INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160225

Makam Pahlawan Mat Kilau sentiasa diberikan perhatian

Makam Pahlawan Pahang Tokki Mat Kilau sentiasa diberikan perhatian berterusan.
 1. Suatu masa dahulu kita dikejutkan dengan dakwaan bahawa Hang Tuan adalah dongeng orang Melayu sahaja. Dakwaan ini dengan pantas berjaya mempengaruhi orang Melayu sendiri. Tetapi tindakan pantas orang yang sayang kepada Jati Diri Melayu berjaya mengoyangkan dakwaan tersebut.
 2. Tidak hairan juga perkara yang serupa akan terjadi kepada Tok Mat Kilau.
 3. Telah ada cakap-cakap bahawa Mat Kilau sebenarnya bukan anak Tok Gajah.
 4. Ada juga yang menganggap cerita perjuangan Tok Mat Kilau ditokok tambah sahaja.
 5. Kita mungkin tidak dapat menghalang munculnya cakap-cakap 'sumbang' sebegini.
 6. Bagi waris-waris Pahang yang telah sebati dengan ketokohan Tok bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau, sudah tentu tidak akan goyang keyakinan terhadap peranan tokoh ini.
 7. Banyak pihak yang dalam senyap-senyap atau terang-terang cuba mengesan keunikan Mat Kilau.
 8. Masing-masing mungkin mempunyai tujuan atau niat yang berbeza.
 9. Dari sudut lain pula, sebenarnya kita sepatutnya mencari apa, apabila bercerita pasal Mat Kilau.
 10. Apakah yang diterapkan oleh Mat Kilau kepada orang-orang sekitarnya semasa Mat Kilau masih dalam penafian Siapakah Mat Kilau.
 11. Apakah yang ditunjukkan oleh Mat Kilau kepada orang-orang sekitarnya semasa Mat Kilau masih dalam penafian Siapakah Mat Kilau.
 12. Apakah yang diceritakan oleh Mat Kilau kepada orang-orang sekitarnya semasa Mat Kilau masih dalam penafian Siapakah Mat Kilau.
13. Mungkin kita juga perlu berikan perhatian kepada tokoh-tokoh yang banyak membantu Mat Kilau dalam senyap-senyap dan terang-terang. Siapakah mereka.

No comments: