INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160211

Galeri Mat Kilau Pulau Tawar Jerantut Pahang Malaysia

 1. Akhirnya daerah Jerantut khusnya penduduk Pulau Tawar mungkin boleh berbangga dengan kejayaan mewujudkan sebuah galeri khusus untuk Tokoh Mat Kilau Pahlawan Pahang yang menentang penjajahan bangsa 'kristian' terhadap bangsa 'Islam'.
 2. Dalam pada ini masih banyak pihak yang cuba menyusun salah silah keturunan Tok Mat Kilau untuk dicantumkan dengan keturunan masing-masing. Ini adalah usaha yang memerlukan pengorbanan dan keikhlasan yang tinggi.
 3. Kononnya ada juga pelawat dari negara jiran yang datang dengan 'lagaknya' dan menganggap cerita Tok Mat Kilau adalah pembohongan orang Melayu. Sedih juga apabila ada tuduhan begini terhadap usaha orang Jerantut untuk mengangkat kedudukan Tokoh Pahlawan Melayu Pahang..Adakah mereka bimbang semangat Tok Mat Kilau akan menyatukan semula semua waris-waris Pahang.
 4. Memang tidak dinafikan, ada beberapa perkara mengenai Tok Mat Kilau dan Tok Gajah yang masih samar-samar. Terserahlah kepada diri masing-masing untuk mencari apa.
 5. Ada yang mencari diri dia dalam watak Mat Kilau.
 6. Ada yang mencari watak Mat Kilau sendiri.
7. Mungkin ada juga yang mencari Ilmu Mat Kilau. Ilmu Makrifat yang boleh dibuat bekal ke alam lain.

Galeri ini boleh kita anggap satu permulaan kepada usaha berterusan untuk mengesan, mencari, mengumpul, dan mengesahkan pelbagai perkara yang boleh disebut sebagai 'Forensik History. Masih banyak usaha boleh dilakukan untuk menarik perhatian masyarakat supaya berminat untuk berkunjung ke galeri ini.

Tidak dinafikan masih banyak yang pelu diperbaiki bagi meningkatkan minat dan kepuasan pengunjung ke Galeri Mat Kilau Pulau Tawar Jerantut ini. Tidak dinafikan juga pelbagai dugaan akan ditempoh oleh pengurusan dalam usaha untuk mengekalkan kesempurnaan galeriini untuk jamgka masa panjang. sama-samalah kita berdoa supaya ini mendapat keberkataan dari Allah SWT.

No comments: