INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160804

Sesudah itu tiada lagi Kaabah

Bagaimana mungkin Kaabah boleh musnah sedangkan Kaabah adalah Rumah Allah dan Allah yang menjaganya. Kerana, Allah akan menjaganya sehingga menjelang Hari Kiamat dan kehancuran dunia. Pada masa itu tiada lagi orang-orang yang beriman. Walaupun sekecil-kecil iman.

Kaabah ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia merampas perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok akan memukul Kaabah dengan penyodok dan kapaknya.

Penjahat ini mempunyai watak seperti berikut:
1. Lelaki berkulit hitam gelap
2. Mempunyai bala tentera
3. Berasal dan berbangsa Habsyah
4. Gelarannya adalah Zussuwaqatain
5. Kepalanya kelihatan agak botak
6. Mempunyai kaki yang kurus panjang
7. Mempunyai kepala yang kecil dan bertelinga besar

Biarkan orang-orang Habasyah itu, selagi mereka tidak mengganggu kita. Sesungguhnya orang yang berani membongkar barang-barang simpanan dalam Kaabah hanyalah Zussuwaqatain dari Habasyah.

Apakah pesanan yang tersurat dan tersirat disini?

No comments: