-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160930

Menyusun keturunan ikut belah ayah atau belah mak.

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

yang menyebabkan sejarah keturunan menjadi bercekeramuk, apabila yang dicari hanya sekerat jalan sahaja.

cuma nak tahu sahaja,,,itu jawapan yang diberi apa bila ditanya.

jawapan lain yang biasa diberi adalah;-

kita dari keluarga diraja ke?.

jangan dibuka,nanti luka lama berdarah kembali.

kalau gitu ,boleh ambiklah hak(harta)tu.

buat apa, kalau boleh kaya tak apa lah.

lantak lah, tak ambil hal.

itu sebahagian dari jawapan mereka.

dan ada yang mengatakan perkara itu tipu belaka yang benarnya...

tak ada jawapan.

paling banyak boleh di susun tujuh keturun sahaja,itupun sebelah ayah semata-mata, sebelah ibu, terus tak bersusun.

kononnya sebelah ibu tak kuat@keras.yang keras sebelah ayah sahaja.

lihat semula salasilah susur keturunan nabi muhammad saw, turunnya keturunan nya melalui anak perempuannya siti fatimah.

ramai lagi raja-raja dahulu disusun keatasnya melalui perempuan.

dari kerajaan jawa.

dari kerajaan pattani

dari kerajaan acheh.

mereka bermula dari ratu, dari ratu barulah ke raja.

moyang 16 semantan

tok long yang berkubur di gua ditemerloh tu adik-beradik dengan wali nongsari. wali nongsari tu manusia dan kuburnya ada di maran bersama kubur ayah dan adik perempuannya.(bukannya ayat jampi serapah)

ayahnya itu adik beradik seayah berlainan ibu dengan sultan zainal abidin kepayat negara (suami kepada siti zubaidah) (keluarga rajalah tu kalau nak tahu, tapi mereka ini kebanyakannya menjadi ulamak@ malim@ fakih@guru agama dan pendakwah islam,dan mereka tak pelikpun gelaran dipankal nama mereka tu dan terkadangnya dibuangkan terus untuk memudahkan mereka berdakwah kepada orang ramai).

wali sogo ditanah jawa tu pun sama juga lah. mereka dari susur keluarga diraja pattani@kelantan@johor@terengganu.
yang berkhawin dengan syed hussin al-qubro (susur siti fatimah az-zahra+saidina ali).

mereka di tanah melayu,mereka di tanah sumatra,mereka ditanah jawa dan mereka ditanah pattani, mereka ditanah boneo,mereka ditanah filipina,mereka ditanah makasar dan dikepulauan lainnya nusatara ini adalah bersaudara bercantum nasab darah.(darah diraja nusatara@darah ahli keluarga iskandar zulkalnai dan darah rasulullah). dan mereka bercantum nasab darah ketanah india diraja. ketanah arab diraja. ketanah yunan diraja. ketanah parsi diraja.ketanah mesir@afrika diraja. ketanah china diraja.ketanah jepun diraja. ketanah eropah@turki diraja.(sebab nabi ismail, nabi ishak dengan ayah iskandar zulkalnai,adik beradik seayah,nabi ibrahim namanya)

moyang 16 bukit segumpal chenor
samalah juga. awang sin@ayah moyang 16 bukit segumpal tu waris keturunan diraja melaka dan diraja china

20160923

Cerita empat batang kayu

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

adalah dalam satu cerita dongeng orang.zaman dulu kan dikatakan semua mahluk dan benda boleh berkata-kata.ini lah salah satu pedoohnya cerita yang diperdengarkan.

ceritanya,sekumpulan empat, bertemu dan berceritalah mereka.(malam) maka berceritalah
batang kayu 1,
"aku ini ditugaskan sebagai penyukat air dan lagi dia bercerita bla bla, bla bla, bla bla".

habis sahaja disambung pula batang kayu 2 bercerita,
"aku ini bertugas sebagai penyukat angin dan bla bla, bla bla, bla bla".

sambung pula oleh batang kayu 3,
ceritanya sama panjang dengan keduanya tadi dan dia berkata,"dia tugasnya adalah sebagai penyukat tanah dan bla bla, bla bla.

sehabis sahaja mereka bertiga bercerita hari sudah hampir ke subuh. jadi mereka bertiga bertanyalah kepada batang kayu 4, "engkau ditugaskan sebagai apa?",lalu dibalas oleh batang kayu 4,
" tak ada apa-apa".
maka ditanya lagi oleh mereka bertiga," habis tu apa engkau buat disini?".
maka dijawab oleh batang kayu 4," korang nak tahu ke, kalau gitu korang tunggu sekejap lagi, apabila orang@manusia yang tidur itu bangun, engkau tunggu dan lihat", katanya.

selang tak seberapa lama kemudian, maka bangun lah orang@manusia yang tidur itu sambil melibas dan menepis nyamuk yang menggangu tidurnya dan kesejukan malam itu.

lalu dia mengangkat batang katu dan di campak@diletakkannya ke dalam ungun api yang hampir habis dan api lalu memakan dan menyalalah semula api disebabkan batang kayu yang tersebut.

maka terdiamlah mereka yang bertiga tadi tanpa berkata-kata dan tak terfikir.

20160916

Cerita Tukang Besi dengan besi-besinya.

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

cerita pendek ini berkisar pada masa kegemilangan pandai besi.

di sebuah bengkel besi(zaman tu tak dipanggil bengkellah) dalam sebuah kampung.

apabila petang menjelang pandai besi pun pulang kerumahnya dan setiap malam besi-besi dalam bengkel pun bangun berpesta hingga pagi menjelang
(senyap-senyap jangan diketahui pandai besi).

pada suatu malam seperti biasa selepas pandai besi balik rumahnya. besi-besi itu pun bangun dan nak memulakan pesta mereka.tetapi malam itu lain pula yang terjadi, dari pesta bertukar menjadi pertekaran dan pergaduhan,maka riuh-rendahlah bengkel malam tu sehingga di dengari oleh si pandai besi.

terjagalah pandai besi dari sebab riuh-rendah yang datangnya dari bengkelnya itu.

dia lalu bangun dan menuju ke bengkel dengan perlahan-lahan untuk mengintai apa yang menyebabkan riuh-rendah tersebut.

dalam kepalanya terfikir,
pencuri masuk bengkel ke, tak mungkin.
haiwan masuk bengkel ke, pun tak mungkin juga.
 tiada apa yang boleh di ambil dari dalam bengkelnya. senjata yang dah siap dibawa balik simpan dirumah. tiada makanan yang bersimpan dalam bengkel.

di tiliknya melalui celah dinding yang berlubang. maka dilihatnya yang besi-besinya sedang bertekak-tekak dan ada yang bergaduh dan dah tunggang langgang dalam bengkel tu.

lama juga pandai besi mengintai akan gelagat besi-besinya, sambil berfikir, macam mana nak dibuat akan perkara sebegini.buntu sebentar otak kepala pandai besi dok berfikir akan hal yang di lihatnya.

nak minta bantuan orang kampung,nanti orang kampung kata dia buang tebiat.

dan dalam masa yang sama akal datang menerjah beri ihlam.pandai besi beralih dari tempat dia mengintai sambil berjalan lalu di hadapan pintu bengkel sambil batuk berdehem-deham dengan kuat, sambil berkat dengan kuat dan selambanya"aku ketuk semuanya karang" sambil berlalu balik kerumahnya untuk menyambung tidurnya.

besi-besi yang tadinya riuh-rendah terdiam mendengar dehem batuk dan perkataan pandai besi itu. dan malam itu bengkel pandai besi dan malam seterusnya senyap sesenyapnya. besi-besi tak berani berpesta lagi takut di ketuk dek pandai besi.

20160914

Waris Mat Perak @ Muhamad Bin Ibrahim

Assalamualaikum wbk..

Untuk saudara
Adnan Samad Singalaut(Mat Jahat)...

mungkin boleh berkongsi kongsi makkumat
dgn saudara mara saya,
moyang lelaki kami ialah
Mat Perak @ Muhamad Bin Ibrahim
meninggal pada tahun 1926
dan kuburnya di Tanah Perkuburan Tok Mengkarak, Bera...

menurut kisah yg disampaikan
kepada saya,
Moyang Mat Perak adalah
anak kepada orang kenamaan
di kawasan Larut dan
warisnya masih ada disekitar
Bukit Chandan...

on Rawa di Pahang
by Anonymous (Tak ada nama)
on 9/13/16

Mencari waris keturunan Hitam bin Nekman

Assalam...
Kepada cucu
Hitam bin Nekman...
susur galur waris keturunan dari
Imam Komeng
ada dalam simpanan saya...
kalau berminat
boleh saya kongsikan..

on Rawa di Pahang

by JaMaLuDiN
email: jamaludinayub@gmail.com
on 9/13/16

20160909

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

hendaknya waris kepada tengku ahmad dan tengku cik (dua beradik kerajaan negeri temasek). akan mereka ini harus lah menyambungkan kembali siratul rahim kedua keluarga.

perkara fitnah yang ditimbulkan oleh mereka sebaiknya ,waris mereka menarik balik dan memohon pengampun ke hadrat ilahi sebagai tanda nya.

kenapa perkelahian kedua beradik merebut kerajaan temasek dulu nya di jatuhkan fitnah atas parameswara dan sang nila utama. apa kah tiada kerja lain ke selain meletak kesalahan keatas tengkok orang.(padanlah melayu disana jadi tak tentu arah).

tarik balik fitnah lama tu dan perbetul@pulih kan sejarah negara kerajaan temasek(keluarga dirajanya).

20160902

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya turun juga ke bumi

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dalam sebuah hutan, ada berdirinya sebatang pokok yang amat tinggi lagi rendang yang hidupnya telah memakan masa ribu-ribu tahun.

disana tinggalnya sang tupai yang sudah beberapa jenerasi yang tidak pernah turun kelantai bumi.

masa telah berlalu bekalan air yang ada di sana telah kering akibat dari tangki airnya dah bocor dan berkarat.

sang tupai telah menulis sepucuk surat dan diturunkannya menggunakan bakul untuk memberi tahu yang tangki airnya perlu dibaiki.

sudah berminggu-minggu suratnya turun ke bawah tetapi tidak dibalas oleh haiwan di lantai bumi.

ditariknya tali untuk membawa bakul naik keatas, tiada jawapan. maka dia sendiri turun ke lantai bumi mencari sebab-musababnya.

sesampainya dia dibawah,berjumpalah dia beberapa haiwan lalu ditanya akan mereka itu, tetapi tidak seekor pun yang faham akan bahasa yang sang tupai gunakan.

merayaulah dia di lantai bumi bagi mencari orang yang boleh memahami bahasa nya.

setelah berbulan-bulan merayau,terjumpalah akan dia dengan seekor haiwan yang tinggalnya di tepi kolam.

wahai haiwan,bolehkah tuan berbahasa seperti aku ini.

jawab di haiwan, telah terlalu lama aku tidak mendengar akan bahasa seperti percakapan engkau ini, engkau ni siapa dan aku tidak pernah melihat engkau sebelum ini? datang dari mana?  nak cari siapa dan nak ke mana dan apa hajatnya?.bertubi-tubi soalan yang ditanya. pening kepala sang tupai dengan soalan yang banyak tu.

sang tupai lalu bercerita akan hal dirinya. namanya. tinggal di mana.apa kerjanya dari a hingga ke z.

sambil menganguk akan kepalanya haiwan tadi berkata, aku tak tahu tu.

maka terduduklah sang tupai.

sambung haiwan lagi, yang aku pernah dengar dari moyang aku dulu. memang ada saudagar kain yang tinggal di pokok besar lagi tinggi tu tetapi kami titidak diberitakan akan nama-nama mereka. jadinya engkaulah keluarga dari saudara kami yang naik keatas pokok tu yang tidak pernah turun-turn tu. macam mana rasanya keadaan tinggal di atas pokok tampa turun-turun dan tidak mengenal kami di lantai pokok ni.

lalu jawab sang tupai. mula-mula tu memanglah seronok tetapi apabila terlalu lama kami dah terlupa akan saudara kami di lantai bumi dan sekarang ini kami lansung tak seronok sebab bekalan air kami tiada. jadi kami mohon haiwan di lantai bumi menghantar air dan membaiki tangki air yang bocor diatas sana.

itulah ceritanya@peribahasanya (sepandai-pandai tupai melompat akhirnya turun juga ke bumi) tupai tu bukannya jatuh. kalau dia jatuh,dah lama tupai tak ujud atas muka bumi ni.

20160901

Ustaz Abdul Rahman Kg Keledek Kuala Lipis Pahang

Assalamualaikum

Ramainya keluarga Pagaruyung
aku pun dari sana
ayahku Ustaz Abdul Rahman
baru mrninggal
asalnya Relong
menetap di Kg Keledek Kuala Lipis Pahang

benarlah Al Quran
menjelaskan asal kita satu
Alloh membiakkan kita
menjadi berbagai bangsa dan puak

on Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung
by hisham ar
on on 8/30/16