-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20170209

AWANG ( IMAM ) PENGIKUT MAT KILAU.

AWANG ( IMAM ) PENGIKUT MAT KILAU.

Mohon pencerahan admin,
adakah awang@imam ni individu
sama dengan
haji ahmad bin bilal lumus/raja hussein.

Dalam manuskrip sejarah gendang pahang,
haji ahmad disebut sebagai
imam ahmad. Pusara
beliau di bandar Maran.

Terima kasih.
on Nama yang ada kaitan dengan Mat Kilau
by Anonymous (Orang Tak Ada Nama)
on 2/9/17

ULANG MAKLUMAN
ADMIN BARU LAMAN PAHANG TIDAK DIBENARKAN MENJAWAB.
Sila tuan/puan bantu membantu sesama sendiri.

Kami pernah diludah, maki hamun dan umpat keji 
kerana pencerahan admin yang dibuat disini.

4 comments:

Anonymous said...

salam: hj.ahmad bin bilil lumus/raja husain;

dia dan tok imam sulong[kg tok imam sulung] di kuala triang adalah orang yang sama.
dia bertiga beradik dan waris mereka ramai di pulau tawar jerantut dan kuala bera, kuala triang,kerayong. adik beradik pendekar endoi.

Anonymous said...

terima kasih banyak atas pencerahan. saya bagi pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih.

Anonymous said...

kami mencari susur galur keluarga kami, dan amat berbesar hati sekiranya pihak tuan, mahupun pihak admin sudi berkongsi maklumat. kami menerima setiap petunjuk dengan hati terbuka. setiap petunjuk kami terima, kami satukan demi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. jurai kami dari moyang mohd seh bin haji ahmad. cucu2 haji ahmad merupakan datuk2 kami, osman, abu bakar, abd jalil (mantan wakil rakyat maran), mohd noor, ahmad datar. sekali lagi setiap maklumat yang sudi di kongsi kepada kami, kami hargai dan terima dengan hati terbuka.

Assalamualaikum dan terima kasih dari kami waris2 haji ahmad bin bilal lumus.

Sutan budiman said...

Awang pengikut mat kilau adalah awang lembek yang berasal dari jelai.. nama sebenar beliau awang lembek.. sepupu kepada pendekar sutan muaakkat Dan sutan budiman.. pernah menjadi penghulu mukim Cheka Dan menerima anugerah pingat emas dari sultan pahang sekitar tahun 20-an