INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160109

Sajak KENAPA MAK TAK IZIN Oleh L.Amin

Sajak KENAPA MAK TAK IZIN
Oleh L.Amin
9 Jan 2016

Bagaimana Aku nak mula .....
Aku mula kenal
hujung 2013 tak silap,
itupun sebab lain maklumat yang dicari,
lain yg berjumpa.

Aku terbaca soalan dari sepupu
Aku berkenaaan moyang kami
iaitu Khatib Bakar.

Soalan sepupu menjadi asbab
Aku mula nak mencari
siapa agaknya moyang Aku.

Lewat hujung tahun lepas,
rumah moyang Ismail diambil
oleh Muzium Warisan Melayu UPM.

Sedih pun ada
sebab dah tua ini
baru dapat tengok
rumah moyang.

Masa kecik-kecil
tak diberi lansung ke situ

lepas tu baru faham
kenapa mak tak izin,
ada kisah rupanya

Bertambah banyak soalan
di benak Aku
bila
jawab soalan sepupu bahawa
tiada keizinan untuk dedahkan.

Aku sudah ke Tanjung Besar
menyusur laluan
yang mungkin pernah dilalui moyang.

Sebak sangat rasa dihati,
mungkin sabit rindu
pada atuk dan tokki.

Tapi kami tak berani
nak bertanya
orang-orang kampung disekitar.

Masjid lama Tanjung Besar
memang pit stop kegemaran,
tak tahulah sebab apa.

Andai ada
yang bole bantu kami,
bolehlah berhubung
dengan Aku.

sekian.
--------------------
Setakat yg kami dapat Dato Setia Pahlawan Endut dan Khatib Bakar adalah adik beradik (tahun 1800-1900s). Hj. Ismail moyang kepada ibu sy, Abd. Rahman ayah pd ibu sy. Mereka terlibat dlm perang saudara-logistik & Jeram Ampai. Sy perasan nama moyang K.Bakar ada tertulis dlm sejarah bersama Panglima Kakap Husin. Ada juga nama Endut yg lain, cuma tak  rs itu org yg kami cari.

No comments: