-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20150826

Tugas Imam Perang

Dalam tentera pasukan Semantan datuk Bahaman telah membahagikan pula tugas-tugas kepada beberapa pegawai-pegawai perang yang terdiri daripada panglima-panglima atau Imam Perang.

Antaranya ialah Imam perang Mat Akil untuk menjadi panglima dengan dibantu oleh Imam perang Gendut, Imam perang Che Indot, Datuk Johan Perkasa Cik Hassan, Imam perang Khatib Bahrain dan Imam perang Besar Masjid.

Apa yang uniknya ialah ketua bagi sesebuah ketumbukan tentera di Pahang menggunakan gelaran Imam perang dan ketua kepada semua Imam perang adalah panglima.

Setiap Imam perang akan mengetuai ketumbukan tentera yang mempunyai lebih kurang 300 hingga 600 orang askar. Pasukan-pasukan ini pula telah ditugaskan untuk menyerang kawasan-kawasan yang berbeza di negeri Selangor.

Strategi membahagi-bahagikan beberapa bahagian tentera ini menunjukkan bahawa Datuk Bahaman adalah salah seorang ahli strategis yang handal dan dapat mengagak untung rugi yang bakal dihadapi mereka dalam perang ini.

Oleh itu dengan membahagikan pasukan kepada 3 kumpulan akan mengurangkan risiko kehilangan askar yang ramai dan dapat menyerang musuh daripada segenap arah.

sumber:
anaksemantan.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

inshaallah.kami dan mereka,

imam perang adalah ketua dan panglima perang adalah pembantu imam perang. mana ada bilal duduk depan sekali dan imam duduk saf makmum.

..........................

dalam poket mereka hanya ada beberapa keping dina emas sahaja semasa mereka mati. dan sebahagian darinya untuk pengurusan jenazah dan sebahagian untuk bayar hutang dan sebahagian di hadiah sedekah dan selebihnya di kembalikan kebaitulmal.dan keluarga mereka hanya ditinggalkan al quraan dan al sunnah(al hadis) sahaja.

ini adalah nama-nama mereka;

nabi muhammad saw........7 keping dina emas.
abu bakar................4 keping dina emas.
omar.....................5 keping dina emas.
uthman...................7 keping dina emas.
ali......................3 keping dina emas.

ini adalah sebahagian darinya,kalau nak ikut dan ada berani ikut?.

Anonymous said...

inshaallah.kami dan mereka,

ada lima soalan dikemukakan yang jawapannya semuanya betul.
bukan jawapan betul yang di mahukan sebaliknya jawapan lengkap.

dimaksudkan@dikilaf@dikias kepada apa? atau siapa?

1.al fatihah tu apa?

2.alif laam miim tu ap?

3.ayat 2 hingga ayat 5 surah al baqarah tu apa?

4. ayat al kursi tu apa?

5. al baqarah tu apa?

tuan-tuan boleh beri jawapannya bila-bila masa yang tuan-tuan suka;

dalam tempoh satu hari,
satu minggu,
satu bulan,
satu tahun,
sepuluh tahun,
atau bertahun-tahun sehingga kematian yang memutuskan soalan itu.

Anonymous said...

inshaallah.kami dan mereka.

kesemua jawapan kepada hal soalan diatas itu berada dalam al quraan dan al hadis.cari, baca, kaji, fikirkan dan ikutlah.......

.......................................