INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160930

Menyusun keturunan ikut belah ayah atau belah mak.

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

yang menyebabkan sejarah keturunan menjadi bercekeramuk, apabila yang dicari hanya sekerat jalan sahaja.

cuma nak tahu sahaja,,,itu jawapan yang diberi apa bila ditanya.

jawapan lain yang biasa diberi adalah;-

kita dari keluarga diraja ke?.

jangan dibuka,nanti luka lama berdarah kembali.

kalau gitu ,boleh ambiklah hak(harta)tu.

buat apa, kalau boleh kaya tak apa lah.

lantak lah, tak ambil hal.

itu sebahagian dari jawapan mereka.

dan ada yang mengatakan perkara itu tipu belaka yang benarnya...

tak ada jawapan.

paling banyak boleh di susun tujuh keturun sahaja,itupun sebelah ayah semata-mata, sebelah ibu, terus tak bersusun.

kononnya sebelah ibu tak kuat@keras.yang keras sebelah ayah sahaja.

lihat semula salasilah susur keturunan nabi muhammad saw, turunnya keturunan nya melalui anak perempuannya siti fatimah.

ramai lagi raja-raja dahulu disusun keatasnya melalui perempuan.

dari kerajaan jawa.

dari kerajaan pattani

dari kerajaan acheh.

mereka bermula dari ratu, dari ratu barulah ke raja.

moyang 16 semantan

tok long yang berkubur di gua ditemerloh tu adik-beradik dengan wali nongsari. wali nongsari tu manusia dan kuburnya ada di maran bersama kubur ayah dan adik perempuannya.(bukannya ayat jampi serapah)

ayahnya itu adik beradik seayah berlainan ibu dengan sultan zainal abidin kepayat negara (suami kepada siti zubaidah) (keluarga rajalah tu kalau nak tahu, tapi mereka ini kebanyakannya menjadi ulamak@ malim@ fakih@guru agama dan pendakwah islam,dan mereka tak pelikpun gelaran dipankal nama mereka tu dan terkadangnya dibuangkan terus untuk memudahkan mereka berdakwah kepada orang ramai).

wali sogo ditanah jawa tu pun sama juga lah. mereka dari susur keluarga diraja pattani@kelantan@johor@terengganu.
yang berkhawin dengan syed hussin al-qubro (susur siti fatimah az-zahra+saidina ali).

mereka di tanah melayu,mereka di tanah sumatra,mereka ditanah jawa dan mereka ditanah pattani, mereka ditanah boneo,mereka ditanah filipina,mereka ditanah makasar dan dikepulauan lainnya nusatara ini adalah bersaudara bercantum nasab darah.(darah diraja nusatara@darah ahli keluarga iskandar zulkalnai dan darah rasulullah). dan mereka bercantum nasab darah ketanah india diraja. ketanah arab diraja. ketanah yunan diraja. ketanah parsi diraja.ketanah mesir@afrika diraja. ketanah china diraja.ketanah jepun diraja. ketanah eropah@turki diraja.(sebab nabi ismail, nabi ishak dengan ayah iskandar zulkalnai,adik beradik seayah,nabi ibrahim namanya)

moyang 16 bukit segumpal chenor
samalah juga. awang sin@ayah moyang 16 bukit segumpal tu waris keturunan diraja melaka dan diraja china

9 comments:

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


ada orang bertanya,macammana nak mengenal diri dan macam mana nak mengenal allah.

dengan mengenal maksud sebenar berita yang terkandung dalam al quraan dan dalam al sunnah(al hadis).

dan ada orang kata,kalau macam tu susahlah.

kalau diteliti dengan cermat dan sabar dan mohon kebenaran dari allah agar di bukakan pengetahuan itu. tetapi sebaliknya kalangan mereka yang di bukakan pengetahuan kepada mereka oleh allah,telah menyalah taksirkan dan menyalah gunakan ilmu pengetahuan yang dianugerahkan allah kepada mereka.

maka ilmu pengetahuan itu ditutup dari sebab egonya manusia yang telah di anugerah ilmu itu,jadi mereka membuat andaian dan bertanggapan semata kepada apa yang mereka baca dari dalam al quraan dan al sunnah(al hadis).

mereka akan berkata apabila mereka tidak dapat menjawab soalah yang orang yang ramai ajukan kepada mereka;

hanya allah dan rasulnya yang mengetahui atau kita serahkan urusan itu kepada allah.

maka mereka menapikan anugerah allah kepada mereka,iaitu disempurnakan akal kepada manusia.(manusia diberikan kesempurnaan akal fikiran sebagai anugerah oleh allah dari banyak-banyak makhluk ciptaan allah).

telah disebutkan satu persatu dalam al quraan dan diperjelaskan pula melalui al sunnah(al hadis),dan diberikan gambaran melalui sejarah yang lampau dan berita yang semasa itu sebagai panduan.

alasan yang digunakan oleh sahabat rasulullah saw pada zamannya itu tidak boleh digunapakai oleh orang zaman ini. kerana dengan turunnya wahyu terakhir di padang arafah kepada rasulullah saw semasa haji weda;(telah disempurnakan islam sebagai agama),maka jawapan yang diberi tahu allah kepada manusia melalui rasulullah telah lengkap dan sempurna.

tiada dalih bagi manusia untuk mempertikaikan atau dikembalikan persoalan kepada allah dan rasulullah.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
(sebagai pembelajaran semata)


soalan asas dari fekah atau kilaf tasawuf;bunyinya bergini:

apa itu, al fatihah ?

apa itu, alif laam miim ?

apa itu, ayat 2 hingga ayat 5 dari surah al baqarah ?

apa itu,, ayat kursi ?

apa itu, al baqarah ?

apa itu, yaa siin ?

dan sebutan kun itu, sebenarnya dimana ?


ini adalah jawapan yang allah beritahu kepada manusia melalui nabi muhammad saw, dalam al quraan dan jawapan itu di kilafkan atas perintah allah,agar manusia menghurai erti sebenar kepada jawapan kilaf yang diberikan.

maka itulah diberikan akal yang disempurnakan kepada manusia sebagai anugerah,dan atas sebab itu pula lah manusia dilantik menjadi khalifah diatas muka bumi.

supaya manusia menyempurnakan perintah wajib allah. dengan berfikir,dan bukan dengan membuta tuli.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
(sebagai pembelajaran semata).


dan apabila seseorang yang berlajar serta mengajar orang yang ramai,jangan sampai mernafsirkan dengan salah akan khilaf dari al quraan dan al sunnah(al hadis).dan janganlah disandarkan kepada ulama yang telah mati(ucapan mereka dalam berceramah kepada orang yang ramai),fikirkan dahulu akibat dari ucapannya kepada orang yang ramai.

kepada orang yang ramai yang tidak tahu,maka mereka percaya ,dan mereka kena tipu.

kepada orang yang ramai yang mengetahui, maka mereka akan menempelak penceramah yang berucap itu ,dalam hati atau dengan mulut.

maka terjadi antara kedua pihak akan dua fitnah,satu pada pihak yang berceramah dan satu dipihak orang yang ramai.maka kedua-dua mereka menuyusahkan atau menyulitkan urusan fekah yang mudah.

maka kedua-dua mereka akan dikenakan musibah dari allah jika mereka tidak memperbetulkan semula apa yang mereka pertikaikan itu.

tidak ada sesuatu makhluk pun dalam alam ini yang hendak diri mereka dikhilafkan sebagai sejarah makhluk yang jahat dalam al quraan dan ditatapkan kepada manusia yang selepas dia sebagai pengajaran.

ini adalah urusan allah yang ghaib, yang manusia tidak mengetahuinya,maka jangan mengaibkan atau membersendakan urusan allah.

cari dan dapatkan ilmu berkenaan dengan urusan dalam bidangnya dahulu,dan barulah bercakap dengan orang yang ramai dengan yakin.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
(sebagai pembelajaran semata)


pada kisah nabi nuh as, diceritakan dalam bergini;

setelah air telah melimpahkan airnya dan langit telah mencurahkan airnya dengan perintah tuhan,maka berlayarlah bahtera itu dilautan air yang tidak menampakkan tanah daratan untuk beberapa lama.

(berapa lama bahtera itu mengharong air yang meliputi seluruh muka bumi ini,ada dikhilafkan dalam al quraan. dan plan bentuk serta berapa besar bahtera nabi nuh itu juga ada di khilafkan dalam al quraan.dan berapa ramai penghuni yang berada dalam bahtera itu juga ada dikhilafkan dalam al quraan).

(maka jangan bersenda dengan cerita itu kalau tidak dapat menemui khilaf-khilaf dari dalam al quraan).

setelah beberapa lama,dengan perintah allah,maka bumi dan langit diperintahkan menyedut kembali air yang banyak itu,lalu terdamparlah bahtera itu diatas muka bumi.

(dimana bahtera itu terdampar, ada dikhilafkan dalam al quraan).

(kisah ini adalah sebahagian dari cerita yang dighaibkan dan hanya dikhilafkan dalam al quraan sahaja).


inshallah.


Anonymous said...

salamun,

neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


an naas (manusia)


an naas itu bermaksud manusia, dan manusia itu pula bermaksud apa?

maka jangan lah hendaknya mereka-mereka itu menyalah tafsirkan maksud sebutan manusia mengikut mata kasar semata.berkemungkinan mereka -mereka itu telah menghina diri mereka sendiri,(dengan mentafsirkan dengan salah,mereka telah menghina ciptaan diri mereka sendiri,dengan itu mereka telah menghina allah yang mencipta diri manusia).

maka jangan diperbandingkan diantara perkataan manusia dengan perkataan insan.(manusia an-naas dengan manusia insan).orang ada ilmu,tidak sepatutnya akan berolok-olok dalam menerangkan sesuatu perkara urusan agama,kerana ia mengaibkan diri orang yang ada ilmu itu dimata orang yang ramai.

maka selidiki dengan kebenaran allah pada setiap sebutan dalam al quraan dan al sunnah(al hadis).hati yang ada habuk ego akan menghilangkan ilmu yang banyak dalam dada.maka tiada gunanya menjadi pelita kepada orang yang ramai,kerana tidak memberi kesan hanya apa yang dapat adalah jelaga semata.

dalam membuat perbandingan diantara kedua perkataan itu, jangan sampai mendatangkan kemurkaan allah,oleh kerana mentafsirkan tanpa ilmu berkenaan urusan tersebut,maka maksud kepada nya menjadi salah.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jikasalah betulkan tanggapan yangsalah itu.


nombor dan huruf.


dalam kaedah fekah,adat dan adab,keduanya nombor dan huruf itu digunakan sebagai kiasan @ khilaf. dan pada setiap kiasan dan khilaf nombor dan huruf itu ada kaedah dan faedahnya.

maka jangan bersangka kepada yang jahat apabila menggunakan kaedah keduanya sebagai kiasan.

sebaliknya ramai yang menyalah gunakan kaedah nombor dan huruf,dan ada yang salah faham serta tidak faham (sama aje).

kedua-dua nombor dan huruf itu datangnya dari ilmu dan ilmu datangnya dari allah. bagaimana mereka-mereka itu bercakap tanpa ilmu, serta kebenaran dari allah.
apa yang sebenarnya terpendam dalam hati diri mereka-mereka itu. sehinggakan ucapan mereka-mereka itu tidak kesampaian maksud dan maknanya seperti yang dikehendaki oleh allah untuk disampaikan kepada orang yang ramai.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


yakin;(faham serta tahu)

masa-masa dahulu,tugas orang yang berilmu adalah memberitahu atau menyampaikan bagi orang yang ramai tahu atau berpengetahuan berkenaan islam serta memahamkan orang yang ramai,jangan sampai tersalah faham,dan dalam pada masa yang sama memperyakinkan keyakinan orang yang ramai berkenaan islam agar teguh dihati mereka.

salah satu cara mereka dahulu melalui perubatan, apabila kiay atau ulama atau syekh mengubati penyakit orang yang ramai,dengan izin allah maka sembuh mereka-mereka yang sakit itu, maka orang yang ramai menjadi yakin dengan islam. itu salah satu dakwah orang -orang dahulu.

maka keyakinan itu,yang sekarang ini telah rapuh dan ada yang telah ampuh dan ada yang telah runtuh.

maka ilmu al quraan perlu didalami dan ilmu al hadis perlu di dalami serta memahami serta berkayakinan dengan urusan yang ada didalam kedua-dua kitab itu tanpa beranggap-anggapan.kerana didalam kedua kitab itu allah berikan jawapan dan bukannya tanggapan persoalan.

salah satu tugasnya adalah memperbetulkan salah sangka @ salah faham @ salah tahu @ salah yakin @salah tanggapan manusia bekenaan islam. dan kalau orang yang ramai itu atau dari kalangan mereka-mereka itu masih memegang kepada anggapan-anggapan,terserah pada diri-diri mereka sendiri.

yang nak menjawab kepada allah,diakhir kemudian hari nanti adalah diri mereka sendiri. sebab itu dibacakan talkin oleh orang hidup kepada orang mati di kubur.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


anggaran kasar besarnya bahtera nabi noh.


khilaf berita dari dalam al quraan dan al sunnah(al hadis),mengkhilafkan;

besarnya umat nabi noh dan umat nabi adam;dikatakan tujuh puluh hasta tinggi dan dada mereka dua belas hasta.(nisba saiz tinggi dan lebar manusia zaman itu)

diberitakan pula; pengikut nabi noh itu yang menaiki bahtera seramai empat puluh (tidak disebutkan orang atau pasangan).

renungkan sejenak;kalau sekarang,(nisbah saiz manusia zaman kita ini:6 kaki tinggi x 1.5 kaki lebar dada);
kalau disusun dalam bot atau sampan atau tongkang; kedudukan mereka di letakkan sepasang-sepasang (satu kerusi dua orang duduk,maka ada dua puluh kerusi,(pajang bot itu sepanjang bas).

kembali kepada manusia zaman itu semula;(kalau 40 orang,dan kalau 40 pasangan;renungkan berapa punya panjang dan lebarnya bahtera nabi noh itu).

dan itu adalah kali pertama manusia membuat pengakutan air. tiada kapal dan sebutan kapal,tongkang,perahu rakit pun tidak diketahui oleh manusia lagi pada masa itu.sebab tiada lautan air. air hanya ada untuk diminum yang diambil dari telaga yang dalamnya 70 hingga 80 kaki dibawah tanah(buka semula sejarah nabi saleh).(maka tidak dikira lagi haiwan yang dimuatkan kedalamnya serta makhluk lain lagi termasuk tumbuh-timbuhan.

dari pokok kayu apa,dan dibina dimana, dan berapa lama belayar dan bergolak dalam lautan air serta terdampar dimana;maka jangan di persoalkan dan dijadikan tanggapan.(jawapannya semuanya ada dalam al quraan dan al hadis).

dan reka bentuk atau plan bahtera itu adalah datangnya dari allah dan bahtera itu sendiri adalah sebutan yang dikurniakan allah kepada nabi noh sebagai mujizat.(maka dengan izin serta kebesaran dan keagungan allah, dibenarkan bahtera itu terapung dan berlayar diatas air)

maka dari reka bentuk atau plan bahtera itulah,kemudianya digunakan untuk plan kapal dan tongkang dikemudian hari selepas dari zaman nabi noh.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


tatap pada surah an nisaa (wanita)(surah 4,ada sebanyak 176 ayat)

berceritakan pembahagian harta peninggalan simati kepada orang dan waris yang berhak menerimanya.

dan berceritakan akan akibatnya manusia yang kikir, manusia yang ingkar.

dan siratulrahim sesama manusia.

dan hal ehwal urusan kepada wanita.

inshaallah.