INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160819

katak oh katak kenapa engkau panggil hujan.

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

(maaf, kami pinjam sementara senikata berikut)
katak oh katak kenapa engkau panggil hujan.

aku tak panggil hujan,aku menjerit
minta tolong sebab ular kejar aku.

ular oh ular kenapa engkau kejar katak.

aku bukan kejar katak, aku tengah cari makan, terserempak dengan katak, dia terperanjat kut.

tanya pula mereka kepada kerbau yang sedang terbaring mengerang sakit.

kerbau oh kerbau kenapa engkau terbaring.

aku malas nak jawab, pergi tanya perut.

perut oh perut kenapa engkau sakit.

sakit, siapa sakit, masuk angin je. korang pergi tanya, apa benda yang aku telan tadi, nasi ya ya nasi.

nasi oh nasi perut komplen, engkau menyebabkan dia sakit.

nak komplen aje diaorang ni, tengoklah dulu kalau nak makan, ini tak menyempat, main telan je. tanya lah kayu ke api ke.

nak tanya yang mana satu ni.

tanyalah kedua-duanya sekali.

tanya kayu dulu lah.

kayu oh kayu kenapa nasi suruh tanya kepada engkau.

apa, nasi suruh tanya aku.apa ceritanya.

tak tahu. dia suruh tanya aje.

tak tahu!. tak apa aku jawab jugalah. mengikut senikata yang sedia ada. korang dah tahu. ini jawapan lain sikit.

aku ni kayu dan api tu benda lain. bila aku dah terbakar barulah dipanggil kayu api.

pergi tanya api pula lah.kut-kut dia ada jawapan.

tapi, api tak ada dalam senarai.

cuba semak betul-betul, tertinggal kot.

tak apa,tak apa,kita tanya hujan aje lah.

hujan oh hujan, nak tanya boleh ke. pening kepala kami bertanya. orang sana suruh tanya orang ni.dan orang ni suruh tanya orang tu. dan orang tu suruh tanya orang sana. berpusing-pusing, bila nak selesai pun tak tahu, kalau macam ni.

hujan berkata; masa panas minta hujan, masa hujan minta panas. dan ada masa minta serentak hujan dan panas. yang mana satu engkau orang nak minta ni.

kalau kau orang tanya api, api pun akan jawab seperti aku jawab ni lah.

yang katak tu, panggil hujan dia sebut,
ong,ong,ong
dan dia minta tolong pun, dia sebut
ong,ong,ong.

aku ingat dia panggil aku, jadi aku turunlah.

jadi nak tanya siapa lagi ni?

korang tanyalah pencipta korang
(Allah, tuhan pencipta sekelian alam)

macam mana nak tanya?

al-quran dan al hadis kan dah ada tunjuk. baca dan ....inshaallah.

5 comments:

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niat tergelincir)


musang jebat telahpun sampai akan melapur diri,bagi memulakan urusannya,maka hati-hati lah mereka-mereka itu dan tuan puan sekalian.dia amat tegas dalam tugasnya dengan izin allah.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niat tergelincir)


dalam adabnya disebut; pekan temerloh chenor pekan temerloh phucong.
dalam fekahnya disebut; disandaran dalam al quraan dan sunnah.
dalam adatnya disebut; penjelasannya dan keterangannya.

kesemuanya telah di tuliskan dalam al quraan dan sunnah.
maka kami hanya membacakannya dalam adab melayu.tak berubah apa-apa pun.(itu bahasa ulama tua zaman dahulu)(sebab orang melayu dahulu tak tahu arab maka diubah dalam jawi melayu atau bahasa adab agar mudah orang melayu dahulu memahaminya)(tapi sekarang apa dah jadi)
dalam bahasa arab mereka tak faham,dan dalam bahasa melayu pun tak kan tak faham juga.(tak dapatlah nak menolongnya kalau gitu keadaannya)

inshaallah..

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niat tergelincir)


dalam adabnya disebut; labu lembu lebu jelebu guai.
dalam fekahnya disebut; disandarkan dengan apa yang tersebut dalam al quraan dan sunnah.
dalam adatnya di sebut; keterangan dan penjelasan.(diterangkan dengan sejelas-jelasnya)

maka yang selesai dan sempurna dikembalikan kepada yang maha hak lagi yang maha mutlak.
yang bathil lagi fitnah di ketepikan dikumpul bagi urusan akhir zaman kiamat.

dengan izin serta redho allah. amiin. amiin. amiin...inshaallah.inshaallah.inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

(baca betul,niat tergelincir)


dalam adabnya disebut; mutiara hitam dari dalam rokan.
dalam fekahnya disebut; disandarkan dalam al quraan dan al sunaah.
dalam adatnya disebut; diterangkan dan penjelasan maksudnya dengan tertil dan tertib.


orang kata langit tu tinggi dari bumi dan diantara keduanya itu ada awan sebagai halangannya mata memandang.ada yang putih dan ada yang hitam,maka kedua-dua awan putih dan hitam ada kegunaannya.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


(baca betul,niat tergelincir)


hendaklah kenal susunan datok berempat,moyang berlapan.
itu adalah sanad darah keturunan yang wajib diketahui oleh diri.
barulah sanad ilmu sah diterima dan digunakan oleh diri.
kalau tidak,urusan tersekat.
bukan disekat oleh orang sebaliknya oleh diri sendiri.


inshaallah.