-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160529

Pameran Keris Sempena Memutus Bangsal Sendeng Sanggang Mac 2016 (I)

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail

20160527

Lagi waris-waris tuah yang sakit dan meninggal dunia

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

waris@kerabat...
seorang waris perempuan disegamat johor, meninggal dunia hari ini,dalam waktu asar tadi.[waris tok putih]

seorang waris perempuan dikampung sungai Lui maran,sakit tenat.[kawasan belakang masjid][waris tok badok semantan@sharul nizam@waris moyang 16 semantan]

seorang waris lelaki dijelebu,sedang sakit.[waris undang jelebu] apabila sampai masanya,berita dan perkhabaran waris dan kerabat akan sampai juga kepengetahuan kami.tidak kira dimana sekalipun tuan@puan dan waris yang lain bersembunyi.

Anonymous
on 3/7/15

Tajuk Paling Popular sehingga 27.5.2016

Mungkinkan anda juga berminat dengan tajuk-tajuk Paling Popular di Laman Pahang.
  1. Racik adalah peralatan tradisional yang digolongkan sebagai alat memburu atau lebih jelas lagi menangkap ayam dan burung. Racik dihasilkan d...
  2. Berikut adalah serba ringkas catatan oleh Neguai tentang Rawa di Pahang. RAO [RAWA]{diPAHANG} DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI ...
  3. Berikut adalah nama-nama yang dipetik dari mozaikminang.wordpress.com. Pihak kami telah menyenaraikan nama-nama yang ada dalam salasilah ter...
  4. Pucuk paku di dalam perahu, Perahunya datang dari seberang, Carilah AKU di dalam AKU, AKU ada di dalam terang... BISMILLAH itu mula dis...
  5. Sempurna Resort Kuantan , dibina pada tahun 2009. Tempat untuk kita nikmatilah percutian bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang k...
  6. Ada banyak nama-nama yang mempunyai kaitan dengan nama Mat Kilau. Senarai ini masil belum sempurna dan banyak yang akan diperbetulkan setela...
  7. Tun Teja puteri Seri Amar Diraja, Bendahara Pahang abad ke-15. Tun Teja telah diculik dari Pahang untuk dijadikan permaisuri kepada Sultan M...
  8. 12 Untuk mahir dalam bidang anyaman tali plastik ini dia terpaksa berkorban masa, wang ringgit dan keluarga semata-mata untuk mencari kepu...
  9. Bukit Gambang Water Park mungkin jauh lebih baik dari Berhala Gantang Water Park (Kolam Tahfiz Temerloh) ini. Tetapi bagi sesetangan orang, ...
  10.  01. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan pada 21.3.2013. Apa yang nak diceritakan ini bukanlah cerita benar-b

Sungai Lembing dari Tok Tangguk, Lim Ah Sam, William Frazer sampai PCCL

ASAL USUL NAMA
Salah satu cerita asal-usulnya adalah, Sungai Lembing mendapat nama dari air sungai yang mengalir dengan deras dan tajam macam lembing yang menujah Sungai Kenau. Yang dikatakan sungai ini sebenarnya hanyalah alur air sahaja.

Cerita lainnya pula adalah berasal dari perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam memburu atau berkawal. Kononnya orang-orang asli  dikatakan melemparkan lembing ketika memburu seekor rusa. Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, rusa tersebut terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang melekat di badannyanya.

Pada awal abad ke-18, sekumpulan pelombong bijih timah yang melombong di kawasan itu. Mereka dikatakan menjumpai lembing milik orang asli pada zaman dahulu. Sejak itu, kawasan ini dinamakan Sungai Lembing. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti kukuh untuk menyokong kesahihan cerita.

PELOMBONGAN OLEH ORANG MELAYU
Sejarah awal aktiviti perlombongan bijih timah dikesan dalam rekod seorang ahli sejarah Cina yang mencatatkan eksport bijih timah dari Kelantan dan Pahang ke China pada pertengahan abad ke-13.

Menurut cerita tempatan Pahang, pada tahun 1868 Sungai Lembing mula diterokai oleh Wan Muhamad atau 'Tok Tangguk' dari Kemboja yang pernah menetap di Chenor, Temerloh, Pahang.

Tok Tangguk mempunyai kepakaran dalam perlombongan bijih timah. Sungai Lembing terletak di Lembah Sungai Kenau dan dikelilingi oleh bukit-bukit dan serta menarik dan strategik. Ketibaan pelombong Cina di abad ke-18 bermula disebabkan aktiviti pelombongan Tok Tangguk semakin berkurangan.

Dalam aktiviti perlombongan terdapat beberapa nama-nama tempat di Sungai Lembing iaitu:
-Kolong Sungai Pahat = Kolong Pahat River (bijih memahat) dan
-Bukit Segantang = Hill Segantang (mengeluarkan bijih segantang sehari).

Menurut rekod dari China, timah dieksport dari negeri Pahang sejak 1446.

PELOMBONGAN ORANG CINA
Selepas perlombongan oleh orang Melayu iaitu Tok Tangguk berakhir, kerja perlombongan dijalankan oleh pelombong Cina yang bekerja di bawah kontrak William Frazer.

Sungai Lembing pada masa lalu supaya terkenal di peringkat antarabangsa dan merupakan bandar terkaya dalam pengeluaran bijih timah di Pahang. Ia adalah bekas kawasan perlombongan tertua, paling lama dan paling dalam di dunia iaitu sedalam 971 meter (2,400 kaki).

Pada suatu masa dahulu Sungai Lembing juga dikenali sebagai 'El-Dorado Timur' bagi Tanah Melayu kerana di dalamnya terletak sebuah perkampungan Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Kekayaan dari sumber timah Sungai Lembing dikatakan sebagai "Penyelamat Ratu" = “Rescue the Queen’s Crown”yang tertekan akibat kemerosotan ekonomi British pada masa itu.

Pada bulan November 1883, DYMM Sultan Ahmad Shah Muazzam telah menandatangani perjanjian pajakan dengan Boss Baba Ah Sam (Lim Ah Sam) untuk memajak kawasan seluas 2,500 batu persegi yang meliputi Sungai Kuantan, Sungai Triang dan Sungai Endau Rompin.

Syarikat ini telah ditubuhkan oleh hartawan Lim Ah Sam, Boss Goo Soo Sooee bersama-sama Levis den Dekker yang tinggal di Singapura. Baba Ah Sam telah bekerja dengan orang Eropah untuk melakukan kerja perlombongan disini.

Tetapi Ulu Sungai Kuantan adalah kawasan mutlak Sultan Pahang. Sultan telah memberikan hak perlombongan bijih timah kepada bapa mertuanya sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya iaitu anak Lim Ah Sam.

Berdasarkan konsesi pada tahun 1883, syarikat Company Pahang Company telah diberi tempoh pajakan selama 75 tahun dan dikehendaki membayar royalti sebanyak 10% dari hasil timah dan bijih lain yang dieksport. Tetapi syarikat itu dikecualikan daripada bayaran cukai pelabuhan, dan lain-lain cukai termasuklah kayu. Dibenarkan beroperasi di mana-mana tempat di negeri ini.

PELOMBONGAN ORANG EROPAH
Penguasaan perlombongan oleh orang Eropah bermula pada tahun 1886 apabila syarikat The Pahang Mining Company Limited yang ditubuhkan di London. Encik William Frazer dilantik sebagai pengurus lombong.

The Pahang Mining Company Limited bersetuju untuk membeli konsesi asal tetapi disebabkan masalah kewangan ia ditangguhkan sehingga tahun 1888.

Syarikat itu menukar nama menjadi The Pahang Corporation Limited (PCL), di mana Encik William Frazer telah dilantik pengarah. Konsesi baru diluluskan pada tahun 1888 selama 80 tahun untuk keluasan 2,500 batu persegi. Royalti sebanyak 10% diberikan kepada Sultan Pahang.

Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1898, kuasa pajakan perlombongan adalah tertakluk kepada ‘mining code’. Pahang Corporation Company Limited telah diberikan hak perlombongan di Sungai lembing apabila ia menjadi bandar pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran pelombong inggeris iaitu Pahang Corporation Limited dari 1888 sehingga tahun 1906.

Pada tahun 1906, Pahang Corporation Limited telah ditutup dan kemudian telah diambil alih oleh Consolidated Pahang Company Limited (PCCL).

Sehingga tahun 1915, terowong sedalam 40 batu  telah berjaya digali semasa kerja perlombongan berjalan. Aktiviti perlombongan di Sungai Lembing ini telah menjadi penyumbang ekonomi yang ketara kepada penduduk di Sungai Lembing.

KESIMPULAN
Masih banyak sejarah Sungai Lembing yang tersimpan dalam lipatan. Masih ramai pengkaji dan peminat sejarah meneruskan kajian dan penceritaan masing-masing terhadap sejarah Sungai Lembing. Ada yang telah ditulis tetapi ada yang diceritakan secara lisan DAN ada yang masih tersembunyi.

Mungkinkah waris Tok Raja 'Sungai Lembing' yang masih menetap di Sungai Lembing mahu bercerita. Mungkinkah waris Tok Mat Tekong yang telah meninggalkan Sungai Lembing tahu cerita. Mungkinkah ada yang sempat bercerita dengan Tok Mat Jelir yang selalu muncul di Masjid Sungai Lembing. Mungkinkah ada waris Sungai Lembing yang menyimpan gambar Harimau Putih yang ditembak. Adakah Tok Tangguk menggunakan nama lain selain nama Wan Muhamad.

Hanya Allah SWT yang Maha Mengatahui.

Rujukan: sungailembingmines.com.my

20160526

Sutan Marah Dirajo Zulkarnaen

Assalamualaikum Wr.Wb..

kepada Tuan /Puan yang saya hormati,
saya Teddy Kurniyanda
cucu Sutan Djamaloeddin

sebelumnya saya ada menanyakan
betulkah Sutan Marah Dirajo Zulkarnaen mempunyai Istri orang eropa?...

lalu keturunannya Sutan Marah,
Sutan Sati dan
Puti Naim Lenggogeni Syiah Kuala...

saya lihat di tahun 1932-1974 cocok dengan perkataan orang tua saya,

Sutan Marah menikah dengan istri kedua dari orang tua nama buyut Zaenab, punya anak
Zaenab,
Naim,
Marni,
Sutan Djamaloeddin.....

Kakek Sutan Djamaloeddin dan Nenek Noerma (Pariaman) dikebumikan di Kalimantan Barat...

maaf sebelumnya Tuan/Puan yang saya hormati kira-kira betulkah saya masih di keturunan tahun 1932-1974?

Karena Kakek meninggal saya belum lahir,
tapi Nenek suka cerita Urang Minang
termasuk Orang Tua saya.

Sebelumnya terima kasih kepada Tuan/Puan yang saya hormati atas informasinya.

Assallamualaikum. Wr.Wb.
mohon maaaf jika ada kata-kata yang kurang berkenan.

oleh
Teddy Kurniyanda
5/22/16
[sultan-sultan-pahang-dari-keturunan .. ]
--------------------------------------------------------------
Assalamualaikum. Wr.Wb..
kepada Tuan yang saya hormati. ...
nama saya Teddy Kurniyanda cucu Sutan Djamaloeddin ..
saya ingin menanyakan apa betul ada bangsawan Sutan Marah Dirajo Zulkarnaen di Padang(Sumatera Barat)? ...
apa betul istrinya Sutan Marah Dirajo Zulkarnaen orang Eropa?..punya anak Sutan Marah Noulan Zulhariyansyah ...dulu Demang Padang sampai di Pariaman...dari Sutan Marah Noulan punya anak Sutan Marah Zulkifli, Sutan Sati Hariansyah, dan Puti Naim Lenggogeni Syiah Kuala...klu ada kira2 Padang dimana?...
Solok kah atau daerah Padang ditempat lain....
terima kasih sebelumnya. ....
Assallamualaikum.Wr.Wb..atas segala kekurangan dan kata-kata yang tidak berkenaan mohon dimaafkan. ..

oleh
Teddy Kurniyanda
5/21/16
--------------------------------------------------------------
Assalamualaikum Wr.Wb
kepada Tuan yang saya hormati. ...
saya cucu Sutan Djamaloeddin...
saya ingin bertanya adakah Bangsawan Sutan Dirajo Zulkarnaen di Padang (Sumatera Barat)?....
betulkah Istri Sutan Dirajo Zulkarnaen ada yang orang eropa?...
nenek saya nama Haji Noerma dari Pariaman. .mohon petunjuk informasinya dari Tuan...
terima kasih sebelumnya ...
Assallamualaikum. Wr.Wb.

Teddy Kurniyanda
on 5/20/16
Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung
--------------------------------------------------------------

Keturunan Hj Zakaria bin Hj Taha, ADUN BENTA

Boleh saya tahu asal usul keturunan
Hj Zakaria bin Hj Taha,
ADUN BENTA
yang berasal dari Kg. Budu..?
Diharap penulis dapat membantu..

oleh
Tak Ada Nama
[ budu-dan-rahsia-pembunuhan-200-orang]

Jawapan.
Hj Mohd Zakaria adalah adik kepada
Hj. Mohd Noor bin Hj. Taha,
Penghulu Ke-6 Mukim Budu.

Bapa Hj. Taha adalah
Abdul Rahman@Tukang Deraman bin Osman.

Manakala ibu mereka adalah
Hajah Rahmah@Buayan binti Panglima Garang Abdul Samad,
Penghulu Pertama Mukim Budu.

Terima kasih kepada:
1. Badrulzaman Bedu
2. bambed (5/24/16)

20160525

Makam Lubuk Pelang diatas bukit

Disini terdapat tiga buah kubur alam satu petak. Terdapat perselisihan mengenai siapakan mereka bertiga yang dikuburkan diatas bukit Lubuk Pelang ini. Apakah yang menyebabkan mereka bertiga dikebumikan disini juga masih menjadi persoalan. Namun begitu ada pihak yang yakin bahawa inilah Makam Sultan Ahmad bukan makan Sultan Abdul Jamal. Masing-masin mengeluarkan bukti berdasarkan cerita-cerita yang mereka baca atau dengar.

Membongkar perkara sebenar mungkin membongkar cerita-cerita lama. Masalahnya adalah masih ada orang yang amat taksub dengan cerita lama tersebut dan mahu berpegang kepada cerita yang telah mereka semai dalam minda dan jiwa mereka sesudah sekian lama.

Satu perkara yang boleh disebut adalah mereka berempat mati semasa suatu serangan di Istana Lubuk Pelang. Tiga yang dikebumikan di atas bukit Lubuk Pelang mati serentak dan satu lagi yang telah dipancung lebih awal mungkin dikebumikan di tempat lain. Tetapi peristiwa ini mempunyai kaitan dengan beberapa cerita yang terjadi di tempat lain di Pahang. Apa yang kita lihat di Makam Lubuk Pelang ini adalah kesudahan 'Suatu Episod Yang Tidak Sudah'.

Harap kami, waris-waris yang terlibat tidak mencari dan mengali kisah-kisah ini bagi tujuan untuk memutuskan pertalian antara waris-waris semenanjung.
 01. Raja Ahmad mengambil tindakan meninggalkan istana dan tahta kerajaan lalu mudik ke Hulu Sungai Pahang sehingga tidak lagi kedengaran ketukan gendang nafiri alat kebesaran diraja. baginda sampai di Lubuk Pelang, maka baginda memilih cara hidup yang zuhud dan beribadat kepada Allah. [sumber:akuanakpahang.blogspot.my]
 02. Ada yang percaya makam utama di sini adalah milik Sultan Abdul Jamil yang memerintah Pahang lebih 500 tahun lalu. Ada pula menyebut Sultan Abdul Jamil dimakamkan di Pekan. Yang pasti makam-makam ini milik kerabat diraja Pahang awal dari keturunan Raja-raja Melaka. [sumber: artmelayu.blogspot.my]
 03. Semasa Sultan Abdul Jamil memerintah Pahang ada seorang batin orang asli di Sungai Tekam, kira-kira 8 kilometer dari Lubuk Pelang telah mendapat seorang puteri yang berdarah putih dari dalam buluh betung.

Maka rombongan Sultan Abdul Jamil memudik hingga ke Sungai Tekam mencari Batin. Pengikut baginda telah berjaya menemui Puteri Buluh Betung dan membawanya ke istana seterusnya dikahwinkan dengan Sultan Abdul Jamil.
 04. Datuk Ahmad pula telah menghilir Sungai Pahang menuju ke Pekan dan seterusnya pergi ke Acheh dan menghadiahkan sehelai rambut Puteri Buluh Betung kepada Mahkota Alam Pemerintah Acheh ketika itu sempena ulang tahun keputeraan baginda. Akibatnya baginda Mahkota Alam tertarik dengan Puteri Buluh Betung dan datang ke Pahang untuk merebut tuan Puteri. Baginda telah membawa bersamanya tiga pasang batu nisan yang diperbuat daripada batu yang dipahat. Baginda berpesan jika baginda tewas dalam peperangan itu, hendaklah dimakamkan di Pahang. Nisan tersebut akan menjadi tanda supaya keturunan baginda dapat dikesan. Jika Sultan Abdul Jamil yang tewas baginda akan dimakamkan dengan batu nisan yang dibawanya.
 05. Setelah peperangan tamat, Sultan Abdul Jamil telah tewas. Datuk Budiman turut terbunuh dan Puteri Buluh Betung mengambil keputusan untuk membunuh diri. Puteri Buluh Betung berpesan supaya dimakamkan di sisi Sultan dan Datok Budiman. Belum sempat membunuh diri berlaku pergelutan dan pedang Mahkota Alam dengan tidak sengaja telah menikam jantung puteri dan mengalirlah darah putih. Jenazah Sultan Abdul Jamil dan Datuk Budiman dimakamkan berhampiran, kepala mereka menghadap ke Sungai Pahang. Sultan Abdul Jamil di sebelah kanan dan Datuk Budiman di sebelah kiri baginda. Puteri Buluh Betung dimakamkan di hujung kaki mereka. Ketiga-tiga makam ini menggunakan batu nisan dari Acheh yang dibawa oleh Mahkota Alam dan kekal diabadikan sehingga kini. [sumber: pahang39.rssing.com]
 06. Adapun segala kelengkapan Pahang yang mengikut Laksamana itu pun kembalilah ke Pahang, mengadap Sultan Abdul Jamal. Maka segala perihal ehwal semuanya dipersembahkan kepada baginda Sultan Pahang. Baginda pun terlalu murka, seperti ular berbelit-belit sendirinya. Maka oleh baginda, anakanda baginda, Raja Mansur dirajakan baginda bergelar Sultan Mansur Syah akan ganti baginda.
Maka Sultan Abdul Jamal pun turunlah dari atas kerajaan maka anakanda baginda Sultan Mansur Syah kerajaan, dipangku oleh Raja Muzaffar dan Raja Ahmad, keduanya saudara Sultan Abdul Jamal.

Maka Sultan Abdul Jamal diam ke hulu. Selagi kedengaran bunyi nobat, selagi baginda mudik ke hulu, hingga datanglah ke Lubuk Pelang namanya. Tiadalah lagi kedengaran bunyi nobat, di sanalah baginda diam; maka baginda bersyaikh dirinya, itulah yang disebut orang Marhum Syaikh, makam yang di Lubuk Pelang itu.[sumber: anaksemantan.blogspot.my]
 07. Sultan Pahang (Melaka) ke 2 adalah Raja Ahmad menjadi yang ditabalkan sebagai Sultan Pahang ke 2. Baginda juga disebut dengan nama Sultan Mahmud atau Sultan Muhammad. Sultan Ahmad Syah turun takhta dan kemudiannya mengasingkan diri ke Lubuk Pelang juga dikenali sebagai Marhum Shaikh (Syeikh). [sumber: kitabsejarahmalaya.blogspot.my]
 08. Tun Teja Ratna Benggala, itulah nama serikandi tidak asing lagi TUN TEJA.

Tun Teja Ratna Benggala,
Pandai membelah lada sulah,
Jika tuan tidak percaya,
Mari bersumpah kalam Allah.

Begitulah bunyi pantun yang dipersembahkan oleh Hang Tuah kepada Tun Teja, anak bendahara Pahang yang cantik jelita di akhir abad ke-15. Sejarah Melayu menggambarkan dengan jelas bagaimana Tun Teja direbut daripada tangan tunangnya Yang Dipertuan Pahang, Sultan Ahmad Syah (1474-1494)oleh Hang Tuah untuk diperisterikan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).
 09. Sultan Ahmad Syah menerima penghinaan dahsyat daripada Melaka yang terakhir dari tunang baginda,baginda sangat malu dengan rakyatnya lalu bertindak turun takhta dan mengasingkan diri ke Lubuk Pelang.Setelah mangkat beliau sebut Marhum Syeikh. [sumber: rajamuar.blogspot.my]
 10. Sejarah sebenar Lubuk Pelang belum dapat aku dengar secara jelas. Cuma kekadang tu dapat cerita dari mulut kemulut mengatakan sejarah dahulu mendapati bahawa Lubuk Pelang merupakan tempat perkampungan masyarakat awal bagi kampng sekitar kawasan tersebut.
 11. Terdapatnya sebuah makam yang dibina kemas dipuncak bukit berhampiran dengan Lubuk Pelang. Sekitar kawasan tersebut terdapat juga tanda-tanda perkuburan lama masyarakat dahulu yang telah mendiami kawasan tersebut.
12. Kini kawasan Lubuk Pelang telah dibiarkan begitu sahaja tanpa penjagaan rapi dan hanya dikunjungi oleh pencari ikan disekitar kawasan Lubuk Sungai Pahang. Mungkin suatu hari nanti kawasan tersebut boleh dibangunkan untuk dijadikan kawasan pelancongan dan pusat rekreasi. [sumber: lubukpelang-halimi.blogspot.my]

20160522

Pameran Keris Sempena Memutus Bangsal Sendeng Sanggang Mac 2016 (H)

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

20160520

Waris-waris tua ramai yang sakit dan meninggal dunia

salamun...tuan@puan ahli bait@ahliwaris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

waris@kerabat... hari ini,,,
seorang waris perempuan di baling kedah telah meninggal dunia.
[waris tokku paloh] ,,,

seorang waris lelaki dikelantan meninggal dikubang kerian.waris tok putih] ,,,

seorang waris perempuan disetiu,terengganu sakit tenat.[warisputeri saadon) ,,,

seorang waris disempadan tanah merah/siam, sakit tenat.[waris sulu]

dan masih ramai yang masih menyembunyikan diri masing-masing.
ada dan apa faedahnya kepada ahli waris.
mati tak mengenal waris dan
 mati mereka tidak dikenali oleh waris serta kerabat yang lain.

kami hanya boleh menghantar al-fatihah sahaja.
itupun berita kematian@sakit tenat diberitahu dan
dapat dikesah kedudukan dan waris susur keturunannya.

Anonymous
on 3/5/15

20160518

Laluan keatas bukit menuju ke Makam Lubuk Pelang

Makam Lubuk Pelang berada diatas bukit bersebelahan dengan kubur-kubur di bawah bukit. Ini adalah jalan mendaki bukit bukit Makam Lubuk Pelang yang mengandungi 70 anak tangga. Tanggan bukit Makam Lubuk Pelang ini ada dua jenis iaitu yang rapat-rapat dan yang jarang-jarang.
 01.
 02.
 03.
 04.
 05.
 06.
 07.
 08.
 09.
 10.
 11
 12.
 13.
14.

20160515

Pameran Keris Sempena Memutus Bangsal Sendeng Sanggang Mac 2016 (G)

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

20160513

Salasilah Iskandar Zulkalnai

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...
iskandar zulkalnai...
ayahnya adalah bin kepada nabi ibrtahim
dan neneknya adalah siti katurah.
nama ayahnya dan riwayatnya,,,tuan@puan carilah dalam al-quran dan al hadis

[jangan kata tak tahu macam mana nak cari,,,usaha dulu].
iskandar zulkalnai ini adalah nama gelarannya
dan nama sebenarnya ada tersimpan dengan pemegang amanah.
isterinya dua orang.
anaknya ada tiga orang
[dua lelaki,seibu seayah dan seorang perempuan berlainan ibu].
seorang memerintah di arab@parsi.[lelaki]
seorang memerintah di eropah.[lelaki]
seorang memerintah di asia.[perempuan]

ketiga-tiga adik beradik ini,
ada gelaran zulkalnai dibelakang nama mereka.
[kalau tak yakin@tak percaya ,
jangan buat dan jangan baca].
ini adalah satu dari ilmu fekah dan ilmu adat.

Anonymous
on 2/28/15

20160512

Tok Muda Mohd Akhir Bin Yaakub (1856) orang Gua (Lipis-Pahang)

Assalamualaikum,

saya adalah cicit kepada
Tok Muda Mohd Akhir Bin Yaakub (Lahir 1856)-Gua...

jika sesiapa ada catatan berkenaan salasiah asal keturunan beliau bolehlah menghubungi saya

fb:lutfi ramli
hp/whatsapp : 013-6561828

Luth
5/10/16

Mencari keturunan Tambusai yang turun ke Malaya

salam semua

sebenarnya saya masih lagi mencari salah silah keluarga belah ayah saya.

ayah saya katakan yang kami ni dari keturunan tambusai yang turun ke malaya daripada datuk saya dengan tiga orang adik beradik yang lain dan moyang kami juga kacukan dengan arab.

bila saya mengkaji lagi dalam tambusai ini ada kene mengena dengan pangaruyung.

siapa-siapa yang berketurunan tambusai disini harap-harap kita boleh jumpe di mana-mana sebab maklumat yang saya dapat dari ayah saya tak berape membantu untuk jejak salasilah keluarga saya.

ssys tinggal di area hulu selangor. kepada sesiapa yang membaca komen ini dan turut mencari salasilah ataupun tahu apa-apa bolehlah berhubung dengan saya melalui email nazadeen07@gmail.com.

terima kasih

naza deen
on 5/11/16

20160511

Kubur Bawah Bukit Lubuk Pelang Jerantut Pahang Malaysia

Dengan izin Allah dan bantuan seorang anak muda lepasan UITM bidang perladangan akhirnya kami sampai ke kawasan Lubuk Pelang. Disebelah bawah bukit terdapat banyak kubur-kubur baru yang masih digunakan.
 01.
 02.
 03.
 04.
 05.
 06.
 07.
 08. Arwah Nur Suhana bt Suhaimi
 09.
 10.
 11.
 12. Arwah Lalekah Binti Mat Piah.
 13.Arwah Nong Chik b Kedi
 14. Dua kubur tidak mengikut susunan kubur-kubur lain.
 15. Arwah Puteh bin Muhamad yang lahir patah 30.8.1942 dan kembali pada 22.11.2014 setelah berumur 72 tahun.
 16. Arwah Ahmad b Tahir yang lahir pada tahun 1929 dan kembali pada tahun 2014.
17.