-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20150831

Carilah sehingga ketemu

Carilah
sehingga ketemu
tapi
yang penting
bersihkan
hati dan diri
maka
baru
akan ketemu
yang benar.

oleh
 zulkefli ahmad razali

Sajak: POHON OGOS (TEMERLOH 25 OGOS 2015)

POHON OGOS
oleh Penaluka Kersani
August 25 at 4:28pm

Nenda
Pohon Ogos yang ditanam
Oleh Nenda
dihalaman ini
bersama perwira seri kandi terbilang
kini tinggi menjulang awan
gagah terus berdiri
berdekad lamanya

Nenda
Pohon Ogos yang Nenda tanam
dihalaman itu
bersama linangan air mata
bersama kudrat
bersama seribu satu pengorbanan
bersama darah yang menitik
bersama tulang-temulang
bersama nadi
dan jantung yang sentiasa
berdegup kencang
kini mula goyah

Pohon Ogos
yang Nenda tanam
kulitnya ada yang merekah
dahannya ada yang hampir patah
rantingnya ada tika punah
dedaunnya ada yang layu
sering pula dilanda taufan menggila
gugur kesayuan

Namun usahlah Nenda risau
Pohon Ogos ini tetap aku jaga
tetap aku belai
biarpun siapalah aku ini
tak akan ku biarkan
Pohon Ogos mati
ditapak penjajah lagi

Nenda
ku puisikan Pohon Ogos
andai aku pergi menemuimu
mengucup dahimu
ku tinggal buat mereka yang mengerti
pertahankan negara ini
aku cinta negara ini
biarpun aku sudah bersemadi
ditanah Pohon Ogos ini.......

Penaluka Kersani
TEMERLOH
25 OGOS 15
" SEHATI SEJIWA"

20150830

Sajak: ILHAM SINGKAT

ILHAM SINGKAT
oleh Penaluka Kersani

Tumpul mata pena ini
ditikam tidak terasa
terkulai tika senja
aksara hilang arah
burung-burung
pulang penuh gembira
hujan menitik
menutup cerita...

KUANTAN
21 OGOS 15

Iman Don

juju said...

sy salah seorg keturunan Tok Sindang iaitu adik beradik Tok Tanggok iaitu ayah Tok Gajah....utk lebih mendalam boleh cari di facebook...jejak mahira (mahira adalah sepupu tok gajah)...

Farah Kamarudin said...

juju : kita dari susur yang sama. saya cucu cicit mahira,susur galur khatib mail,cicit imam don. kita bersaudara!

20150828

Tengku Umbak, Tok Ombak, Deraman Perkas, Maharaja Ombak, Tok Dagang

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

tengku muda padang nunang itu adalah aki@datuk kepada tengku kudin
emak tengku kudin adalah anak tengku umbak.

tengku umbak@tok ombak@deraman perkas@maharajaombak@tok dagang[orang yang sama]

bini[1]diraub[emak tengku kudin.
bini[2] diguai[tok yusuf]
bini[3] dilanchang[tok umar lubuk terua/imam ngah@noh/bidan besar@maharim] [anaknya 5 orang sahaja][kilaf@kias]
   
Anonymous
on 12/16/14

Siapakah Imam Perang Gendut?

Imam perang Gendut. Siapakah beliau.?
Post  Pahlawan Hilir on Fri Dec 07, 2012 3:20 am

Puteri, masuk Endau. Maka raja pun bersiaplah, memanggil segala orang besar-besar menyuruh mengambil, bawa balik ke Pahang. Maka disabdakanlah kepada
Imam Perang Raja Encik Gendut dan
Datuk Syahbandar
pergi dengan angkatan kesiapan serta dengan surat‹nya›. Sampai ke Endau, mengadap datuk yang tersebut itu; dijunjungkan surat dengan sabda. Disambutnya

ALKISAH ‹tersebut› cetera ‹yang ke›dua puluh satu, angkatan Raja di sebelah hilir mudik mengambil Pulau Pelak, ‹membuat kubu kiri kanan di atas pulau.
Imam Perang Encik Gendut ‹dan›
Encik Wan Ahmad Teluk Belanga,
Encik Hamid Batu Pahat
serta dengan sekalian orangnya.

‹Encik Wan Ahmad itu sangat berani, anak raja-raja, elok parasnya dan halus ......

Raja pun terimalah dengan ikhlasnya. Baliklah sekalian mereka itu di kampung halaman yang telah sudah; kasih oleh raja terlebih kepada lama. Demikian juga lama Perang Encik Gendut. Di dalam antara itu, dapatlah khabar
Encik Engku Ngah dan
Engku Cik;
laki-laki, perempuan; balik dari Tanjung Puteri, masuk Endau. Maka raja pun bersiaplah, memanggil .....

pun cacat barang seorang yang mengamuk. Orang-orang kubu hendak balik masuk kubu.

Datuk Syahbandar,
Encik Lambak Benta,
Tok Muda Andak,
Panglima Kiri Buruk,
Imam Perang,
Encik Gendut,
Encik Embok,
Tok Muda Yahya
sekaliannya dekat dengan kubu. Orang yang di dalam kubu pun menembak; habis lari lintang-pukang. Enam, tujuh hari tiada berjumpa dengan rezeki. .

melepaskan orang‹-orang›nya mudik menindih Temerloh.
Panglima Dalam,
Panglima Besar,
Panglima Perang Kanan,
Panglima Kiri Buruk dan lain-lain hulubalang;
Encik Bulang,
Pahlawan Gendut,
Mat Petah, terdahulu mudik masuk di dalam rumah Tok Kaya Temerloh. Ini orang yang tersebut masyhurlah beraninya. Tok Kaya Temerloh, Wan Daud Busu Dolah, Imam Perang Rasu, ..

tempat, baharulah hilir mengadap Sultan dan janganlah datuk dengar apa-apa fitnah orang." Kemudian Imam Perang Indera Gajah Pahang pun balik hilir bersama-sama anak Pahlawan Gendut. Syahadan bila sampai, Engku Muda berjumpa Tuan Gabenor di Singapura, lalulah bermuafakat, "Jangan Engku Muda buat gaduh, saya boleh tolong minta Sultan Pahang memberi ......

sumber:
http://tokgajahfanatic.forumotion.com/t1724-imam-perang-gendut-siapakah-beliau

20150826

Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim @ Che Endut

Petikan koment tentang Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim @ Che Endut yang diterbitkan bawah tajuk 'durbar in spore 1890' yang diterbitkan oleh bendaharazamineran.blogspot.com

Setinggi penghargaan kerana memuatkan gambar ini berserta pengenalan kepada pembesar negeri Pahang. Kami generasi kelima & keenam drpd keturunan Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim @ Che Endut. Tidak pernah bermimpi untuk melihat wajahnya. Mohon izin untuk membuat salinan gambar ini.

SAYA BERMINAT DENGAN SEJARAH IMAM PERANG INDERA
MAHKOTA ENDUT ( HJ ABDUL HALIM ) DARI MANA ASAL BELIAU BENARKAH BELIAU MEMPUNYAI ADIK YANG PINTAR DALAM PERANG SAUDARA ANTARA WAN AHMAD DAN WAN MUTAHIR BERNAMA HASAN SEPERTI YANG DI CATIT DALAM SYAIR PAHANG. SETAHU SAYA ENCIK ENDUT BERASAL DARI RAUB BETULKAH BEGITU

SEKIAN TERIMA KASIH MOHON KERJASAMA DARI YM DATO'

terima kasih kerana sudi melihat blog ini, mengenai imam indera mahkota hj abd halim beliau dan keluarga menetap di kampung panchor pekan dia dikatakan berasal dari jambi sumatra dan benar ia memounyai adik yg bernama imam perang johan perkasa hassan dan saya masih menyelidik dan mencari keturunan beliau.tq

YM DATO' MAAF KALAU SAYA SILAP SETAHU SAYA IMAM PERANG ENCIK ENDUT MEMPUNYAI DUA LAGI ADIK IA ITU ENCIK HASSAN DAN ENCIK SALLEH DAN SETAHU SAYA BELIAU BERSAMA DENGAN ORANG RAUB BERJUANG MENYOKONG WAN AHMAD BERMULA DARI TEMBELING HINGGA KE PEKAN. UNTUK MAKLUMAN DATO'SAYA DAPAT CERITA INI DARI ENCIK MAJID IMAM MASJID KAMPUNG DURIAN SEBATANG RAUB.

ye imam perang johan perkasa hassan dan mengenai salleh saya tak berapa pasti tapi ada kemungkinan,jika ada maklumat lain sila nyatakan diblog ini.terima kasih

mohon kepastian apakah benar yg berdiri di samping kanan Tengku Mahmud dlm foto tersebut ialah Im.Perang Indera Mahkota Gendut (bukan Endut) @ Hj Abdul Halim bin Jaafar? Bukankah itu sebenarnya Tok Gajah? Sila lihat foto penuh Durbar ke-2 di KLumpur 1903 kerana gambar Im. Perang Indera Mahkota ada di sana, duduk di atas kerusi paling kiri sekali. Juga gambar beliau di samping Sultan Ahmad 1 waktu Durbar 1 1897 di KKangsar.Mohon maaf kalau saya tersilap.

maaf sedikit lagi...foto tersebut sempena lawatan Duke of Connaught Princa Arthur ke Singapura pada Mac 1890, bukan Durbar. Empat Sultan/Raja Melayu bersekutu dijemput ke sana bagi menyambut putera kepada Ratu Victoria tersebut iaitu Sultan Abdul Samad Selangor, Tuanku Muhammad Neg.9, Tengku Mahmud Pahang dan Sultan Idris Perak dan gambar diambil pada awal April 1890. Mungkin YM Dato' tahu, maaf sekali lagi..

Interesting to know about your research on Imam Perang Indera Mahkota. Just like to know how Imam Perang Indera Mahkota there are? Satu or Dua. Dalam Hikayat Pahang, ada tercatit bahawa Panglima Gendut telah di lantik menjadi Imam Perang Indera Mahkota yang telah meninggal. Jadi ada kah Imam Perang Indera Mahkota Abdul Halim ini yang telah meninggal itu or yang baru di lantik?

It's Interesting to see that you have done a research on Imam Perang Indera Mahkota. I just would like to know how many Imam Perang Indera Mahkota there are?.. Dalam Hikayat Pahang, ada disebut Sultan Ahmad telah melantik Panglima Gendut menggantikan Imam Perang Indera Mahkota yang telah meninggal. Jadi saya ingin tahu ada kah Encik Abdul Halim bin Jaafar Imam Perang Indera Mahkota yang telah meninggal atau yang baru di lantik?

imam perang mahkota is the same person as imam perang haji halim jaafar,he changed his name after his pilgrimage to mecca.there was only one imam perang indera mahkota and his brother was panglima perang johan perkasa hassan a descendant of dato khalil akasah.before imam perang indera mahkota haji halim the imam perang was komeng

Thank you for your answer. But I am not sure if Imam Perang Indera Mahkota and Panglima Gendut was the same person since I was informed that Panglima Gendut name was Abu Bakar. He passed away in Mekah, whereas Hj Abdul Halim passed away in Pahang and was buried in Kampung Marhum.

Panglima Gendut children includes a son by the name of Md.Abas but his name was not mentioned in the list of Imam Perang Indera Mahkota children. Wonder how true are these facts.

i was told by her great grand daughter dato shamsiah binti dato setia perkasa abd hamid bin orang kaya indera syahbandar osman bin orang kaya indera mahkota haji halim bin jaafar that che endut not gendut was the same person as haji halim,dont mistaken it with a pahlawan gendut and panglima perang tuan gendut(arab origin).the title of orang kaya indera mahkota thru govt papers which i have obtained from the national archives it is clearly stated that the title org kaya indera mahkota was a title used by haji halim,it is a newly created title and the same status and level with the orang besar berempat.same goes with the title of tok gajah@orang kaya maharaja setia indera gajah both newly created title by marhum sultan ahmad muazzam shah.

Thank you for the information and clarification. Appreciate it very much.

2 thumbs-up for your endless efforts. Many thanks in advance if you could share with us about Che Gaduh's involvement in Durbar.

GELARAN IMAM PERANG

Berdasarkan carian dalam Pusat Rujukan Persurutan Melayu (DBP) Imam Perang membawa maksud ketua dalam peperangan pada masa dahulu atau ketua yang memimpin sesuatu pasukan perang.

Mengikut cerita anaksemantanblogspot.com, ketua bagi sesebuah unit tentera di Pahang menggunakan gelaran Imam Perang dan ketua kepada semua Imam Perang adalah Panglima. Setiap Imam perang akan memimpin satu pasukan tentera seramai 300 hingga 600 orang askar. Pasukan-pasukan ini bertugas untuk menyerang kawasan-kawasan yang berbeza.


Setelah dilakukan tinjauan didapati banyak nama-nama yang bermula dengan 'Imam Perang'. Mungkin ada antara nama-nama ini adalah orang yang sama. Harap dapat kita sama-sama berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.

Berikut adalah senarai nama-nama Imam perang:

-Imam perang Besar Masjid
-Imam perang Che Indot
-Imam Perang Gendut
-Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim
-Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat
-Imam Perang Jabarumun (Gopeng) Imam Prang Jubroman; Haji Mat Yakim
-Imam Perang Johan Perkasa Hassan ADIK Imam Perang Indera Mahkota
-Imam perang Khatib Bahrain bin Tok Kaut
-Imam Perang Malim (Perak)
-Imam Perang Mat Akil
-Imam Perang Raja Berengun (Perak)
-Imam Perang Sanggang Imam Teh bin Qadhi Abu Bakar = Imam Perang Teh
-Imam Perang Sebaghdad (Perak)
-Imam Perang Sri Handalan (Perak)
-Imam Perang Tok Gajah=Imam Perang Rasul='Imam Perang Sutan Garang'= orang kaya imam perang indera gajah dipegang oleh tok rasu
-Imam Perang Weh
-Imam Perang Yaman Sutan Mas Bolok
-Imam Perang Yusof
-Imam Perang, Engku Khatib Imam Perang Ulu Tembeling
-Imam Prang Jabor (Perak) Mohammad Jabar bin Bardot atau Ngah Jabor

Tugas Imam Perang

Dalam tentera pasukan Semantan datuk Bahaman telah membahagikan pula tugas-tugas kepada beberapa pegawai-pegawai perang yang terdiri daripada panglima-panglima atau Imam Perang.

Antaranya ialah Imam perang Mat Akil untuk menjadi panglima dengan dibantu oleh Imam perang Gendut, Imam perang Che Indot, Datuk Johan Perkasa Cik Hassan, Imam perang Khatib Bahrain dan Imam perang Besar Masjid.

Apa yang uniknya ialah ketua bagi sesebuah ketumbukan tentera di Pahang menggunakan gelaran Imam perang dan ketua kepada semua Imam perang adalah panglima.

Setiap Imam perang akan mengetuai ketumbukan tentera yang mempunyai lebih kurang 300 hingga 600 orang askar. Pasukan-pasukan ini pula telah ditugaskan untuk menyerang kawasan-kawasan yang berbeza di negeri Selangor.

Strategi membahagi-bahagikan beberapa bahagian tentera ini menunjukkan bahawa Datuk Bahaman adalah salah seorang ahli strategis yang handal dan dapat mengagak untung rugi yang bakal dihadapi mereka dalam perang ini.

Oleh itu dengan membahagikan pasukan kepada 3 kumpulan akan mengurangkan risiko kehilangan askar yang ramai dan dapat menyerang musuh daripada segenap arah.

sumber:
anaksemantan.blogspot.com

20150824

Pertandingan Memancing Pantai Pelindung, Kuantan, Pahang. (2)

Tarikh: 16hb Ogos 2015
Tempat: Pantai Pelindung
 Ada macam-macam jenis umpan boleh digunakan.
 Tetapi ada kalanya umpan tersebut diklasifikasikan mengikut spesis ikan.
 Ada juga umpan yang sejagat bagi sekelompok spesis ikan.
 Jenis umpan yg terbaik ialah bekalan dari ikan segar atau hidup yang diperolehi atau dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dlm perjalanan ke destinasi/spot, atau membelinya di pasar atau di jeti dari nelayan yg baru pulang dari menangkap ikan di laut.
 Umpan adalah antara perkara perkara utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerna atas kesegarannya akan menentukan kejayaan menaikkan ikan.
 Antara jenis umpan yg dianggap popular di laut dalam ialah ikan pelaling,  ikan tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu dan sotong pasar.
 Pastikan umpan mencukupi bagi tempoh dan jumlah pemancing dalanm setiap ekspedisi memancing.
 Ada banyak teknik memancing dan teknik tersebut memerlukan kekili yang berbeza spesifikanya.
 Set untuk dasar seperti set multiplier bersiri 30 keatas seperti jenama Shimano model TLD30, TLD50 atau jenama Penn model Penn International TLD30 dan TLD50.
 Model2 ini berupaya menyimpan tali utama sepanjang 250 meter keatas dengan diameter 0.35mm ke atas.
 Tidak perlu menyimpan tali sehingga 300 meter kerna memadai dengan tali sepanjang 250 meter disebabkan kedalaman perairan di Malaysia tidak sedalam itu.
 Jenama lain seperti Abu Garsia Big Game, Okuma, Tica, Daiwa juga boleh digunakan asalkan bersaiz seperti yg dinyatakan sebelum ini.
 Sekarang ini, ramai pemancing laut dalam menggunakan kekili eletrik. Kekili ini sungguh menyeronokkan dan dapat meningkatkan tahap kepuasan memancing laut.
 Kepada yang berwawasan jauh anda boleh bersedia bila sampai masa untuk anda berjinak-jinak dengan kekili robotic.
 Aktiviti memancing memang bertujuan untuk mendapatkan ikan, dan dengan mengetahui pola waktu makan ikan yang tepat, kita dapat tentukan bila masa yang sesuai untuk melemparkan umpan.

20150823

REJIMEN KE-10 pasukan gerila Melayu

Pasukan REJIMEN KE-10 adalah  pasukan gerila Melayu yang ditubuhkan untuk menentang British. Pasukan ini telah ditubuhkan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang. Semasa penubuhannya, pasukan ini mempunyai 17 orang ahli sahaja. Rejimen ke-10 ialah pasukan yang kesepuluh daripada 12 buah rejimen dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

sumber:prpm.dbp.gov.my

20150822

DPMP: Wadah Perjuangan Penulis Pahang oleh Tn.Hj Syed Ahmad Syed Abdullah

DPMP: Wadah Perjuangan Penulis Pahang oleh Tn.Hj Syed Ahmad Syed Abdullah
Seminar: Persuratan Pahang Menjejak Warisan Pahang 27-28 OKT 2001

DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu.

Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan.

Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair.

Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim.

Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training College Tanjung Malim yang tamat pada tahun 1931.

Pak Sako Ishak Haji Muhammad, Keris Mas, Pak Zek, Ibrahim Omar semuanya telah menulis sebelum DPMP diwujudkan. Dato' Mohd. Khairuddin Kawi, Haji Alang Ahmad (wartawan) bergiat selepas penubuhannya.

Sejak penubuhannya DPMP mula bergerak melaksanakan cita-cita yang terkandung di dalam perlembagaannya.
Di antaranya ialah:
• Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan, dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan dasar kebudayaan nasional.
• Menyatukan penulis-penulis peminat ke arah meninggikan tarafbahasa dan kesusasteraan Melayu
• Memelihara kesenian Melayu terutama kesenian tradisi dan sastera rakyat.

Pada akhir tahun 50-an DPMP dipimpin oleh seorang tokoh tempatan yang sangat dihormati iaitu Cikgu Mohd Taib Akil dengan Setiausahanya oleh Saudara Jazam Lusah.

Pada tahun-tahun permulaan itu, DPMP berpusat di Temerloh. Antara tokoh yang menggerakkan DPMP ialah Saudara Jaafar Husain yang menghasilkan novel Kebenaran dan Arman Sani, yang sangat produktif dalam bidang penulisan novel dan cerpen.
Selepas Mohd. Taib Akil meninggal, DPMP dipimpin oleh Saudara Jaafar Husain dan Drs. Abdul Rahman Zainal Abidin serta kawan-kawan di Temerloh.

Pada zaman ini mereka telah berjaya menerbitkan Majalah Pedoman. Ini semua berlaku pada awal dan pertengahan tahun 60-an. Pada masa itu kegiatan banyak tertumpu kepada usaha meningkatkan kebolehan menulis.

Aktiviti ini diikuti dengan mengedakan kegiatan perbengkelan, khusus untuk membimbing bakat-bakat muda di kalangan ahli. Selain daripada itu kegiatan berbentuk ceramah sastera, kursus penulisan turut diadakan.

DPMP seringkali menjemput tokoh-tokoh dari Kuala Lumpur seperti Keris Mas, A. Samad Ismail, 1. U. Nasution, Hadzrami A.R., Usman Awang, Abu Hassan Sham, Kemala, dan Abdullah Hussein sebagai penceramah di dalam bengkel dan kursus anjurannya.

Kegiatan mermmpm para penulis muda ini terus menerus menjadi agenda kegiatan DPMP. Kegiatan ini dijalankan hampir semua daerah di Pahang, iaitu Temerloh, Raub, Jerantut, Kuantan dan Bentong.

Perlembagaan DPMP yang berorientasi kegiatan berpusat telah dipinda bagi membolehkan penubuhan cawangan di setiap daerah. Kaedah ini difikirkan boleh memperkasakan lagi DPMP. Pindaan perlembagaan ini dilaksanakan semasa DPMP dipimpin oleh YM Tengku Alauddin bin Tengku Abdul Majid.

Sehubungan dengan itu, pentadbiran DPMP dipindahkan dari Temerloh ke Kuantan dengan Setiausahanya Rahman Haji Yusof, seorang penulis yang mula menyerlahkan bakatnya dalarn genre cerpen dan novel.

[SENARAI NAMA PENULIS-PENULIS PAHANG TERKINI]

SUMBER:
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/323/

RUJUKAN:
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19680216-1.2.92.aspx

Shihabuddin bin Zainal Abidin bin Sudi Bilang

TUK SHIHABUDDIN (1728-1806), ulama. 
Nama sebenarnya ialah Shihabuddin bin Zainal Abidin bin Tengku Muhammad (Sudi Bilang) bin Sultan Abu Bakar.

Beliau dilahirkan pada tahun 1728 di Temerloh, Pahang.

Tuk Shihabuddin berketurunan raja Pagarruyung, Minangkabau.

Datuknya, Tengku Muhammad atau lebih dikenal sebagai Sudi Bilang terpaksa berhijrah ke Pahang apabila berlaku huru-hara di Minangkabau.

Tengku Muhammad adalah seorang tokoh agama dan telah menjadi pendakwah di daerah Temerloh.Ramai penduduk tempatan telah memeluk agama Islam menerusi dakwahnya.

sumber: prpm.dbp.gov.my

20150821

Soalan oleh MASH: panglima hitam dua beradik hasan dan husin

Assalamualaikum...
saya ingin bertanya adakah keturunan
panglima hitam dua beradik
bernama hasan dan husin
yang kabarnya membuka perkampungan
di sekitar kampung padang, kuantan, pahang.

Hampir seluruh penduduk asal kampung padang
dikatakan keturunan hasan dan husin
iaitu keturunan panglima hitam dari brunei.

Bolehkah saya dapatkan penesahan ini.
Kalau benar saya ingin mencari susur galur waris di brunei.
Untuk makluman saya adalah cucu kepada
almarhum awang mohd yusof
keturunan hasan dan husin...

saya amat berbesar hati kira
ada yang dapat membantu...
terimakasih

on H05 PANGLIMA HITAM TIGA SERANGKAI
mash
on 4/18/15

Pupu 40 Pagar Ruyung Minangkabau = Seri Menanti.

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusarata...

pupu 40 pagar ruyung minangkabau@pupu 40 seri menanti.

ketua kepada kumpulan ini adalah tengku labuh@raja labuh,,,dari seri menanti

dia dengan 6 orang pupunya meneruskan perjalanannya,

2 dari mereka bermukim dipahang[tengku muda padang nunang dan tengku umbak]

dan dia diiringi oleh 4 orang meneruskan perjalanan meraka ke kelantan dan bermukim di kelantan...

yang lain-lain bermukim didalam negeri sembilan.
   
Anonymous
on 12/16/14

Etnik Orang Asli JAH HET

JAH HET, etnik Orang Asli di Malaysia daripada rumpun Senoi yang mendiami beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Pos Penderas, Kampung Pasu, Kampung Mendoi, Kampung Paya Keledan, Kampung Pian, Kampung Galung, Kampung Seboi dan beberapa kawasan perkampungan kecil lain di sekitar Lembah Krau dalam daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang.

sumber:prpm.dbp.gov.my 

20150820

Soalan dari khairul: tengku hamda bt tengku ismail bin tengku ahmad

salam admin dan para tetua LP.....
hamba budak hingusan mohon pertanyaan.....
adakah ada kaitan
tengku hamda
bt tengku ismail
bin tengku ahmad...

tengku hamda ade 3 beadik
tengku hamda,
temgku mustapa,
tengku meriam,

manakala tengku ismail ade 3 beradik,
tengku ismail,
tengku yaman,
tangku had,

tengku ismail berkahwin dgn wan@tok lembut
antara maklumat yang saya dapat,dan

dikatakan juga
tengku hamda ni sepupu kepada
tengku kudin,

adakah tengku kudin oarang yg sama
dalam post diatas.....

mohon pencerahan semua..

on Pertemuan Waris Pagar Ruyung Raub dengan Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara. (3) Lembing Patah Tengku Muda
   
khairul
on 5/5/15

AHMAD HAJI SALLEH pemimpin Rejimen ke-10 PKM

AHMAD HAJI SALLEH (1926-   ), pemimpin Rejimen ke-10, Parti Komunis Malaya (PKM). Dia lahir di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, kemudian pelajaran menengah melalui Kelas Khas Melayu di Clifford English School, Kuala Lipis hingga tamat Darjah Enam.

sumber:prpm.dbp.gov.my 

20150819

Soalan dari Zolfadzli Syah: keturunan pagar ruyung.

Assalamualaikum.

Saya cumalah anak muda yang ingin tahu
susur galur keturunan saya.
Nama saya Zolfadzli Syah
Bin Zohaime
Bin Muhamad Sori.

Asal masjid tanah melaka.
Ayah saya ada pernah cakap
kami dari keturunan pagar ruyung.

Tapi saya tak bertanya apa apa
tentang susur galur ini.

Jadi saya harap pihak tuan tuan
dan puan puan boleh membantu saya
kerana saya ingin tahu.

Ni email saya:
zolfadzlisyah@gmail.com

Terima Kasih.

Harap membantu sangat

on Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung
Anonymous
on 5/7/15

Abu Hassan bin Mohd. Sham 1945

ABU HASSAN SHAM ( Abu Hassan bin Mohd. Sham , Prof. Dato’ Dr. Haji)
LAHIR: 27 Julai 1945, di Kampung Lubok Kecil, Temerloh, Pahang.
ALAMAT: Di alamat No. 10, Jalan Rodat 11/2H, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

ABU HASSAN SHAM dikenal sebagai tokoh dan Hikayat Haris Fadhilah sentiasa bermain di telinga dan fikirannya. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh, Pahang. Kemudian meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan dan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1966. Di Universiti Malaya (UM), Abu Hassan memasuki Jabatan Pengajian Melayu kerana minatnya untuk mengetahui lebih ...

sumber:prpm.dbp.gov.my

Saiyed Ahmad bin Saiyed Abdullah (SAHMAD MALAYA)

SAHMAD MALAYA ( Saiyed Ahmad bin Saiyed Abdullah )
LAHIR : 28 Disember 1929, di Kuala Terengganu, Terengganu.
ALAMAT : E. 48, Jalan Indera Segara, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

BERMULA sebagai jurutaip kepada Mas, penulis yang berasal dari Singapura, minat untuk Sahmad Malaya. Beliau cuba menulis dan akhirnya namanya terus terukir dalam gelanggang sastera di Pahang, khususnya dan Malaysia amnya. Sahmad Malaya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Cheruk Paluh, Kuantan. Kemudian berpindah ke Sekolah Melayu Pekan. Semasa pendudukan Jepun, beliau bersekolah Jepun di Kampung Marhum, Pekan selama tiga tahun. Selepas itu, beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris

sumber: prpm.dbp.gov.my

Senarai Nama Penulis Khutbah Negeri Pahang 2013

SENARAI NAMA AHLI PANEL SEMAKAN DAN
NAMA PENULIS KHUTBAH NEGERI PAHANG
BAGI TAHUN 2013
Berikut adalah senarai nama penulis khutbah bagi Negeri Pahang. Dimasukkan dalam senarai adalah ahli panel penyemak khutbah Negeri Pahang.

Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang,

YH. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Osman.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang,

YDH. Dato’ Sri  Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang,

YH. Dato’ Haji Mohammad Roslan bin Harun.
YH. Dato’ Haji Abdul Muttalib bin Haji Mohd Ali Al-Fakwie.
YH. Dato’ Yaakub bin Isa.
Tuan Haji Abdul Rahim bin Said.
Y.Bhg. Dr. Hassan bin Ahmad (UMP)
Ustaz Mohd Zawawi bin Zainal Abidin  (KIPSAS)
Tuan Haji Mustafa Kamal bin Haidin.
Tuan Haji Saleh bin Talib
Ustaz Abdul Rahman bin Talib
Ustaz Azhar bin Jaafar @ Ramli (IKIP)
Ustaz Haji Mohd Miziazam bin Yahya
Ustaz Mohd Zainuddin bin Zakaria Al-Hafiz
Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang,

Encik Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat.
Puan Norhayati Binti Mohd Rasip(UIA)
Puan Mahani binti Mansor (UIA)
Puan Mona Yap@Mona binti Haji Zakaria(UIA)
Ustaz Shupian bin Majid(KIPSAS)
Ustaz Khairul Muhazam bin Mohamad
Ustaz Zuridan  bin Mohd Daud(UMP)
Ustaz Tajudin bin Awang Merah(PPD)
Ustaz Ainuddin bin Kamaruddin(KIPSAS)
Ustaz Muhammad Uwais Qarni bin Abdul Wahab
Ustaz Zulqarnain bin Ali
Ustaz Hairul Azam bin Abdul Rahman
Ustaz Haji Ahmad bin Man
Ustaz Muhammad Hasnul Hakim bin Idrus
[SUMBER]

20150818

Soalan dari Jamaluddin: Tun Beringin dan Tok Balih

MALIM BAHAN diceritakan tinggal di Bukit Segumpal
adalah adik beradik
Tun Beringin dan
Tok Balih
yang tinggal di Seri Menanti...

harap tuan admins dapat mencari susurgalur mereka.

Terima kasih

on Senarai Kubur Bersejarah Orang Pahang
jamaluddin
on 5/9/15

SENARAI NAMA 48 PENULIS-PENULIS PAHANG


Berikut adalah Senarai 48 Penulis-penulis Pahang

Abdul Karim Abdullah (Bung Karim)
Abdul Karim Abdullah, Tuan Haji
Abdul Mutalib Ghani (Jerantut)
Abdul Rahman Zainal Abidin, Drs.
Abu Hassan Sham,
Abu Hassan Sham, Dato' Dr.
Ahmad Kotot (Jerantut)
Ami Masra (Temerloh)
Aminuddin Alias (Jerantut)
Aripin Said (Temerloh)-Penulis-Penyanyi
Baharuddin C.D. (novel)
Daeng Ramli Akil (Maran)-Penulis
Ghaffar Muhammad (Kuantan)
Ibrahim Omar
Ishak Haji Muhammad, Pak Sako (Temerloh)-Penulis
Jaafar Husain
Jazam Lusah
Kahar Ismail (teater)
Kamaluddin Mat Lela
Keris Mas (Bentong)
Khaidir Ahmad (Temerloh)-Novel
Khairiah H.A.(Kuantan)
L.Man Kadir Shamsi (teater)
Liyana Zahim (Pekan)-Novel: Rindu Awak 200%,
M. Mahendran (Bentong)-Cerpen
Maimunah Ali(Temerloh)
Maimunah Manan(Lipis)
Mohd Taib Akil
Mohd. Mansor Abdullah (Pekan)
Mohd. Nor Ismail(Kuantan)
Naharuddin Ali
Nazri Nong Samah (Jerantut)
Omar Muhammad (Maran)
Radzwan Yusof (Kuantan)
Rafar Muhammad,
Rahman HajiYusof
Razak Buman (Temerloh)
Rokiah Abu Bakar(Kuantan)
Saedon Ibrahim (Lipis) (Puisi)
Shahrom Tok Muda Sulaiman
Shikin Zainal (Rompin)-Novel: Suamiku Encik Sotong
Subari Ahmad
Yaakub Isa (Pekan) (sastera rakyat)
Yaakub Yunus (teater)
Yassin Salleh (teater)
Yazid Idris (Maran)
Zaharah Manan (Lipis)
Zakaria Hitam, Pak Zek (Pekan)-Penulis

Kelihatannya senarai ini sedang dalam usaha kemaskini. Mohon berkongsi info yang ada tentang penulis-penulis Pahang.

20150817

Pertandingan Memancing Pantai Pelindung, Kuantan, Pahang. (1)

Tarikh: 16hb Ogos 2015
Tempat: Pantai Pelindung, Kuantan, Pahang.

 1. Bottom Fishing (Mancing Dasaran) Mancing dasaran adalah teknik mancing paling umum dan paling popular di kalangan pemancing. Teknik mancing ini sangat sederhana, buat rangkaian dasar, pasang umpan, lalu cemplungkan dan tunggu sampai ada sambaran/strike.
 2. Fly Lining (Ngoncer) Mancing dengan menggunakan ikan hidup atau live bait sebagai umpan. Teknik ini bisa menggunakan pemberat dan disebut ngoncer dasar atau tidak menggunakan pemberat. Rigging ngoncer yaitu kenur utama dipasang swifel, kemudian disambung neckline sekitar 10 cm lalu mata kail diikat neckline. Umpan yang digunakan mutlak umpan hidup seperti selar, tembang, kembung,dan lainnya, bahkan baby barracuda (alu-alu) bisa digunakan.
 3. Negek - Target utama negek adalah ikan baronang (rabbit fish). Cara mancing ini sering juga disebut ngegarong karena menggunakan sejenis mata kail yang bermata 6 dan berbentuk seperti matahari yang disebut garong. Uniknya, seringkali (atau lebih sering) ikan yang di garong tertangkap bukan karena pancing nyangkut di mulutnya tetapi nyangkut di insang, perut, buntut dan sebagainya.
 Mancing ini umumnya menggunakan umpan lumut laut, nasi dan umpan sesuai makanan habitat baronang di daerah tersebut. Umpan tersebut tidak ditempelkan di pancing tetapi dijepit pas diatas garong.
a. Teknik Negek - Normal atau cara seperti mancing biasa. Ngoyor, sebagian badan masuk kedalam air.
b. Rigging Tackle and Bait - Rigging Negek adalah : Line – Pelampung – Stoper – Double Line – Garong
 4. Trolling - Teknik ini dipakai pada saat kapal jalan dengan kecepatan 5-7 knot dan menggunakan umpan buatan yang disebut rapala. Rapala digunakan untuk memancing ikan seperti tenggiri dan wahoo. Jenis umpan palsu lain yang sering digunakan yaitu konehead yang berbentuk serti cumi tapi berwarna menyolok.
 5. Casting - Teknik ini adalah mancing dengan melemparkan umpan tiruan atau lure ke titik dimana kita berada. Lontaran umpan biasanya tidak perlu terlalu jauh (20-30 meter) dan dilanjutkan dengan menggulung senar secara perlahan, sambil membuat irama tarikan agar umpan terlihat berenang, goyang kiri kanan dan lain-lainnya, dan karena gerakan lure yang berirama tersebut akan menarik perhatian ikan sasaran untuk menyambarnya.
 Secara umum casting terbagi menjadi 3 jenis antara lain :
a. Teknik Casting poping hampir sama dengan teknik casting yaitu melemparkan umpan tiruan dalam hal ini umpan tiruan disebut popper ke spot yang dijadikan target kemudian dilanjutkan dengan menggulung ril dengan irama. Cara tersebut dilakukan agar umpan tiruan tersebut bergerak mirip ikan umpan alami, sehingga ikan sasaran mau menyambarnya.
 b. Teknik Casting Surf Fishing - Teknik mancing ini dilakukan dari pantai dengan menggunakan joran yang panjangnya kira-kira 5 meter. Joran surf fishing seperti joran spinning hanya jauh lebih panjang dari joran normal, ril yang dipakai biasanya ril spinning spool 4000 keatas.
c. Teknik Rock Fishing - Teknik mancing ini hampir sama dengan teknik surf fishing dan menggunakan peralatan yang hampir sama tetapi dilakukan dari atas batu karang (rock) atau pinggir laut yang curam.
 6. Jigging - Teknik mancing dengan menggunakan umpan tiruan atau jig, dicemplungkan dan dibiarkan meluncur ke dasar laut secepat mungkin dan disebut vertical jigging atau melempar (casting) jig sejauh-jauhnya lalu dimainkan sebelum jig mencapai dasar dan disebut horizontal jigging, kemudian segara menggulung ril dengan cepat sambil sesekali disentak-sentak dengan irama tertentu.
Secara teori pemancingan di laut dapat dilakukan dalam setiap waktu, mengingat kegiatan memancing dapat dilakukan kepada berbagai jenis ikan secara acak. Kita tentu tahu bahwa ikan di laut memiliki kebiasaan makan yang berlainan, ada yang mencari makan di siang hari dan ada pula yang memiliki kebiasaan makan di malam hari. Sehingga tentu saja pencarian ikan dengan cara memancing sebenarnya dapat dilakukan kapan saja baik siang maupun malam.
 Pengaruh memancing siang hari adalah cahaya matahari yang menyebabkan suhu air meningkat. Umumnya jika air semakin panas, ikan akan turun dan berada di tengah perairan dan bahkan berada di dasar perairan serta di sela – sela karang yang dijadikan perlindungan bagi ikan tersebut. Semakin terang matahari menyinari dan semakin tinggi suhu maka ikan mencari perlindungan di dalam air. Namun jika udara terlalu dingin, ikan juga menjadi malas makan. Suhu sedang antara 25 – 35 derajat celsius merupakan suhu terbaik bagi pemancingan.
Ikan biasanya ada rasa lapar waktu pagi, ketika ikan bangun dari tidurnya dan sangat aktif – aktifnya mencari makan. Ikan akan menjadi agresif terhadap umpan ikan. Para pemancing yang memancing di laut biasanya menggunakan saat ini sebagai saat yang tepat untuk memancing karena biasanya ikan yang lapar akan memakan umpan kita dengan lebih cepat, dan jika beruntung anda bisa mendapatkan ikan sampai siang harinya terutama jika cuaca cerah.

Rujukan:
1. kabarmancing.com
2.lima-efive5.blogspot.com

20150816

Soalan dari mdbsms: Waris-waris perang pahang.

Assalammualaikum pada semua..
Ada tak sesiapa yg mengetahui tentang waris2 Perang Pahang yg berhijrah ke Pulau Tekong,

Radin Mas (Singapura),
Sedili &
Telok Ramunia?

Hubungi saya di mdbsms_07@yahoo.com (Md)

Terima kasih.

on Moyang yang terlibat dalam Perang Sesama Waris di Pahang
Anonymous
on 5/9/15

20150815

Soalan dari Faizal: Panglima Hj Mat Akik - bendahara Megat Koming

Asalamualaikum.
saya Faizal dari maran.
Saya ingin bertanya,
Kepada laman Pahang.

Panglima Hj Mat Akik,
Dikebumikan di Mana?.

Satu lagi,
Anak bendahara Megat Koming
yaitu Mangku Kasim.
Dikbumikan?

TERIMA KASIH.

on Senarai Mufti-Mufti Pahang
Anonymous
on 5/18/15

20150814

Soalan dari Akmal Afief: Tok Pahang Panglima Hitam

Boleh tak saya dptkan maklumat lebihh detail berkenaan dgn diri ketiga-tiga Tok Pahang tersebut yg mungkin salahh satunya adalah keturunan saya...

*Asal usul mereka drpd mna?
*Adakah mereka keturunan raja,bangsawan atau org biasa?
*Sejauh mnakah pengaruh Tok Pahang keats negeri Pahang atau Tanah Melayu?

on H05 PANGLIMA HITAM TIGA SERANGKAI
Akmal Afief
on 5/31/15

Tok Mengkarak, Tok Bayan, Tok Naning, Si Bongkok

Salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

yang di sebut sebagai tok mengkarak itu[dipahang]adalah orang yang sama dengan nama yang disebut dimelaka sebagai bendahara tun perak.
tok bayan@syed hashim [ayah tok mengkarak itu adalah adik-beradik dengan sultan muhammad pagar ruyung dan yang disebut sebagai adik perempuan sultan muhammad itu adalah bini tok bayan.

syed kuning@tok naning[orang yang sama]adalah adik beradik dengan tok mengkarak.[syed kuning ini berbini ramai] anak lelaki syed kuning[3 orang]berkhawin dengan anak perempuan[3 orang] tok mengkarak. tok mengkarak tiada anak lelaki,dia hanya mempunyai anak perempuan 3 orang. waris ini di panggil dengan gelaran orang tiga beradik[?]
keluarga@waris hang tuah tidak akan didedahkan,,harap maaf[tiada kebenaran dari kerabatnya]

sultan alauddin shah melaka itu anak tiri sultan mansur shah melaka.berketurunan kepada sibongkok tanjung puteri.[kilaf@kias]
   
Anonymous
on 12/15/14

20150813

Soalan dari Liza Marwati: Raja Ismail bin Raja Sheikh Murshid

Assalammualaikum. Saya mencari jurai ayah sebelah ibu saya. Ayahnya bernama Yassin bin Haji Ismail. Saya difahamkan oleh sepupu saya keturunannya membuka Manchis, Pahang. Emak pula kata keturunan itu buka Tasik Bera. Ada yang kata keturunan ini dari Perkalongan, Pulau Jawa dan susur galurnya dari Sunan Gunung Jati. Mohon bantuan dari semua di sini. Terima kasih.

on Cerita 6B: Dibawah Satu Payung - Tok Bangau - Bugis
Liza Marwati
on 7/30/15

Yassin itu kata sepupu saya turut dikenali sebagai pendekar Yassin. Dikatakan nama penuh Haji Ismail adalah Raja Ismail bin Raja Sheikh Murshid. Mohon bantuan.

on Cerita 6B: Dibawah Satu Payung - Tok Bangau - Bugis
Liza Marwati
on 7/30/15

Saya juga difahamkan walaupun mereka dari Perkalongan Pulau Jawa, mereka sebenarnya adalah Bugis. Daeing Celak kalau tak silap.

on Cerita 6B: Dibawah Satu Payung - Tok Bangau - Bugis
Liza Marwati
on 7/30/15

20150812

Soalan dari MelayuTeras: Raja Ismail Bugis dan Raja Ahmad.

Salam tuan Laman Pahang,
maaf pembetulan atas soalan yg lepas;

Kami perlukan sedikit pencerahan tentang ibu bapa kepada 2 tokoh yg disebutkan dibawah;

1) Raja Ismail Bugis @ Kadi Ismail Bangau @ Tok Bangau II.
-ada mengatakan bapanya adalah Daeng Chelak dr Bugis 5 bersaudara
-ada juga mengatakan dia adalah anak Daeng Perani
- anak seorang ratu Bugis yg berkahwin dgn seorang Syeikh
- bapanya adalah seorang raja yg zalim di Sulawesi sblm dia insaf atas satu kejadian dan merantau menuntut ilmu agama sebelum baginda mengakhiri kehidupannya di mukim bangau.

2) Raja Ahmad@Panglima Ahmad. Juga boleh ceritakan sedikit tentang Raja Ahmad yg telah membuka Kuala Rompin saya boleh dihubungi di 0132328160

on Sultan Muhammad Melaka
MelayuTeras
on 8/9/15

20150807

Saya Nak Bergabung Dengan Orang Pahang?

salam,salaman.
jgn berselisih....

kami generasi kecil-kecil ni payah nak sambung jarul yang tidak disalut...
tidak berpokok apalagi berbuah...
benih ada tapi tidak tahu tanam....
saya nak bergabung dengan orang pahang boleh?

saya orang sabah islam dinama sahaja...
belum ketemu jati didalam diri sejati...
mari membantu kami...
ayam berkokok kenampak malaikat disambung dgn doa...

Dengan Nama ALLAH MAHA suci...
KAMI
TIDAK BERBUDI
TIDAK BERBAKTI KEPADA TANAH TUMPAH DARAHKU TAPI DIA YANG SEBENAR...
TIDAK TAHU ASL USUL KU .....
TAPI ADA MU SUDAH MEMADAI....
SEMOGA DIPIMPIM DIRAHMATI DIKASIHI...

Putera Ah QUI Tok Bak Kata PEpatah
on 1/6/15

Sultan Muhammad Melaka

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

sultan muhammad melaka itu adalah orang yang sama dengan sultan muhammad pagar ruyung@suji dibilang dipahang.

paramiswara@sultan iskandar melaka itu dengan bahtin saridun dipahang itu adalah orang yang sama.

satu gelaran di melaka dan satu lagi gelaran di pahang.[kilaf dan kias]

Anonymous
12/15/14