INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170217

Ikhtibar Perang Mu'tah antara Islam Dengan Rom Jangan Dipesongkan.


Perang Mu’tah bersebabkan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam mengirim utusan bernama al-Harits bin Umair al-‘Azdi ke penguasa Bushra. Di tengah perjalanan, utusan itu ditangkap Syurahbil bin ‘Amr al-Ghassani dari Bani Gasshaniyah (daerah jajahan romawi) dan dibawa ke hadapan Maharaja Rom iaitu Heraklius lalu dibunuh. Membunuh orang utusan negara dianggap mahu berperang.Pada masa itu juga, 15 orang utusan Rasulullah dibunuh di Dhat al Talh daerah disekitar negeri Syam (Irak).

sumber gambar: satujam.com

Maka perang perlu dilakukan. Walaupun Bangsa arab menganggap keputusan menyerang Rom sama dengan bunuh diri.

Tetapi ini bukanlah perang untuk mendapat kemenangan, mengalahkan musuh dan mendapat harta rampasan perang. Perang ini akan menjadi lambang keberanian umat Islam dan langkah meluaskan pengaruh Islam. Sebab itulah Rasulullah saw tidak turut serta.

3000 orang pejuang yang dipilih adalah kekuatan yang paling ramai dapat dihimpun pada masa itu. Mereka adalah orang-orang yang bertakwa, berani, dan taat kepada para pemimpin.

Ini juga buat pertama kali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkat TIGA panglima perang sekaligus. Karena baginda saw kekuatan tentera elit Rom yang tidak dapat ditanding pada waktu itu.

Panglima yang dipilih adalah:
Zaid bin Haritsah
Ja’far bin Abu Thalib
Abdullah bin Rawahah

Perang terjadi di tahun 629 Masehi atau 5 Jumadil Awal tahun 8 Hijriah, di sebuah kampung bernama Mu’tah di bahagian timur Sungai Yordan dan Karak.

Masyarakat ramai mengucapkan selamat jalan kepada komandan-komandan beserta pasukannya itu, dan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam juga turut mengantarkan mereka sampai ke luar kota di Tsaniatul Wada’. Mereka diingatkan supaya
Jangan membunuh wanita, bayi, orang-orang buta atau anak-anak,
Jangan menghancurkan rumah-rumah
Jangan menebang pohon-pohon.

Akhirnya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan kaum Muslimin mendoakan dengan berkata: Allah menyertai dan melindungi kamu sekalian. Semoga kembali dengan selamat.
Heraclius mengerahkan lebih dari 100.000 tentara Rom sedangkan Syurahbil bin ‘Amr mengerahkan 100.000 tentara yang terdiri dari Kabilah Lakham, Juzdan, Qain dan Bahra‘.
Ketika pasukan kaum muslimin tiba di daerah Mu’aan, sampailah risikan kepada Heraclius tentang kedatangan tentera Islam. Heraklius di wilayah Ma’aab, yaitu Al-Balqaa’ mengumpul 100.000 pasukan Rom. Syurahbil bin ‘Amr mengerahkan 100.000 tentara yang terdiri pasukan Nashrani ‘Arab.Kedua pasukan bergabung menjadi 200,000 orang tentera.
Dalam pertemputan tersebut ketiga-tiga Panglima Islam telah terkorban.

Maka muncul Khalid bin Walid Radhiyallâhu ‘anhu untuk meneruskan psikologi perang.

Tidaklah mungkin 3000 dapat kalahkan 200,000 tentera Rom tanpa hidayah Allah. Dengan izin Allah, lalu diatur strategi yang dapat timbulkan rasa takut musuh.
Pada awam pagi, Khalid bin Walid mula memerintahkan beberapa kelompok tentera Islam berjalan menuju ke medan perang dengan menarik pelepah-pelepah pohon. Maka terlihat seperti kedatangan pasukan bantuan yang ramai dengan debu-debu berterbangan. Pasukan musuh sangkakan tentera bantuan Islam telah sampai
Formasi pasukan diubah setiap hari. Pasukan di barisan depan ditukar dibelakang, dan yang dibelakang berada didepan. Pasukan sayap kanan berganti posisi ke kiri begitupun sebaliknya. Tujuannya adalah agar tentera Rom mengira pasukan Islam mendapat bantuan tambahan pasukan baru. Tentera Rom tidak berani mengejar kerana sangkakan tentera Islam sengaja mengumpan supaya mereka mengejar.
Mereka gementar, dengan 3000 orang tentera saja merasa susah dikalahkan, apalagi jika datang pasukan bantuan. Pasukan musuh merasa takut dan akhirnya mereka mengundurkan diri dari medan pertempuran.
Dengan berundurnya pasukan Rom berarti Islam sudah berjaya menakutkan harimau yang buas.
Jika dikira jumlah korban dalam perang itu siapapun akan membayangkan korban yang ramai dikalangan tentera Islam.
Pasukan Islam kembali ke Madinah, orang-orang berteriak dengan ucapan, “Wahai orang-orang yang lari! Kalian lari dari jalan Allah.”
Kisah perang Mun'tah adalah suatu keajaiban sepanjang zaman. Tiga ribu orang melawan dua ratus ribu orang pasukan elit yang terlatih. Ini memberi bukti bahwa kaum Muslimin bukan umat yang lemah sebagaimana mereka anggap. Sebaliknya merekalah yang lemah. Kita adalah umat yang santiasa dikuatkan dengan pertolongan Allah. Akhirnya memberi kesedaran kepada kabilah-kabilah yang selama ini memberontak terhadap kaum muslimin mula tunduk pada islam. Di antaranya Bani Sulaim, Asyja, Ghathafan, Dzubyan, Fazarah.
12 orang tentera Islam syahid sementara korban tentera Rom dianggarkan 3,000 atau 20,000 orang. Masih menjadi misteri.Dalam perang Mu‘tah ini, sembilan bilah pedang patah di tangan Khalid (Panglima Keempat) kecuali sebilah pedang dari Yaman.
Perang ini juga merupakan awal dari perang besar berikutnya antara pasukan Islam melawan pasukan Rom. Bahkan lebih dari itu, ini adalah tahap pertama pembebasan wilayah Rom, dan Agama Islam disebarkan negeri-negeri yang lebih jauh.

Syuhada perang Mu’tah hanya berjumlah 12
(1) Ja’far bin Abi Thalib,
(2) Zaid bin Haritsah Al-Kalbi (mantan budak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam )
(3) Mas’ud bin Al-Aswad bin Haritsah bin Nadhlah Al-Adawi,
(4) Wahb bin Sa’d bin Abi Sarh. Sementara dari kalangan kaum Anshar,
(5) Abdullah bin Rawahah,
(6) Abbad bin Qais Al-Khazarjayyan,
(7) Al-Harits bin an-Nu’man bin Isaf bin Nadhlah an-Najjari, dan
(8) Suraqah bin Amr bin Athiyyah bin Khansa Al-mazini.
(9) Abu Kulaib dan
(10) Jabir.
Dua orang ini saudara sekandung,
(11)Amr dan
(12)Amir bin Sa’d bin Al-Harits bin Abbad bin Sa’d bin Amir bin Tsa’labah bin Malik bin Afsha. Mereka juga berasal dari kaum Anshar.

Kalau diambil kesimpulannya, antara ikhtibar cerita ini adalah "Dengan keyakinan hanya pada Allah, yang sedikit boleh kalahkan yang banyak jika bersabar.Jika ada 20 orang yang bersabar maka boleh mengalahkan 200 orang. Tetapi jangan digunakan untuk berperang atau bermusuhan atau membenci atau mencerca sesama kita. Rasulullah saw menerima 'PERINTAH' dari Allah swt untuk berperang. Jangan kita dengan mudah menyalin perintah ini supaya kita boleh menjadi 'garang' terhadap sesama Islam. Jangan terlalu berana mengatakan bahawa Islam kita adalah yang sebenar-benar Islam. Yang lain adalah Islam tipuan.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dikaji dari peperangan ini. Sama-samalah kita mengkaji supaya kita boleh berbaik sangka sesama kita.

1 comment:

Anonymous said...

salam, tuan puan.


kiasnya bergini; jawapannya.maka perbetulkan salah faham yang ada.

orang-orang kata: bodoh macam lembu.:betul ke,lembu tu bodoh?:kalau lembu itu bodoh,kenapa pula surah kedua dalam al quraan di letakkan nama surah al baqarah?.[sapi betina]

dan kalau lembu itu bodoh?: kenapa pula lembu itu salah satu dari haiwan yang di gunakan sebagai haiwan korban pada hari aidiladha?[tujuh bahagian korban] dan aqiqah.

dan kalau lembu itu bodoh?:kenapa pula lembu itu dikurniakan oleh allah; diantara haiwan yang bersama nabi adam yang dibawa keluar dari syurga[sepasang lembu]

inshaallah.