INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160624

Garuda malu Kepada Nabi Sulaiman

Salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

GARUDA:(mitos atau sejarah, jangan dikaji sangat kerana ia sebagai kilaf@kias semata-mata) mengikut mitos sejarah, garuda adalah sejenis burung yang teramat besar
(ini adalah sebahagian tugas terakhirnya di bumi sebelum dia menghilangkan diri terbang keangkasaraya. dalam buku diriwayatkan yang dia pergi mengadap raja sulaiman dan memberitahu yang dia akan menenggelamkan kapal yang membawa rombongan peminangan ke negara china [dalam riwayat merongmahawangsa), walaupun dilarang, dia tetap akan melakukannya (tanpa bertanya mengapa dia dilarang menjalankan tugas itu). sememangnya adalah menjadi tugasnya menjadikan padang jarak padang terkukur apabila diberikan tugas(tidak meninggalkan apa-apa yang hidup pun dikawasan yang dilanggarnya. tapi dalam tugas akhirnya ini, bukan menjadi tugasnya, sebaliknya dia yang minta melakukannya.(tugas itu adalah tugas orang lain). apabila dia mendapat tahu, ada yang terselamat  dari kapal yang tersebut. garuda ini menjadi tersangat malu untuk mengadap nabi sulaiman.

lalu mengambil keputusan meninggalkan bumi dan melayang keangkasaraya. dan meninggalkan tugasnya dibumi dan akibat dari terlalu lama melayang diangkasara,garuda ini sudah tidak tahu apa sebenarnya tugas dan amanah yang sepatutnya dia jalankan.

walau macam mana sekalipun, dia tetap salah satu pertugas yang terbaik dan ditakuti di muka bumi.

Anonymous
on 3/13/15

7 comments:

Anonymous said...

salamun,
neguai;


terantuk baru tergadah, itu untuk mereka orang yang dulu dan berilmu,maka mereka bermuhasabah diri mereka kembali kepangkal jalan.
dan mereka orang sekarang yang berilmu sekalipun bukan terantuk lagi bahkan dihantuk sekali pun mereka faham kan benda lain,maka jadinya bagaimana nak muhasabah diri sendiri dan macammana nak kembali ke pangkal jalan.

orang akan bertanya macammana nak kembali kepangkal jalan?. kalau jawapan secara bodohnya sekarang ini; jkr atau kerajaan dah buat jalanraya yang cantik dan siap bersekali penunjuk arah tuju dan nama jalan lagi dan siap pakai sebutan orang putih lagi sebab bahasa sendiri(melayu@malaysia) orang tak reti(baca boleh buat tak faham) dan bahasa orang putih pun 2x5 juga,maka kena guna petunjuk isyarat(dah jadi seperti orang pekak dan orang bisu pulak maka 5x2 juga).pun masih lagi tak faham dan tak nak faham lagi.

bergitulah keadaanya kepada mereka-mereka itu.al quraan dan sunnah rasulullah saw itu jalan yang terang lagi disuluh(maka faham ke tidak bila membacanya atau setakat baca sahaja untuk ambik berkat,biarlah tak faham janji baca dan dapat kumpul pahala semata) dan adakah benar pahala yang dapat atau dosa yang terkumpul atas sebab salah faham dengan apa yang dibaca dan salah faham itu menjadi fitnah kepada bacaan mereka itu.



dia mana gerangan datangnya tadi,tiadalah kita lihat dan dewakahatau jinkah yang sakti-sakti.maka sahut dayang itu;'sungguhlahsperti kata tuan puteri itu.
ujar tuan puteri;'pergilah diri kepadanya!
jawab bidadari itu;'hamba seorang malu hendak pergi.
maka kata tuan puteri;'pergilah juga diri!.maka pergilah bidadari tua itu mendapat kan dia.
mak bidadati itu pun bertanya;'hai orang muda,adakah tuan melihat bajuku sekalian tadi disini.
sahut dia;tiada beta lihat baju tuan hamba sekalian tadi serai gading tumbuh sepohon,batangnya lemah gemalai,buahnya lambung-lambungan anak maharaja manusia itulah yang beta lihat tadi. lalu kembali mendpatkan tuan puteri,maka tuan puteri suruh pergi kembali dapatkan pakaian mereka kepada dia kerana pada fikir tuan puteri,dialah yang mengambilnya..maka pergilah bidadari itu sehingga untuk kali ketiga kalinya, lalu berpantunlah dia;
anak geroda mudik sekawan,
seekkor terlanggar gugur,sayapnya sedepa,
lekat ditangan dia bilangan,
anak maharaja manusia.
maka tertawalah bidadari tu didengarnya pantun itu lalu kembali dapatkan tuan puteri.
tanya tuan puteri;'sudah dapatkah baju kita itu?
sahut bidadar;'ya tuanku tuan puteri,tiada dapat baju itu.
ujar tuanputeri;'jikalau tiada dapat mengapa diri tersenyum-senyum.
maka kata bidadariitu bercerita sambil mengulangi pantun yang dikatakan oleh dia tadi.maka demi didengar bunyinya pantun itu,pada fikirntajuga tidak salah lagi dialah yang ambil pakaian itu.
makasahutbidadari itu;;'baik juga tuan puteri pergi bertanya sendiri mudah-mudahan juga ada kasihnya dikembalikan baju itu akan kita.
maka dalam malu dan seba tak kena serta serba salah pergilah tuan puteri bertanya sendiri kepada dia.maka kata tuan puteri;'hai saudaraku berbuat sangat apalah kiranya tuan hamba akan hamba apa sekalian ini,pulangkanlah baju hamba apa itu.
sahut dia;'sebenarnyalah kita bersaudara juga.
ujar tuan puteri;'pulangkalah baju kita dahulu,apa kehendaksaudaraku hamba beri.
maka kata dia;'apakah alamat orang bersaudara? dan sungguhkahtuanputeri hendak memberi itu setiapnya kehendak hati beta pula.
maka berkata tuan puteri;'sungguhlah apakah kehendaknya tuan hamba itu kami beri lamun setia kkita teguh bersaudara.
ujar dia;'sungguhkah tuan hamba hendak memberi kehendakhatihamba? bersumpahlah dahulu supaya beta pulangkan baju tuan hamba itu.
engan sukacita mendengar ada bajunya itu laluberkata;'wahaiorang muda,teguhlah setia tuan hamba bersaudara denganhamba ini.
makaujar dia;;'wahai tuan puteri sebenarnyalah kan hamba bersaudara dengan tuan puteri.
maka sehingga kedatanganya peri menjaga tasik itu,lalu kberkata ;;'ya tuam puteri,apalahsalahnyatuan puteri bersaudara dengan dia kerana ia pun anak raja besar.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


wak hasil balik asal,(lama dah tak dengar lagu ni).
orang tua-tua berkata dulu-dulu;asal tanah balik ketanah,asal api balik keapi,asal air balik keair dan asal angin balik ke angin,dan bergitu juga kepada kita atau manusia,asal kita dari adam dan adam asalnya tiada lalu diciptakan oleh allah,maka ujud adam sebagai mahluk manusia dan sebagai hamba kepada allah.
dari adam maka diujud nya pula hawa sebagai peneman atau pasangan lalu beranak pinak,silih berganti dijadi kan hidup lalu dimati kan manusia ini.
zaman silih berganti maka manusia bertambah dan memenuhi muka bumi,dan yang baik sering terpinggir dan di fitnah,dan kerapkali yang buas lagi ganas yang bermaharajalela walaupun ditegur dan di hukum akan manusia itu dengan berbagai-bagai hukuman bala bencana,dan nabi serta rasul senatiasa di utuskkan oleh allah untuk memberi peringatan kepada manusia yang lalai serta ingkar dan sering kali mereka itu tidak diendahkan oleh manusia dan adakalanya dijadikan lawak jenaka keatas mereka pula.
dan telah diutuskan nabi muhammad saw sebagai nabi dan rasul akhir bagi seluruh alam bagi membetulkan manusia dan makhluk seluruh alam dan melengkapkan islam.
maka telah dinyatakan,tiada nabi dan rasul selepas dari nabi muhammad saw. dan hanya al quraan dan sunnah rasulullah saw sahaja yang ditinggalkan sebagai panduan hidup manusia dan makhluk lain(al quraan itu sebagai imam).maka kalau nak ikut ,alhamdulillah,dan kalau tak nak ikut terserah pada diri sendiri.
waktu akan balik sudah hampir sampai atau orang ramai katakan sebagai kiamat,dan tempat balik itu ada dua tempat,semasa hidup ada masa untuk buat pilihan nak balik kemana.maka pandai-pandai dalam berfikir dan memilih jalannya.



makadiberikannyabaju tuan puteri itu danbaju bidadari itu,lalu kata tuan puteri;'hai,kakanda,jikalau hendakan hikmat itu marilah kakanda pergi ke mahligai hamba itu.
ujar dia;bagaiman kakanda pergi kemahligai mengikut adinda keranakekanda tiadalah tahu terbang,kerana adinda terbang diudara dan kakanda berjalan dibumi.
maka tuan puteri menyuruh duduk dia diatas tabak lalu tabak itu meluncur terbang mengikut tuan puteri serta bidadari itu.
maka dilihatnya mahligai tuan puteri itu bagaikan gunung berapi cahayanya maka datang pula sesalnya dia kerana mengembalikan baju.
arakian diapun berjalan menuju mahligai tuan puteri,dan berlapis-lapis pagar yang melindungi mahligai itu yang dijagai oleh pengawal dari haiwan gajah harimau singa badak serta naga dan juga garoda dan pada pintu yang lainnya raksaksa yang berkuda menanti dipintu,maka sampailah dia kepada mahligai tuan puteri lalu dipersilakan dia masuk oleh tuan puteri.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


pada sesuatu kampung atau kawasan,ada pengaja atau pemegang amanahnya,dan selepas itu kepada kawasan lebih besar mukim atau daerah,negeri negara dan ada barisan pemegang amanah yang sekarang ini disebut bangsa-bangsa bersatu,dan penjaga atau pemegang amanah yang lain adalah ketua keluarga(tidak kiralah lelaki atau perempuan).
pada zaman dahulu pada setiap kawasan benua,mereka ada satu barisan pemegang amanah atau dewan timbang tara yang menjaga bagi pihak negara-negara dikawasan mereka.
disebelah sini atau nusatara,ia dipanggil pagar ruyung(ianya adalah satu tempat bersidang bagi timbang tara bagi negeri-negeri dikawasan seluruh nusatara.
al quraan juga bergitu,pada setiap huruf-huruf al quraan itu ada pemegang amanah atau penjaganya dan pemegang amanah-pemegang amanah itu pula ada barisan pemegang amanah atau penjaga atau ketuanya(dengan izin allah) dan keseluruhan mereka dijaga dan diperintah dan dipantau oleh allah swt.
seperti juga kawasan apabila penjaganya lalai dan leka maka kawasan itu akan rosak dan bergitu jugalah kepada penjaga huruf al quraan,apabila kalangan nya lalai dan leka,mereka akan di hukum dan diketepikan sehingga mereka pulih dan akan diambil alih oleh penjaga yang lain dari kalangan penjaga huruf.
mereka ini silih berganti,dan adakalangan mereka ini tidak tahu pun yang mereka adalah pemegang amanah atau penjaga kepada satu dari huruf dalam al quraan itu.
apabila seorang demi seorang pemegang amanah huruf ini mamai atau tumbang maka al quraan akan di jaga sehingga tinggal seorang sahaja penjaga@pemagang amanah,dan pada waktu itu huruf-huruf ini akan diangkat ke langit sehingga tidak tinggal sisa. jadi masa itu tahu dan fahamlah akan apa kejadian kepada alam dan bumi ini.




sebermula diceritakan oleh orang yang empunya cerita ini,akan kejadian itu telah sampai kepengetahuan tunangan nya tuan puteri itu maka sampailah fitnah kepada seisi mahligai maka mahligai itupun dikepung oleh bala tentera tunanganan tuan puteri dan terjadilah perang diantara kedua belah pihak tampa usul periksa dan bersangka-sangka buruk semata.
maka sampai pula berita itukepada ayahanda tuan puteri,dan pada mulanya ayahanda juga bersalah sangka kepada berita itu,dan selepas di perjelaskan akan berita yang sebenarkepada raja oleh bidadari penjaga tuan puteri maka jara lah yang menjadi orang tengah dan mendamaikan kedua pihak dengan dipersaudarakan akan kedua-duanya mereka.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali,(satu dari surah al quraan)dan masa itu emas,(nilai kedua-duanya adalah tidak sama).
pejam celik-pejam celik,rasanya kemarin kita ingat masih kanak-kanak lagi dan semalam kita ingat masih muda remaja dan apabila bangun tidur hari ini rupa-rupanya kita telah pun uzur tua,dan ramai dari saudara,keluarga serta sahabat yang telah pergi dan tidak kembali-kembali lagi.
hatinya masih tidak tua walaupun badannya tidak bermaya dengan kedut seribu,dan umur yang disebut 65 tahun sudah dekat kepada penghujung, dan ada dikalangan nya tidak sampai dan ada kalanya mereka diberikan melihat temasyar dunia cucu cicitnya walaupun kelopak mata sudah tidak terdaya untuk dibuka.
keluh kesah masa nya melihat akan diri sendiri dan anak cucunya,apakah dirinya selamat pada masa itu dan apakah yang terjadi kepada anak cucunya kemudian hari.maka masa telah menjadi mimpi dan igawannya dan hanya angan-angan menjadi peneman untuk kembali pada masa.




tatkala dia dan suami tuan puteri pergi berburu,lalu berhenti rehat dan tatkala suami tuan puteri pergi melepaskan hajatnya, maka dia telah dilarikan dengan diterbangkan oleh ayah anak raja jin kufur yang telah dikalahkan oleh dia sebelum ini dari sebab dendamnya kepada dia yang telah membunuh anaknya. dan ayah anak raja jin kufur itu juga telah di bunuh oleh dia.maka dia terdampar disatu kawasan padang yang amat luas lalu serta merta menyerahkan dirinya kepada tuhan yang mahabesar akan takdir dirinya sambil melihat temsyahar kekayaan tuhan.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


sedulang hati nyamuk, itu adalah satu dari syarat hantaran yang dibuat oleh puteri gunung ledang kepada sultan mahmud shah(sultan melaka).maka menjadi gilalah rakyat melaka memburu nyamuk bagi mendapatkan hatinya,(dan nyamuk pula banyak yang melarikan diri kerana takut di bunuh,maka terang,bersihlah akan negeri). dan itu adalah satu dari sandaran kiasan bagi menegur orang yang ramai dari membuat kotor serta sampah dan juga kiasan menegur pemerintah dan pentadbir negeri yang buas dan culas. maka fahamlah akan kesemuanya mereka di melaka maksud disebalik permintaan puteri gunung ledang itu serta insaflah mereka.

maka bergitu jugalah kepada kiasan perumpamaan ayat al quraan dan sunnah saw,apabila mereka dan kita tahu serta faham, maka tidak susah untuk kembali kepada allah.(bersihkan diri dan mengenal diri serta mengenal allah)
maka seluruh apa yang ada dari alam ini dijadi kan sekali,(sebutan* kun *perlu dibaca@tulis dalam jawi) hanya sekali sebutan oleh allah.dan dalam surah yassin itu allah memberitahu kepada seluruh makhluk ciptaan nya akan mahakebesaran,mahakekuasaan, mahaciptaan,mahaagong nya.(dari mula kejadian hingga akhir kejadian atau dari ada kejadian hingga tiada kejadian dan hingga kembali semula kepada nya). itu yang disebut,*yang tertulis dari sejak azali*,oleh orang yang banyak.
maka kita telah diberikan jawapan dahulu dan barulah diberikan soalannya @ dan seluruh al quraan serta sunnah saw itu jawapan dan kiasan atau kilaf itu soalan. maka cari jawapan dan rungkai soalan.



maka bertemu akan dia dengan anak raja-raja yang asyik bermain ditasek tanpa memperdulikan sekeliling mereka,maka didatangi angin ribut menebalikkan mereka,lalu diselamatkan oleh dia mereka anak raja-raja itu dengan izin tuhan yang maha kuasa,dan menjadi saudaralah akan mereka anak raja-raja yang 40 itu kepada dia. dan setelah dia dan anak raja-raja itu berpisah, maka dia pun berjalan pula sekeliling tasek itu bertemu akan dia kepada sebuah pulau.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


dari sejarah fekah yang menerangkan akan kejadian adam dan azazil serta kejadian adam dan hawa;
maka setelah azazil ingkar dengan perintah allah untuk sujud hormat kepada adam,dia telah dihalau keluar dari syurga sebagai hukuman dan seluruh keistimewaannya di tarik balik,maka jadilah dia makhluk biasa. dan,
selepas beberapa waktu pula hawa di ciptakan untuk menjadi pasangan adam(anggaran 300 tahun masa di langit atau syurga),dan mereka hidup aman damai didalamnya.dengan masa yang berjalan disana,ditakdirkan hawa dan adam telah lalai dari peringantan allah dengan memakan buah yang dilarang dengan sebab itu mereka telah mengaibkan akan diri mereka sendiri. mereka telah dikeluarkan dari syurga seperti juga kejadian kepada azazil.

maka jarak diantara kejadian ingkarnya azazil serta dihalau keluar dari syurga dengan lalainya hawa dan adam serta dikeluarkan dari surga dianggarkan antara 300 tahun sehingga 1000 tahun masa syurga.

pada setiap makhluk yang telah dikeluarkan dari syurga atas sebab ingkar atau lalai(semua pintu ditutup kepada mereka),mereka tidak dibenarkan masuk kecuali bertaubat dan taubat mereka diterima allah.

maka siapakah yang telah menghasut hawa serta adam agar makan buah kuldi yang dilarang allah itu?




kamadilihatakan dia akan kejadian pada pulau itu datang seorang perempuan kepulau itu lalu diusir oleh dua orang laki-laki yang berebutkan akan perempuan itu,kejadian itu menjadikan dia bertambah-tambah hairan.lalu ditanyakan kepada dayang dipulau itu;; maka ujar dayang;;diceritakan oleh dayang itu akan beritanya keadaan menjadi tegang dan kelamkabut itu oleh kedua laki-laki dewa dan puteri dewa itu.
maka dipanggil akan puteri dan kedua laki-lakki itu untuk di buat timbang tara damai lalu dia lah menjadi hakimnya urusan itu sehingga selesai dan kembali tenang keadaannya dengan izin allah jua.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


pada setiap dari mereka yang (asalnya)dari pagar ruyung dan apabila mereka keluar(mengembara) kediatas muka bumi allah ini,mereka diberikan tiga amanah dalam bentuk yang nyata.dan tak seberapa orang sahaja dari mereka yang diberikan empat amanah. dan dari tiga dan empat amanah induk itu ,maka terpecah pula menjadi banyak mengikut tugas-tugas yang mereka dipertanggungjawabkan keatas mereka dari allah.

amanah-amanah itu adalah;amanah adab,amanah adat,amanah fekah,dan amanah ilmu.mereka-mereka itu tahu,,dan sebaliknya cucu-cicit mereka tidak tahu dengan keadaan itu. maka mereka cucu-cicitnya,ramai yang yang tergelincir dan ramai yang tidak mahu bertanggungjawab untuk menerima dan menjalankan amanah-amanah yang tersebut itu,dan segelintir dari mereka menyalahgunakan untuk tujuan yang lain dari hakikat sebenar amanah yang tersebut itu.




maka setelah selesai permasalah itu,dia diajak mengadapbonda tuan puteri,lalu disambut dengan sukacitanya oleh bonda puteri kerana orang yang dinantikan untuk menyelesaikan kebuntuan raja yang telah mati serta dirinya dan negerinya akan dapat bertemu. maka dia tinggal dinegeri itu sehingga puteri itu dikhawinkan oleh bonda puteri,dan lalu dia bermohon diri kerana tugas dan pekerjaan dia belum lagi tertunai, walau berat hati dia lagi berat hajat yang disandangnya untuk ditunaikan.maka selesai berjabat tangan dan ucapan selamat,lalu berjalan dia menuju mata hari mati.