.

Kalau nak datang kena datang sekurang-kurangnya berdua. Kerana seorang 'tukang berbaris' dan seorang lagi 'tukang cari meja'. Meja selalunya penuh. Kebiasaannya terpaksa menunggu orang sudah makan barulah kita dapat meja. Kalau segan nak tunggu tepi meja orang...lambat la dapat meja.

Ada yang tak sanggup lagi untuk makan chicken chop RM5 ini kerana tidak sanggup berbaris sampai setengah jam dan kena pula berebut meja dan kerusi.

Tetapi bagi suami yang terpaksa berdepan dengan isteri yang sedang mengandung, nak tak nak terpaksa juga berbaris. Mula-mula memang rasa macam 'orang bodoh' yang 'terrpaksa' berbaris sampai 30 minit pasal nak makan. Sedangkan banyak lagi benda lain yang boleh dimakan dan tidak perlu berbaris lama

Berbaris panjang untuk membeli makanan kini sudah menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan.
Selain chicken chop RM5, anda juga boleh membuat peselan pelbagai makan barat yang lain.

Silalah cuba chicken chop RM5 Hutan Bandar Bistro di Teluk Cempedak. Wakto operasi mereka adalah pada hari Selasa hingga Ahad. Hari Isnin mereka tutup. Satu perkara lagi, kadang-kadang meja pun kita kena bersihkan sendiri.

Makanan barat telah menjadi sebahagian dari menu harian rakyat Malaysia. Kini KFC, Mac Donald, Pizza Hut dan seumpamanya bukan lagi perkara asing kepada rakyat Malaysia. Memang ramai rakyat Malaysia yang menjadi peminat makanan barat. Harap jangan terus lupakan makanan tradisi kita.

20150122

Mat Lela Bukan Anak Bahaman.

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

mat lela itu
bukan anak bahaman.
mat lela dan panglima tujuh lapis
[dua beradik,
satu ayah,
berlainan ibu],
mereka cucu kepada
tok umar lubuk terua.
[anak saudara benar bahaman]

20150115

Tengku Muda Padang Nunang

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

tengku muda padang nunang itu
adalah aki@datuk
kepada tengku kudin
emak tengku kudin
adalah anak tengku umbak.

tengku umbak
@tok ombak
@deraman perkas
@maharajaombak
@tok dagang
[orang yang sama]

bini[1]diraub
[emak tengku kudin.

bini[2]
diguai
[tok yusuf]

bini[3]
dilanccang
[tok umar lubuk terua/
imam ngah
@noh/bidan besar
@maharim]

[anaknya 5 orang sahaja]

[kilaf@kias]

20150114

Bio Energy Saver Chip

Bio Energy Saver Chip sudah di pasang kepada lebih 50 000 kereta.

tercari penjimat petrol paling murah
penjimat petrol anda tidak merosakan enjin
penjimat petrol anda menganggu sistem enjin anda
penjimat petrol anda perlu di sevis

TIDAK MENGANGGU SISTEM ENJIN ANDA!!
TAK PERLU DI SERVIS

Caranya cukup mudah..
TAK PERLU ubah suai kenderaan.
TAK PERLU campuran ke dalam PETROL. dan
TAK PERLU KOS kos yang tinggi!
hanya perlu TAMPAL, GUNA, DAN JIMAT SEHINGGA 25%. (macam tak percaya je...?)

Memang ini adalah TEKNOLOGI DARI JERMAN dan dibuat di JEPUN.
Mengandungi serbuk 26 jenis BATU GUNUNG BERAPI di hasilkan menjadi sekeping STIKER yang berteknologi tinggi.
Mengandungi ion (-) negatif ditugaskan untuk meleraikan MOLEKUL PETROL DAN DIESEL supaya ianya menjadi banyak dan memampatkan tangki PETROL DAN DIESEL serta MEMBERI KUASA PADA KENDERAAN.

Kelebihan Sticker Bio Energy
~ menjimatkan petrol dan diesel
 ~meningkatkan tenaga dan stamina
~meningkatkan jangka hayat battery handphone
~ meningkatkan sistem pertahanan badan
~ meningkatkan daya ingatan
~ memperbaiki pengaliran darah
~ membantu masalah darah tinggi/rendah,migrain,asthma,gout reumatic

kongsi lagi tips bagaimana MENINGKATKAN DAYA INGATAN dengan STICKER BIO ENERGY

Ambil segelas air,letakkan STICKER BIO ENERGY di bawah gelas tersebut selama sejam..lebih lama lebih bagus..dan kemudian minum..

Selain itu, letakkan juga STICKER BIO ENERGY di bawah bantal semasa tidur..

20150108

Pupu 40 Pagar Ruyung Minangkabau Seri Menanti

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusarata...

pupu 40 pagar ruyung minangkabau@
pupu 40 seri menanti.

ketua kepada kumpulan ini adalah
tengku labuh
@raja labuh,,,
dari seri menanti dia
dengan 6 orang pupunya
meneruskan perjalanannya,
2 dari mereka bermukim dipahang
[tengku muda padang nunang dan tengku umbak]
dan dia diiringi oleh 4 orang
meneruskan perjalanan meraka
ke kelantan dan
bermukim dikelantan...
yang lain-lain bermukim
didalam negeri sembilan.

20150101

Tok Mengkarak Di Pahang

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

yang di sebut sebagai
tok mengkarak itu[dipahang]
adalah orang yang sama
dengan nama yang disebut
dimelaka sebagai bendahara tun perak.

tok bayan@syed hashim
[ayah tok mengkarak] itu
adalah adik-beradik dengan
sultan muhammad pagar ruyung dan
yang disebut sebagai
adik perempuan sultan muhammad itu
adalah bini tok bayan.

syed kuning
@tok naning
[orang yang sama]
adalah adik beradik
dengan tok mengkarak.
[syed kuning ini berbini ramai]

anak lelaki syed kuning
[3 orang]
berkhawin dengan
anak perempuan
[3 orang]
tok mengkarak.

tok mengkarak
tiada anak lelaki,
dia hanya mempunyai
anak perempuan 3 orang.

waris ini di panggil dengan gelaran
orang tiga beradik[?]

keluarga@waris
hang tuah tidak akan didedahkan,,
harap maaf
[tiada kebenaran dari kerabatnya]

sultan alauddin shah melaka itu
anak tiri sultan mansur shah melaka.
beketurunan kepada
sibongkok tanjung puteri.

[kilaf@kias]