INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160424

Nyanyian Jalanan Oleh Rabith Tahfiz Asy Syirazi Lorong Tok Sira Kuantan

Ini adalah usaha yang dilakukan oleh pengurusan Tahfiz Asy Syirazi Lorong Tok Sira 15 Kuantan, Pahang, Malaysia. Mereka bukan setakat memohon derma, sumbangan dan sedekah dari masyarakat tetapi mereka memberikan peringatan kepada masyarakat melalui nyanyian mereka. Kata-kata yang disampaikan oleh anak-anak Rabith Tahfiz Asy Syirazi Lorong Tok Sira Kuantan ini amat menyentuh kalbu pengunjung Pekan Sehari UTC Kuantan. Ramai yang menderma dari seringgit sampai sepuluh ringgit.
 01. Pucuk paku di dalam perahu,
Perahunya datang dari seberang,
Carilah AKU di dalam AKU,
AKU ada di dalam terang...
 02. BISMILLAH itu mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mengikut,
Dunialah akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.
 03. Alhamdulillah pujinya Insan,
Robbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhir zaman,
Muhammad Amin Abi Burahman.
04. Jalan yang takzim pula dikata,
Atas Nabi Junjungan kita,
Sahabat empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.
video
05. Berikut adalah video pendek persembahan Rabith Tahfiz Asy Syirazi Lorong Tok Sira Kuantan.

No comments: