-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20150228

Hutan Bandar Bistro. Chicken Chop RM5.00

Hutan Bandar Bistro
 Meja plastik biasa sahaja. Kerusi plastik biasa sahaja.
 Ada ruang makan dalam kedai, luar kedai dan anjung kedai.
 Hutan Bandar Bistro TUTUP pada setiap hari Isnin.
 pengunjung sentiasa ramai. Kena kuatkan mental dan fizikal untuk berbaris. Bagi mereka yang kurang sabar, sila cari tempat lain.
Ada tiga kaunter untuk membuat tempahan. Kakitangan yang menerima tempahan akan menyediakan menu yang ditempah. Jika mahu dibungkus, eloklah bawa bekas sendiri. Jika tidak kena bayar 50 sen kos membungkus.

Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya

Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya:

"Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak".

Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi.

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata.

Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Oleh:
zulkefli ahmad razali

20150226

Raja Sulaiman Padang Saujana

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

raja sulaiman padang saujana
ada dua orang anak lelaki
yang bernama;
zainal abidin padang saujana
@sultan teronggano dan raja abdullah.

raja abdullah kelantan/
raja abdullah pagar ruyung/
tok kadok/
sultan mas/
merak mas
[orang yang sama].

dengan bini pertama;
kerabat kelantan,,,
ada anak perempuan seorang.

dengan bini kedua;
kerabat kelantan/terengganu,,,
ada anak perempuan dua orang.

dengan bini ketiga;
kerabat istana tanah besar china,,,
ada anak lelaki dua orang.

dengan bini keempat;
kerabat istana majapahit,,,
ada anak lelaki dua orang.

tok muda ali
@bidin/
nama dinegeri sembilan/
nama di perak
[tok mat jahat]
bin panglima mat yaman.

dengan bini pertama;
[pahang]
ada anak.

dengan bini kedua;
[negeri sembilan]
ada anak.

dengan bini ketiga;
[perak]
ada anak.

dan saudara perempuannya
berkhawin dengan
panglima perang weeh@yaakob.

zainal abidin padang saujana
@sultan teronggano

dengan bini pertama;
ada anak

dengan bini kedua;
ada anak

dengan bini ketiga;
ada anak

dengan bini keempat;
ada anak

susunan dipahang;
raja sulaiman padang saujana
bin
raja zainal abidin@sultan teronggano
bin
sultan ahmad pahang tua
bin
bendahara tun/habib abd majid padang saujana dan bendahara tun ali
[habib abd majid dengan tun ali adalah dua beradik].

bendahara tun ali pahang
bin
tun mutahir dan wan ahmad[mereka adik beradik seayah]

anak perempuan tun mutahir
yang bernama;
tun putih
khawin dengan raja asal
@maharaja lela perak.

tun bunga khawin
[ ]mendapat anak bernama sultan abd samad selangor.
anak perempuan sultan abd samad selangor
khawin dengan tengku kudin raub
[cucu tengku muda padang nunang].

20150219

Bini Bahaman dengan Mat Kilau

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

malim kuning
dgn tok gajah
dan malim yunus
adalah sepupu@dua pupu.

bek yah
dan mat kilau adalah
dua pupu@tiga pupu.

[kilaf@kias]

20150217

SENARAI NAMA PENULIS-PENULIS PAHANG

SENARAI NAMA PENULIS-PENULIS PAHANG
kemaskini 30.1.2019
----------------------------------------------------------
A
-A. Rahim Ali
-A. Rafar Mohd. Sajak: Begai menanti kekasih yang hilang, Lagu burung yang hambar,
-A. Talib b Haji Ahmad (Karak, Pahang) Buku Sejarah Dato Bahaman, 1962, 126 halaman. NEW
-Abdul Kadir Abdul Manaf@L.MAM KADIR SHAMSI
-Abdul Kadir Manan
-Abdul Kaha Ismail @AKI
-Abdul Karim Abdullah, BUNG KARIM [-5.2.2001] (Temerloh)
-Abdullah Tahir (Kuantan)
-Abdul Mutalib Ghani (Jerantut)
-Abdul Rahman bin Haji Muhammad @ ARMAN SANI  @ARMUHATA[24.12.1930-](Kg. Tengah-Temerloh). Sajak (Mastika 1951): Tindakan,
-Abdul Rahman bin Haji Yusof @ RAHMAN YUSOF [8.9.1940-] (K. Kuala Bera-Bera) Sastera
-Abdul Rahman Zainal Abidin, Drs.
-Abu Hassan bin Mohd Sham, Prof. Dato’ Dr. Haji [27.7.1945-](Kg. Tengah-Temerloh)
-Adam Abdul Kadir, Tan Sri (Kuantan)
-Ahmad Kotot [10.6.1894-] (Tanjung Besar-Lipis)
-Ahmad Nazri Sham @NAZRI SHAM (Chenor-Maran) Sajak: Kalau ingin hidup aman makmur, Contohilah jarum jam, Yang tak pernah berbohong.
-Alang Ahmad Teh, Dato' Haji.(Bera) Wartawan Utusan
-Amaruzati Noor Rahim (Pekan). Puisi, Cerpen, Novel: Episod cinta di tanah hijrah. Hidayah Si Gadis Cilik 2001 Siri Remaja Milenium. Sajak: Anak kecil ikan dan ruang.
-Aminuddin Mansor,Dr. @Ami Masra (Temerloh). Cerpen (Rumah Sebuah : Siri sastera moden fajar bakti 1994): Nazak,
-Aminuddin Alias (Jerantut)
-Anuar Ismail
-Aripin Said, Dato [11 Disember 1948](Kg. Batu Bor-Bera). Novel: Nafas usia 1994, Ditengah ladang menghijau 1988, Sebuah warong ditengah kota 1989, Rumah sebuah 1994. Novel kanak-kanak Sayang Tok Aki 1995, Cerpen (Rumah Sebuah : Siri sastera moden fajar bakti 1994): Lalang, Nostalgia cinta seorang graduan. Cerpen (Kota yang dibangunkan 1985): Kota yang dibangunkan, Kematian, Keruh air di hulu, Pohon jambu, Alas kaki untuk kakak, Ibu oh ibu, Kampung halaman, Bulan pucat di kaki langit, Lembu jantan tanduk keweh dan Di satu titik pertemuan.
-Azman @ Adnan A.Sani, Bulan pucat di kaki langit 1993, 
B
-Badaruddin bin Mat Zakaria, Badaruddin M.Z. [ 3 Mac 1954-](Kg. Relong-Lipis)
-Baharuddin Mohd. Sidi @BAHARUDDIN C.D. Cerpen(Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir 1991): Destinasi-Dewan Sastera Januari 1983,
-Badli Shah Bin Alauddin (Kg. Berkat Maran) - Seni Dakwah Kontemporari
D
-Dzulkifli Ismail
E
- Elias Hj Idris (Guru di Chenor dan Bera)-novel
- E.Tan Alaudin. Sajak
F
-Faizah Azaman (Temerloh)-Cerpen
-Faizal Dzasrik [3.10.1982-](Kuantan)Novel 
-Fang Huaijing [1951-] Novel
-Fatimah Musa
-Fatinilam Sari Ahmad @FATINILAM SARI @NAJWA DANIA DANIAL @FATEEN NAJWA.[10.10.1965-](Lanchang-Temerloh). Novel: Berikanku Bahagia 2005, Kaulah Satu 2009, Sebenarnya Dia Milik Aku 2013, Jangan Tinggal Daku 2006, Dendam Yang Terindah 2004,
-Azanil Fitri (Kuala Lipis) Novel Komedi Dan Aksi.
-Fudzail Mohd. Nor (Pahang). Sajak. Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 Johor. NEW 17.2.16
G
-Ghaffar Muhammad (Kuantan)
H
-Hamedah bt Wok Awang Buku: Cerita-cerita Motivasi Untuk Guru 2002-2003, Cerita-cerita Motivasi Untuk Guru Edisi Kedia 2003(5xcetak), Cerita-cerita Motivasi Untuk Kekuatan Diri 2004 (4xcetak), 
-Hasanuddin Md Isa @ Hasanuddin Isa [Januari1961-] (Kuala Atok-Raub). Novel: Al Abrar1995, Generasi 1998, Mereka Yang Tertewas 2 1995, Titisan 1993, Sentuhan 2001, Pulangnya Camara1991, Bidadari Cinta 2004, Hirisan 1994,
-Haslina Bte Abu Bakar [1983] (Taman Seri Semantan, Temerloh). -Tunas Karyawan: Karya kanak-kanak untuk kanak-kanak Jilid 1 1995: Misi Penyiasat.
-Hasnah bt Yusoff
I
-Ibrahim Omar [1936-29.10.2010](Kg Mela-Lipis) Novel: Desa Pingitan, Istana Seri Kelopak 1985, Desa Pingitan 1964-2001, Sumpah pahlawan: dari lipatan sejarah 1994, 
-Ibrahim Yaakub@ISKANDAR KAMIL (Temerloh)
-Ibrahim Ismail. Sajak: Bukit, Dibawah kulit kayu, Percakapan pohon, Pesan tukang kayu, Pohon tua.
-Ikhtiman Ismail (Temerloh) Novel: Keliru. Lagu: ‘Apo Kono Eh Jang’  Skrip: Villa Rakit (TV3)
-Ishak Haji Muhammad, PAK SAKO[September 1909-7 November 1991](Temerloh)
J
-Jaafar Husain. Novel: Kebenaran
-Jamaludin Dahlan (Kuantan)
-Jasman Che Rani (Felda Kemasul, Bentong). Sajak (Persisir Senja 1991): Persisir senja
-Jihati Abadi (Lipis?)
K
-Kahar Ismail (teater)
-Kamaluddin Mat Lela
-Kamaludin bin Muhammad, @KERIS MAS[10 Jun 1922-9 Mac 1992] (Bentong). Cerpen(Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir 1991): Hallucination-Dewan Sastera Mei 1981, Buku: Saudgar Besar Dari Kuala Lumpur Edisi ringkas Nur Zahirdi 1994, Anak Titiwangsa 1988, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur 2003 (Siri Novel Malaysia Pilihan Abad 20), Rimba harapan 1986/1988/2003 (Siri Novel Malaysia Pilihan Abad 20),
-Kamariah binti Singah @MARIA KAJIWA @CAMELIA (Kg. Mengkarak-Bera). Buku, Novel,Antologi.
-Kamaludin Endol @PELITA DI DALAM KACA (Pekan)
-Khaidir Ahmad. Wartawan (Temerloh)-Novel: Khulu. - Selamatkan Kaum Penan 1993,
-Khairiah H.A.(Kuantan)
-Khairul Bariah Arup. Sajak: Disini tiada nokhtah, Garis, Pembaringan akhir, Sekuntum damai, Semakin sulit,
L
-Liyana Zahim (Pekan)-Novel: Rindu Awak 200% 2013,
M
-M. Mahendran @ M.PRABHU (Bentong)-Cerpen. 
-Maimunah Ali(Temerloh)
-Maimunah Manan(Lipis)
-Ramli Selamat @MARSLI N.O [7.10.1957-](Kuantan). Buku: Kumpulan Cerpen Demi 1998, Utusan Di Daerah Asing 1993, 
-Mat Nordin b. Md. Salleh, Hj
-Mat Pian Hj Idris. Rencana
-Mazuen Yahaya [22.3.1980-] (Bera) Buku: Islam Pilihanku.
-Mohamad Fudzail Mohd Nor (Rompin)
-Muhammad Jafri Ahmad [](Rompin) Buku: Dari Malaya Ke Himalaya 
-Mohd Amin Hj Abdullah
-Mohd Azli Lee Abdullah (Asal Kelantan) Guru di Pekan. Sajak: Melontar suara,
-Mohd Khairuddin Mohd Kawi, Dato. [3.8.1928-20.1.2013] (Jerantut)
-Mohd Nor Haji Idris
-Mohd Taib Akil
-Mohd. Hashim Zabidi @BUNG HASHIM
--Muhd Mansor Abdullah.Dato Dr @ M.ASYIKIN (Kuantan). Buku: Panglima hitam 1995.  Cerpen(Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir 1991): Jangan Biarkan Aku Begini- Dewan Sastera Oktober 1985. Pengarang Umun: Siri Novel Cenderawasih. Permata-permata di lumpur [ Datin Amelia Hashim adalah isteri beliau juga seorang penulis novel yang memakai nama @LIANA AFIERA MALIK (Novel: Kasih Antara Musim 1993, Promise 1997,) ]
-Mohd. Nor Ismail (Kuantan)
-Mokhtar Baginda, Dato.(Kuantan) arw
-Monalita Mansor (Temerloh)
Buku
-Muhamad Nor Ismail
-MZ Alias (Lipis)
N
-Naharuddin Ali
-Nazri Nong Samah (Jerantut)
-Nor Humairah Idris
-Nor Hasimah Ahmad (Felda Mayam, Bera). Sajak (Persisir Senja 1991): Nenek
-Norafizah bt Abdul Razak. (Lipis) Guru SK Seri Biram Pekan. Menulis buku bacaan awal.
-Normala Nassan
O
-Omar Muhammad (Maran)
R
-Radzwan Yusof (Kuantan)
-Rafar Muhammad,
-Rafeah Buang.(25 Julai 1948-24 Julai 2002 Kain tenun pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang.
-Rahman Hj Yusof. Novel, Cerpen
-Ramali b Ngah
-Ramli Akil@Daeng Ramli Akil (Maran) Sajak: Aki Mat Kilau, Waliyullah,
-Ramli Yahya,Cikgu (Kuantan) Sajak
-Rahimidin Zahari (Asal Kelantan) Jabatan Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan Kuantan. Sajak: Poster, 
-Razak Buman (Temerloh)
-Razali Abd Ghani (Jerantut)
-Rodziah bt Mat Akil (Kuantan -Guru SMK Sg Isap Murni) Novel, Cerpen, Sajak (Persisir Senja 1991): Nyanyian seorang puteri, Tanpa meninggalkan harta
-Rokiah Abu Bakar(Kuantan)
-Rosni Malatsia (Kuantan)
S
-Saedah bt Md. Shariff
-Saedon Ibrahim (Lipis) (Puisi)
-Sahrunizam Abdul Talib (Batu Papan, Bera). Sajak
-Saiyed Ahmad bin Saiyed Abdullah @ SAHAMAD MALAYA [28.12.1929-17.7.2009] (Pekan/Temerloh). Sajak (Kumpulan Cerpen Puisi Begini Rupanya 1993): Sayangku Cini (Utusan Zaman 1986), Bukit tinggi (Utusan Zaman 1985)
-Saifullah KN (Kuantan). Buku: Kumpulan cerita rakyat Isteri raja naga1992: Isteri raja naga, Tuah beruk, Padahnya bila kambing bercakap, Mamat penjual garam, Kelucuan nans basha, Al kudus hidup dalam api, Pelangi membawa duka, Hang kacak pahlawan beserah dan Puteri jabal dan julia
-Sahidan Jaafar (Jerantut) Wartawan. Majalah Mastika. Buku: Nelayan Bersisik Ikan 1993: Hussen B Maarof atau Hussein Gagah Bekas Sarjan Askar Melayu Pertama yang lahir tahun 1920 di Kampung Lanting Chenor, Burung punai dengan pemburu, Hantu sejarang gigi, Musang menipu harimau, Nelayan bersisik ikan, Mawas menyelamatkan manusia, Bertunang dngan arnab, Musang dengan kolam ajaib, Lembu ganjil, Tikus membelasan harimau bintang dan Sebab kambing gurun menjadi pupus.
-Samsiah Mohd Nor (Kuantan) Guru. Novel: Selimut Malam 1993-1994, Sindora 1991-1994, Anom Suraya 1992-1994, Selimut Malam 2001, Tangisan Bulan Madu 4 2003 (2xcetak), Helang bebas di angkasa 1993/1996, 
-Shahrom Tok Muda Sulaiman @ Shahrom TM Sulaiman [23 April 1962-] (Pekan). Buku kekasih 2004, Pembacaan dan peningkatan budaya ilmu 1996, Kedurjanaan siber gerbang masa hadapan 2004, Kedurjanaan siber 2 gerbang masa hadapan 2004, Terorisme global dan pengganas agama: cabaran hidup beragama pada alaf baru 2002, Kepustakawanan dalam pelbagai perpespektif 1996, 
-Siti Aminah Hj Yusof (Temerloh)
-Siti Zuraiha Husin (Kg. Simpang Pelangai-Bentong) -Puisi, Cerpen, Buku kanak-kanak dan Novel remaja.
-Subari Ahmad, ARISEL BA (Lipis) Sajak: Bulan diatas kepala, Germa Genosida, Harimau di tujuh belantara, Malam kelam di tujuh lautan, Mencuil Ambon
-Sudirman Haji Arshad [25 Mei 1954-22 Februari 1992](Temerloh)-Penulis
-Suhaili bt Samsudin. (Jerantut) Menulis buku bacaan awal kanak-kanak. Guru SK Seri Biram Pekan.NEW16.2.16
-Suriati Ghazali [21.6.1961- ] (Temerloh)-Buku: Menyusukan bayi: mengatasi halangan mental dan sosial.
-Syafiq Aizat (Kuantan) Buku:Ajaib
-Syamimi Amanollah @ANTAYA BALQIS (Kuantan)
-Syed Ibrahim bin Syed Ahmad [18.1.1967-](Kg. Kuala Tekal-Temerloh) Penterjemah kitab. ADUN Kawasan Kerdau.
-Syikin Zainal (Felda Selendang, Rompin)-Novel: Suamiku Encik Sotong
T
-Tengku Marian
-Teo Wei Sing (Kuantan).Sajak, Buku:Suara Anak Pahang.
T
-Wan Muhammad Wan Abdullah, @Derwana (Kuantan) [22.7.1937] Sajak (Majalah Guru 1958): Harapan dan doa,


Y
-Yaakub Isa, Dato (Pekan). Cerpen: Kereta baru aki (Kumpulan Cerpen Puisi Begini Rupanya 1993)
-Yaakub Yunus (teater)
-Yassin Salleh (Bentong) Sajak, Skrip: Dia Ibuku
-Yazid Idris (Maran). Sketsa persahabatan, 
Z
-Zaharah Manan (Lipis)
-Zainal Abidin Yaakub,Drs.
-Zainuddin b. Jumaat, Dato
-Zakaria Adam,Cikgu (Maran)
-Zakaria Ariffin [22 Julai 1952-](Kuantan) Skrip,
-Zakaria Hitam, Pak Zek (Pekan)-Buku
-Zamri Mohamad, Dato (Temerloh) Buku: Kembara Umrah
-Zulkifli Baharun
----------------------------------------------------------
Kemaskini terbaru: 8.6.2016-17.2.2015 - 31.8.2016 - 28.11.2016 - 4.6.2018 - 18.10.2018
----------------------------------------------------------
Senarai ini dikesan berdasarkan:
1. Maklumat yang ada dalam internet.
2. Maklumat yang diberikan oleh orang ramai
3. Maklumat yang diberikan oleh penulis sendiri
4. Maklumat yang diberikan oleh kenalan penulis

Bentuk penulisan: Buku, Rencana, Berita, Sajak, Lagu, Skrip yang telah dicetak dan diterbitkan.
Asal Penulis: Lahir di Pahang, Mak atau ayah orang Pahang atau menulis di Pahang atau tinggal di Pahang atau pernah bekerja di Pahang.

{Mohon bantuan bagi buat semakan seterus dapat dibuat penambahan dan pembetulan}
----------------------------------------------------------
Rujukan internet
----------------------------------------------------------
2. dpmp-wadah-perjuangan-penulis-pahang

20150216

Pameran Siri Rasa Ketuhanan di Muzium Seni Pahang. Kuantan.

Muzium Seni Pahang telah mengadakan Pameran Siri Rasa Ketuhanan bermula pada 27 Oktober 2014 hingga 27 Februari 2015. Masuk adalah PERCUMA. Rombongan lawatan oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah juga dialu-alukan.
Pucuk paku di dalam perahu,
Perahunya datang dari seberang,
Carilah AKU di dalam AKU,
AKU ada di dalam terang...
BISMILLAH itu mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mengikut,
Dunialah akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.
Alhamdulillah pujinya Insan,
Robbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhir zaman,
Muhammad Amin Abi Burahman.
Jalan yang takzim pula dikata,
Atas Nabi junjungan kita,
Sahabat empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.
 Jalan hakikat sangat terbilang,
Tiada binasa urat dan tulang,
Daging dan darah tiada hilang,
Maka sifat itu dibawa pulang.
Jikalau sifat kita sudah binasa,
Kepada Nabi tiada berjumpa,
Segala amalan tiada tiba,
Tiada dapat syurga yang baqa'.
Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada bertemu hamba dengan Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan menjadi haiwan.
Jika begitu kalau kita tidak mengkaji,
Kepada Nabi mendapat keji,
Malaikat tidak membawa wahyu,
Allah tiada mungkirkan janji.
Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerana tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal olehmu sifatnya kita.
Tatkala Adam dengan Hawa,
Dendam berahi antara keduanya,
Napi dan Isbat itulah Dia,
Kepada kita menjadi rahsia.
Cari guru mengenal diri,
Yang diamanat olehlah Nabi,
Jangan takut penat dan rugi,
Asalkan dapat ilmu sejati.
Guru yang mursyid hendaklah dicari,
Itulah ulamak mewarisi Nabi,
Jika di situ ia mengajari,
Di situlah tuan menyerah diri.
Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Mengenal waktu biarlah tentu,
Jikalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.
Waktu kita di alam roh
Berkata Allah pada nyawa,
Bukankan AKu Tuhanmu segala,
Betullah Tuhan itu katanya nyawa.
Jadi olehmu mursyid yang utama,
Yang sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dengannya nyawa,
Dunia akhiran bersama-sama.
Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air Maal Hayat yang menjalankan,
Zikrullah yang diasyikkan,
kurangkan tidur ataupun makan.

http://lamanpahang.blogspot.com/2012/12/pantun-mengenal-diri.html

20150212

Bini dan Anak BAHAMAN

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

bini dan anak BAHAMAN

bini satu;

adik beradik kepada
bini pertama wan ahmad
[anak angkat bendahara ali pahang]
salah seorang
anaknya bernama
orang kaya lela
@orang berlapan pahang.

bini kedua;

bek yah binti malim kuning
[pupu nya]
salah seorang anaknya bernama
panglima perang weeh@yaakob.
ibrahim haji yaakob
[persiden api tahun lima puluhan
yang dikejar oleh inggeris
dan melarikan diri ke indonisia]
itu anak sulong panglima perang weeh
@yaakob,
cucu bahaman lah.
yang dibela oleh
orang kaya lela@orang berlapan pahang
[pak saudara benarnya].

bini ketiga;

orang penjong,
salah seorang anaknya bernama
penghulu muhammad semantan
yang dipecat
[yang dibunuh jepun]

bini keempat;

orang lipis
[tempat tak ingat],
salah seorang anaknya bernama
penghulu muhammad adam
[penghulu dikawasan lipis]

bini kelima;
orang mengkarak
[kg durian tawar],
anak tunggal yang bernama
cikgu jantan.

kesemua anak bahaman
adalah seramai tiga belas orang.
[yang disahkan]
yang lain
waallahuaalam.

20150205

Ayah dan Mak Bahaman

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

ayah bahaman,
imam ngah
@nuh berkhawin dengan
rokiah,
anak jaafar ali brunai
@muhammad.