-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160729

Puteri Tujuh dan Kiay Saleh

Salamun... tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

ada seorang ibu dan enam orang anak perempuannya yang diberi akan amanah bagi menjaga kerajaan pulau beratus-ratus tahun dahulu
dan mereka ini mempelajari ilmu mereka (memperolehi ilmu ini) dari wali sembilan semasa zaman itu.

keenam-enam anak perempuan telah diberikan oleh ibunya sehelai selendang setiap seorang dan yang tinggal pada ibu sehelai dan mereka telah menukar nama mereka dengan gelaran bunga mengikut warna selendang yang mereka miliki. sehingga sekarang,

anak cucu mereka ada yang masih memegang warisan ilmu ini dan ada dikalangan anak cucu mereka ini yang menyalahguna akan ilmu yang tersebut dan ada dikalangan anak cucu mereka yang membuang ilmu ini kerana mengagap mereka lebih tinggi ilmunya dari moyang mereka.
salah seorang yang telah menyatakan@memperlihatkan akan ilmu ini adalah semasa darurat, disebut oleh orang sebagai kiay saleh. selepas dari kiay saleh ada dikalangan dari muridnya selepas dari kiay saleh ada dikalangan dari muridnya mempergunakan ilmu ini dengan salah(untuk cari makan sahaja) dan (yang benar-benar memegang ilmu ini hanya mendiamkan akan diri kerana bimbang dituduh membawa ilmu salah oleh orang ramai sebagai fitnah atas diri mereka dan atas islam@fekah@adat)ilmu ini tiada salahnya tetapi orang yang membawanya adakala menyalahgunakan ilmu ini.

mereka hanya memegang dan menjalankan amanah moyang mereka puteri tujuh dari sumatra bagi menjaga islam dan kerajaan semata-mata.

inilah ilmu yang apabila di sebut kepada orang,,,
orang memtertawakannya,
kerana perkara ini kelakar atau
perkara ini memalukan mereka.

ada beberapa nama disebut orang;-

1] ilmu panji semerang selendang merah (mengikut warna).

2] ilmu langkah seribu (inilah yang diketawakan oleh orang ramai).

3] ilmu puteri tujuh.

4] diterengganu, lain pula gelarannya (ulit mayang)

ilmu ini apabila digunakan akan menyebabkan bergoncang bumi ini.
jangan salah guna akan ilmu seperti ini kerana ianya adalah datangnya dari dalam al-quran itu sendiri.(kenapa pula nak pandai-pandai mengubah perkara yang bukan dalam urusan kita).

Anonymous
on 3/21/15

9 comments:

Anonymous said...

salamun,
neguai;


(baca betul, niat tergelincir)

dalam al quraan dan sunnah rasulullah saw ada bermacam-macam petunjuk pedoman serta pengajaran yang memang ditujukan kepada seluruh makhluk alam ini terutama sekali kepada jin dan manusia.

maka dalam kalangan jin dan manusia ini(dua golongan ini) sentiasa ada segelincir yang menyelewengkan niat dan maksud sebenar ayat-ayat dari al quraan dan sunnah..

mereka golongan ini memang sedar dan tahu yang mereka sedang menyelewengkannya sebaliknya mereka dengan angkoh enggan kembali kepangkal jalan yang lurus dan diredha allah serta rasulullah saw.

selain dari mereka mengkianati diri mereka sendiri,mereka juga pada dalam sedar menarik orang lain mengikuti cara mereka tanpa orang awam atau masyarakat sekeliling itu sedar kerana masyarakat itu bergitu dahaga dan tertarik dengan keindahan kata-kata golongan ini.

maka belajar dengan sebenarnya dan pengesahan kepada golongan ulama yang sebenar adalah diwajibkan dan yakin dengan sah akan ilmu yang dipelajari. dan bukan setakat berpegang dan bersandar kepada kata-kata ulama semata-mata.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niat tergelincir)


tidak ada adat dan adab melainkan diambil dari dalam islam,sebaliknya perkara itu bila tidak reti dan tidak faham,maka dibawanya adat dan adab itu kepada yang salah.

sekapur sirih,ceritanya ada dalam al quraan. sebaliknya mereka beranggapan urusan itu datangnya dari tempat lain(budaya hindu), bersama-sama sirih mestilah ditaruh kapur, pinang dan gambir,dan kalau tidak cukup empat perkara itu ,tidaklah dipanggil sebagai puan.

serupalah kepada solat,ianya mestilah mengikut kepada apa yang allah turunkan kepada rasulullah saw,maka mestilah cukup sarat-saratnya dan rukun-rukunnya,bergitu juga kepada wuduk.

sebab musabab mestilah ada puncanya, tiada anggapan-anggapan sahaja.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niat tergelincir)


salah faham tentang hantu, nama sebenarnya panjang,dipendekkan saja,disebut orang yang ramai semasa itu, 'antu',. anak kepada seorang maharaja yang besar di nusatara semasa itu.

dia telah melarikan diri kedalam hutan ,mengelak dari dilantik atau ditabalkan menjadi raja menggantikan ayahnya.

setelah bertahun-tahun lamanya dia menghilangkan diri,maka telah di temui oleh orang yang mencari rezeki dalam hutan dan mengenali dirinya,lalu di beritakan keistana,yang mana paduka antu telah ditemui dalam keadaan berserabai serta kusut masai.

satu pasukan dari istana telah bergegas kedalam hutan untuk membawa dia pulang keistana,sebaliknya tidak ditemui,dia telah melarikan diri masuk dalam kedalam hutan tebal,maka berita kegagalan itu telah disampaikan keistana dengan dukacita.

berita pertemuan paduka antu itu telah tersebar rata keseluruh nusatara dan dimaklumkan keistana pagar ruyung,agar ada dari kalangan orang lain dari negara kerajaan yang lain dapat menemui paduka antu dan dihantar pulang keistana ayahnya.

cerita itu telah lama berlalu,dan sejarahnya telah disalah fahamkan oleh orang ramai yang dari dahulu sehinggalah sekarang ini.

bergitu jugalah kepada kisah dalam al quraan dan sunnah,yang dibacakan dengan betul sebaliknya disalah maksudkan kepada perkara yang lain.

asura itu bukan nya bab makan atau makanan,tetapi ingat zaman nabi adam,makanan yang sikit dikumpulkan dan di makan beramai-ramai, bergitu juga zaman nabi nuh dalam bahtera,bergitu juga zaman nabi ibrahim,bergitu juga zaman nabi musa,bergitu juga zaman nabi muhammad saw.

pada zaman nabi muhammad saw beberapa kali asura ini telah menyelamatkan nyawa; semasa nabi saw dan keluarga bani hashim dan bani abd mutalib dihalau dari kota mekkah.
semasa perang kandak,kota madinnah dikepung.dan semasa perang pada penhujung zaman nabi saw.

maka surah al'ashr(masa)(ke 103) itu kemanakah hendak dicampakkan oleh mereka-mereka itu.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niat tergelincir)


kepada buah kelapa dan buah durian;

kelapa;bagi menikmati airnya,maka perlu dikupas; beberapa lapisan akan ditemui sehingga berjumpanya airnya kelapa itu;

kulit luar,selepas itu sabut, tempurung, kulit dalam, isi dan akhirnya air,dan kenalah tahu dan belajar bagi mendapatkan buah kelapa tu dulu,panjat,kait, atau apa-apa kaedah lain, dan selepas dari itu kenalah tahu cara bagaimana nak kupas atau buka buah kelapa tu.

kalau boleh guna tangan ,gunalah dan kalau kena guna parang atau alat yang lain ,maka kenalah belajar cara menggunakannya,cara pegangnya, cara hayunnya,kalau tidak luka tangan atau cedera.

kalau pada durian pula; kulit luar, serabut tengah, cawan kulit dalam, kulit pembalut isi,isi,kulit pelapik isi,kulit biji,biji,tunas.

serupalah dengan kelapa tadi,nak makan durian kenalah belajar buka kulit durian,serta kaedah-kaedahnya,barulah dapat meknimati isi durian.

maka orang yang pandai ni ada beberapa jenis;
1]pandai betul
2]pandai pedoah
3]buat pandai

yang paling ramai adalah kumpulan yang 3 tu. mereka akan sandarkan diri mereka kepada kumpulan 1 atau mereka sandarkan diri mereka kepada kumpulan 2.

mereka itu seperti bermain loteri;nasib nombor betul mereka untung, dan kalau nasib nombor tak kena, mereka rugi seringgit.

kumpulan 2, mereka tahu mereka buat untuk dunia semata,mereka tak perduli keorang lain,dan kalau boleh orang lainpun mereka nak ajak sama macam mereka. maka mereka dalam dunia mereka sendiri.

maka carilah mereka yang betul-betul tahu atau betul-betul pandai,dan bukan setakat pandai betul.

urusan sebegini kena teliti dan sandarannya adalah datangnya dari dalam al quraan dan sunnah dengan sah. mereka yang bercerita itu hanya menghuraikan sahaja dengan apa yang mereka fahamkan dari bacaan mereka dari al quraan dan sunnah.

maka diri sendirilah yang perlu berfikir menggunakan akal yang dibekalkan oleh allah. menterjemah,mana yang betul dan mana yang salah dengan izin allah. dan rujukannya adalah al quraan dan sunnah.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niat tergelincir)


rasulullah saw telah menyempurnakan dan melengkapkan keseluruhan urusan yang sebelum dia atau dari nabi@rasul sebelum dia.kesempurnaan adab,adat dan fekah syriat dalam islam sebagai agama yang telah disahkan oleh allah sendiri dan mengesahkan dirinya@nabi muhammad saw oleh allah sebagai nabi serta rasul terakhir bagi seluruh alam.

maka kan orang yang selepas dari nya yang terkemudian telah memporak perandakan urusan yang telah disempurnakan oleh rasulullah saw itu disebabkan halobanya mereka kepada dunia,yang sedangkan mereka tahu dunia ini atau bumi ini atau alam ini akan hancur bila sampai tempoh hayatnya@kiamat.

oleh sebab itu hati-hati mereka tidak berketentuan dalam urusan yang tersebut dari perkara islam ini. sehinggakan bayang-bayang mereka sendiripun mereka takut,seolah-olah mereka dikejar haiwan yang ganas.

(dari sebab perselisihan faham,dendam,perang antara saudara,iri dan dengki dihati,tamak haloba,kedekut serta memfitnah)(serta sangsi sesama sendiri dan syak wasangka yang mendalam dalam hati)

untuk menyejukkan dan menenangkan hati serta perasaan mereka,mereka mengajak kembali kepada perkara asal,al quraan dan sunnah,sebaliknya bagaimana hendak kembali kepada perkara asal itu tidaklah mereka jumpa puncanya kerana telah terlalu lama ditinggalkan urusan yang tersebut,maka mereka terkapai-kapai seperti orang yang terjatuh kedalam laut dari kapal yang pecah dilanda ribut,mereka akan mencapai apa sahaja yang boleh dicapai disekeliling mereka bagi menyelamatkan diri dari lemas dan tenggelam kedasar laut.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niattergelincir)


silat; benda itu perkataan yang dibanggakan oleh mereka,sebaliknya mereka sendiri tidak tahu apa ke bendanya silat tu yang sebenar,dan apa yang mereka diberitahu oleh orang sebelum mereka,silat itu seni pertahanan diri.

silat itu diambil dari dalam al quraan dan kalau silap,mereka akan dimusnahkan oleh persilat yang lain kerana yang seorang buat silap dan yang seorang lagi membetulkan silap.

sebab itu jangan silap langkah,pada tariannya dan dan langkahnya silat tidak boleh silap.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


(baca betul, niat tergelincir)


50 meter ada jual kepok dan nesan, untuk tempahan no tel sekian-sekian.
itu iklan ditepi jalan,menunjukkan ada kadai menjual benda yang tersebut.

sekali baca dan pandang ianya adalah menjual kerepok dan nisan madu lebah atau gula nesan kabung.

yang sebenarnya bukan benda-benda tu,maka orang yang lalu lalang akan menjadi terkeliru dengan iklan itu..

yang dimaksudkan kepok itu adalah kepok dapur kubur dan nesan itu pula adalah batu nesan.maka bertelitilah dalam bacaan dan hati-hati menterjemahkan sesuatu perkataan atau ayat.

maka bergitulah dalam membaca dan menterjemahkan sesuatu perkataan dan ayat dalam al quraan dan sunnah.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niat tergelincir)


maka janganlah hendaknya melakukan kerja yang tidak mendatangkan faedah serta manafaat, membazir saja solat lima waktu,solat sunnat,solat terawih,puasa dalam bulan ramadhan,puasa sunnat dan haji serta umrah yang di kerjakan itu.kalau haloba kepada harta dunia pun sama naiknya.

pada setiap satu jasad,hanya diberikan satu nyawa sahaja, ingat tu.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul, niat tergelincir)


keampunan allah (memohon maaf serta dimaafkan); tidak boleh ada sertanya merajuk atau tidak ambil peduli, dan tidak boleh ada bersamanya tuntutan. (dalam lain perkataan tidak boleh: aku, aku punya pasal,dan kau, kau punya pasal, kubur sendiri-sendiri atau lain-lain)

dengan izin allah.

keampunan dari allah adalah dengan disertakan menyelesaikan amanah yang dipangkukan oleh allah kepada diri dan serta membantu menyelesaikan amanah lain dari kalangan saudara dan masyarakat, dan kalau amanah tak selesai dan merajuk dan leka dan lalai atau berpatah arang,mana boleh dapat keampunan terus,maka diberikan kifarah dahulu sebagai denda hukuman,dan barulah diberikan pengapunan.

inshaallah.