INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20150319

Rukun Islam (kulit) dan Rukun Iman (isi)

Rukun Islam dan Rukun Iman

salamun,,, tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

kilaf@kiasnya kepada...

rukun islam lima perkara itu lah syariatnya.
rukun iman enam perkara itu lah hakikatnya.

rukun islam itu jugalah nyatanya.[pada kulitnya@zahir]
rukun iman itu jugalah ghaibnya.[pada isi@hatinya@bhatin]

kedua-duanya saling kait-mengait atau perlu berfungsi serentak.

tiada yang salah berkenaan urusan ini...rukun islam bagi tujuan perbuatan[sarat @peraturan bersolat,,,rukun ibadah haji,,,rukun ibadah puasa dan seterusnay yang lain dalam islam]
rukun iman bagi tujuan keyakinan[terhadap islam itu sendiri]

perjalanan islam itu bukannya bermula dari zaman nabi muhammad saw tetapi ianya bermula lebih awal dari itu.cuma orang berkilaf@kias dengan menyebut sebagai agama samawi atau agama nabi-nabi atau agama yang dibawa dari nabi ibrahim.

agama nabi-nabi itu juga lah agama islam. cuma ianya dilemgkapkan @dipelengkapkan oleh nabi muhammad atas perintah@izin allah.

sebab itulah wahyu akhir yang sampai kepada nabi muhammad saw,,,sampainya di padang arafah semasa haji akbar.[disitulah allah sempurnakan islam sebagai agama kepada hamba-hambanya dan nabi muhammad saw sebagai penghulu segala nabi@rasul bagi sekalian mahluk@alam dari dahulu kala hingga kiamat nanti.

19 comments:

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

perumpaannya kepada bidang pertanian.
dalam pertanian ada pertanian itu sendiri.ada perikanan. ada penternakan.

kalau kita mahu bercucuk tanam, kita perlu berjumpa pakar pertanian. kalau kita mahu menangkap ikan kita tanyakan orang yang pakar memancing atau menjala. kalau kita mahu haiwan ternakan kita gemuk sihat daging dan susunya kita rujuk kepada mereka yang mahir atau gembala haiwan ternakan.

bergitulah dalam bidang fikah dan adat dan ilmu dan keturunan.

tak menurun darjat seseorang tu yang mengotorkan kakinya mengharuk bendang@sawah@paya disebabkan lumpur melekat di dikaki.

darjat adam tidak gugur walaupun dia dikeluarkan dari surga ke bumi dunia. dia masih digelar@panggil dengan gelaran nabi adam @ bapa manusia @ khalifah pertama muka bumi.

tuan@puan tidak berasa malu ke kalau seorang nabi "nabi adam",sendiri pun berjalan dimuka bumi sambil berdoa memohon keampunan@belas kasihan@rahmat@rahim allah. yang mana kesalahannya diceritakan dalam al-quran dan seluruh anak-cucunya tahu akan kesalahannya.

kita ni apa lah sangat berbandingnya dengan nabi adam,moyang kepada segala manusia tu.

setanding kah kita, sampaikan ego@bangga dalam diri kita menghalang kita dari menundukkan diri dari memohon keampunan@rahmat@rahim allah.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

hidup kita ni penuh dengan warna-warni. dari mula lahir hingga lah akhir nyawa.

penafsiran kepada warna-warni ni macammana.

dalam fekah@adat ada beberapa warna yang ada membawa maksud dan satu darinya:-

warna kuning bermaksud keturunan (bukan bermaksud raja atau warna diraja)

warna putih bermaksud...bla...bla...bla.

warna merah bermaksud...bla...bla...bla.

warna biru
bermaksud...bla...bla...bla.

warna hitam
bermaksud...bla...bla...bla.

warna coklat
bermaksud...bla...bla...bla.

warna hijau
bermaksud...bla...bla...bla.

membalut kain@mengikat kain pada batu nesan di kubur itu hanya untuk memberitahu bahagian yang diikat itu adalah sebelah kepada simati@jenazah. tak dibalut kedua-dua batu nesan. hanti orang tak tahu mana kaki mana kepala.
kalau orang tahu mana arah kiblat,dia tahulah yang mana sebelah kepala mayat. tak payah balut@ikat kain pada nesan.

maksud warna yang lain tu, kami kilafkan kemudian jika ada kesempatan...inshaallah.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dalam satu cerita berkenaan ANU SYIRWAN@(RAJA FARSI), dimana beliau mempunyai seorang guru yang mengajar ilmu adab kepadanya sehingga ia menjadi masyhur dalam ilmu itu.

pada suatu hari guru tersebut memukulnya dengan ketiadaan dosa(tiada kesalahan) lalu ia menyimpan marah didalam hatinya.

maka takala beliau menaiki tahta kerajaannya beliau berkata kepada gurunya, apakah yang membebankan engkau sehingga memukul aku pada hari sekian-sekian dengan kezaliman jua.

maka kata gurunya:'takala itu aku lihat engkau sangat menggemari ilmu dan aku harap engkau memiliki kerajaan selepas bapa engkau, maka aku kasihkan engkau, lalu aku rasakan kepada engkau kezaliman supaya engkau tidak berbuat zalim kepada seseorang.

maka berkata anu syirwan:"elok,elok".

dari kitab(munyatul musolli/oleh,shekh daud abdullah al-fathoni)

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

sekarang ini,untuk beberapa tahun kebelakang telah ada dua jenis kancil dan dua jenis rusa.

kedua-dua nya menggunakan nama yang sama tetapi berlainan fungsi dan kaedahnya.

satunya;yang hidup didalam hutan dan boleh dimakan.

satu lagi; yang diperbuat dari besi dan hanya hidup apabila dihidupkan tetapi tidak boleh dimakan.

mana yang sedap dan mana yang lazat diantara kedua kancil dan juga rusa tersebut.

begitu jugalah apabila mendengarkan bacaan ayat al-quran yang dikumandangkan atau di baca diperdengarkan di corong-corong pembesar suara masjid-masjid dan surau-surau.

mana yang lebih afdal dan baik.

yang datangnya dari suara tuan punya tubuh itu sendiri atau datangnya dari sajian rakaman.

inilah yang perpatah melayu lama ada berkata "seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus".

moden dan teknologi itu tidak salah, sebab teknologi sekarang tidaklah secanggih teknologi yang allah telah anugerahkan kepada mahluknya.(tetapi jangan lah disalah gunakan teknologi dan moden tu)

asalnya sains itu di ambil dari dalam al-quran dan al-quran itu datangnya @pemberian daripada allah.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

UMUR MANUSIA:
KEADAANNYA DAN PERGOLAKANNYA.

oleh; imam habib abdullah haddad(kitab;sabiilul-iddikaar wal-I'tibaar bimaa yamurru bil-Insaan wa-yanqadhii lahu minal a'maar atau buku terjemahan;peringatan tentang umur insan, oleh; jabatan hal ehwal agama islam negeri kelantan)

dari sejak allah mencipta adam dan dibekalkan zuriat pada tulang punggungnya. diantaranya zuriat yang bahagia dan zuriat yang celaka.

maka zuriat itu pun berpindah-pindah terus-menerus dari tulang sulbi lelaki ke dalam rahim wanita dan dari rahim wanita ke tulang sulbi lelaki, sehingga lahirlah tiap-tiap orang dari antara ayah dan ibunya.

dari sejak lahirnya manusia dari kedua ibu-bapanya ke muka dunia, sehinggalah masa wafatnya dan keluarnya dari alam dunia ini.

dari keluarnya manusia dari alam dunia ini dengan wafat, sehingga ia dibangkitkan allah setalah ditiupkan shur@sangkakala, iaitu masa menunggunya manusia dialam barzakh.

dari sejak keluarnya manusia dari kubur, ataupun dari masa perintah allah untuk ditiupkan shur@sangkakala pada hari kebangkitan, sehingga tiba hari manusia sekalian dikumpulkan dihadapan pengadilan allah untuk ditimbang semua amalannya serta dihisab.

sesudah itu meniti shirath, menerima kitab masing-masing dan sebagainya dari berita hal-ehwal kiamat, keadaannya, kesudahannya dan kesulitannya yang bermacam-macam.

dari sejak kemasukan manusia kedalam syurga untuk kekal didalamnya. itu umur yang tiada hujung dan akhirnya.

ataupun dari sejak kemasukan ahli-ahli neraka kedalam neraka, sedang keadaan mereka ini, satu dengan yang lain tidak sama.

ada yang kekal didalamnya buat selama-lamanya, tidak ada batas atau akhir lagi, iaitulah orang-orang kafir.

mereka itu pula berbeza-beza jenis-jenisnya. ada yang bernasib baik, dapat keluar dari neraka, iaitu orang-orang yang berdosa dari golongan ahli tauhid, samada dengan mendapat syafaat, mahupun tidak dengan syafaat, sebagaimana yang akan diterangkan kelak, apabila kita membicarakan tentang umur manusia.

tuan@puan sendiri lah kena mentelaah akan kitab atau terjemahan buku dari kitab beliau ini.

kami hanya menunjukkan akan arahnya sahaja...inshaallah.

Anonymous said...

salamun... tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

ada seorang ibu dan enam orang anak perempuannya yang diberi akan amanah bagi menjaga kerajaan pulau beratus-ratus tahun dahulu dan mereka ini mempelajari ilmu mereka(memperolehi ilmu ini) dari wali sembilan semasa zaman itu.

keenam-enam anak perempuan telah diberikan oleh ibunya sehelai selendang setiap seorang dan yang tinggal pada ibu sehelai dan mereka telah menukar nama mereka dengan gelaran bunga mengikut warna selendang yang mereka miliki.

sehingga sekarang, anak cucu mereka ada yang masih memegang warisan ilmu ini dan ada dikalangan anak cucu mereka ini yang menyalahguna akan ilmu yang tersebut dan ada dikalangan anak cucu mereka yang membuang ilmu ini kerana mengagap mereka lebih tinggi ilmunya dari moyang mereka.

salah seorang yang telah menyatakan@memperlihatkan akan ilmu ini adalah semasa darurat, disebut oleh orang sebagai kiay saleh.

selepas dari kiay saleh ada dikalangan dari muridnya mempergunakan ilmu ini dengan salah(untuk cari makan sahaja) dan (yang benar-benar memegang ilmu ini hanya mendiamkan akan diri kerana bimbang dituduh membawa ilmu salah oleh orang ramai sebagai fitnah atas diri mereka dan atas islam@fekah@adat)ilmu ini tiada salahnya tetapi orang yang membawanya adakala menyalahgunakan ilmu ini.

mereka hanya memegang dan menjalankan amanah moyang mereka puteri tujuh dari sumatra bagi menjaga islam dan kerajaan semata-mata.

inilah ilmu yang apabila di sebut kepada orang,,,orang memtertawakannya, kerana perkara ini kelakar atau perkara ini memalukan mereka.

ada beberapa nama disebut orang;-

1]ilmu panji semerang selendang merah(mengikut warna).

2]ilmu langkah seribu(inilah yang diketawakan oleh orang ramai).

3]ilmu puteri tujuh.

4] diterengganu, lain pula gelarannya (ulit mayang)

ilmu ini apabila digunakan akan menyebabkan bergoncang bumi ini.
jangan salah guna akan ilmu seperti ini kerana ianya adalah datangnya dari dalam al-quran itu sendiri.(kenapa pula nak pandai-pandai mengubah perkara yang bukan dalam urusan kita).

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

segalanya alam ini hak mutlak kepada allah dan allah melantik penjaga yang disukainya bagi pihaknya untuk menjaga@mentadbir alamnya (kerana semuanya adalah mahluk@hambanya semata-mata).

samalah dunia ini, raja bagi sesebuah kerajaan akan duduk di kerusinya, dan dia melantik penjaga bagi menjaga pintu istananya(raja tak akan pergi buka pintu istananya sendiri sebab dia telah mengajikan orang bagi tugas yang tersebut).

tapi ingat penjaga@pemegang amanah@pertugas bagi allah dan kerajaannya, tidak digajikan sebaliknya mereka adalah mengikut perintah mutlak yang maha kuasa(allah) atas tugas hakiki mereka dan tidak boleh dan tidak akan berbelah bagi dan jika mereka bercenderung atau condong dari patuh kepada perintah mutlak, mereka akan didenda tunai@dikenakan kifarah serta-merta.tiada ditangguh dan bertangguh,hukuman sampai lurus dari allah.

dalam dunia ini setiap benda dan perkara akan dipegang dan dijaga oleh seorang pemegang amanah@pertugas seperti lah juga nabi khadir ditugas menjaga....,nabi ilias ditugas menjaga....,nabi sulaiman ditugas menjaga....

termasuklah dua malaikat sebelah kanan dan sebalah kiri kita,mereka ditugaskan...

apabila kita mahu berubat kita akan mendapatkan kebenaran salah seorang dari tiga nabi penjaga yang tersebut,kalau tidak kita dianggap mencuri ubat namanya.

kalau kita mahu memburu haiwan dihutan kita kena minta kebenaran penjaga kepada haiwan iaitu salah seorang dari tiga nabi yang tersebut,kalau tidak mencurilah namanya tu.

kalau kita mahu akan anak dara orang, kita memohonlah kepada ibu@bapa,penjaganya, kalau tidak,kita dinamakan pencolik(pencurilah namanya tu}.

bergitu juga fekah,ada penjaga@pemegang amanahnya.

bergitu juga adat, ada penjaga@pemegang amanahnya.

bergitu juga duli serta daulat, ada penjaga@pemegang amanahnya.

bagi pemegang amanah@pertugas@penjaga pula ada ketuanya bagi tugas menjaga@menyelaras mereka pula.(cari dan mintalah kebenaran ketua, baru lah boleh jalankan urusan).

contoh dan tauladan telah ada di gambarkan oleh allah dalam alam ini@atas muka bumi. tidak melihatkah kita kepada situasi sebegini.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatar,,,

kilaf@kiasnya kepada...

ada orang berkata:...ada apa pada nama?.
dan nama tak membawa kemana-mana.

permulaan ciptaan oleh allah keatas mahluknya. allah telah memberi@meminjamkan sebutan kepada mahluknya sebagai gelaran 'NAMA'.bagi mengenal dan pengenalan keatas mahluk.

boleh sahaja,tidak di berikan akan nama kepada seluruh mahluknya, tetapi apa akan terjadi sekiranya semua tiada bernama(acu bayangkan).

contoh kepada seorang yang pekak lagi bisu(macam mana agaknya dunia dia dan kalau dia juga turut buta matanya).(dunia yang kelam dan gelap)

bergitulah keadaannya jikalau kita ini tidak bernama dan semua benda dan mahluk juga tiada bernama.

sebutan-sebutan yang keluar dari mulut kita itu adalah nama-nama yang diajar dari kalam allah.

maka berbaik sangka dan berhati-hatilah apabila bercakap dengan penggunaan sebutan-sebutan@nama-nama.

jagalah adat dan adab nama.walaupun gelaran yang diberi...

seperti nama muhammad,nama mahmud,nama ibrahim,nama rahman,nama rahim.
jagalah tatasusila nama yang tersebut dan nama-nama lain lagi.

apabila disebut tok gajah,orang akan bayangkan siapa dia dipahang.

apabila disebut abu bakar,umar,othman,ali...orang akan bayangkan siapa mereka di mekkah@tanah arab.

dan apabila disebut iblis...orang akan bayangkan siapa mahluk ini di alam dunia.

dan di sebut pokok...orang akan bayangkan...

dan disebut nasi...orang akan bayangkan...

dan disebut burung...orang akan bayangkan...

ini lah nama, namanya...

Anonymous said...

salamun... tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

alif itu raja kepada baa.

baa itu raja kepada taa.

taa itu raja kepada saa.

begitulah seterusnya sehingga kepada huruf nya. dan empat raja-raja.

nabi muhammad saw itu raja nya dari yang tersebut(raja fekah @ raja adat @raja ilmu @raja keturunan).

nabi adam itu hanya khalifah@wazir kepada rasulullah saw dan kepada allah swt semata.

maharaja adalah allah swt.dan dia juga lah maharaja kepada seluruh maharaja bagi sekelian alam dan mutlak. dan allah jua yang maha mulia dari segala yang maha mulia dari seluruh nama-nama nya yang banyak itu.

tuan@puan itu pula yang mana satu kedudukannya dari diantara alif hingga ke nya (36 huruf jawi semua sekali).

yang berteging urat sampai menumpah akan darah bertuntutan dalam hati dan dimulut.( membuang saudara memutuskan siratulrahim hanya disebabkan sebuah kerusi tu buat apa).

daripada bertututan melalut-lalut, terlebih baik diperbetulkan perkara yang lama tersalah tu. diperbaiki dan dipulihkan, harap-harap@moga-moga di redho oleh allah dan rasulullah.

runtuh nya kerusi yang direbutkan itu, akan runtuh lah malaysia.

tuan@puan nak duduk kat mana?.
jaga baik-baik kelakuan tuan@puan.

Anonymous said...

salamun...Tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

kita lihat burung yang keluarnya pagi untuk mencari makan dan akan pulang ke sarang pada waktu petang senja.

dan kelawar pula yang keluarnya petang senja untuk mencari makan dan akan pulang ke sarang pada waktu subuh pagi.

dan lihat pula kedua burung layang-layang dan kelawar,apabila hujan@lepas hujan di petang@senja, mereka berterbangan melayang bersama di langit.

pernah kah melihat mereka berlanggar dan berebut-rebut atau berlawan diantara mereka.

kalau ada,kedua mereka akan dilupuskan sebab tak ikut peraturan fekah.(seperti dua buah kapalterbang bertembung lalu jatuh kebumi)

macammana pula,kita manusia ni, siang cari makan,malam cari makan, bila masa balik rumahnya, tak rasa letih ke?.

ada orang berkerja siang,maka berihatlah dimalam hari dengan bersujud kepada ilahi.

ada orang berkerja malam, maka berihatlah disiang hari dengan bersujud kepada ilahi.

dan ada orang lansung tak berkerja, siang tidak,malam pun tidak. ulat dalam batu itu pun berkerja untuk hidup,kalau tidak mati keras dia dalam batu tu.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

yang menyebabkan sejarah keturunan menjadi bercekeramuk,apabila yang dicari hanya sekerat jalan sahaja.

cuma nak tahu sahaja,,,itu jawapan yang diberi apa bila ditanya.

jawapan lain yang biasa diberi adalah;-

kita dari keluarga diraja ke?.

jangan dibuka,nanti luka lama berdarah kembali.

kalau gitu ,boleh ambiklah hak(harta)tu.

buat apa, kalau boleh kaya tak apa lah.

lantak lah, tak ambil hal.

itu sebahagian dari jawapan mereka.

dan ada yang mengatakan perkara itu tipu belaka yang benarnya...

tak ada jawapan.

paling banyak boleh di susun tujuh keturun sahaja,itupun sebelah ayah semata-mata, sebelah ibu, terus tak bersusun.

kononnya sebelah ibu tak kuat@keras.yang keras sebelah ayah sahaja.

lihat semula salasilah susur keturunan nabi muhammad saw, turunnya keturunan nya melalui anak perempuannya siti fatimah.

ramai lagi raja-raja dahulu disusun keatasnya melalui perempuan.

dari kerajaan jawa.

dari kerajaan pattani

dari kerajaan acheh.

mereka bermula dari ratu, dari ratu barulah ke raja.

moyang 16 semantan

tok long yang berkubur di gua ditemerloh tu adik-beradik dengan wali nongsari.wali nongsari tu manusia dan kuburnya ada di maran bersama kubur ayah dan adik perempuannya.(bukannya ayat jampi serapah)

ayahnya itu adik beradik seayah berlainan ibu dengan sultan zainal abidin kepayat negara(suami kepada siti zubaidah)(keluarga raja lah tu kalau nak tahu, tapi mereka ini kebanyakannya menjadi ulamak@ malim@ fakih@guru agama dan pendakwah islam,dan mereka tak pelikpun gelaran dipankal nama mereka tu dan terkadangnya dibuangkan terus untuk memudahkan mereka berdakwah kepada orang ramai).

wali sogo ditanah jawa tu pun sama juga lah. mereka dari susur keluarga diraja pattani@kelantan@johor@terengganu.
yang berkhawin dengan syed hussin al-qubro(susur siti fatimah az-zahra+saidina ali).

mereka di tanah melayu,mereka di tanah sumatra,mereka ditanah jawa dan mereka ditanah pattani, mereka ditanah boneo,mereka ditanah filipina,mereka ditanah makasar dan dikepulauan lainnya nusatara ini adalah bersaudara bercantum nasab darah.(darah diraja nusatara@darah ahli keluarga iskandar zulkalnai dan darah rasulullah). dan mereka bercantum nasab darah ketanah india diraja. ketanah arab diraja. ketanah yunan diraja. ketanah parsi diraja.ketanah mesir@afrika diraja. ketanah china diraja.ketanah jepun diraja. ketanah eropah@turki diraja.(sebab nabi ismail, nabi ishak dengan ayah iskandar zulkalnai,adik beradik seayah,nabi ibrahim namanya)

moyang 16 bukit segumpal chenor
samalah juga. awang sin@ayah moyang 16 bukit segumpal tu waris keturunan diraja melaka dan diraja china.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

banyak perkara dalam dunia ni yang dikatakan disembunyikan@disorok.

tak ada yang di sembunyikan@disorok pun.

tuan@puan tu tersalah pandang je gamaknya.

dalam al-quran@al-hadis,dah terang-terang beri penjelasan.

ulamak dan tok-tok guru dah berbuih mulut beri penerangan dan perincian.

agak-agaknya lah orang yang mendengar lelap masa tok guru mengajar kot.

ilmu ini(islam), bukannya baru seratus empat puluh hari.
dah seribu empat ratus tahun dah.
dan kalu ikut-ikut,dah lebih dari itu.(yang mengajarnya bukan ustaz sebaliknya rasulullah@nabi muhammad saw)dan .....

nak kena mengaji pakai jawi lama, baru boleh tahu ni.

sebahagian dari perkataan yang ada dalam malaysia ni kena di tulis dan dibaca dalam tulisan ejaan jawi lama, baru dapat akan maksudnya.

seperti contohnya:-

koi.........eja dalam jawi.

guai.......eja dalam jawi

seperti p ramli bercerita dalam filemnya,nujum pak belalang...tuah dan buah...contoh lain...tupai dan topi.ejalah dalam ejaan jawi lama.

tuan@puan perhatikan betul_betul, apa yang terungkai.

kalau tak dapat juga, jumpa tok guru pondok yang mengajar kitab lama. dan tanya dia apa dimaksudkan "kaf.wau ya" dan "ga.wau.ya".


Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

adalah dalam satu cerita dongeng orang.zaman dulu kan dikatakan semua mahluk dan benda boleh berkata-kata.ini lah salah satu pedoohnya cerita yang diperdengarkan.

ceritanya,sekumpulan empat, bertemu dan berceritalah mereka.(malam)maka berceritalah batang kayu 1,"aku ini ditugaskan sebagai penyukat air dan lagi dia bercerita bla bla, bla bla, bla bla".

habis sahaja disambung pula batang kayu 2 bercerita,"aku ini bertugas sebagai penyukat angin dan bla bla, bla bla, bla bla".

sambung pula oleh batang kayu 3,ceritanya sama panjang dengan keduanya tadi dan dia berkata,"dia tugasnya adalah sebagai penyukat tanah dan bla bla, bla bla.

sehabis sahaja mereka bertiga bercerita hari sudah hampir ke subuh. jadi mereka bertiga bertanyalah kepada batang kayu 4, "engkau ditugaskan sebagai apa?",lalu dibalas oleh batang kayu 4," tak ada apa-apa".
maka ditanya lagi oleh mereka bertiga," habis tu apa engkau buat disini?".
maka dijawab oleh batang kayu 4," korang nak tahu ke, kalau gitu korang tunggu sekejap lagi, apabila orang@manusia yang tidur itu bangun, engkau tunggu dan lihat", katanya.

selang tak seberapa lama kemudian, maka bangun lah orang@manusia yang tidur itu sambil melibas dan menepis nyamuk yang menggangu tidurnya dan kesejukan malam itu.

lalu dia mengangkat batang katu dan di campak@diletakkan nya ke dalam ungun api yang hampir habis dan api lalu memakan dan menyalalah semula api disebabkan batang kayu yang tersebut.

maka terdiamlah mereka yang bertiga tadi tanpa berkata-kata dan tak terfikir.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

cerita pendek ini berkisar pada masa kegemilangan pandai besi.

di sebuah bengkel besi(zaman tu tak dipanggil bengkellah) dalam sebuah kampung.

apabila petang menjelang pandai besi pun pulang kerumahnya dan setiap malam besi-besi dalam bengkel pun bangun berpesta hingga pagi menjelang(senyap-senyap jangan diketahui pandai besi).

pada suatu malam seperti biasa selepas pandai besi balik rumahnya. besi-besi itu pun bangun dan nak memulakan pesta mereka.tetapi malam itu lain pula yang terjadi, dari pesta bertukar menjadi pentekaran dan pergaduhan,maka riuh-rendahlah bengkel malam tu sehingga di dengari oleh sipandai besi.

terjagalah pandai besi dari sebab riuh-rendah yang datangnya dari bengkelnya itu.

dia lalu bangun dan menuju ke bengkel dengan perlahan-lahan untuk mengintai apa yang menyebabkan riuh-rendah tersebut.

dalam kepalanya terfikir,pencuri masuk bengkel ke,tak mungkin.
haiwan masuk bengkel ke, pun tak mungkin juga. tiada apa yang boleh di ambil dari dalam bengkelnya. senjata yang dah siap dibawa balik simpan dirumah. tiada makanan yang bersimpan dalam bengkel.

di teliknya melalui celah dinding yang berlubang. maka dilihatnya yang besi-besinya sedang bertekak-tekak dan ada yang bergaduh dan dah tunggang langgang dalam bengkel tu.

lama juga pandai besi mengintai akan gelagat besi-besinya, sambil berfikir, macam mana nak dibuat akan perkara sebegini.buntu sebentar otak kepala pandai besi dok berfikir akan hal yang di lihatnya.

nak minta bantuan orang kampung,nanti orang kampung kata dia buang tebiat.

dan dalam masa yang sama akal datang menerjah beri ihlam.pandai besi beralih dari tempat dia mengintai sambil berjalan lalu di hadapan pintu bengkel sambil batuk berdehem-deham dengan kuat, sambil berkat dengan kuat dan selambanya"aku ketuk semuanya karang" sambil berlalu balik kerumahnya untuk menyambung tidurnya.

besi-besi yang tadinya riuh-rendah terdiam mendengar dehem batuk dan perkataan pandai besi itu. dan malam itu bengkel pandai besi dan malam seterusnya senyap sesenyapnya. besi-besi tak berani berpesta lagi takut di ketuk dek pandai besi.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

hendaknya waris kepada tengku ahmad dan tengku cik (dua beradik kerajaan negeri temasek). akan mereka ini harus lah menyambungkan kembali siratul rahim kedua keluarga.

perkara fitnah yang ditimbulkan oleh mereka sebaiknya ,waris mereka menarik balik dan memohon pengampun ke hadrat ilahi sebagai tanda nya.

kenapa perkelahian kedua beradik merebut kerajaan temasek dulu nya di jatuhkan fitnah atas parameswara dan sang nila utama. apa kah tiada kerja lain ke selain meletak kesalahan keatas tengkok orang.(padanlah melayu disana jadi tak tentu arah).

tarik balik fitnah lama tu dan perbetul@pulih kan sejarah negara kerajaan temasek(keluarga dirajanya).

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dalam sebuah hutan, ada berdirinya sebatang pokok yang amat tinggi lagi rendang yang hidupnya telah memakan masa ribu-ribu tahun.

disana tinggalnya sang tupai yang sudah beberapa jenerasi yang tidak pernah turun kelantai bumi.

masa telah berlalu bekalan air yang ada di sana telah kering akibat dari tangki airnya dah bocor dan berkarat.

sang tupai telah menulis sepucuk surat daqn diturunkannya menggunakan bakul untuk memberi tahu yang tangki airnya perlu dibaiki.

sudah berminggu-minggu suratnya turun kebawah tetapi tidak dibalas oleh haiwan di lantai bumi.

ditariknya tali untuk membawa bakul naik keatas, tiada jawapan. maka dia sendiri turun kelantai bumi mencari sebab-musababnya.

sesampainya dia dibawah,berjumpalah dia beberapa haiwan lalu ditanya akan mereka itu, tetapi tia seekorpun yang faham akan bahasa yang sang tupai gunakan.

merayaulah dia dilantai bumi bagi mencari orang yang boleh memahami bahasa nya.

setelah berbulan-bulan merayau,terjumpalah akan dia dengan seekor haiwan yang tinggalnya di tepi kolam.

wahai haiwan,bolehkah tuan berbahasa seperti aku ini.

jawab di haiwan,telah terlalu lama aku tidak mendengar akan bahasa seperti percakapan engkau ini, engkau ni siapa danaku tidak pernah melihat engkau sebelum ini??. datang dari mana?. nak cari siapa dan nak kemana dan apa hajatnya?.bertubi-tubi soalan yang ditanya. pening kepala sang tupai dengan soalan yang banyak tu.

sang tupai lalu bercerita akan hal dirinya. namanya. tinggal dimana.apa kerjanya dari ahingga ke z.

sambil menganguk akan kepalanya haiwan tadi berkata, aku tak tahu tu.

maka terduduklah sang tupai.

sambung haiwan lagi, yang aku pernah dengar dari moyang aku dulu. memang ada saudar kaim yang tinggal di pokok besar lagi tinggi tu tetapi kami titidak diberitakan akan nama-nama mereka. jadinya engkaulah keluarga dari saudara kami yang naik keatas poko tu yang tidak pernah turun-turn tu. macammana rasanya keadaan tinggal di atas pokok tampa turun-turun dan tidak mengenal kami dilantai pokok ni.

lalu jawab sang tupai. mula-mula tu memmanglah seronok tetapi apabila terlalu lama kami dah terlupa akan sau dara kami di lantai bumi dan sekarang ini kami lansung tak seronok sebab bekalan air kami tiada. jadi kami mohon haiwan di lantai bumi menghantar air dan membaiki tangki air yang bocor diatas sana.

itulah ceritanya@peribahasanya (sepandai-pandai tupai melompat ahirnya turun juga kebumi)tupai tu bukannya jatuh. kalau dia jatuh,dah lama tupai tak ujud atas muka bumi ni.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Maha suci allah yang ditangan nyalah segala kerajaan dan dia maha kuasa atas segala sesuatu. [ayat1]

Yang menjadikan mati dan hidup supaya dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia maha perkasa lagi maha pengampun. [ayat2]

Yang telah mencipta tujuh langit berlapis-lapis. kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan tuhan yang maha pemurah sesuatu yang tidak seimbang. maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang. [ayat3]

surah Mulk(kuasa pemerintahan) merupakan surah yang 67 didalam al-quran, mengadungi 30 ayat.

susunannya bagi mereka

tengku ahmad bin
tengku cik@tengku sulaiman bin
tengku yusuf bin
tengku abdullah bin

(empat beradik dari diraja kerajaan ? dan memerintah empat negeri kecil,satu setiap seorang)

(gong kerajaan asal telah dipalu,maka istiadat telah diselesai...inshaallah)

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

(maaf, kami pinjam sementara senikata berikut)

katak oh katak kenapa engkau panggil hujan.

aku tak panggil hujan,aku menjerit
minta tolong sebab ular kejar aku.

ular oh ular kenapa engkau kejar katak.

aku bukan kejar katak, aku tengah cari makan, terserempak dengan katak, dia terperanjat kut.

tanya pula mereka kepada kerbau yang sedang terbaring mengerang sakit.

kerbau oh kerbau kenapa engkau terbaring.

aku malas nak jawab, pergi tanya perut.

perut oh perut kenapa engkau sakit.

sakit, siapa sakit, masuk angin je. korang pergi tanya, apa benda yang aku telan tadi, nasi ya ya nasi.

nasi oh nasi perut komplen, engkau menyebabkan dia sakit.

nak komplen aje diaorang ni, tengoklah dulu kalau nak makan, ini tak menyempat, main telan je. tanya lah kayu ke api ke.

nak tanya yang mana satu ni.

tanyalah kedua-duanya sekali.

tanya kayu dulu lah.

kayu oh kayu kenapa nasi suruh tanya kepada engkau.

apa, nasi suruh tanya aku.apa ceritanya.

tak tahu. dia suruh tanya aje.

tak tahu!. tak apa aku jawab jugalah. mengikut senikata yang sedia ada. korang dah tahu. ini jawapan lain sikit.

aku ni kayu dan api tu benda lain. bila aku dah terbakar barulah dipanggil kayu api.

pergi tanya api pula lah.kut-kut dia adajawapan.

tapi, api tak ada dalam senarai.

cuba semak betul-betul, tertinggal kot.

tak apa,tak apa,kita tanya hujan aje lah.

hujan oh hujan, nak tanya boleh ke. pening kepala kami bertanya. orang sana suruh tanya orang ni.dan orang ni suruh tanya orang tu. dan orang tu suruh tanya orang sana. berpusing-pusing, bila nak selesai pun tak tahu, kalau macam ni.

hujan kerkata; masa panas minta hujan, masa hujan minta panas. dan ada masa minta serentak hujan dan panas. yang mana satu engkau orang nak minta ni.

kalau korang tanya api, api pun akan jawab seperti aku jawab ni lah.

yang katak tu, panggil hujan dia sebut,ong,ong,ong dan dia minta tolong pun, dia sebut ong,ong,ong.

aku ingat dia panggil aku, jadi aku turunlah.

jadi nak tanya siapa lagi ni?

korang tanyalah pencipta korang(Allah,tuhan pencipta sekelian alam)

macam mana nak tanya?

al-quran dan al hadis kan dah ada tunjuk. baca dan ....inshaallah.


Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

yang dimaksudkan atau disebut sebagai anak yatim:

anak yang belum akhir bahlig yang kematian kedua bapa dan ibunya.(anak yatim)

dan jikalau seorang diantara keduanya sahaja yang mati,anak itu tidak dikira sebagai anak yatim dan piatu itu hanya disambung sebut oleh orang melayu semata-mata dan tiada dalam fekah.(bukan anak yatim)

ambil contoh kepada diri rasulullah sendiri;bila ayahnya mati dia belum disebut anak yatim lagi tetapi apabila ibunya mati dengan sertamerta dirinya disebut anak yatim. dan mejadi hak wajib kepada keluarga bagi menjaga dan menyaranya.

apabila salah seorang dari bapa dan ibu yang mati,maka yang masih hidup berkhawin lain atau baru untuk kali kedua dan atas sebab perkhawinan kedua itu sianak mendapat bapa atau ibu yang baru sebagai pengganti dan penjaga kepada anak itu.(buka semula bab hukum nasab dan pusaka dan zakat dan tali kekeluargaan).