-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160610

tok fakih merah silu dan syeh maulana merah silu

salamun... tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

merah silu/tok fakih/syeh maulana...
merah silu ini adalah sultan@pemerintah samudra pasai
(yang sekarang ini digelar acheh).
(dulunya istana pagar ruyung dijagai oleh samudra pasai
dan selepas darinya di jaga oleh kerajaan minangkabau)

tok fakih adalah tok pepatih yang membawa adat pepatih.

syeh maulana adalah tok temenggung yang membawa adat temenggung.

kesemua mereka (kubur mereka) ada dalam pahang.
datangnya mereka serentak dengan tok bayan dan
sultan muhammad pagar ruyung
bagi menzahirkan negeri@kerajaan melaka.

merah silu ini adalah ayah kepada
tok fakih dan syeh maulana...
seorang memerintah negeri jambi dan
seorang lagi memerintah negeri linggi
(yang sekarang ini digelar minangkabau)
mereka ini semuanya adalah ulamak-ulamak islam nusatara.
(nama sebenar mereka tuan@puan cari lah)
   
Anonymous
on 3/11/15

9 comments:

Anonymous said...

allah kepada mu kami berlindung dari syaitan yang kena rejam,
allah dengan nama mu yang maha pengasih lagi maha penyayang;

ya allah' dengan izin kehendak dan perintah mu,kami menjalankan urusan ini,inshaallah.dan tiada upaya atas kami menjalankannya dengan tanpa bantuan serta pertolongan mu ya allah. amiin.

salamun,syukur,alhamdulillah.
neguai;

tuan-puan,


inshaallah'koi akan meneruskan urusan seterusnya, dan mengambil alih pembentangan dari sahabat kami yang telah selesai pembentangannya.

kali ini urusannya berkisar kepada satu sejarah yang telah terlalu lama@tua dalam sejarah peradaban manusia melayu,dan pembentangannya masih lagi dalam bentuk kias bandingan dan kias perumpamaan. dan dalam bentuk susunan sejarah hikayat(serta sejarah susunan keturunan).(bacalah dengan berhati-hati dan dengan akal serta hati yang terbuka)(elakkan haba nafsu dari mencampuri pembacaan dan pemahaman tuan puan)(pada setiap perkara,ayat,sebutan,kejadian,kiasnya dalam pembentangan ini perlulah disandarkan kembali kepada al quraan dan sunnah sebagai tempat rujukan).

ianya adalah satu periwayatan perjalanan seorang manusia atau perjalanan awal dan perjalanan akhir atau kata lain janji awal dan janji akhir.oleh seorang hamba allah.yang pernah di catatkan dalam sebuah kitab perjalan atau sejarah pada zaman tua dahulu kala.(kitab kuning bagi gelarannya).


dari maksud al quraan;

maka barangsiapa mengikuti petunjuk ku,ia tidak akan menjadi sesat dan celaka.

maka barangsiapa mengikuti petunjuk ku,maka ia tidak akan merasa takut dan tidak pula mereka berdukacita.

dan inilah sebuah kitab yang telahkami turunkan yang diberkati,maka ikutilah dia dan bertakwalah kamu supaya kamu mendapat rahmat.

dan iktilah semua yang diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu,dan janganlah kamu ikuti pemimpin-pemimpin selain daripadanya,tetapi amat sedikit diantara kamu yang ingat.

dan hendaklah kamu ikti sebaik-baiknya apa yang telah diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu sebelum datang kepada kamu seksa secara mendadak padahal kamu sekalian tidak sedar.

alif laam raa.
inilahkitab yang telah kami turunkan kepadamu supaya engkau mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya dengan izin tuhan mereka kejalan tuhan mereka yang maha perkasa lagi maha terpuji.

tidak ada ucapan lain dari orang-orang yang beriman itu apabila diajak kepada allah dan rasul nya untuk diberi hukum diantara mereka,melainkan mereka berkata: kami mendengar dan kami taati,dan mereka itulah orang-orang yang beroleh keberuntungan.

dan orang mu'min laki-laki dan mu'min perempuan sebahagian mereka adalah menjadi wali kepada sebahagian yang lain,mereka menyuruh berbuat baik dan mencegah berbuat mungkar,mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat,mereka taat kepada allah dan rasul nya,mereka itulah akan diberi rahmat oleh allah,sesungguhnya allah maha perkasa lagi maha bijaksana.

dari maksud sunnah@hadis;

aku tinggalkan dua perkara, yang dengannya kamu tidak akan sesat.
iaitu; al quraan dan sunnah@hadis.

inshaallah...

Anonymous said...

salamun,
neguai;


seperti katanya nabi khadir kepada nabi musa;(dari maksudnya)

aku diberikan ilmu oleh allah,yang engkau tidak mengetahui dan engkau juga diajarkan ilmu oleh allah, yang aku tidak diberikan oleh allah.

setiap dari kita ini diberikan kelebihan atau keistemewaan yang berlainan diantara satu dengan yang lain,bergitu juga diantara mereka-mereka itu, tuan puan dengan koi.

kita diberikan pilihan(itulah cita-cita,angan-angan) selain itu patuh dan sujud taat kepada allah. dan tidak melakukan kemungkaran,keingkaran dan tidak lalai dan tidak lupa kepada allah.

dan ini adalah kisah kepada dia yang dihikayatkan orang;

syahadan bermula kisahnya,hatta beberapa lamanya,setelah genaplah bulannya maka kepada empatbelas hari bulan.pada hariraya besar,beranaklah seorang laki-laki.

maka bagnda pun menyuruh akan orang memanggil segala ahli nujum dan sastrawan.

setelah datanglah segala ahli nujum dan sasrtawan maka baginda pun memberi titah kepada segala mereka; maka lihatlah oleh tuan-tuan sekalian betapakah kebesarannya ini...inshaallah .

Anonymous said...

salamun,
neguai;

umpamanya kepada pecahnya dahan,maka berjulai ranting yang rendang dengan dedaun-dedaun.dan begitulah ibaratnya yang sepatutnya kepada manusia ini. dan mereka sepatutnya tidak melupakan pada asal kejadian mereka,dari mana benih itu datang bagi tumbuhnya pokok,akarnya kukuh sebagai pasak kedalam tanah bumi dan pucuknya menjulang tinggi mendapatkan cahaya kelangit.


setelah dilihatnya maka masing-masing pun menggerakkan kepalanya seraya ia berdatang sembah;ampun tuanku syah alam,terlalu sekali bahagianya padukaanakanda itu akan memangku kerajaan yang amat besar hingga tujuh tahun juga lamanya paduka anakanda ini bersama-sama dengan dulisyah alam,nescaya cerailah juga ia dengan uli tuanku.maka paduka anakanda itu akan melihat kekayaan tuhan yang maha besar dan maha tinggi.

adapun jika paduka anakanda itu hendak bermain-main binatang jangan tuaku beri,kerana sebab binatang itulah anakanda itu beroleh bencana.

maka setelah genaplah empat puluh hari dan empat puluh malam maka maharaja pun mengaraklah akan anakanda baginda itu sekeliling negeri. setelah genaplah tujuh kali diarak oleh orang anakanda baginda berkeliling negeri dan setelah sampai ke istana maka didudukkan oleh orang diatas tajta kerajaan dan diriba oleh baginda maharaja dan dipeliharakannya dengan sepertinya adat.

hatta beberapa lamanya maka dia diserahkan mengaji kepada seorang mualim bersapian namanya,lamanya kira-kira tujuh tahun dan diapun tahulah sudah mengaji quraan.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


umpama kepada jauhari yang mengenal manikam, zaman dahulunya ramai dan masih ramai mereka-mereka ini,kerana mereka menjaga ilmunya,adatnya,adabnya dan fekahnya,diantara mereka dengan tuhan mereka. sebaliknya pada zaman akhir-akhir ini,kalangan jauhari ini telah menurun dengan mendadak jumlahnya dan yang ada dari segelintir dari mereka mendiamkan diri,mengelak dari orang-orang yang ramai,atas sebab fitnah yang akan menyakiti diri mereka serta kerabat mereka.

zaman ini mereka tidak digelar jauhari,sebaliknya mereka kebanyakannya dipanggil dengan gelaran yang tidak sepatutnya.dan sebahagian yang lainnya hanya beranggapan semata sahaja...



hatta kelakkian pada hari semayamnya maharaja dihadapan segala raja-raja dan menteri hulubalang rakyat jelata dan orang kaya-kaya dan sekalian hina dina.maka dia diribai oleh maharaja,takkala datang nya orang menghantar ufti dan menbawwa utusan, seorang utusan pandai emas dan seorang utusan pandai kayu.

maka dipersembahkan kepada maharaja akan keduanya itu;;perbuatkan olehmu barang kepandaianmu itu supaya kkulihat.

makadiperbuatkannya oleh pandai kayu itu seekor ikan terlalu amat rupanya,lalu ditaruh ikan itu pada pasu,dibubuhkan air.maka iapun tertawa dan berpantun berseloka.

'hai pandai emas perbuatkan olehmu barang kepandaianmu itu supaya kulihat'

maka diperbuatkan suatu gambar merak daripada emas,lalu ditaruh pada talam emas dan perakk,maka merak itupun mengigal terlalu amat indah-indah lagunya seraya ia berpantun dan berseloka.

maka maharaja bertitah pada keduanya;'hai kamu kedua,pada hari inilah aku tiada mengambil ufti pada kedua negerimu itu'.

maka keduanya utusan itu pun sujud akan maharaja itu denga sukacitanya.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


umpama harapkan pagar,pagar membawa rebah, dalam memegang dan menjalankan amanah,kita adalah pagar dan kalau kita hanya menjaga perut sendiri aje,maka itulah yang dikatakan seperti diumpamakan itu.

pagar yang kukuh tidak dibuat atau terbuat dari besi atau kayu yang kuat itu sebaliknya dibuat dengan akal yang kukuh imannya seperti pagar abu nawas sehinggakan lawan dan kawan hormat kepadanya walaupun dia dimusuhi orang kerana dia menasihati kawan dan lawan seperti dia menasihati dirinya sendiri.maka dia dan orang ramai terlepas dari malapetaka serta azab dari allah.



dia pun turun daripada riba maharaja pergi melihat merak amas mengigal diastas talam itu.maka tiba-tiba merak itu pun menyambar dia seraya diterbangkannya,dan maka hilanglah dari pandangan mata orang yang banyak itu akan dia.

hatta diterbangkan dia,maka jatuhlah dia kepad suatu negeri dan pada suatu kebun nenek kebayan.

maka dtanglah nenek kebayan itu kepada kebunnya itu..tak kala dilihatnya nenek kebayan itu maka sedarlah dia akan dirinya,hatinya berkata'sudahlah dengan nasibku'

dilihat oleh nenek kebayan dalam kebunnya ada seorang kanak-kanak sedang kan pintu pagarnya terikat,maka ujar nenek kebayan lalu bertanya; hai cucuku kanak-kanak siapa cucuku ini dan dari mana cucuku datang sehingga boleh sampai kesini.

maka diceritakan segala hal-ehwalnya sekalian kepada nenek kebayan.

ujar nenekkebayan; hai cucuku mahukah cucuku duduk bersama dengan hamba?

jawab oleh dia; baiklah nenekku,kemana lagi hamba hendak membawa dirinya hamba lagi.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


ilmu itu telah terbahagi kepada beberapa bahagian,dan cuma rasulullah saw sahaja yang diberikan kebanyakan darinya oleh allah swt. dan rasulullah saw menyatukan bahagian-bahagian ilmu yang terbahagi itu lalu dipersatukan olehnya. dan ianya terletak didalam al quraan dan al sunnah@al hadis.

ada sejarah yang lampau; disebabkan ilmu, mereka dua beradik telah tidak bertegur sapa dan krisis itu berlanjjutan sehingga kedua mereka menbawa diri masing-masing dan sehinggalah keduanya mati.

mereka kedua beradik itu mempunyai ilmu yang sama tingginya dan yang sama hebatnya,yang menjadi bezanya adalah seorang mendalami ilmu syariat dan yang seorang lagi mendalami ilmu hakikat.

kedua-dua ilmu ini adalah sama,tiada bezanyapun; alif tetap alif,cuma cara pandangan mereka dan sebutan mereka tidak sama. contohnya yang seorang menyebut dalam jawi dan yang seorang lagi menyebut dalam jawa.

dan oleh sebab itu dewan timbangtara merungkai perselisihan diadakan dan di buat sebagai pendamai,maka di sebelah sini ianya disebut sebagai istana pagar ruyung dan semasa adanya rasulullah saw,maka dialah yang menjadi penimbangtaranya.



maka keesokan harinya maka nenek kebayan pun pergi menjual bunya dibawnya bersekali akan dia,mak ditanya akan mereka yang ramai;'hai nenek kebayan,siapa orang yang tuan hamba bawa ini',lalu dijawabolehnenek kebayan 'adapun inilah cucuku'.maka kata sekalian itu;'selamanya mengapa tiada dibawa oleh nenek?',mak sahut oleh nenek kebayan;adapun sekian lamanya tiada hamba bawa kerana kanak-kanak ini kurang bahasanya lagi.itulah sebabnya maka tiada hamba bawa berjalan-jalan.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus,memang betul ketam itu berjalan lurus,sebaliknya dia bukan mengajar anaknya berjalan kedepan sebab dia tahu akan hakikat kejadian dirinya,dan berbalik kepada manusia itu sendiri, adakah mereka terlupa atau mereka sememangnya dah lupa akan hakikat kejadian diri mereka. sehingga perumpamaan dan ibarat, kias atau perbandingan dibuat kepada mahluk lain selain dari manusia itu sendiri.



hatta pada suatu hari dibawanya dia oleh nenek kebayan pergi kepada perdana menteri untuk dipersembahkan bunga.maka ditanyai oleh perdana menteri; hai nenek kebayan,anak siapa kaubawa ini?,makkasembahnenek kebayanseraya berkata; ya tuanku perdana menteri,inilah cucu hamba. kata perdanamenteri,'hai nenek kebayan,selamanya mengapa tiada engkau bawa dia?,ujar nenek kebayan;sebab selamanya tiada hamba bawa kerana dia lagi kanak-kanak dan kurang budi bicaranya lagi,ujar perdanamenteri;siapa nama nya dan apa bangsanya?,sahut nenek kebayan lagi;(...)namanya dan bangsanya daripada manusia.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


umpama mengeluarkan permata dalam pasir, bergitulah dengan apa yang ada dalam hati..
maka dengan akal kita wajib fikir bagaimana hendak mengeluarkan apa yang tersimpan dalam perpustakaan diri itu(hati), bukunya banyak sebaliknya tidak pernah di baca,maka perpustakaan itu telah terlalu lama ditinggalkan dan telah bersawang,dan adakalanya perpijat telah merosakkan buku-bukunya.

oleh itu permulihan diperlukan,,dan pegantian kepada yang telah rosak sangat-sangat di wajibkan,dan perpustakaan diri@hati itu hendaklah di bersihkan serta dicantikkan dan dikemas kini,barulah pelawat akan datang berramai-ramai.




hatta diceritakan oleh orang yang punya cerita ini demikian bunyinya.
adapun raja dalam negeri itu terlalu amat besar kerajaannya juga.syadan menteri maharaja itu yang muda-muda kurang satu empat puluh dan maharaja itu tiada beranak.

maka suatu hari raja pergi berburu kedalam hutan,setelah berburu kedalam hutan.setelah beroleh perburuan maka raja itu kembali pada istananya dengan yang lain berjamu dan bersuka ria,demikianlah pekerjaan baginda.

hatta maka datanglah pada suatu hari raja pergilah berburu rusa,daripada pagi-pagi hari hingga datang petangnya,seekor rusa pun tidak diperolehinya.maka raja hendak kembali dan melompat seekor kijang,lalu di panah oleh raj akan kijang itu,lalu kena terus kebelakangnya,seraya mati..maka datang pula anak kijang itu berteriak-teriak ia mendapatkan ibunya,maka disadarinya ibunya itu oleh anaknya itu; dilihat oleh raja akan perilaku anak kijang itu.maka hairanlah raja serta fikir dalam hatinya demikian;

sedangkan binatang lagi demikian melihat ibunya,jikalau manusia berapa lagi.dengan dukacita raja berbisik dalam hatinya;'jangankan membunuh binatang,menetas daun kayu sehelai pun tiada aku mahu.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu,dan jawapannya ada pada diri masing-masing.bergitu juga dengan iman pada setiap orang,koi dan yang lain hanya boleh memberitakan perkabarannya sahaja seperti yang telah rasulullah saw pernah lakukan diatas izin dan perintah allah swt. sebaliknya setuju atau tidaknya hati pada iman itu adalah terletak pada diri masing-masing.



takkalan selepas dari peristiwa itu,maka rajapun memanggil segala menteri danmemberi titah;'hai kamu sekalian hendaklah engkau apa bicarakan hasratku hendak beranak.'
maka segala menteri berdatang sembah memohon tempoh empat puluh hari bagi membicarakan hasrat raja itu.
maka raja pun memberi janjidan jikalau tiada bicarkan hasrat itu nescaya dibunuhnya sekalian menteri.