-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20150312

fitnah dalam ilmu. sejarah. fekah dan adat

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

kilaf @kias dibentang kembali dengan kebenaran@izin allah swt...
inshaallah...dengan nama allah yang maha pengasih maha mengasihani.

as-syafi'i ra berkata; ambillah kesempatan kebolehan bicara itu dengan berdiam diri dan carilah idea untuk menghuraikan sesuatu perkara dengan berfikir.

ketahuilah teras berfikir itu ialah ilmu pengetahuan, untuk mencukil makrifat yang tidak dapat dihasilkan melainkan dengan berfikir.

dan dialah [allah] juga yang menyebabkan berkembangnya ilmu pengetahuan dalam diri manusia dan menghasilkan kemakrifatan untuk berbagai faedah yang berguna.

kilaf@kias kepada fitnah yang berikut...

golongan yahudi akan terpecah kepada 72 golongan.
golongan nasrani akan terpecah kepada 72 golongan.
dan dari umat islam akan terpecah kepada 73 golongan,,,

perkara ini pun sampai kepada umat islam zaman ini.[diseluruh duia]
orang islam semakin menzalimi diri mereka sendiri. apabila fitnah melingkari diri mereka sendiri.[kerosakan[dibumi], adalah dari perbuatan tangan-tangan mereka sendiri].

fikirkan lah tuan@puan,,,untuk melepaskan bala yang bertimpa-timpa sekarang ini, rungkailah dan perbetulkan fitnah yang digenggang kukuh dalam diri tuan@puan sekalian.
cari dimana terletaknya fitnah@perkara yang dipersangka-sangkakan[cerita angin@berita tak berpasak] oleh tuan@puan sekalian.

fitnah dalam ilmunya.
fitnah dalam sejarahnya.
fitnah dalam fekahnya.
fitnah dalam adatnya.

jangan salahguna kelebihan@keistimewaan ilmu makrifat yang ada pada tuan@puan kepada @ untuk kepentingan diri dan golonhan tertentu semata-mata sahaja.
gunakan keistimewaan yang dimiliki dalam membantu dan membentuk umat islam kejalan yang sebenar yang seperti rasullullah lakukan.pada 1400 tahun yang lepas.

14 comments:

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

TUGAS...

tugas nabi muhammad saw telah dia jalankan dan telah selesai.

tugas 4 khalifah@sahabat telah mereka jalankan dan telah selesai.

tugas pemegang amanah dan pertugas masa kita ini bila nak dijalankan dan agak-agak bila nak diselesaikan.

jangan jadi satu penyesalan apabila amanah yang diberi tidak dapat diselesaikan (apabila umur di hujung senja, baru perasan diri memegang amanah dan tugas masih belum dijalankan)

kelekaan bermain dengan permainan dunia menyebabkan diri terpesona dengan alam.

tiada saudara dan sahabat serta kerabat yang akan dapat menolong.

aku aku, engkau engkau @ minyak dan air tidak bercampur.itulah perkara yang menghalang dari rahmat dan keampunan ALLAH.

sedangkan kedua-duanya tidak boleh di gunakan sert-merta(perlu dipulihkan dan disuling pengasingan)

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dalam satu kisah, anak khalifah umar telah diarah pergi kesebalah negeri sham bagi mengutip@mengambil duit zakat dari gabenurnya untuk dibawa pulang ke madinah(diserah kepada khalifah).

sesampainya dia disana, gabenor negeri itu terperanjat dengan keadaan anak khalifah(dengan keadaan pakaian yang tak sepatutnya@daif, sebagai anak seorang khalifah).

melihat akan keadaan itu,gabenor telah mencadangkan kepada anak khalifah agar dia menggunakan@pinjam dahulu duit zakat dan diperniagakan dan bila untung,modal dari pinjaman duit zakat itu dikembalikan semula.

cadangan itu diterimanya dan dia telah perniagakan duit zakat itu dan mendapat untung@laba yang banyak sekali.

dengan hasil keuntungnya itu, dia telah membeli pakaian baru.

maka berlalu lah dia pulang kembali ke madinah bersama wang zakat serta untung hasil perniagaannya dengan berpakaian cantik dan segak.

sesampainya dia dimadinah lalu dia mengadap khalifah dan menyerahkan wang zakat yang dibawanya.

khalifah yang tadinya menyambut anaknya itu berasa hairan dengan keadaan anaknya itu yang segak.

lalu bertanya khalifah kepada anaknya" dari mana engkau mendapat pakaian yang cantik lagi indah ini, sedangkan semasa engkau bertolak dahulu, pakaian engkau amat daif dan kusut."
dijawab oleh anak nya"wahai khalifah,ceritanya bergini;dia menceritakan perkara yang terjadi dan cadangan yang diberi oleh gabenor itu sehingga habis.

lalu khalifah menjawab"wahai anakku, kamu kena serahkan kesemuanya sekali bersama-sama keuntung dan pakaianmu itu kepusat zakat@baitul maal kerana keuntung yang kamu perolehi itu adalah dari modal zakat dan kamu tidak layak menggunakan dan tidak layak mengambil keuntungan darinya."

anak khalifah mengangukkan kepalanya atas sebab faham akan perkara yang diperkatakan oleh ayahnya, lalu dia menyerahkan seluruh keuntung yang diperolehi dari perniagaannya berserta pakaian yang di pakainya dibadannya dan menyarung semula pakaian lamanya.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

GARUDA:(mitos atau sejarah, jangan dikaji sangat kerana ia sebagai kilaf@kias semata-mata)

mengikut mitos sejarah, garuda adalah sejenis burung yang teramat besar(ini adalah sebahagian tugas terakhirnya di bumi sebelum dia menghilangkan diri terbang keangkasaraya.

dalam buku diriwayatkan yang dia pergi mengadap raja sulaiman dan memberitahu yang dia akan menenggelamkan kapal yang membawa rombongan peminangan kenegara china [dalam riwayat merongmahawangsa), walaupun dilarang, dia tetap akan melakukannya(tanpa bertanya mengapa dia dilarang menjalankan tugas itu).

sememangnya adalah menjadi tugasnya menjadikan padang jarak padang terkukur apabila diberikan tugas(tidak meninggalkan apa-apa yang hiduppun dikawasan yang di langgarnya.

tapi dalam tugas akhirnya ini, bukan menjadi tugasnya, sebaliknya dia yang minta melakukannya.(tugas itu adalah tugas orang lain).

apabila dia mendapat tahu,ada yang terselamat dari kapal yang tersebut. garuda ini menjadi tersangat malu untuk mengadap nabi sulaiman.

lalu mengambil keputusan meninggalkan bumi dan melayang keangkasaraya. dan meninggalkan tugasnya dibumi dan akibat dari terlalu lama melayang diangkasara,garuda ini sudah tidak tahu apa sebenarnya tugas dan amanah yang sepatutnya dia jalankan.

walau macam mana sekalipun, dia tetap salah satu pertugas yang terbaik dan ditakuti di muka bumi.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

kilaf@kiasnya kepada...

bahasa yang digunakan disurga adalah bahasa al-quran dan bahasa asal al quran adalah yang dibawa bersekali dengan nabi adam turun ke bumi dan yang disebut arab.

bahasa arab ini telah di guna oleh Nabi Muhammad saw semasa menerima wahyunya dari Allah melalui Malaikat Jibril.(ini sebahagian perkara ghaib)

arab itu sendiri ada maksud lain yang perlu disandarkan, arab tu bukan bermaksud arab semata-mata.

orang@bangsa arab adalah orang-orang yang hidup bersama hidupnya nabi adam dan mereka dipanggil arab tua. dan dimana letak arab tua ini hanya rasul yang dapat menjawabnya.(kami hanya dibenarkan berkilaf sahaja)

untuk itu terjemah kan dulu maksud kepada kilaf@kias ARAB. baru boleh disebut bahasa arab dan bangsa arab.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

(erti dari surah al-insyirah)

Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu?[1]

dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.[2]

yang memberatkan punggungmu.[3]

dan kami tinggikan bagimu sebutanmu.[4]

kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.[5]

sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.[6]

maka apabila kamu telah selesai,kerjakanlah dengan sungguh-sungguh yang lain.[7]

dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu berharap.[8]

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

palangi ada bermacam warna

disebut pelangi 7...betul.
disebut pelangi 12...betul.
disebut pelangi 3...pun betul.
disebut 7 pelangi...juga betul.

apa yang perlu di fikirkan dan dicari jawapannya ialah,,,

warna asas kepada warna-warna pelangi?,(jawapan dalam fekah dan adat beserta alasannya sekali...kalau boleh jawab,,,alhamdulillah).

jawapan yang diberi akan menjadi semuanya betul tetapi apa jawapan yang paling tepat(nak kan jawapan tepat).

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

satu cerita pada masa salah seorang waris tuan@puan berkenaan dengan nyamuk...

ceritanya bergini,,,disebuah negeri dalam tanah melayu ini lah,negeri itu telah di serang oleh seekor nyamuk yang besar( besar nyamuk ni adalah sebesar bola sepak agaknya lah),.

rajanya telah berusaha menghapuskan nyamuk yang tersebut.

pada setiap malam diletakkan seorang manusia sebagai korban,bagi mengelak nyamuk itu menyerang dan memusnahkan seluruh negeri.

semakin hari semakin sedikitlah rakyat dinegeri itu disebabkan menjadi habuan korban nyamuk untuk menyelamatkan negeri.

pada suatu hari, seorang lelaki tua telah naik namanya untuk dijadikan habuan nyamuk,maka diapun akurlah@relakan dirinya dengan perintah itu, lagipun dia telah tua dan tidak mempunyai banyak darah.

petang itu dia pergi mengadap raja, dan mengaku untuk menjadi korban dan dia memohon dengan raja agar dia tidak diikat@ditambat. dan dia juga meminta sebilah keris@pisau dan setokgkol jagung untuk dimakannya sebagai hidangan malamnya yang akhir.

pada malam itu dia pun pergilah ketempat yang di arah untuk dijadikan habuan korban nyamuk itu tanpa di iring oleh sesiapapun.

di sana dia menghidupkan api untuk membakar jagung yang dibawanya sebagai makanan.

lalu dicucuknya jagung itu dengan hujung keris@pisau untuk dijadikan pemegang@pemanggang dan dibakarnya jagung itu sanbil menunggu sang nyamuk datang untuk menghisab darahnya.

maka dimakan@dikunyah akan jagung sedikit demi sedikit,(sebab jagung yang dibakar tu panas dan tidak mahu bibirnya melepuh.

paginya pengawal pun datang untuk melihat akan mayat orang tua itu tetapi apa yang mereka lihat dan dapati,orang tua itu masih hidup dia cacat calarnya.

lalu diceritakan yang nyamuk itu tidak datang malam tadi dan berita itu disampaikan kepada raja dan raja sangat hairan dan juga gembira.

maka fahamlah raja setelah diceritakan apa yang terjadi malam itu.

bermula dari itu raja mengarahkan seluruh penduduk negeri itu membersihkan sampah dan semak samun dan dimalam hari di pasang unggun api bagi menghalau sang nyamuk dari datang menyerang negeri.

orang tua itu di beri kemudahan oleh raja diatas jasanya menyelamatkan negeri sebaliknya orang tua itu berterima kasih dan menolak dengan baik akan kemudahan yang di anugerah oleh rajanya kerana dia nak balik kerumah@kampung lamannya untuk hidup seperti biasa dengan aman dan bercucuk tanam danjuga membela ternakan.

warisnya masih ada dan ada diantara mereka tidak mahu dikenali dan ada diantara mereka tidak mengenali waris yang lain dan tidak kenal moyangnya ini(orang tua yang menyelamatkan negeri).

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

keris bernama tamingsari...

keris ini ada empat bilah.dibelakang tamingsari masih ada sambungan namanya.

kesemuanya ada di malaysia.

keris tamingsari kepunyaan hulubalang tua jawa@tamingsari).

keris tamingsari kepunyaan hang tuah.

dan dua bilah lagi kepunyaan dua orang lain.

bukan keris itu yang sepatutnya di fikirkan(dan bukan untuk didebatkan)sebaliknya maksud kepada tamingsari itu sendirilah yang dicari kilaf@kiasnya.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

keluarga dan susur keturunan kepada hang tuan sekarang ini telah hilang identitinya kerana mereka tidak pun mengenal akan diri mereka dan mereka sendiri tidak pernah pun tahu yang mereka adalah berketurunan kepada dato laksamana hang tuah.

macam mana orang lain nak kenal akan hang tuah sedangkan keluarga keturunan hang tuah sendiripun hilang punca susur warisannya.

kami memang perhatikan akan cucu-cicit hang tuah ini tetapi mereka tidak membawa @ mengikut jejak langkah moyang mereka.

sebaliknya mereka lebih kepada mencari hal didunia dan ada yang kecundang.

bergitu juga dengan waris lima sahabatnya, hanya segelintir yang berpegang teguh dan yang lain boleh dikatakan mamai dan leka.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

ibrahim
long jaffar
gondol
abu bakar
majid
yusuf
halimah

membacakan:surah al-fatihah@surah al-iklas@surah at-takaatsur.

janjinya tujuh sahaja,,,yang tinggal sekarang hanya satu pada halimah dan yang lainnya telah balik@mati.(amanah terakhir@yang ketujuh)

kesemuanya tersimpan dan kembali diistana didalam tasek diniy.dan dijaga rapi...inshaallah.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

kitab ihya''ulumuddin(imam ghazali)

dalam al-quran(dari surah dan ayat)
dimaksudkan oleh para ulamak(baca dan semak)

surah ali-imran;ayat 104.
surah at-taubah;ayat71.
surah al-maidah;ayat78&79.
surah ali-imran;ayat 110.
surah al-a'raf;ayat 165.
surah al-maidah;ayat 2.
surah al-maidah;ayat63.
surah hud;ayat 116.
surah an-nisa; ayat 135.
surah an-nisa;ayat114.
surah al-hujurat;ayat 13.
surah taha;ayat44.

hadisdiriwayatkan oleh abu bakar as-siddiq r.a. dari rasulullah saw(dalam bab amar ma'ruf dan nahi munkar).

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

BUGIS @ MELAYU @ JAWA...

DISEBALIK sebutan bugis@melayu@jawa itu ada kilafnya dan ada kiasnya.

mereka beranggapan yang sebutan-sebutan tersebut hanya untuk bangsa dan suku bangsa semata-mata.

tuan@puan;sebutan yang tersebut adalah lebih dari itu. secara kilafnya sebutan yang tersebut ada didalam al-quran dan al-hadis.

sebutan yang tersebut telah lama ujudnya.

ia sebaris dengan sebutan 'ARAB'. atau dulu dari sebutan arab itu sendiri.

tuan@puan, sekalian...

siapa dia orangnya yang disebut@di beri gelaran bugis ni?

siapa dia orangnya yang disebut@diberi gelaran melayu ni?

siapa dia orangnya yang disebut@diberi gelaran jawa ni?

jangan hanya bersangka-sangka dan hanya berbangga dengan gelarannya sahaja tetapi tidak kenalpun tuan empunya diri yang bernama bugis @ yang bernama melayu @ yang bernama jawa.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

alangkah indahnya apa yang diucapkan oleh ibnul Muqaffa dalam kitab ad-durratul yatimah bab 'kawan' mengenai kedudukan ini, katanya:

jika kau lihat kawanmu bersama musuhmu, janganlah kau merasa marah terhadapnya, kerana ia ketika itu adalah salah satu dua orang:

1] andaikata ia seorang yang boleh dipercayai, niscaya ia merupakan sebaik-baik kawan yang boleh memberi faedah kepadamu disebabkan terdekatnya kepada musuhmu. jika ada bahaya yang dirancangkan oleh musuhmu dapat ia menghalangnya, jika ada keburukan dapat ia menutupnya, jika ada rahasia dapat ai memberitahumu. adapun kawan itu apalah yang bisa menguntungkan kamu, bila ia berkawan dengan hanya orang-orang kepercayaanmu saja?

2]andaikata ia seorang kawan yang tidak rapat denganmu, maka dengan apa jalan engkau hendak menahannya dari berkawan dengan orang ramai, atau engkau hendak memerintahnya supaya jangan berkawan atau menghampiri, melainkan orang yang engkau tunjuk saja.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

sebelum manusia di zahirkan ke dunia ini, manusia telah diambil janjinya oleh allah dan ianya telah di kisahkan oleh rasulullah saw.
kerana tidak mahu manusia mendakwa yang mereka di hidupkan tanpa perdoman dan ilmu.

dan apa bila manusia hendak dilahirkan, sekali lagi perjanjian diambil, sebab musabab manusia perlu dilahirkan hidup.

memang perkara itu tidak diingati oleh manusia dan apa yang sampai apabila lahirnya manusia adalah tangisan.

tuan@puan,,,kita ini sama sahaja.
tuan@puan dan kami ini mendapat ilmu yang sama.seperti mana nabi adam telahpun tahu kesemua nama-nama haiwan dan perkara lain sebelum dia di perintah kan keluar dari surga.

perlulah belajar untuk mengigati akan ilmu yang telahpun ada tersimpan dalam otak melalui al-quran dan al-hadis.

jawapannya ada dalam simpanan otak(otak itu seperti perpustakaan).

perhatikan sistem diperpustakaan, apabila hendak mengambil buku, kena mencari dirak yang disediakan mengikut susunan atau bahagian dan dikatalogkan dengan teratur bagi memudahkan orang untuk mencari buku seperti juga dengan perkara yang tersebut.

apabila untuk mendapatkannya kenalah rujuk kepada al-quran dan al-hadis, barulah akal dapat mencari ilmu yang tersimpan lama dalam otak tu.