-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20151030

Ilmu Martaba Tujuh

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kias
susunan maksud kepada pagar ruyung@martabat tujuh...[adat@fikah@ilmu] yang dikatakan pagar ruyung dan yang dikatakan ilmu martabat tujuh itu adalah seperti dibawah dan penggenapnya adalah ISLAM; mutlak pusaka wakaf amanah redho syukur iklas *islam

1]mutlak-[menceritakan keesaan@ hak tunggal serta keagungan allah semata-mata, tiada yang selain darinya].

2]islam-sebagai pemagar atau landasan ikutan dalam menjalankan

3]pusaka-[menceritakan hal kerasulan nabi muhammad saw seluruhnya].


4]wakaf-[menceritakan urusan nabi adam sebagai bapa manusia@khalifah dibumi].

5] amanah-[memberitahu urusan@perkerjaan manusia[kita] sebagai penyambung tugas khalifah di muka bumi].

6]redho-memberitahu urusan manusia[kita] apabila menjalankan amanah.

7]syukur-memberitahu urusan manusia[kita]apabila menjalankan amanah.

8]iklas-amanah/redho/syukur perlu ada dalam diri kita semasa@dalam hal menjalankan urusan@hak wakaf/hak pusaka/hak mutlak.
   
Anonymous
on 12/19/14

Panglima Hj Mat Akik dan Bendahara Megat Koming

Assalamualaikum
Saya Faizal dari Maran.
Saya ingin bertanya tentang
Panglima Hj Mat Akik,Dikebumikan di Mana?.
Satu lagi,
Anak Bendahara Megat Koming
yaitu
Mangku Kasim.Dikbumikan dimana.

Tok Tanggok dan Tok Adi Kaya Pagar Ruuyung

Kalau tidak silap Tok Tanggok adalah keturunan Tok Adi Kaya Pagar Ruuyung.

Keturunan inilah yang membuka Mukim Sabai.

Tetapi Tok tanggok tidak menetap di Sabai, sebaliknya ke Jerantut.

dari
Shamsul Rijal Mohamed Saleh

20151023

Wali 7 Tanah Melayu dan Anak Daik 7 Beradik

salamun,,, tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

gelaran kepada wali 7 tanah melayu@anak daik 7 beradik.

tok johor-buka johor
tua tok gombak-buka bukit payung@seri menanti
tok mekong-buka pattani
tok muda-buka anak bukit[kedah]
tok melukut-buka kuala berang
tok yang sulung.-buka kelantan
tok rompin-buka bukit betong@jelai pahang.

mereka ada gelaran nama lain lagi
dan ada nama adat dan ada nama fekah.
dan ada nama samaran.
dan adik-beradik perempuan mereka seramai 6 orang memerintah@berkhawin di tanah sumatra menggunakan gelaran puteri 7.

puteri ketujuh itu adalah ibu kepada wali 7 tanah melayu dan puteri 6 di sumatra.

mereka ini[13 orang] adalah pemagang amanah istana@kerajaan pagar ruyung.

nama-nama puteri ini guna gelaran bunga
atau selendang mengikut warna masing-masing.

mereka datang membuka negeri sebelum negeri melaka dibuka@ditubuhkan, untuk membuka laluan bagi pembinaan empayar kerajaan melaka.[kilaf@kias]

Anonymous
on 12/17/14

20151016

Moyang 16 Semantan, Baduk dan Bukit Segumpal

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

moyang 16 semantan@baduk dan moyang 16 bukit segumpal@chenor.

moyang 16 semantan
bin muhammad sikal
bin sharul nizam[adik beradik zainal abidin kepayat negara].

diantara anak-anaknya;
1.tok long[kubur digunung senyum]
2.wali nong sari.
3.awang lirai imam daud kuala kaung.

lebai said chatin.
cucu-cicit waris moyang 16 semantanlah.

moyang 16 chenor
bin awang sin [ibunya awang sin adalah hang li po]
bin mansur shah.

adik-beradik awang sin bermukim di pattani.
[mereka dua beradik sahaja]
[kilaf@kias]
   
Anonymous
on 12/17/14

20151009

Pawang Nong, Imam Ali, Hang Lipo, Cheng Ho dan Hang Nadim

Salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

pawang nong bin tengku putih bin tengku umar bin wan ahmad.
pawang wok bin tengku umar bin wan ahmad,
mereka adalah adik-beradik.

pawang kadir bin imam awang bin imam kasim@mangku kasim bin komeng@tengku azlan bin wan ahmad.

imam ali@tengku ali@raja muda ali bin wan ahmad.
mereka dua beradik seibu seayah,
pupu kepada orang kaya lela bin bahaman[ibu adik beradik][orang besar berlapan].

hang lipo itu anak saudara benar laksamana cheng ho [anak kakaknya].
bini tok kadok adalah adik laksamana cheng ho.

hang nadim bin laksamana cheng ho.
dari keluarga maharaja china islam.
[kilaf@kias]
   
Anonymous
on 12/17/14

20151002

Merah Silu dan anak-anak.

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

merah silu dan anak-anak.

merah silu adalah pemerintah akhir kerajaan enpayer samudera pasai dengan gelaran sultan alauddin.

tun abd jambi@tok jambi@syeh maulana@zaharum nizam bin merah silu, yang memerintah kerajaan jambi

dan sultan aripin pulau besar itu adalah menantunya.

tun linggi@tok linggi bin merah silu, yang memerintah [ ]dan kemudiannya digelar kerajaan minangkabau.[kilaf@kias]
   
Anonymous
on 12/17/14

20151001

Mufti Pahang - HAJI OSMAN BIN HAJI SENIK (UTHMAN BIN SENIK)

Utsman Senik - Mufti Pahang selama 20 tahun

Nama lengkapnya ialah Tuan Guru Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim. Diriwayatkan bahawa beliau adalah keturunan Bugis. Tetapi jika diperhatikan nama ayahnya Haji Senik, menurut lazimnya nama Senik digunakan oleh masyarakat di Patani dan tidak pernah digunakan oleh orang Bugis. Namun, dengan pasti dapat diketahui bahawa Haji Senik mahupun ayahnya Haji Ibrahim meninggal dunia di Kampung Gaung Pendik, Kelantan. Sedangkan yang bernama Haji Salim pula meninggal dunia di Singapura. Tahun kelahiran Haji Utsman belum diketahui dengan pasti. Beliau meninggal dunia di Kampung Ketapang, Pahang pada 12 Ramadan 1336 Hijrah/21 Jun 1918 Masihi)

PENDIDIKAN

Utsman dipercayai mendapat pendidikan awalnya di Kelantan, terutama daripada ayahnya atau datuknya. Pendidikan tentang keIslaman secara mendalam dilanjutkan ke Pondok Bendang Daya, Patani daripada Syeikh Abdul Qadir (Tok Bendang Daya II) bin Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani. Selain itu beliau mempelajari ilmu Arabiyah seumpama nahwu, sharaf dan lain-lain, asas tauhid, fikah dan tasawuf. Beliau juga mempelajari ilmu hikmat yang dibangsakan kepada Imam al-Buni seperti tersebut dalam Syamsul Ma'arif al-Kubra, Mujarrabat dan lain-lain.

Dipercayai bahawa Utsman belajar langsung kepada Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani, pengasas Pondok Bendang Daya, dan beliau pula adalah seorang hulubalang Patani yang sangat handal. Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani adalah sahabat Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kedua-duanya bersama Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani ikut dalam satu peperangan besar ketika Kedah dan Patani melawan Siam.

Ilmu hikmat tersebut sangat berguna untuk menghadapi cabaran zamannya, kerana pada zaman itu orang ramai masih menghandalkan kekuatan fizikal berupa pencak silat untuk menghadapi pergaduhan. Permusuhan seringkali terjadi bukan sahaja terhadap sesama manusia tetapi juga dengan haiwan seumpama harimau, ular besar, buaya dan sebagainya.

Ilmu hikmat itulah yang telah dipergunakan oleh Tuan Guru Haji Utsman Pahang sewaktu beliau membuka hutan membuat perkampungan. Kampung yang dibuka itulah yang dikenali dengan nama Kampung Ketapang yang terletak di Pekan, Pahang. Menurut ceritanya, ketika membuka hutan tersebut binatang buas memang tunduk kepada beliau.

Seiring dengan mempelajari ilmu hikmat, Utsman juga mendalami ilmu perubatan tradisional. Beliau pandai membuat berbagai-bagai jenis makjun. Semua ilmu tersebut diperoleh daripada Tok Bendang Daya II al-Fathani tersebut. Setelah itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan belajar kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, guru thala'ah kitabnya di bawah bimbingan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani. Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Fathani jauh lebih muda daripadanya, Utsman mendalami nahwu dengan menggunakan kitab Tashil Nailil Amani kepada pengarangnya, iaitu ulama Patani tersebut. Kitab Tashil Nailil Amani itulah yang beliau ajar hinggalah beliau menjadi Mufti di Pahang.

AKTIVITI DI PAHANG

Dari Mekah Utsman langsung menuju ke Pulau Tawar, Pahang. Sewaktu di Pulau Tawar beliau tidak memperlihatkan dirinya sebagai seorang ulama kerana beliau bergaul dengan orang-orang kebanyakan. Pada peringkat awal dakwahnya, beliau hanya memperlihatkan kebolehan dalam bidang ilmu hikmat. Pada suatu ketika Utsman pernah mengeluarkan sebuah kapal yang telah karam. Pada kesempatan lain beliau pernah didatangi buaya ganas yang telah memakan manusia sehingga buaya tersebut dapat dibunuhnya. Pada kali yang lain pula beliau pernah menangkap harimau buas yang selalu mengancam ketenteraman manusia dan binatang ternakan.

Melihat hal-hal pelik yang menyalahi adat itulah, maka Mat Kilau sejak kecil diserahkan oleh kedua-dua orang tuanya kepada Tuan Guru Haji Utsman untuk diajar berbagai-bagai ilmu fardu ain. Umur Mat Kilau sama dengan anak sulungnya, Haji Juned.

Setelah masyarakat mengetahui bahawa Utsman adalah seorang ulama, maka ramai yang berminat untuk menuntut ilmu kepada beliau. Sehingga Sultan Pahang ketika itu, Sultan Ahmad berkenan melantik beliau sebagai Mufti Kerajaan Pahang Darul Makmur. Sekali gus beliau menjadi orang terkemuka di Kerajaan Pahang, mengajar kaum keluarga Diraja Pahang di istana, selain mengajar orang awam. Beliau menjadi Mufti Pahang selama 20 tahun hingga meninggal dunia dalam tahun 1918 Masihi.

Diriwayatkan bahawa Utsman menjadi mufti selama itu dalam tiga pemerintahan Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad, Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah. Selain sebagai mufti, Utsman juga mengasaskan pengajian pondok. Lokasi pondok pengajian, surau dan rumah Utsman terletak di Kampung Ketapang Tengah. Setelah Utsman meninggal dunia pada tahun 1918 Masihi dalam usia hampir 100 tahun, pondok tersebut diteruskan oleh dua orang anaknya.

Perlu juga dicatat bahawa pondok yang diasaskan oleh Utsman di Kampung Ketapang Tengah, Pekan Pahang tersebut adalah pondok pengajian menurut sistem pondok cara Patani yang pertama sekali dalam Kerajaan Pahang Darul Makmur. Pada tahun 1922 Masihi, pondok tersebut berubah sistem menjadi pengajian madrasah. Setelah berbentuk madrasah, bantuan pembiayaan diterima daripada seorang saudagar Arab bernama Habib Hasan al-Attas dan madrasah tersebut dinamakan Madrasatul `Arabiyah Islamiyah Al-Attas. Pada tahun 1966 Masihi, pondok pengajian bekas peninggalan Mufti Haji Utsman itu dijadikan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Guru Besarnya yang pertama ialah Ustaz Abdul Qadir Kamaluddin, cucu beliau.

Sewaktu Utsman menjadi Mufti Pahang, beliau bergerak cergas membawa ulama-ulama terkenal dari luar dengan tujuan menambah semangat anak tempatan mempelajari agama Islam. Antara ulama besar terkenal yang pernah dijemput datang ke Pahang ialah gurunya Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani. Menurut riwayatnya, ulama tersebut datang ke Terengganu pada tahun 1912 Masihi atas permintaan muridnya, Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu. Kedatangan beliau ke Terengganu itu dimanfaatkan oleh semua kerajaan di Semenanjung termasuk Pahang atas kehendak Mufti dan Sultan Pahang sendiri.

Utsman sangat mengasihi gurunya dan bersikap tawaduk kepadanya sehingga beliau mengerahkan murid-muridnya menandu dan mengayuh sampan ketika menjemput dan menghantar pulang Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani itu. Ketika itu perjalanan masih banyak menggunakan perjalanan darat dengan berjalan kaki dan mengharung sungai. Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani berada di Pekan Pahang kira-kira sebulan sahaja, namun dalam waktu singkat itu telah dipergunakan oleh Utsman untuk mempelajari ilmu tafsir al-Quran bagi dirinya sendiri. Sedangkan ilmu-ilmu fardu ain lainnya beliau bukakan kepada masyarakat untuk bertanya langsung kepada ulama besar dunia Melayu yang datang dari Mekah itu.

MURID-MURIDNYA

Adapun murid-murid Utsman yang menjadi tokoh terkenal antaranya ialah:

1. Tuan Guru Haji Daud, ketika hidupnya banyak mengajar masyarakat. Beliau berasal dari Patani dan ayah kepada ibu Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang kedua).

2. Haji Mat Daud bin Zainal Abidin. Beliau pernah menjadi Qadi Besar Pahang.

3. Lebai Yusof pernah menjadi Qadi Kuantan.

4. Haji Abu Bakar (Datuk Seri Penggawa) bin Haji Abdul Halim (Imam Perang Indera Mahkota).

5. Mat Kilau, Pahlawan Melayu yang terkenal sangat memusuhi penjajah Inggeris.

Dengan mengetahui bahawa Haji Utsman bin Haji Senik, Mufti Pahang ini adalah guru kepada sebahagian besar para tokoh di Pahang termasuk Mat Kilau, ia dapat menambah pengetahuan kita betapa hebatnya peranan ulama silam dalam membina umat di negara ini. ia juga menambah maklumat sejarah, terutama mengenai Mat Kilau yang selama ini kebanyakan para penulis tidak menyebut peranan guru dan ayah angkatnya, iaitu Utsman bin Haji Senik, Mufti Pahang yang sangat berpengaruh dalam lingkungan masyarakat Pahang.

PENULISAN

Utsman bin Haji Senik tidak banyak menghasilkan karangan, yang diketahui hanya dua buah, iaitu: 1. Majliatul Mushalli yang pernah dicetak dengan huruf batu di Singapura. Penulis hanya diperlihatkan oleh Ustaz Haji Abdul Qadir bin Kamaluddin, beberapa lembaran sahaja kerana halaman yang beliau miliki ternyata banyak yang hilang.

2. Kitab Perubatan. Kitab perubatan secara tradisional susunan beliau ini tidak dijumpai lagi. Namun sebagai kesan peninggalan beliau, terkenal suatu makjun yang dinamakan Makjun Telor. Beberapa orang anak cucu beliau masih mengusahakan pembuatan makjun tersebut.

KETURUNAN

Utsman bin Haji Senik berkahwin dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan Syarifah berasal dari Kelantan. Perkahwinan ini dianugerahkan beberapa orang anak; 1. Haji Juned. Beliau adalah sahabat Mat Kilau ketika kecilnya. 2. Haji Jamaluddin (meninggal dunia di Mekah) dan 3. Haji Kamaluddin.

Haji Juned pula memperoleh beberapa orang anak. Antaranya, yang men- jadi tokoh masyarakat ialah: Abdul Basit, menjadi guru Kulliyatul Lughah wad Din Sultan Abu Bakar (sekarang Sekolah Tinggi Agama), Dr. Su'udi yang ketika hidupnya menjadi Pensyarah Bahagian Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haji Kamaluddin pula memperoleh anak bernama Ustaz Haji Abdul Qadir, bekas guru Kulliyatul Lughah wad Din Sultan Abu Bakar. Beliau pula pernah bertugas sebagai Pemeriksa Hal Ehwal Agama Pahang.

Utsman bin Haji Senik berkahwin kali kedua dengan seorang wanita berasal dari Pahang bernama Naubah, iaitu anak saudara kepada isteri Khatib Rasu atau Imam Perang Indera Gajah. Perkahwinan keduanya ini bererti menjalin tali persaudaraan antara keluarga pembesar Pahang dengan ulama.

Rujukan:
1. carigold.com (Mufti Pahang selama 20 tahun)