INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160324

Pendekar Mat Guai dari Lipis.

Adalah telah diceritakan oleh orang-orang tua yang telah tiada suatu kisah keperwiraan seorang pendekar dari bumi Pahang yang terjadi semasa pemerintahan sultan Abdul Jalil.

Satu perintah dari Sultan yang bersemayam di Pekan telah sampai ke Lipis. Meminta dihantar seorang pendekar Pahang ke negeri Kedah atas permintaan dari Sultannya. Bagi menghapuskan sekumpulan lanun laut yang diketuai oleh seorang bergelar Panglima Hujan Panas. Diceritakan apabila tampil Panglima ini menyerang maka ketika itu juga turun hujan renyai walau hari panas terik sebagai alamatnya.

Orang-Orang Besar di Lipis bermesyuarat demi memenuhi perintah Sultan. Maka dipilihlah seorang pendekar untuk diutuskan ke Kedah bagi melaksanakan misi tersebut dan pendekar itu dipanggil Pendekar Mat Guai.

Setelah selesai segala persiapan maka berjalanlah Pendekar Mat Guai sehingga ke Kelang. Dan dari Kelang dia menumpang sebuah kapal dagang yang dalam perjalanan berdagang ke Kedah. Maka berlayarlah Pendekar Mat Guai menuju ke utara bersama kapal tersebut. Dari perbualan dengan anak-anak kapal dapatlah Pendekar Mat Guai mengagak bahawa Kepala Lanun yang dicari memang selalu melanun di laut Kedah.

Setelah berhari-hari berlayar ketika hampir ke laut Kedah maka datanglah alamat kehadiran Panglima Hujan Panas iaitu hujan renyai.

Kelihatan sebuah bajak yang dipenuhi sekumpulan lanun berkayuh menggunakan lembing mata lebar merapati kapal lalu berlompatan sekelian lanun merapati anak-anak kapal. Lanun memberikan dua pilihan, putih tulang atau putih mata. Maka sekelian anak kapal dan nakhodanya memilih untuk berputih mata yakni menyerahkan segalanya kepada lanun tersebut.

Apabila sampai pertanyaan itu kepada Pendekar Mat Guai maka dia pun menjawab, seandainya kapal ini kapalku maka sanggup aku berputih tulang.

Mendengar jawapan Mat Guai itu, kepala Lanun iaitu Panglima Hujan Panas pun tahu siapa Mat Guai. Lalu lanun-lanun mula menyerang. Setelah beberapa lama pertarungan dengan sedikit kelebihan yang dikurniakan Allah kepada Pendekar Mat Guai maka terbunuhlah Panglima Hujan Panas. Mat Guai telah memotong bibir atas mayat Panglima Hujan Panas yang bermisaikan dawai untuk diserahkan keistana Kedah sebagai bukti.

Rujukan:
tarisilatpusaka.wordpress.com

No comments: