-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160303

Masjid Malim Yunus Diberikan Image Baru

Malim Yunus adalah salah satu nama yang mempunyai peranan yang besar kepada perjuangan Mat Kilau.
 1. Genap umurnya 10 tahun , Mat Kilau sudah cekap bersilat dan bermain senjata.Imam Rasu menetapkan syarat hanya selepas berkahwin barulah diajar ilmu kebatinan silat dan biasanya mereka yang ingin mengamalkan ilmu kebatinan pahlawan melayu ini perlu bertapa di Gua Kota Gelanggi.Menurut ayah Mat Kilau, Tok Gajah, orang pertama yang datang bertapa di Gua itu ialah kawan kepada moyang mereka yang bernama Malim Yunus.
SUMBER:sangtawal.blogspot.my
 2. Setelah Teuku Mahmud (adik Teuku Ali) berkhawin dan bermastautin dengan amannya di Bagan Dato, Perak, Teuku Ali meneruskan penghijrahan bersama orang kanannya, Malim Yunus dan sebahagian pengikut-pengikut yang lain. Mereka melalui Ulu Slim, Perak merentas banjaran Titiwangsa ke Ulu Lipis dan menetap di Temau, Pahang. Semasa di Temau, Teuku Ali menukar namanya kepada Tok Shahrom.
SUMBER:wzwh.blogspot.my
 3. Sebahagian pengikutnya mengambil keputusan untuk tinggal menetap di Bidor (Perak), manakala sebahagian lagi meneruskan perantauan mengikut Teuku Ali@Tengku Ali dari Ulu Sg. Perak menjelajah hingga ke Ulu Sg. Lipis, lalu menghilir Sg. Lipis sampai ke Temau (Raub). Di Kg. Temau, Teuku Ali@Tengku Ali bertemu jodoh dengan seorang gadis Temau bernama Siti Hajar@Tok Dinar. Setelah mengahwini Siti Hajar@Tok Dinar, lalu Teuku Ali@Tengku Ali menukar namanya kepada Tok Shahrom. Tidak lama kemudian, orang kanannya yang bersama-sama merantau bernama Malim Yunus (seorang ulamak Mendailing) telah mengambil keputusan meneruskan pengembaraan mereka menghilir Sg. Lipis, dan Sg. Jelai sehingga tiba ke suatu petempatan yang cukup sesuai kerana kawasannya tinggi, dan  berhampiran sungai pula, lalu diberi nama tempat itu Pulau Tawar.
SUMBER:psmkawasanlipis.blogspot
 4. Di kawasan makam ini ada satu lg makam yg lebih lama iaitu makam malim yunus. Pengasas kg ini dan pengasas masjid lama Mat kilau.
SUMBER:qulamirulhakim.blogspot.my
 5. Genap umurnya 10 tahun, Mat Kilau sudah cekap bersilat dan bermain senjata. Imam Rasu menetapkan syarat hanya selepas berkahwin barulah diajar ilmu kebatinan silat dan biasanya mereka yang ingin mengamalkan ilmu kebatinan pahlawan melayu ini perlu bertapa di Gua Kota Gelanggi. Menurut ayah Mat Kilau, Tok Gajah, orang pertama yang datang bertapa di Gua itu ialah kawan kepada moyang mereka yang bernama Malim Yunus.
SUMBER:mesra.net
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.
 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17.
 18.
 19.
 20.
 21.
 22.
 23.
 24.
 25.
 26.
 27.
 28.
 29.
30

1 comment:

Anonymous said...

salam,

cuba tanya pula kepada mereka dimana terletaknya istana raja pahang dipulau tawar tu yang sebelum ditetas dibawa mengilir kepekan.

barulah selari ceritanya dengan masjid malim yunus tu.