INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160923

Cerita empat batang kayu

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

adalah dalam satu cerita dongeng orang.zaman dulu kan dikatakan semua mahluk dan benda boleh berkata-kata.ini lah salah satu pedoohnya cerita yang diperdengarkan.

ceritanya,sekumpulan empat, bertemu dan berceritalah mereka.(malam) maka berceritalah
batang kayu 1,
"aku ini ditugaskan sebagai penyukat air dan lagi dia bercerita bla bla, bla bla, bla bla".

habis sahaja disambung pula batang kayu 2 bercerita,
"aku ini bertugas sebagai penyukat angin dan bla bla, bla bla, bla bla".

sambung pula oleh batang kayu 3,
ceritanya sama panjang dengan keduanya tadi dan dia berkata,"dia tugasnya adalah sebagai penyukat tanah dan bla bla, bla bla.

sehabis sahaja mereka bertiga bercerita hari sudah hampir ke subuh. jadi mereka bertiga bertanyalah kepada batang kayu 4, "engkau ditugaskan sebagai apa?",lalu dibalas oleh batang kayu 4,
" tak ada apa-apa".
maka ditanya lagi oleh mereka bertiga," habis tu apa engkau buat disini?".
maka dijawab oleh batang kayu 4," korang nak tahu ke, kalau gitu korang tunggu sekejap lagi, apabila orang@manusia yang tidur itu bangun, engkau tunggu dan lihat", katanya.

selang tak seberapa lama kemudian, maka bangun lah orang@manusia yang tidur itu sambil melibas dan menepis nyamuk yang menggangu tidurnya dan kesejukan malam itu.

lalu dia mengangkat batang katu dan di campak@diletakkannya ke dalam ungun api yang hampir habis dan api lalu memakan dan menyalalah semula api disebabkan batang kayu yang tersebut.

maka terdiamlah mereka yang bertiga tadi tanpa berkata-kata dan tak terfikir.

8 comments:

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir..

sebagai renungan,jika salah perbetulkan tanggapan yang salah itu.



khilaf,


kata fekah; membawa maksud, tahu @dikatahui tetapi tidak dilaksanakan @ atau ilmu jawapan di senyapkan dahulu agar tidak di salah guna.

kata undang-undang keluarga islam; ?

kata orang yang ramai; pendapat

maka dijadikan teka-teki atau persoalan atau perbandingan agar orang yang ramai mencari jawapan nya yang dituntut dari dalam al quraan @ al sunnah@hadis.(dengan berfikir melalui akal dan bukan hanya dengan mengikut-ikut cakap-cakap orang semata).

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


utamakan pokok ketepikan khilaf; kedua-dua pokok dan khilaf tidak boleh di asing-asingkan(buat satu dan tinggal satu),kedua-duanya perlu memerlukan sebab pokok itu duduknya didalam khilaf,kalau dah buang khilaf,langsung tak jumpa pokok.jadi macammana nak beribadah.kedua-duanya adalah sepasang dan ia separti rukun islam dan rukun iman.juga seperti isi dan kuku.

khilaf itu persoalan dan pokok itu jawapan;;(jadi apa jawapan bagi jawapan tu) atau (jadi apa persoalan bagi persoalan tu)boleh ke tanya macam tu,,,dan yang selalu disebut orang yang ramai;(jadi apa jawapan bagi persoalan tu).

contoh;

dalam solat, ada rukuk ,ada sujud; dan orang akan bertanya kenapa rukuk,kenapa sujud(itu persoalannya,maka itulah khilafnya) dan khilaf@persoalannya perlukan pokok@jawapannya, perlukan huraian dan penjelasan.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


ini bukannya untuk mengajar sifat 20, ini adalah sebagai membuka ruang untuk berfikir.dan mengapa sifat 20 itu perlu dipelajari oleh manusia.

sifat 20 itu adalah sifat tuhan dan mutlak,dan manusia telah di pinjamkan bayangan sifat itu untuk kegunaan dalam kehidupan.sebaliknya ramai dari kalangan manusia yang menyalahgunakan sifat-sifat ini.

sebagai umpamanya sifat kalam,manusia di pinjamkan melalui mulut dan lidah,dan apa yang manusia pergunakan,kebanyakannya digunakan untuk mengumpat dan menfitnah sesama manusia dan makhluk lain,maka manusia telah merosakkan sifat itu.

maka bergitulah umpamanya kepada sifat yang lain yang kebanyakan manusia dalam tidak sedar dan dalam sedar telah menyalahgunakan sifat-sifat yang di pinjamkan tuhan kepada mereka,dan diantara mereka dengan angkuh telah ingkar dengan perintah tuhan.maka itulah disebut sebagai kufur dan syirik.

maka ingatlah semasa seorang dari makhluk hamba tuhan yang ingkar dari perintah tuhan, supaya tunduk hormat kepada adam,maka dia enggan,lalu dia di hukum dengan hukuman penderhaka, di halau dan disumpah kepada bentuk makhluk yang buruk sehinggalah dia insaf dan bertaubat,sebagai perumpamaan dan pelajaran kepada manusia selepas darinya.


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir

sebagai renungan,jika salahbetulkan tanggapan yang salah itu.


(kami pinjam dari ayat seorang hamba allah,hanya sebagai pembelajaran semata),


ada masalah pendengaran, dapatkan nasihat.

kalu fikir polsitif; ayat ini menyuruh dapatkan pendapat bagaimana untuk memperbetulkan@berubat bagi penyakit telinga atau pendengaran yang rosak dari pakar perubatan.

kalu fikir negetif; orang yang tak dengar atau pekak,macammana nak dengar nasihat,maka tak datang orang-orang itu atas alasan malu lah, dan perbagai alasan lain yang tak masuk diakal. maka jadilah mereka setiasa dalam keadaan terumbang-ambing serta bodoh sombong dalam diri sendiri.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
(sebagai pembelajaran semata)


(1)ada orang digajikan untuk menjalankan tugas,dan (2) ada orang menjalankan tugas tanpa bergaji.

orang yang pertama membuat satu tugas sahaja, dia ditugaskan dan dia diberikan sara hidup kerana menjalankan tugas itu.

orang kedua itu pula membuat dua tugas,(satu menjalankan tugas dan satu lagi mencari sara hidup bagi menampung perbelanjaan menjalankan tugas dan untuk menyara kehidupan diri serta keluarga).

kumpulan orang pertama itu tidak ada alasan untuk tidak menjalankan tugas mereka dan tidak ada alasan untuk menunding jari kepada kumpulan orang kedua.(alasan banyak kerja atau kakitangan tidak cukup dan orang tidak membantu atau tiada kerjasama dari orang yang ramai tidak boleh diguna pakai)

dan kumpulan orang kedua pula tidak ada alasan untuk mengelak dari tidak menjalankan tugas(alasan tidak berduit atau susah tidak boleh diguna pakai).
dan mereka juga tidak ada alasan untuk membanggakan diri mereka kerana menjalankan tugas tanpa upah atau gaji.

maka bebaskanlah minda yang terjajah itu dari terbelengu dalam diri oleh diri sendiri.


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
(sebagai pembelajaran semata).


pembahagian pusaka islam @ faraid,(asasnya pembahagian)


satu bahagian harta yang di tinggalkan yang dipusakakan kepada waris dan dibahagikan seperti berikut;

bahagian lelaki adalah 2 bahagian dari harta. dan bahagian perempuan adalah 1 bahagian dari harta.(

jumlah nya harta satu bahagian harta yang ditinggalkan bersamaan 3/3 bahagian,dan pembahagianya adalah, 2/3 kepada lelaki dan 1/3 kepada perempuan.

contoh; kalau anak lelakki si mati itu lima orang,maka pembahagiannya adalah pada 2/3 bahagian di pecah lima orang anak lelaki.

contoh;kalau anak perempuan simati itu lima orang,maka pembahagiannya adalah pada 1/3 bahagian di pecah lima orang anak perempuan.


dan kalau tiada waris lelaki yang ditinggalkan, dan semuanya perempuan,maka pembahagia kepada harta itu adalah seperti berikut;

hak pembahagianya di pecah tiga;

satu bahagian di pusakakan kepada anak@waris perempuan.

satu bahagian di pusakakan kepada baitulmal.

satu bahagian di pusakakan kepada waris-waris jauh yang berhak dari kalangan keluarga simati.


dan kalau anak simati itu lelaki semuanya dan tiada perempuan,maka pembahagiannya adalah seperti berikut;

satu bahagian dipusakakan kepada anak lelaki.

satu bahagian dipusakakan kepada waris-waris yang berhak menerima pusaka simati.

maka sabab itu balu (suami atau isteri) ada hak menerima pusaka.

ayah,datuk adikberadik seayah(kalau ayah),dan adik-beradik seibu(kalau harta ibu) layak menerika pusaka.

dan kepada harta simati yang tiada berwaris lansung,maka pusakanya diserahkan kepada baitulmal,dan digunakan kepada masyarakat kelilingnya.

dan kalau simati mewasiatkan hartanya,maka 2/3 sahaja yang layak menjadi wasiat,dan 1/3 lagi tetap diserahkan kepada waris-waris yang berhak menerima pusaka,atau diserah kepada baitulmal.

dan kalau waris-waris kalangan penerima pusaka rela serta bertolak ansur(pembahagian pusaka di bahagikan dengan permuafakatan) atau (mengikut budibicara),maka itu lebih baik pada diri mereka.(ia menjadi infak atau sedekah dari nya kepada orang lain yang lebih memerlukan harta pusaka itu).

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
(sebagai pembelajaran semata)


solat,


kata fekah; jawapannya ada dalam al quraan @ al sunnah(al hadis).

kata undang-undang keluarga; ?

kata orang yang ramai; sembahyang.


dalam satu al hadis, dari seorang sahabat;maksud kata: mula-mula dihitung dipadang masyhar dari manusia adalah solatnya dan selepas itu barulah amalan yang lain.

maka kalau tak tahu apa itu solat,macammana?,
maka kenalah tengok semula sejarah dalam riwayat ish'ra mik'ra nabi muhammad saw.
yang kita buat sekarang itu,dikerjakan adalah rukunnya serta syarat-syarat sahnya solat seperti yang diberitahu oleh nabi saw. beserta bacaannya.

kalau orang sekarang kata;gerakan-gerakan sembahyang mengikut cara nabi muhammad saw solat. nabi saw tahu apa yang dia buat dan dia tahu apa maksud solat itu sendiri setelah diberitakan oleh allah kepada dia.

dan mereka,kita dan tuan puan,macammana; tahu atau pakat tiru semata tanpa nak ambil tahu apakah yang dimaksudkan solat dalam ertikata yang sebenar dikehendaki allah.

perintah solat itu wajib,maka tahu erti sebenar solat sebagaimana dikehendaki allah(seperti nabi muhammad saw tahu) itu juga menjadi wajib( atas semua manusia,dan bukan wajib kepada sebahagian manusia dan tidak payah kepada satu bahagian manusia yang lain).

alasan;kami buat seperti yang ditunjuk atau di ajar oleh rasulullah saw dan oleh para ulama,tidak boleh diguna pakai,sebab itu dinamakan meniru tanpa ilmu.

jadi macammana nak dapat pahala,kalau dah solat itu tak diketahui maksudnya.

maka dalami al quraan dan al sunnah (al hadis),dan bukan setakat baca untuk sedap didengar dek telinga samata, dan bukan setakat untuk baca khatam 10 kali setahun semata.

tahu al quraan dan al sunnah(al hadis) itu,dengan faham al quraan dan al sunnah(al hadis) itu seperti langit dan bumi.(mesti tahu,dan mesti faham)..
kalau tak tahu semua,sekurang-kurangnya tahu serta faham satu dua huruf atau satu dua ayat.

tahu dan faham itu mesti bersekali,tidak boleh berasingan. dan kalau tidak ianya akan mnejadi salah faham (atau tanggapan),dan itu lah yang dikatakan fitnah.

inshaallah.


Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
(sebagai pembelajaran semata),


kasih sayang,


dalam banyak-banyak perkara atau urusan,kasih sayang lah perkara atau urusan yang ramai manusia tidak lepas,kerana perkara ini sentiasa disalah gunakan oleh manusia,yang kebanyakannya menyebabkan manusia membuat salah laku dan menyebabkan mereka di hukum oleh allah.

kasih sayang ini boleh digunakan dalam kalangan manusia tetapi tidak boleh melebihi kasih sayang kepada allah ((perkara itu adalah hak mutlak allah),manusia hanya di pinjamkan bayangan kepada kasih sayang sahaja,dan wajib dikembalikan semula kepada allah setelah selesai,dengan rela atau terpaksa rela.

dan apabila manusia menjatuhkan kasih sayangnya kepada duit dan harta,kuasa dan keturunan,kekuatan dan kecantikan sesama manusia melebihi kasih sayangnya mereka kepada allah,maka mereka(manusia) itu telah menderhaka kepada perintah allah.

maka tidak salahlah allah menjatuhkan bala bencana atau mudarat kifarah kepada manusia-manusia itu. kerana manusia itu telah lupa akan dirinya sendiri dari sebab kasih sayang dalam hatinya itu yang telah disalah gunakan dengan sengaja mahupun dengan tidak sengaja(tidak disedarinya),kerana mereka tidak mempelajari dan tidak mengambil iktibar dari ayat-ayat dalam al quraan dan al sunnah(al hadis) yang mereka bacakan pada setiap hari itu. sebab mereka sibuk dengan mengejar dan mengumpul pahala.

maka mereka lebih sayangkan pahala,lalu meninggalkan peringatan allah kepada mereka.

telah ada contoh teladan dalam al quraan, berkenaan salah guna kasih sayang yang di kisahkan;

karun;kasih sayangnya dia kepada harta.

firaun;kasih sayangnya dia kepada kuasa.

dan seorang hamba allah; disebabkan kasih sayangnya dia kepada isterinya,lalu dia melanggar perintah allah,maka dia dihukum bersama-sama isterinya sebagai hukuman pengajaran sehingga dia dan isterinya taubat.

inshaallah.