INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160417

Bukit Kertau (Chenor, Maran, Pahang) pusat rujukan pemetaan Malaysia pada tahun 1948.

Bukit Kertau menyimpan sejarah pemetaan negara pada tahun 1948. Ada dua bukit yang dijadikan rujukan dalam Sistem Rujukan Koordinat Malayan iaitu:

1. Sistem rujukan kordinet semenanjung iaitu Bukit Kertau pada tahun 1948.

2. sistem rujukan koordinat Borneo iaitu Bukit Timbalai pada tahun 1968

1. gambar Bukit Kertau dari sumber: kgchenor.pi1m.my

Bermula pada tahun 1989 ianya tidak digunakan lagi apabila kerja-kerja ukur dan pemetaan di  Malaysia yang dibuat oleh Jabatan Ukur  dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)  telah menghasilkan sistem-sistem  rujukan koordinat  dengan menggunakan   teknik Global   Positioning   System (GPS), iaitu

1. Peninsular  Malaysia  Geodetic  Scientific  Network (PMGSN94) pada   tahun   1994

2. East   Malaysia Geodetic Scientific  Network(EMGSN97)  pada  tahun  1997.

JUPEM  telah  selanjutnya  melancarkan  sistem rujukan  baru   yang   seragam   bagi   kerja-kerja   ukur   dan   pemetaan   di   Malaysia  pada  26  Ogos  2003.  Ianya dikenali dengan nama Geocentric  Datum  of  Malaysia  (GDM2000).   Sistem ini menggunakan merujuk kepada Geodetic Reference System 1980 (GRS80).   Titik asalan  bagi  sistem-sistem  rujukan  koordinat  yang  berasaskan  GDM2000 ini adalah di pusat jisim bumi (geosentrik).  Dan tinggalah Bukit Kertau dalam lipatan sejarah pemetaan negara Malaysia.

2. gambar batu tanda Bukit Kertau dari sumber: kgchenor.pi1m.my 

Berikut adalah pertikan:

GARIS PANDUAN MENGENAI SISTEM RUJUKAN KOORDINAT DI DALAM PENGGUNAAN GLOBAL NAVIGATION SATELLITE SYSTEM (GNSS)BAGI TUJUAN UKUR DAN PEMETAAN.

Sistem rujukan koordinat Malayan  Revised  Triangulation 1948 (MRT48) dengan  Bukit  Kertau  sebagai  titik  asalan  (origin) telah digunakan  bagi  aktiviti  pemetaan  dan  ukur  kadaster sejak  tahun 1948  di  Semenanjung  Malaysia.Datum  rujukan  geodetik  bagi sistem  ini  adalah  Datum  Kertau  yang  menggunakan  elipsoid Modified  Everest  (Kertau).

Bagi Sabah, Sarawak  dan  Labuan pula, aktiviti ukur dan pemetaan telah dijalankan dengan menggunakan sistem rujukan koordinat Borneo Triangulation 1968 (BT68)  dengan  Bukit  Timbalai  sebagai  titik  asal. Datum rujukan geodetik bagi BT68 adalah Datum Timbalai   yang menggunakan elipsoid Modified Everest (Timbalai).

Penggunaan teknologi GNSS bagi kerja-kerja ukur dan pemetaan di  Malaysia  telah  bermula  sejak  tahun 1989. Dalam  hal  ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menghasilkan sistem-sistem rujukan  koordinat  dengan menggunakan   teknik Global   Positioning System (GPS), iaitu Peninsular  Malaysia  Geodetic  Scientific  Network (PMGSN94) pada tahun 1994, diikuti dengan East Malaysia Geodetic Scientific  Network(EMGSN97)  pada  tahun 1997.

Seterusnya dalam tahun 2003, kerangka rujukan geodetik GPS pasif tersebut telah diperkukuhkan bagi menghasilkan Malaysia Primary Geodetic Network  (MPGN2000).

Antara  tahun 1998  dan  2008,  JUPEM  telah  membangunkan   rangkaian GPS/GNSS   aktif,   iaitu Malaysia Active GPS  System (MASS)  antara  tahun 1998  dan  2001 dan  diikuti dengan penubuhan Malaysia Real-Time Kinematic GNSS Network  (MyRTKnet)  antara  tahun  2002  dan  2008. 

Bagi memenuhi  tuntutan  semasa yang menjurus kepada penggunaan datum rujukan global yang bersifat   geosentrik, JUPEM telah  selanjutnya melancarkan  datum  rujukan  geodetik  baru   yang   seragam   bagi   kerja-kerja ukur dan pemetaan di Malaysia pada 26  Ogos  2003.  Datum  ini  dikenali  dengan  nama  Geocentric  Datum  of  Malaysia  (GDM2000), di  mana  elipsoid  rujukan adalah Geodetic Reference System 1980 (GRS80).   Titik asalan  bagi  sistem-sistem  rujukan  koordinat  yang  berasaskan  GDM2000 ini adalah di pusat jisim bumi (geosentrik).

Pada  tahun  2004  dan  2005  telah  berlaku  gempa  bumi  besar,  masing-masingnya bermagnitud 9.2 dan 8.7 pada skala Ritcher di Sumatra, Indonesia dan kejadian ini telah menyebabkan anjakan yang signifikan terhadap sistem koordinat GDM2000. Sehubungan itu, pemantauan anjakan keatas sistem-sistem rujukan koordinat telah dilakukan oleh JUPEM secara berterusan melalui analisis anjakan ke atas stesen-stesen MyRTKnet.

Analisis mendapati bahawa sistem-sistem rujukan koordinat yang berasaskan GDM2000 perlu  disemak   dan dihitung semula,  terutamanya bagi kerja-kerja pengukuran yang memerlukan penggunaan  sistem  rujukan  koordinat  yang  berkejituan  tinggi  seperti di dalam bidang geodesi dan geodinamik.

Hasil  daripada  semakan  dan  hitungan  semula  tersebut yang  menggunakan  produk data  GPS  bermula  1  Januari  2006  hingga  30  April  2009,  siri  set  koordinat  baru  yang  dikenali  sebagai  GDM2000 (2009) bagi rangkaian-rangkaian GNSS/GPS aktif dan pasif telah diterbitkan oleh JUPEM. 

Rujuk: https://www.jupem.gov.my/wp-includes/files/pekeliling/Pek-1-2009.pdf 

Selain sejarah khusus Bukit Kertau, secara umumnya Mukim Chenor juga mempunyai sejarah yang tersendiri iaitu:

Tengku Hasani Bin Tengku Ahmad yang dilahirkan dan dibesarkan di daerah Chenor ini sejak 1965 mendapat cebisan cerita dari ibu saudara yang lahir tahun 1920an, Tengku Kecik Binti Tengku Nit Bin Tengku Ahmad Tinggi Pesagi.

Menceritakan bahawa ada seorang perempuan yang sungguh cantik,  jelita dan budiman. Sesiapa yang melalui kawasan beliaudan ditimpa kesusahan atau kepayahan akan singgah di satu tebing dan akan berjumpa dengan seseorang tanpa terperasan sedang berlaku perkara yang tak dijangka seperti setelah diberi pertunjuk atau pertolongan.

Dikatakan namanya ‘Che Nor’.

Untuk penduduk di sekitar kawasan sekiranya mempunyai permasalahan (memang nyata) hanya berkata sesuatu yang diperlukan. InshaALLAH..Datanglah esoknya ditempat tersebut akan adalah barang yang dihajati disitu tetapai barang yang biasanya berkaitan kenduri-kendara seperti pinggan mangkuk, kawah atau beras. 

Kepada pengguna sungai sebagai jalan utama dari Pekan atau dari Ulu Sungai apabila tiba di kawasan ini samada hari hamper gelap untuk bermalam atau dapat rapat ke tebing kerana karam perahu, akan mendapat bantuan dari seseorang yang sangat rupawan di sini yang bernama Che Nor.

Begitulah cerita di sini pada suatu waktu dahulu sehingga kawasan ini mula disebut dengan nama “CHENOR”.

Chenor juga pernah melahirkan pahlawan terkenal menentang penjajah seperti lagenda Pahlawan Bukit Segumpal.  Mengikut cerita penduduk Chenor, pada masa dahulu, orang-orang Chenor juga terlibat membantu Tok Gajah dalam Perang Kelang di Selangor.

Di Chenor Lama juga terdapat sebuah masjid yang telah berusia hampir 74 tahun, dibina pada 1939.  Masjid ini dikatakan dibina sejak zaman Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar.  Masjid ini juga menjadi tempat persinggahan baginda ketika singgah di Chenor.

Jeti Chenor juga merupakan salah satu peninggalan sejarah yang terdapat di Chenor Lama.  Jeti ini banyak mengimbau sejarah penempatan awal di Chenor.  Di sinilah tempatnya Sultan Pahang singgah setiap kali baginda ke Kuala Lipis dan Pekan.  Jeti ini tidak digunakan lagi apabila Jambatan Sultan Ahmad Shah mula digunakan pada tahun 2004.

Menurut cerita lisan dari penduduk kampung, di sinilah asalnya Bukit Segumpal sehingga ianya diambil sebagai mukim Bukit Segumpal.  Asal Bukit Segumpal hanyalah kerana kedudukan sebuah rumah yang berada di kawasan lapang.  Menurut dari perbualan dengan penduduk kampung, rumah yang tersergam di tengah-tengah kawasan lapang tersebut adalah rumah peninggalan Pendekar Bukit Segumpal.  Pendekar inilah yang dikatakan membantu menentang penjajah pada masa dahulu.  Difahamkan juga, bukit ini berpenunggu, pada satu ketika dahulu apabila setiap kali berlakunya banjir, rumah tersebut tidak pernah dinaiki air.  Tetapi kini ia hanya tinggal sejarah.  Penduduk di sini menjadikan kawasan ini sebagai tempat penanaman padi, tetapi telah diberhentikan selepas berlakunya banjir besar pada tahun 1971, 2007 dan 2014.

Rujukan:  http://kgchenor.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah

Selain dari info tersebut yang telah diterbitkan dalam internet, ada lagi cerita-cerita lisan yang masih tersimpan padu dalam lubuk hati orang-orang tua di Chenor. Mungkin ada yang mahu bercerita tentang Hulubalang, Panglima atau Pendekar yang bermukim sekejap sekejap di Chenor sebelum berpindah ke Raub. Mungkin anak cucu mereka ini masih menyembunyi diri atau tidak tahu salasilah yang dirahsiakan dari mereka.

Pihak kami bimbang Chenor akan kembali meriah dan ramai yang mula menyusun salasilah masing-masing untuk dicantumkan sampai ke Chenor. Kebimbangan akan berlanjutan jika ada pihak yang akan menukar-nukar cerita. Akhirnya orang anggap yang BENAR itu TIPU dan yang TIPU itu BENAR.

Tetapi kebenaran akan muncul juga akhirnya.

 3. Lokasi Bukit Kertau (bertanda merah) dari sumber: mapcarta.com


 4. Lokasi Bukit Kertau (bertanda merah) dari sumber: satelliteview.co

No comments: