-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160115

Zaman berubah minat pun berubah

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

kilaf@kiasnya kepada... menurut cerita ahli sejarah sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka;...
dizaman hajjaj;
manusia pagi-pagi lagi bertanyakan
-siapa yang kena bunuh malam tadi,
-siapa yang kena sula,
-siapa yang kena pukul.

dizaman al-walid;beliau sukakan kebun dan rumah;maka manusia dizaman itu pagi-pagi lagi bertanya tentang kerja rumah,
-siapa yang berbuat kebun,
-siapa yang memilih ke sungai dan
-siapa yang menanam pokok kayu.

dizaman sulaiman bin abdul malik,beliau suka makan makanan dan berkhawin; maka manusia zaman itu bertanya khabar mengenai
-makanan yang sedap-sedap serta baik-baik,
-memahalkan mas kahwin,
-meninggikan harga hamba sahaya dan
-memperbanyakkan tampat kediaman mereka sambil berceritakan hal yang demikian.

dizaman omar bin abdul aziz; manusia zaman itu bertanya sesama mereka,
-berapa engkau hafal quran,
-berapa engkau hafal wirid tiap-tiap malam dan
-berapa pula sipulan hafal kitab dan
-berapa ia baca
   
Anonymous
on 12/29/14

22 comments:

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


ini baru suatu barang ajaib daripada beberapa banyak yang lebih ajaib,sekarang ini kuperlihatkan kepada kamu semua.

tolong sampaikan salam kepadanya,...........,sungguhpun pada mulanya senang-lenang tetapi didalam hati api menyala-nyala.

demi allah,saya tidak lupakan budi baiknya,bahwa saya sentiasa ingatkan nya dan berpegang teguh kepada janji dan persumpahan itu.apabila dia ingin melihat saya dan lainnya,biarlah dia datang ketanah air saya di.....

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


bayanganmu tak luput barang sesaat,dimata dan hati sudah tersemat,jika tak kerana harapan bertemu cepat,harus ajal sampai tidaklah lambat.

di dalam hati kecil sudah terasa,bakal hilang kekasih yang asa,sekali ini harus putus asa,serta membawa harapan tumbang binasa.

semoga tuhan yang maha kuasa,kurniakan kepada hamba nya selamat sentosa,disertai bantuan jin dan nusa,supaya dijaga daripada rosak binasa.

la hau la wala kuata illa billahil aliul azim.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


apakah saudara sudah lupa bahawasanya sabar itu ialah anak kunci pintu kejayaan?barang siapa menggunakan sabar serta bertenang,akan tercapai maksudnya.lagi pun,bukankah takdir itu tetap berlaku,buat apa lagi tidak mengaku.serahkan sahaja perkara itu kepada tuhan yang satu,dialah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.saudara jangan lemah semangat,kuatkan hati dan jiwa serta yakin bahawa seseorang yang meratap dan dukacita itu hanya menambah lagi penderitaan badan dan merosakkan diri sendiri.sebab itu tenangkan hati dan fikiran,

adakah patut kita menbiarkan saudara kit ini menanggung seksa atau wajib kita menolongnya dengan mencari jalan yang boleh menyampaikan dia ke...

kami pun sedang membincangkan perkara itu sambil berfikir apakah jalan yang boleh menghubungkan dia,dan kami lebih suka melepaskan dia daripada bahaya kebinasaan.akan tetapi perkara ini berhajatkan fikiran yang panjang dan luas,dan dia sendiri hendaklah sabar dan tenang.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


wahai memanda yang dihormati tolong beritahu kami sebab memanda termenung dan kelihatan serba salah,...

wahai memanda yang budiman,tolong kerana allah,janganlah sekiranya dihampakan...

awak tahu dimana letaknya pulau wak-wak itu?

saya tidak pernah mendengarnya itu melainkan setelah disebut oleh ibu aya dan diberitahu oleh isteri saya...

kalau hendak tahu tempatnya,maka dengarlah;...

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


wahai anakku,sesungguhnya engkau sedang menghadapi bahaya yang membawa nyawa engkau melayang,...

oleh sebab itu janganlah ceburkan dirimu dalam kebinasaan,....

kalau bergitu tawakal sahaja dan berangkatlah,tapi ketahuilah bahawa....

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


duduklah dan ceritakan kepada mereka kisah,.. dari mula hingga akhir.

sungguh ini suatu perkara yang ajaib,yang tidak mudah bagi seseorang boleh percaya bahawa.....

yang lebih ajaib lagi ialah...

saudara-saudara harus ketahui bahawa...

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


kami tahu benar bahawa...

oleh kerana permintaan saudara... dan guru-guru yang empat ini,aku akan menolong engkau dengan segala daya upaya aku,tapi allah jualah yang mengabulkan maksud hamba-hamba nya.

dan semoga tuhan melindungi engkau dari segala bahaya bencana,dan berserahlah kepada nya,kerana dia telah selamatkan diri engkau dari segala bahaya di masa yang lalu,maka dia pula akan selamatkan engkau dimasa akan datang dan mengabulkan hajatmu.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izi nya,allah,dengan menyebut nama nya.

kapal itu sudah sampai,sekarang marilah ikut beta berangkat kepelabuhan melihat kapal-kapal itu dan mengatur perkara pelayaran engkau.

kalau engkau hendak tahu,kapal ini kepunyaan...,nakhoda kapal itulah yang menjadi ketua rombongan ini,orangnya baik dan setia,kerana itu beta hendak serahkan engkau kepadanya.

beta minta tumpangkan pemuda ini dalam kapal,....,maka nakhoda itu pun sanggup menunaikan permintaan baginda.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izi nya,allah,dengan menyebut nama nya.


bilakah masa hendak menghimpunkan,diantara kami setelah dipisahkan,semoga dapat dipertemukan,amatlah bahagia jika dikabulkan.

sekarang engkau jangan takut dan bimbang,tenangkan hati dan fikiran serta percayalah bahawa maksud engkau akan tercapai dengan izin allah ta'ala.dan ketahuilah bahawa aku ini jadi ketua bala tentera disini,esok pagi aku akan mengerahkan sekalian mereka supaya berangkat dan engkau dibawa sama.tetapi engkau mestilah bersedia menempuh jalan yang lebih sukar dan payah berganda-ganda kali banyaknya daripada jalan yang engkau telah lalui selama ini hingga tiba kemari,dan hendaklah memperbanyakkan sabar supaya tercapai cita-cita engkau.

kerana sekarang kita baru hendak memulakan perjalanan dalam pulau...

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


akan tetapi disebabkan kebenaran niat engkau dan keteguhan hatimu dan kasih sayang engkau kepada anak isteri hingga sanggup membuang nyawa menempuh perjalanan yang amat berbahaya yang tak ada seorang manusia pun atau jin yang sanggup atau berani menempuh jalan itu kemari,maka kami akan tolong menyampaikan hajat engkau itu dalam secepat mungkin,insya allah.

oleh kerana terlalu riuh rendah suaru burung-burung itu,menjadikan suara kita tidak dapat didengar oleh orang lain.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


perkara engkau itu mudah sahaja disisi allah,dan apabila tuhan kehendaki,maka segera dikabulkan.

kalau baharu sahaja negeri burung begini dahsat,bagaimana pula dahsatnya dinegeri binatang buas?

kalau baharu ditempat pertama ini sudah demikian hal engkau,maka bagaimana pula ditempat yang lain?

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah dengan menyebut nama nya.


sekiranya engkau dengar nasihat orang-orang yang ikhlas melarang engkau datang kemari,itu jauh lebih baik.

oleh sebab itu engkau tidak mungkin sampai kepadanya dan mustahil dapat mengambilnya.jadi dengarlah nasihatku lebih baik engkau....,jangan ceburkan dirimu dan aku kedalam kebinasaan.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


wahai tuan yang mulia,kasihanilah saya yang telah meletakkan sepenuh-penuh harapan dan kepercayaan kepada tuan yang amat dihormati,agar menolong menyampaikan hajat saya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


allah peliharakan paduka ratu,sepanjang masa setiap waktu,selamat bahagianya telah tentu,kemuliaan kekal ditinggikan mutu.

patek datang memohon bantu,harapkan ehsan paduka ratu,setelah mengetuk segenap pintu,habis ikhtiar sehingga buntu.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


oleh itu kerana memandang dari segi kemuliaan budi pekerti,harus orang maafkan sahaja.

tapi tak mengapa,untuk menyampaikan hajat dan lepas taksir.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


orang ini mungkin gila.

harap uzurkan dia,kerana memang orang yang mengidap penyakit cinta bersepupu dengan orang yang mengidap penyakit gila.

jangan engkau main-main dan berkelakuan gila disini,cuba huraikan makna apa yang engkau katakan itu.

jika dia seorang yang baik budi pekertinya,tentulah dia mengenang budi dan menghargakan jasa baik orang.ketika itu wajiblah kita menolong untuk menjayakan maksudnya,istimewa pula dia sudah menjadi tetamu kita setelah dia menanggung beberapa banyak kesukaran dalam perjalanan kemari.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


yang pertama,nurul huda.
yang kedua,najmul sabah.
yang ketiga,shamsudhuna.
yang keempat,shajaratuddhar.
yang kelima,kuatul kulub.
yang keenam,sharaful banat.
yang ketujuh,manarussana.

sesungguhnya perkhabaran ini telah menggongcangkan hati dan menimbulkan perasaan yang keluh kesah dan serba salah.kerana ....,kerana kami sangat cemburu,oleh itu amat sukar hendak melepaskannya.

kalau ia pun hendak menaruh cemburu dan bimbang,tapi apa pula dibimbangkan kepada kekanda sendiri?

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


tidak mungkin melanggar perintah...dalam perkara ini,walaupun alasan-alasan tuan itu benar belaka...............

ketahuilah bahawa pemuda itu selama ini dalam kawalan dan jagaan beta untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaannya itu.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


sekiranya didapati dia tiada hubungan lansung dengan mereka,bagaimanakah halnya dia?

adakah tuan akan memaafkan dia dan membenarkan dia pulang ke negerinya?

bagaimana beta hendak memaafkan dia apabila sudah nyata dustanya?
setelah dia masuk kenegeri beta melihat hal ehwal dan rasia kami?
apakah engkau tahu bahwa dia nanti akan menceritakan kepada orang-orang akan segala hal ehwal negara kami,dan akan menjadi buah mulut orang? dan dia kelak akan bermegah-megah bahawa dialah manusia yang ulung telah berjaya masuk kenegara wak-wak ini dan dapat melihat segala barang yang ajaib di bumi kita ini?tidak,tidak!! itu tidak mungkin sama sekali.......,demi allah yang menjadikan alam langit dan bumi dengan segala isinya,.....,jika tidak sabit,nescaya beta sendiri akan pancung kepalanya supaya menjadi teladan dan iktibar pengajaran kepada yang lain.

beberapa kali aku sudah nasihatkan engkau,
dalam hal ini aku sudah lepas taksir setalah menasihatkan engkau itu.

sepanjang jalan memohon perlindungan tuhan dan belas kasihan nya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


bila tiba kemari?

kenapa sudah jadi begini?

bukalah mata pandanglah dan bercakaplah dengan kami.




Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah dengan menyebut nama nya.


tuhanku,sebagaimana engkau telah himpunkan aku dengan anak-anakku,maka himpunkan pula hambamu dengan ibu mereka.

paduka telah perintahkan mereka berbuat demikian,

tiada siapa lagi dalam negeri itu yang boleh melindungi,jauh sekali untuk menolong.
lagi pula bagaimana caranya menempuh kembali,dengan jalan penuh berbagai bahaya dengan seorang diri pula.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


beta bermimpi seolah-olah berjalan masuk kedalam sebuah bilik perbendaharaan permata-permata manikam dan disitu melihat tujuh biji permata berlian terletak dalam sebuah dulang emas berkaki dan ayahanda perhatikan permata-permata yang indah itu, lalu ayahanda lebih tertarik kepada permata yang kecil sekali,kerana lebih cantik dan lebih indah sinar cahayanya,lalu ayahanda mengambilnya terus keluar dari bilik itu dengan riang gembira.

sementara ayahanda sedang asyik memandang peri keindahan permata ituyang diletahkan ditapak tangan,tiba-tiba datang seekor burung dan dengan pantasnya menyambar permata itu dan dibawanya terbang terus ghaib dari pandangan.maka ayahanda amat berdukacita dan kesal serta hairan.

mereka berpendapat mimpi itu tetap dan jelas.