INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20150126

Chicken Chop RM5 Teluk Cempedak (TC) Hutan Bandar Bistro


Antara makanan barat yang popular di Teluk Cempedak (TC) Kuantan adalah Chicken Chop RM5 Hutan Bandar Bistro TC. Ramai penduduk kauantan dan luar Kuantan menganggap chicken chop RM TC ini sebagai salah satu makanan yang popular di Teluk Cempedak (TC). Dipanggil begini kerana harganya RM5. Ada tiga keping ayam, kentang goreng, salad dan sos black paper.
 Bagi yang suka makanan barat, rasanya memang sedap. Jauh lebih sedap jika dibandingkan dengan chicken chop RM di pasar malam. Orang berumur biasanya amat kenyang dengan sepinggan chicken chop RM5TC ni. Tetapi bagi orang muda yang aktif dalam aktiviti lasak, makan dua pinggan chicken chop RM5 TC baru kenyang dan puas.
 Dalam satu pinggan chicken chop RM5 ini ada tiga keping ayan dan kentang yang disiram dengan sos black peper. Boleh dimakan disini atau dibungkus untuk dibawa balik atau makan ditepi pantai. Jika mahu dibungkus, kita dikenakan bayaran 50 sen untuk bungkus. Kalau taknak bayar 50 sen, bawa bekas sendiri.

 Chicken chop RM5 ini boleh dimakan dengan air jus buah seperti jus epal hijau atau jus buah naga atau jus epal hijau campur susu.Bagi kanak-kanak dan orang tua yang takut pedas, boleh minta asingkan sosnya.
Sedapnya chicken chop RM5 TC ini dapat digambarkan apabila peminat chicken chop RM5 TC sanggup berbaris panjang sampai keluar kedai. Kebiasaannya pelanggan perlu berbaris sampai setengan jam baru sampai giliran membuat pesanan.

Perlu diingatkan, kena berbaris dua kali. Pertama berbaris untuk membuat pesanan makanan dan kedua berbaris untuk mendapat minuman.

Kalau nak datang kena datang sekurang-kurangnya berdua. Kerana seorang 'tukang berbaris' dan seorang lagi 'tukang cari meja'. Meja selalunya penuh. Kebiasaannya terpaksa menunggu orang sudah makan barulah kita dapat meja. Kalau segan nak tunggu tepi meja orang...lambat la dapat meja.

Ada yang tak sanggup lagi untuk makan chicken chop RM5 ini kerana tidak sanggup berbaris sampai setengah jam dan kena pula berebut meja dan kerusi.

Tetapi bagi suami yang terpaksa berdepan dengan isteri yang sedang mengandung, nak tak nak terpaksa juga berbaris. Mula-mula memang rasa macam 'orang bodoh' yang 'terrpaksa' berbaris sampai 30 minit pasal nak makan. Sedangkan banyak lagi benda lain yang boleh dimakan dan tidak perlu berbaris lama

Berbaris panjang untuk membeli makanan kini sudah menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan.
Selain chicken chop RM5, anda juga boleh membuat peselan pelbagai makan barat yang lain.

Silalah cuba chicken chop RM5 Hutan Bandar Bistro di Teluk Cempedak. Wakto operasi mereka adalah pada hari Selasa hingga Ahad. Hari Isnin mereka tutup. Satu perkara lagi, kadang-kadang meja pun kita kena bersihkan sendiri.

Makanan barat telah menjadi sebahagian dari menu harian rakyat Malaysia. Kini KFC, Mac Donald, Pizza Hut dan seumpamanya bukan lagi perkara asing kepada rakyat Malaysia. Memang ramai rakyat Malaysia yang menjadi peminat makanan barat. Harap jangan terus lupakan makanan tradisi kita.

No comments: