-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20150826

GELARAN IMAM PERANG

Berdasarkan carian dalam Pusat Rujukan Persurutan Melayu (DBP) Imam Perang membawa maksud ketua dalam peperangan pada masa dahulu atau ketua yang memimpin sesuatu pasukan perang.

Mengikut cerita anaksemantanblogspot.com, ketua bagi sesebuah unit tentera di Pahang menggunakan gelaran Imam Perang dan ketua kepada semua Imam Perang adalah Panglima. Setiap Imam perang akan memimpin satu pasukan tentera seramai 300 hingga 600 orang askar. Pasukan-pasukan ini bertugas untuk menyerang kawasan-kawasan yang berbeza.


Setelah dilakukan tinjauan didapati banyak nama-nama yang bermula dengan 'Imam Perang'. Mungkin ada antara nama-nama ini adalah orang yang sama. Harap dapat kita sama-sama berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.

Berikut adalah senarai nama-nama Imam perang:

-Imam perang Besar Masjid
-Imam perang Che Indot
-Imam Perang Gendut
-Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim
-Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat
-Imam Perang Jabarumun (Gopeng) Imam Prang Jubroman; Haji Mat Yakim
-Imam Perang Johan Perkasa Hassan ADIK Imam Perang Indera Mahkota
-Imam perang Khatib Bahrain bin Tok Kaut
-Imam Perang Malim (Perak)
-Imam Perang Mat Akil
-Imam Perang Raja Berengun (Perak)
-Imam Perang Sanggang Imam Teh bin Qadhi Abu Bakar = Imam Perang Teh
-Imam Perang Sebaghdad (Perak)
-Imam Perang Sri Handalan (Perak)
-Imam Perang Tok Gajah=Imam Perang Rasul='Imam Perang Sutan Garang'= orang kaya imam perang indera gajah dipegang oleh tok rasu
-Imam Perang Weh
-Imam Perang Yaman Sutan Mas Bolok
-Imam Perang Yusof
-Imam Perang, Engku Khatib Imam Perang Ulu Tembeling
-Imam Prang Jabor (Perak) Mohammad Jabar bin Bardot atau Ngah Jabor

2 comments:

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

imam perang adalah ketua kepada panglima perang. jawatan mereka adalah panglima perang dan apabila dalam satu-satu peperangan,maka seorang dilantik menjadi ketua,dan ianya disebut imam perang.

macammana semuanya jadi ketua perang atau imam perang.

maka,nama yang disenaraikan itu,adayangmenjadi anak beranak,macammana ayah menjadi pengikut kepada anak. anak jadi imam perang dan ayah jadi panglima perang,takk betul tu.[dah tentu anak belajar silat atau ilmu perang dengan ayah atau pak mertua ataupak saudara.

fikir lah sikit,benda itu senang,kanak-kanakk tadika pun boleh memikirkan perkara yang tersebut,tak payah semak kamuspun.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kalau kita ke masjid;; pernah tengok tak bilal berdiri solat dihadapan imam. tak pernahkan?. dan kalau ada dua atau tiga imam pada masjid itu, tiga-tiga berdiri sebaris dihadapan,ada pernah tengok yang macam tu ka?.takde kan.

dari tiga imam masjid,salah seorang yang akan bertugas mengimamkan solat. maka bergitu jugalah kepada panglima perang,dalam ramai-ramai panglima tu,akan dilantik seorang menjadi ketua panglima ,maka itu yang disebut imam perang atau juga disebut ketua perang.[jelas atau tidak penjelasan ini].